2003
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2003. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2003 (nombor).
2003 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu. Ia berlangsung dari 27 Syawal 1423 hingga 7 Zulkaedah 1424.
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingJanuari
sunting- 7 Januari: Menteri Pengangkutan Malaysia Ling Liong Sik mengumumkan peletakan jawatannya daripada Kabinet. Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung hasrat Ling untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
- 25 Januari: Sekumpulan orang bertolak dari London ke Baghdad untuk menjadi perisai manusia sukarela, sebagai usaha menghalang pencerobohan Amerika Syarikat.
Februari
sunting- 5 Februari: Krisis Iraq: Setiausaha Negara AS membuat pembentangan kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai Iraq.
- 15 Februari: Demonstrasi sedunia menentang perang ke atas Iraq - lebih 6 juta orang membantah di lebih 600 bandar, menjadikannya rekod bantahan terbesar.
- 24 Februari: Penerbangan pertama Boeing 777-300
Mac
sunting- 12 Mac: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan arahan berwaspada terhadap penyakit SARS.
- 15 Mac: Hu Jintao menjadi presiden Republik Rakyat China menggantikan Jiang Zemin.
- 17 Mac: Krisis Iraq: Presiden AS George W. Bush memberi kata dua kepada Iraq: sama ada Presiden Saddam Hussein dan anaknya meninggalkan Iraq atau diserang.
- 19 Mac: Perang Iraq bermula, diketuai oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.
April
suntingMei
sunting- 1 Mei: George W. Bush mengumumkan tamatnya perang di Iraq. Walau bagaimanapun, serangan kecil-kecilan masih berlaku.
Julai
sunting- 5 Julai: WHO mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan penyakit SARS adalah terkawal.
Ogos
sunting- 11 Ogos:
- PBB mengambil alih tugas pasukan pengaman di Afghanistan.
- Ketua Jamaah Islamiah, Riduan Isamuddin @ Hambali ditahan di Bangkok.
- 12 Ogos: Wikipedia Bahasa Melayu dimulakan.
Oktober
sunting- 15 Oktober: China melancarkan Shenzhou 5, misi angkasa berpemandu pertamanya.
- 24 Oktober: Penerbangan komersil terakhir pesawat supersonik Concorde.
- 31 Oktober: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad meletakkan jawatan setelah memerintah selama 22 tahun.
November
sunting- 23 November: Gerhana matahari penuh di Antartika.
Disember
sunting- 13 Disember: Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditangkap di Tikrit, Iraq.
- 26 Disember: Gempa bumi di Bam, Iran mengorbankan lebih 40,000 orang.
Kelahiran
sunting- 28 Januari: Izz Ilham, pelakon lelaki Malaysia
- 2 Februari: Keisya Levronka, penyanyi dan pelakon wanita Indonesia
- 1 April: Zsa Zsa Utari, pelakon wanita Indonesia
- 21 Jun: Adhisty Zara, pelakon dan penyanyi wanita Indonesia
- 7 Julai: Veve Zulfikar, penyanyi Indonesia
- 22 November: Yasmin Napper, pelakon wanita Indonesia