Laman ini adalah sebahagian daripada laman projek Tahukah anda. Jika anda mahu menambah info baharu, sila cadangkan kepada kami atau menyumbang terus info baharu itu ke dalam senarai pemaparan info automatik kami.
Berikut adalah senarai info yang didaftarkan secara mingguan dalam tahun 2014.
"... bahawa terdapat empat kematian akibat daripada perjanjian yang ditandatangani oleh Suharto?"
"... bahawa asal perkataan "karamel" adalah daripada tebu?"
"... bahawa kartun politik Malaysia bermula pada zaman penjajahan menerusi keluaran akhbar Warta Ahad sebagai edisi mingguan Warta Malaya pada tahun 1936?"
"... bahawa alun terhasil mengikut saiz jasad air?"
"... bahawa kadar kelajuan angin menentukan saiz gulungan ombak?"
"... bahawa Kawalan Happy Crowd digunakan untuk merakam setiap ahli penonton yang memasuki stadium?"
"... bahawa simbol taijitu atau lebih dikenali sebagai yin dan yang telah wujud hampir tujuh ratus tahun lebih awal daripada tarikh kehadiran di China?"
"... bahawa pioderma atau penyebab kepada skabies menjejaskan lebih daripada 111 juta orang kanak-kanak sedunia?"
"... bahawa alkohol dan ubat bantuan tidur dos-preskripsi biasa digunakan sebagai dadah rogol janji temu?"
"... bahawa lebam serius boleh membawa kepada bahaya atau membawa kepada bentuk hematoma yang boleh mengancam nyawa?"
"... bahawa tingkah laku anjing dipercayai dipengaruhi oleh sebab genetik, sosial, keadaan dan persekitaran?"
"... bahawa spesies Semachrysa jade dijumpai apabila seorang jurugambar amatur memuat naik gambarnya di laman perkongsian foto Flickr?"
"... bahawa disebabkan mengekalkan sudut dan bentuk objek kecil, unjuran Mercator mengherotkan saiz dan bentuk objek besar?"
"... bahawa trioksidana ialah bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas ciri-ciri antimikrob campuran ozon/hidrogen peroksida yang dikenali?"
"... bahawa bergantung kepada banyak mana cat akrilik dilarutkan, lukisan akrilik yang disiapkan mampu menyerupai cat air atau lukisan minyak?"
"... bahawa anak gahara yang mahu menjadi Sultan di Perak yang juga dikenali sebagai Raja-Raja Bergelar, mereka perlu menjawat jawatan salah satu yang bermula dengan Raja Kechil Bongsu dan sehingga Raja Muda?"
"... bahawa apabila Venera 7 mendarat di permukaan Zuhrah, ia menjadi kapal angkasa buatan manusia pertama yang berjaya mendarat di permukaan planet lain dan memancar data dari sana ke Bumi?"
"... bahawa air akuifer boleh diambil dengan menggali perigi?"
"... bahawa campuran sama 3He dan 4He cecair di bawah suhu 0.8 K akan terpisah kepada dua fasa yang tidak boleh bercampur?"
"... bahawa Masjid Abidin di Terengganu adalah tempat letak perkuburan empat Sultan dan seorang Permaisuri Terengganu yang terdahulu?"
"... bahawa tindakan menggunakan kekebalan diplomatik bukan sesuatu yang ganjil apabila kerajaan memanggil balik diplomatnya selepas melakukan kesalahan?"
"... bahawa antroposofi berkaitan dengan aspek pengetahuan yang ingin menjelaskan tentang Tuhan atau yang disebut teosofi?"
"... bahawa pokok penanti merupakan satu-satunya cara membiakkan secara besar-besaran pokok jenis lain yang tidak membiak nyata daripada biji benih, atau sangat terdedah kepada penyakit apabila ditanam dengan akar sendiri?"
"... bahawa Perang Itali-Habsyah Kedua adalah peperangan yang paling rugi dilakukan oleh Itali kerana telah melanggar undang-undang Liga Bangsa sendiri?"
"... bahawa terdapat hampir 1/2 juta hingga 2 juta keping batu bersurat pepaku telah ditemui pada zaman moden tetapi hanya kira-kira 30,000 ke 100,000 keping telah ditafsir atau diterbitkan?"
"... bahawa ringgit bermaksud "bergerigi" dan asalnya memaksudkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis?"
"... bahawa sifat genre grindcore adalah "microsong" atau lagu-lagu hardcore punk dengan hanya sesaat panjang dan pernah dinobatkan dalam Rekod Dunia Guinness?"
"... bahawa kereta kebal SMK silap dikenal pasti oleh perisikan Jerman sebagai T-35C.?"
"... bahawa dialek Bahasa Arab Hijaz digunakan buat perhubungan harian dan tidak mempunyai kedudukan rasmi; sebaliknya Bahasa Arab Piawai Moden digunakan dalam urusan rasmi, terutamanya di Eritrea di mana bahasa Arab bukan merupakan lingua franca?" Wikipedia:Tahukah anda/57/1
"... bahawa cara-cara memasak masakan Palestin berbeza mengikut rantau dan setiap gaya masakan serta ramuan yang digunakan secara amnya bergantung kepada iklim dan tempat serta tradisi yang diamalkan?" Wikipedia:Tahukah anda/41/1
".. bahawa orang Belanda pada zaman dahulu sekitar sebelum abad ke-13, amat sensitif terhadap bencana banjir sehingga semua kanak-kanak perlu belajar berenang agar dapat menyelamatkan diri apabila berlakunya banjir sebelum Projek Delta disiapkan pada Ogos 2010?" Wikipedia:Tahukah anda/32/1
"... bahawa germanena ialah suatu bahan yang diperbuat daripada satu lapis tunggal atom germanium dan diiktiraf sebagai bahan paling bermutu tinggi dalam penggunaan peranti semikonduktor dan penyelidikan sains bahan?" Wikipedia:Tahukah anda/40/1
"... bahawa Almy Nadia telah mula mendapat tawaran bergelar pelakon sebaik menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006?" Wikipedia:Tahukah anda/96/1
"... bahawa ramai tidak menyedari sebelum Din Beramboi berlakon dan terlibat serius dalam bidang penyiaran, beliau ialah seorang penyanyi dengan menubuhkan kumpulan rock sendiri, Diplomasi?" Wikipedia:Tahukah anda/15/1
"... bahawa majalah UJANG berada di bawah MOY setelah kartunis UJANG ditipu oleh Mohd Osman Yusof (MOY) dengan mendaftarkan nama UJANG sebagai hak miliknya?" Wikipedia:Tahukah anda/69/1
"... Burj Khalifa (830m) telah mempertahankan rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia selama 14 tahun berturut-turut sejak 2010. Namun rekod ini hanya menunggu hari sahaja untuk dicabar oleh Menara Jeddah (1007m) yang sedang dibina" Wikipedia:Tahukah anda/38/1
"... bahawa ketika kambing liar jantan dan betina sedang dalam musim mengawan, kambing jantan tua akan mengusir kambing jantan muda dari kawanan keibuan?" Wikipedia:Tahukah anda/10/6
... bahawa eolianit difahamkan terbentuk dalam tempoh satu juta tahun yang lampau, dan saat-saat endapan berlaku berhubung kait dengan paras laut, akan tetapi sifat penghubungkaitan itu masih dibahaskan? Wikipedia:Tahukah anda/36/2
... bahawa Sistem Canton (1757–1842) merupakan alat buat China untuk mengawal perdagangan dengan Barat di dalam wilayah China dengan menumpukan semua perdagangan pada pelabuhan selatan di Canton (sekarang Guangzhou)? Wikipedia:Tahukah anda/61/2
... bahawa nama bangunan Menara Jam ini bukanlah Big Ben? Nama sebenarnya ialah Menara Elizabeth. Big Ben ialah gelaran yang diberikan untuk loceng besar jam itu iaitu Great Bell? Wikipedia:Tahukah anda/27/3
... bahawa kentang goreng (french fries) bukannya berasal dari Perancis? Nama ini mungkin daripada askar Amerika berkerakyatan British yang menjumpai tempat penciptaan kentang goreng ini di Belgium ketika Perang Dunia I. Bahasa Perancis (French) ialah bahasa rasmi askar Belgium dan askar British menyalah anggap bahawa mereka berada di Perancis? Wikipedia:Tahukah anda/41/2
"... bahawa jejari bagi alam semesta boleh cerap ialah 46 bilion tahun cahaya? Hal ini disebabkan oleh cahaya yang hanya boleh bergerak dalam anggaran 13.7 bilion tahun. Akan tetapi disebabkan pengembangan alam semesta, jarak cahaya yang sepatutnya 13.7 bilion tahun cahaya sekarang telah bertambah kepada 46 bilion tahun cahaya" Wikipedia:Tahukah anda/8/3
"... bahawa Cecil Hotel di Los Angeles telah menjenamakan semula hotel mereka sebagai Stay on Main kerana bilangan aktiviti jenayah dan kematian yang melampau sejak 1985, dan yang terbaru pada tahun 2013" Wikipedia:Tahukah anda/52/2
... bahawa bunga mistletoe yang sinonim dengan masyarakat Barat sebagai tempat bercumbu dan takal cinta untuk kesuburan pada hari Krismas ialah sebahagian daripada alat sulit pokok oak?? Wikipedia:Tahukah anda/37/3
"... bahawa kawasan MedinaFes dipercayai kawasan bandar bebas kereta yang terbesar di dunia?"
"... bahawa hipster dikaitkan dengan muzik bebas, selera berpakaian yang menentang arus perdana, pandangan politik yang bebas atau liberal, serta kepercayaan dan gaya hidup alternatif?"