1 September
tarikh
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
1 September merupakan hari ke-244 (hari ke-245 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 121 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Permulaan tahun liturgi Gereja Ortodoks Timur
- Hari Perlembagaan di Slovakia
- Hari Kemerdekaan di Uzbekistan (1991).
- Hari Raya Aidiladha (2017).
- Ramadan (2008).
Peristiwa
sunting- 1715 - "Raja Matahari" Louis XIV dari Perancis (gambar) meninggal dunia selepas memerintah selama 72 tahun, lebih lama daripada mana-mana raja Eropah lain.
- 1804 - Ahli astronomi Jerman Karl Ludwig Harding menemui Juno, salah satu asteroid lingkaran utama terbesar.
- 1902 - Filem cereka sains pertama, filem bisu hitam-putih Le Voyage dans la lune arahan Georges Méliès mula ditayangkan di Perancis.
- 1923 - Gempa bumi besar Kantō melanda Kawasan Kantō, memusnahkan Tokyo dan Yokohama dan mengorbankan lebih 100,000 orang di Jepun.
- 1939 - Jerman Nazi menyerang Poland di Wieluń dan Westerplatte, memulakan Perang Dunia Kedua di Eropah.
- 1951 - Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (US) menandatangani pakatan pertahanan bersama yang dikenali sebagai Perjanjian ANZUS.
- 1969 - Satu rampasan kuasa tidak berdarah pimpinan Muammar Gaddafi menggulingkan Idris I dari Libya.
- 1982 - Pejuang PLO berundur dari Lubnan dalam krisis penyembelihan Sabra dan Shatila.
- 2007 - Bom kereta di Lapangan terbang Nato Afghanistan 2007.
- 2008 - Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda meletak jawatan tidak sampai setahun selepas mengambil alih daripada Shinzo Abe yang juga meletak jawatan.
- 2009 - Fiji digantung daripada Negara-Negara Komanwel kerana enggan mengembalikan pilihan raya sebelum 2010 selepas rampasan kuasa pada 2006.
- 2013 - Korea Selatan menjuarai Hoki Piala Asia 2013.
Kelahiran
sunting- 1923 - Tunku Ampuan Najihah, Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan
- 1945 - Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi, Presiden Yaman yang pertama
- 1972 - Shahnaz Haque, pelakon wanita Indonesia
- 1997 - Ahmad Al Ghazali, pelakon, DJ, dan penyanyi lelaki Indonesia
Kematian
sunting- 1715 - Louis XIV, seorang Raja Perancis
- 1960 - Sultan Hisamuddin Alam Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-2