Alor Setar
Alor Setar (Jawi: الور ستار , singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star pada tahun 2004-2008, ialah ibu negeri bagi negeri Kedah, Malaysia.[3] Ia merupakan bandar pentadbiran dan juga merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani,[4] (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010.[5]) Bandaraya ini menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit. Kaum majoriti di ibu kota ini ialah kaum Melayu.
Alor Setar | |
---|---|
Bandaraya Alor Setar | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | الور ستار |
• Bahasa CIna | 亚罗士打 (Mudah) 亞羅士打 (Tadisional) |
• Bahasa Tamil | அலோர் சேதார் |
• Bahasa Thai | อาโลร์เซอตาร์, เมืองไทร Mueang Sai[1] |
Cogan kata: Bandaraya Berdayahuni 2035 | |
Koordinat: 06°07′06″N 100°22′10″E / 6.11833°N 100.36944°EKoordinat: 06°07′06″N 100°22′10″E / 6.11833°N 100.36944°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Kota Setar |
Ditubuhakan | 1735 |
Status perbandaran | 1 Februari 1978 |
Status bandar raya | 21 Disember 2003 |
Diasaskan oleh | Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Dato' Haji Mohd Yusri Haji Md Daud |
Keluasan | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 424 km² km2 (257.14 batu persegi) |
Aras | 75 m (246 ft) |
Aras tertinggi | 165.5 m (543.0 ft) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 417,800 |
• Kepadatan | 982.00/km2 (2,543.4/batu persegi) |
• Metro | 839,400 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tiada |
Poskod | 05xxx |
Awal kod panggilan telefeon antarabangsa | +6047 |
Laman sesawang | mbas.gov.my |
Alor Setar ialah terletak di titik utara Malaysia, merupakan bandaraya terakhir, lebih kurang 400 kilometer dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya. Bandar raya Alor Setarditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 400,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2020 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.
Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah di antara daripada lima bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim, Bandar Jitra dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.
Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, bandaraya ini juga mempunyai rangkaian perhubungan yang baik yang dapat diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Kepala Batas, terdapat dua stesen kereta api di Alor Setar iaitu Stesen Kereta Api Alor Setar dan Stesen Kereta Api Anak Bukit, stesen bas utama di Alor Setar ialah Terminal Bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke Pulau Langkawi ialah melalui Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah.
Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang ketujuh. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.
Keretapi tren ETS juga mempunyai laluan perjalanan ke Alor Setar yang banyak membantu masyarakat Alor Setar. Perjalanan ke Pulau Pinang dan Padang Besar hanya mengambil masa 1 jam sahaja melalui keretapi berkelajuan 140–180 km/j ini. Dalam tempoh 4 jam, keretapi laju ini tiba di Kuala Lumpur dan Gemas.
Kejohanan Badminton Grand Prix Gold Malaysia-Antarabangsa dan Kejohanan Badminton Asia merupakan antara kejohanan sukan antarabangsa yang pernah dianjurkan di bandaraya Alor Setar.
Sejarah, Grafik & Politik
suntingAsal Usul
suntingAlor Setar ialah cantuman daripada kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar ialah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’. Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri sejak Kesultanan Kedah pada 1136. Pusat-pusat pentadbiran sebelum ini bertempat di Kota Bukit Meriam, Kota Siputeh, Kota Sungai Emas, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang. Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.
Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandar Raya yang ke-9 di Malaysia, pada 21 Disember 2003[6] di mana ejaan nama Alor Setar telah berubah secara rasminya kepada Alor Star. Upacara pengisytiharan untuk Ibu Negeri Kedah diadakan di Dataran Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Antara mereka yang hadir pada upacara bersejarah ialah Tuanku Sultan Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun. Upacara juga disaksikan oleh orang awam dan pelancong. Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.[7]
Awal Pembukaan
suntingAlor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh salah seorang Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II dalam tahun (1710-1778).[8] Baginda merupakan Sultan Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 – 1174. Pada awalnya, Alor Setar cuma sebuah kampung dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai.
Apabila Sultan Mohamad Jiwa menjumpai kampung itu, baginda begitu tertarik dengannya – kerana tempat itu dikelilingi oleh pohon-pohon pokok yang tebal lagi menghijau dan merupakan pusat di mana dua batang sungai bertemu. Maka, “Adapun Duli Yang Dipertuan bermuafakat dengan segala menteri-menteri membuat sebuah kota baru, bernama Kota Setar” Secara tidak langsung kampung itu digelar Kota Setar.
Baginda menamakannya Setar sempena dengan jenis pokok-pokok yang berada di sekitar kota yang dikenali sebagai ‘pokok Setar’. Oleh itu, pada masa itu nama Alor Setar belum muncul lagi – ia dikenali sebagai Kota Setar.
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II bersemayan di Istana Kota Setar dan baginda menjadikannya sebagai Bandar DiRaja Negeri Kedah. Kota Setar mula berkembang setelah dijumpai oleh seseorang berbangsa Inggeris kira-kira lebih 150 tahun selepas kampung itu diasaskan. Dalam bulan Oktober, 1883, James F. Agustin tiba di Kuala Sungai Kedah (sekarang dipanggil Kuala Kedah) kira-kira 10 km dari Kota Setar. Beliau dengan beberapa orang Inggeris lain telah mejelajah kawasan itu hingga ke pedalaman. Di samping dua batang sungai tersebut kelihatan kelompok petempatan kecil orang-orang Melayu.
Akhirnya Augustin dan orang-orangnya pun tiba di Kampung Kota Setar. Beliau telah berkawan dengan orang-orang Melayu di situ dan mereka telah membawa ke istana batu Sultan Muhammad Jiwa. Augustin begitu tertarik hati dengan keadaan persekitaran istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok “Stak” dan beliau lebih terpesona dengan keindahan kota mahligai Sultan. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II menerima Augustin dengan baik dan kedua-dua pihak itu telah bertukar-tukar barang.
Dari sinilah bermulanya perniagaan bertukar barangan dan perdagangan antara orang-orang tempatan dengan pedagang-pedagang asing. Pada awal kurun ke-19, ramai pedagang asing seperti pedagang Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang. Kota Setar telah berkembang daripada sebuah kampung kepada pekan yang sibuk dan akhirnya menjadi sebuah Bandar yang merupakan pusat petempatan, perdagangan dan pentadbiran. Orang-orang Inggeris khususnya, amat berminat terhadap Bandar Kota Setar (masa itu Alor Setar dikenali dengan Kota Setar).
Dengan itu, segala perniagaan, pengangkutan dan perhubungan di Kedah berpusat di Kota Setar. Lama-kelamaan nama Kota Setar ditukar kepada Alor Setar. Pertukaran ini disebabkan Bandar itu terletak dekat muara sungai dan selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu yang bersinggah di situ. Sebaliknya, Kota Setar telah menjadi nama kepada kawasan atau daerah yang sekitar Alor Setar.
Kota Setar dijadikan sebagai sebuah daerah di Kedah yang dipenuhi dengan sawah padi dan mula berkembang pesat terutama sekali dengan adanya pusat perdagangannya iaitu Alor Setar. Demikianlah sejarah awal mengenai pembukaan Alor Setar yang bermula dalam tahun 1720-an. Mengikut En. Ismail Bin Hj. Salleh (Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah cawangan Kedah), Alor Setar merupakan satu Bandar yang istimewa dalam erti kata bahawa ia cepat mengalami pembangunan yang pesat walaupun ia merupakan Bandar kecil di samping masih dapat mengekalkan ciri-ciri warisan budaya asing dalam pembangunannya khususnya bangunan-bangunan yang moden binaannya tetapi mempunyai ukiran yang cukup berseni dan bercorak asli.
Alor Setar ialah sebuah ibu negeri yang tertua sekali di Malaysia. mengikut rekod sejarah, Bandar ini telah menjadi Ibu Negeri selama lebih kurang 250 tahun. Dari zaman ia diasaskan hingga zaman kini, Alor Setar masih tetap menjadi Ibu Negeri Kedah.
Revolusi
suntingGeografi
suntingAlor Setar terletak di barat Semenanjung Malaysia merupakan bandaraya utara di Malaysia. Daerah Kota Setar ataupun Bandaraya Alor Setar dengan mempunyai penduduk melebihi daripada 417,800 (2020)[9] orang di Kedah. Ia juga bersempadan dengan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang. Terletak di Koordinat: 6°7′U 100°22′T, bandaraya Alor Setar bertempat di pinggir Selat Melaka yang memisahkan Malaysia dari Indonesia.
Keluasan bandar sebanyak 666 km² dan kini menyusut kepada 424 km² disebabkan Pokok Sena dijadikan daerah baru. Alor Setar dikelilingi sistem sungai yang penting seperti Sungai Kedah, Sungai Langgar, Sungai Tajar, Sungai Anak Bukit, Alor Malai dan Alor Merah.
Demografi
suntingBahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ialah bahasa utama Alor Setar. Bahasa-bahasa lain yang dituturkan di bandar ini termasuk loghat-loghat Kantonis, Mandarin dan Tamil. Bahasa Inggeris juga berperanan besar sebagai perantara perniagaan dan mata pelajaran wajib di sekolah.
Populasi bagi Alor Setar pada tahun 2020 ialah 417,800 orang. Jumlah penduduk bagi kaum Melayu di Alor Setar ialah 75.0% (310,500), jumlah penduduk bagi kaum Cina ialah 20.5% ( 87,200), jumlah penduduk kaum India ialah 9.1% (9,400) dan jumlah penduduk bagi lain-lain seperti kaum Benggali ataupun dari luar negara ialah 5.4% (1,200).[10]
Agama Islam diamalkan terutamanya oleh kaum Melayu dan komuniti India Muslim. Agama-agama lain yang diamalkan di Alor Setar ialah agama Hindu (terutamanya di kalangan kaum India), Buddha, Konfusianisme dan Taoisme (terutamanya di kalangan kaum Cina) dan Kristian. Justeru, nyata sekali di Alor Setar terdapat banyak tempat beribadah untuk orang Islam kerana penduduknya didominasi oleh orang Melayu.
Statistik
suntingJumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Alor Setar pada tahun 2000 dianggarkan berjumlah 354,433 dan meningkat menjadi 366,787 pada 2010. Ketumpatan penduduknya ialah 696 penduduk per kilometer persegi (10,340 /sq mi), menjadikannya kawasan pentadbiran paling padat penduduknya di Negeri Kedah.
Dengan anggaran jumlah penduduk metropolitan sebanyak 800,000 pada tahun 2010 (termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan daerah Kota Setar), Alor Setar boleh dianggap sebagai bandar raya selamat. Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Alor Setar telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun menjunam beberapa peratus pada tahun 2000. Sebaliknya, golongan usia bekerja 15–59 tahun pula meningkat dari tahun ke tahun.
Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di Alor Setar sahaja ialah 75% pada banci tahun 2020 manakala penduduk Cina dan India masing-masing merangkumi 20.5% dan 9.1%. Juga kelihatan ialah fenomena peningkatan kehadiran penduduk warga asing di Alor Setar, yang kini meliputi 5.4% penduduk bandar.
Jenayah Alor Setar menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini. Antara kegiatan jenayah yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan dadah, perjudian dan maksiat.
Trivia
suntingTarikh Hari Keputeraan Sultan | 28 November 1927 |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Iklim Tahunan | 2,390 (94.09) |
Jumlah hujan tahunan | 2000mm ~ 2500mm |
Sungai terpanjang | Sungai Kedah |
Bangunan tertinggi | G Residence Alor Setar (92.5 m) |
Penanaman utama | Padi |
Iklim
suntingAlor Setar terletak dalam kawasan iklim monsun tropika dalam pengelasan iklim Koppen. Alor Setar mempunyai musim hujan yang panjang.
Data iklim untuk Alor Setar | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 32 (90) |
33 (92) |
34 (93) |
34 (93) |
32 (90) |
32 (89) |
31 (88) |
31 (88) |
31 (87) |
31 (87) |
31 (88) |
31 (88) |
32 (89) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 22 (71) |
22 (71) |
23 (73) |
23 (74) |
24 (75) |
23 (74) |
23 (74) |
23 (74) |
23 (74) |
23 (74) |
23 (73) |
22 (72) |
23 (73) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 60 (2.4) |
50 (2.0) |
140 (5.5) |
220 (8.7) |
270 (10.6) |
190 (7.5) |
190 (7.5) |
260 (10.2) |
320 (12.6) |
300 (11.8) |
200 (7.9) |
130 (5.1) |
2,390 (94.1) |
Sumber: http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=30684&refer=&units=metric |
Politik
suntingMerujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 15 2022 (PRU15)
Daerah Kota Setar melalui (Dewan Rakyat)
Parlimen | Nama Kerusi | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|---|
P008 | Pokok Sena | Datuk Ahmad Yahaya | Perikatan Nasional |
P009 | Alor Setar | Afnan Hamimi Taib Azamuddeen | Perikatan Nasional |
P010 | Kuala Kedah | Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi | Perikatan Nasional |
Daerah Kota Setar (Dewan Undangan Negeri PRU 14 (2018))
Dun | Kedudukan Nama | Ahli Negeri | Parti |
---|---|---|---|
N10 | Bukit Pinang | Romani Wan Salin | Parti Islam Se-Malaysia (Perikatan Nasional) |
N11 | Derga | Tan Kok Yew | Pakatan Harapan |
N12 | Suka Menanti | Zamri Yusuf | Pakatan Harapan |
N13 | Kota Darulaman | Teh Swee Leong | Pakatan Harapan |
N14 | Alor Mengkudu | Phahrolrazi Mohd Zawawi | Pakatan Harapan |
N15 | Anak Bukit | Amiruddin Hamzah | Pakatan Harapan |
N16 | Kubang Rotan | Asmirul Anuar Aris | Pakatan Harapan |
N17 | Pengkalan Kundor | Ismail Salleh | Pakatan Harapan |
Alor Setar : Kaca Mata Malaysia
suntingSlogan Jom Pi Alor Setar
sunting‘JOM PI ALOR SETAR’ Negeri Kedah Darul Aman semakin berkembang dari semasa ke semasa termasuklah bandaraya Alor Setar. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai perkembangan sejarahnya yang tersendiri, Kedah telah berjaya membina identitinya sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Mercu Tanda di Kedah Darul Aman khususnya Alor Setar mempamerkan kepada masyarakat luar khususnya dan generasi muda mengenai bangunan, binaan, monumen yang terdapat di Negeri Kedah yang dapat menggambarkan identiti Negeri Kedah itu sendiri. Bangunan yang terdapat di sekitar bandar Alor Setar seperti Muzium DiRaja, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni dan Masjid Zahir, kebanyakannya diasaskan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II pada tahun 1735.[11]
Alor Setar Bandar Selamat
suntingMajlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan projek Program Bandar Selamat di bandaraya ini. Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, projek itu antaranya membina besi penghadang jalan, memasang lampu jalan di kawasan gelap dan pemasangan cermin.
Kawasan yang terlibat dalam projek ini pula merupakan kawasan-kawasan yang dikenal pasti kerap berlakunya kejadian jenayah seperti ragut dan sebagainya. Terdapat 12 lokasi yang terpilih iaitu di Jalan Sultan Badlishah, Jalan Tunku Ibrahim, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Simpang Kuala, Persiaran Sultan Abdul Hamid dan Jalan Kota,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mat Noh berkata, pihaknya membelanjakan RM3.3 juta yang diperuntukkan kerajaan persekutuan bagi melaksanakan 42 projek menaik taraf jalan dan sistem perparitan. Menurutnya, antara projek itu ialah menaik taraf jalan dan parit di jalan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Jalan Langgar dan sistem perparitan di Taman Bayu Baru. Projek lain ialah Lebuhraya Sultanah Bahiyah; jalan dan parit di Kampung Pantai Johor serta jalan dan sistem perparitan di Dataran Kampung Berjaya.[12]
Bandaraya Masa Depan Asia
suntingAlor Setar dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.
Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan. Menurut majalah tersebut, Alor Setar berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).
Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipei (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandar Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina). Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Bandar Quezon (Filipina).
Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan bahawa ia satu penghargaan kepada negeri Kedah yang terbukti berjaya dalam menarik ramai pelabur. Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur untuk melabur di Kedah. [13][14]
Bandar Raya Metropolitan Alor Setar
suntingDalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan metropolitan ini akan diduduki oleh seramai 1,000,000 lebih penduduk di kawasan sekitar di Alor Setar - Jitra (Kubang Pasu) - Pokok Sena - Pendang.
Zon metropolitan Alor Setar atau Greater Alor Setar merangkumi bandar-bandar utama disekitar Bandaraya Alor Setar yang mempunyai penduduk melebihi 800,000 orang. Bandar-bandar ini membentuk sebuah kawasan metropolis dengan jumlah 839,495 orang (2020)[15], menjadikan kawasan metropolis kelima terbesar di Malaysia selepas Metropolitan Lembah Klang, Metropolitan Iskandar Malaysia, Metropolitan Lembah Kinta, dan Metropolitan Penang-Kedah.
Bandaraya Utama Negeri Kedah
suntingAlor Setar merupakan bandar utama di Kedah selain Sungai Petani dan Kulim. Alor Setar merupakan sebuah ibu negeri yang juga merupakan bandar diraja. Pentadbiran Negeri Kedah juga terletak di sini.
Fungsi-fungsi bandaraya Alor Setar:
- Bandar Utama Negeri Kedah
- Bandar Pentadbiran Negeri Kedah
- Bandar Diraja Negeri Kedah
- Bandar Ibu Negeri Kedah
- Bandar Pertanian Padi
- Bandar Perindustrian
- Bandar Pelancongan
- Bandar Bersejarah
- Bandar Pelabuhan
Bangunan Tertinggi di Alor Setar
suntingPaling Tinggi :
- Menara Alor Setar : 40 tingkat (165.5 meter)
- The Tenz : 38 tingkat (dalam pembinaan)
- G Residence : 25 tingkat (dalam pembinaan)
- Amansuri Residence I : 24 tingkat
- D Aman Residence : 21 tingkat (dalam pembinaan)
- Amansuri Residence II : 23 tingkat
- PPR Kota Setar (Dikenali PPR Kg. Kilat) : 20 tingkat
- City Plaza + Holiday Villa : 20 tingkat
- Grand Alora Hotel : 18 tingkat
- Menara PKNK : 16 tingkat
- Menara SADA : 15 tingkat (siap pembinaan)
- Bangunan Sultan Abdul Halim : 13 tingkat
- Menara Zakat : 13 tingkat
- Menara Peladang : 13 tingkat
- Menara IPK Negeri : 12 tingkat
- Bangunan Hospital Sultanah Bahiyah I : 12 tingkat
- The Regency Hotel : 12 tingkat
Sederhana Tinggi :
- Menara KWSP : 11 tingkat
- Menara Sentosa : 10 tingkat
- Menara Bina Darulaman Berhad : 10 tingkat
- Hotel Starcity : 10 tingkat
- Menara UMNO : 10 tingkat
- Bangunan TNB : 10 tingkat
- Kedah Medical Center : 10 tingkat
- Putra Medical Center : 10 tingkat
- Wisma Persekutuan : 9 tingkat
- Pangsapuri Polis Jalan Kolam Air I : 9 tingkat
- Pangsapuri Polis Jalan Kolam Air II : 9 tingkat
- Bangunan Hospital Sultanah Bahiyah II : 9 tingkat
- Bangunan BSN : 9 tingkat
- Bangunan RISDA : 9 tingkat
- Sentosa Regency Hotel : 8 tingkat
- Arkib Negara : 8 tingkat
- Wisma Darulaman : 8 tingkat
- Plaza MARA (Plaza Alor Setar) : 8 tingkat
- Sentosa Regency : 8 tingkat
- Wisma Persekutuan : 8 tingkat
- Kompleks Haji : 8 tingkat
- Menara Perkeso : 7 tingkat
- Kurnia Insurance : 7 tingkat
- Wisma DPMK : 7 tingkat
- Royale Signature Hotel : 7 tingkat
Alor Setar & Pengurusan Perbandaran
suntingGambar dibawah menunjukkan perkembangan Bandaraya Alor Setar yang semakin berkembang sejak 2008.
Populasi = 405,789 (2009) (termasuk daerah Pokok Sena)
Kawasan Pentadbiran
suntingKawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala Daerah Pokok Sena masih lagi ditadbir oleh MBAS walaupun sudah menjadi daerah baru.
- Pusat Bandaraya Alor Setar ڨوست بندراي
- Bandar Muadzam Shah بندر معزم شاه
- Bandar Anak Bukit بندر انق بوكيت
- Bandar Baru Mergong بندر بارو مرڬوڠ
- Bandar Stargate بندر ستارڬيت
- Alor Janggus الور جڠڬوس
- Alor Malai الور مالاي
- Alor Mengkudu الور مڠكودو
- Alor Merah الور مراه
- Alor Tajar الور تاجر
- Bukit Pinang بوكيت ڨينڠ
- Derga درڬا
- Gunung Keriang ڬونوڠ كرياڠ
- Hutan Kampong هوتن كمڨوڠ
- Kota Sarang Semut كوتا سارڠ سموت
- Kepala Batas كڨالا باتس
- Kuala Kangkong كوالا كڠكوڠ
- Kuala Kedah كوالا قدح
- Kuala Sungai كوالا سوڠاي
- Kubang Rotan كوبڠ روتن
- Langgar لڠڬر
- Lepai لڨاي
- Padang Hang ڨادڠ هڠ
- Padang Lalang ڨادڠ لالڠ
- Pengkalan Kundor ڨڠكالن كوندور
- Pumpong ڨومڨوڠ
- Sala سالا
- Simpang Empat سيمڨڠ امڨت
- Simpang Kuala سيمڨڠ كوالا
- Sungai Baru سوڠاي بارو
- Tebengau تبڠاو
- Telok Chengai تلوق چڠاي
- Telok Kechai تلوق كچاي
- Titi Gajah تيتي ڬاجه
Perkembangan Bandar
suntingMenjelang tahun 2015, negeri Kedah akan menjadi negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak.
Sektor perumahan berkembang pesat di Alor Setar. Semenjak tahun 1990-an, bandar Alor Setar menerima pelaburan sederhana oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Setia, Taman Seri Kota, Taman PKNK, Taman Nuri, Taman Dahlia merupakan perumahan terancang yang terawal di Alor Setar. Menjelang tahun 2008 sehingga 2012, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Baru Mergong, Desa Seraya, Bandar Stargate, Villa Anak Bukit dan Laman Kuda. Sebuah kondominium mewah sedang dibina pada tahun 2012 oleh Belleview Group di kawasan Pusat Bandaraya Alor Setar. Kondominium itu diberi nama Amansuri Residences. Kini Bandar Alor Setar sedang mengalami perubahan yang drastik sejak 2008 seperti di kawasan Kuala Kedah, Langgar, Mergong, Anak Bukit, Alor Mengkudu dan Datuk Kumbar. Akan tetapi, Bandar Sungai Petani telah mengambil alih sebagai bandar terbesar di Negeri Kedah sejak tahun 2010.[16]
Bandar-bandar Baharu
suntingBandar baru atau bandar terancang dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun. Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk dan juga dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar asal. Tambahan itu, sebuah bandar baru dibina di Bandar Satelit Pokok Sena yang dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar. Bandar ini dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya dan populasi yang kian meningkat sekali gus dijadikan bandar satelit.
- Bandar Baru di Alor Setar
- Bandar Muadzam Shah (Bandar Pentadbiran)
- Bandar Anak Bukit (Bandar Diraja)
- Bandar Baru Mergong
- Bandar Stargate
- Aman Laut
- Bandar Baru di Pokok Sena
- Bandar Baru Dua (Bandar Satelit)
- Bandar Tunku Puteri (Bandar Satelit)
- Bandar Sejahtera (Bandar Satelit)
- Bandar Baru Pokok Sena
Populasi Penduduk
suntingPopulasi = 417,800 (2020) (tidak termasuk daerah Pokok Sena)
Penduduk Alor Setar terdiri daripada majoriti Melayu dan Cina. Kebanyakan penduduk di Alor Setar tertumpu di Mergong, Anak Bukit, Langgar dan Kuala Kedah serta di Jalan Pegawai, Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Putra dan Jalan Datuk Kumbar menjadikan keluasan bandaraya ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 2006 dimana bandar ini pernah mengalami kemerosotan populasi penduduk pada tahun 2000. Dengan pembukaan penempatan baru di Alor Mengkudu dan Tandop Baru menyebabkan populasi bandar ini semakin meningkat.
Akan tetapi, Bandar Sungai Petani telah mengambil alih sebagai bandar terbesar di Kedah [16]. Ini kerana Bandar Sungai Petani mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan dengan bandar perindustrian terbesar di utara iaitu di Seberang Perai. Bandar Sungai Petani juga mengalami penjualan rumah yang lebih murah berbanding Bandaraya Alor Setar, faktornya ialah Alor Setar merupakan sebuah bandar raya yang mempunyai tanah bendang dan perlu ditambak tanah dan kos-kos lain yang mahal berbanding di Sungai Petani kerana tanahnya lebih murah. Faktor ini menyebabkan ramai pemaju hartanah tidak berani melabur di Alor Setar.
Walau bagaimanapun, Alor Setar tersenarai sebagai salah satu bandaraya terbesar di Malaysia. Sekarang, Pokok Sena, Kedah telah dijadikan daerah baru yang sebelum ini daerah sekali dengan Alor Setar [17] Statistik populasi ialah seperti berikut:
Bandar / Daerah | Populasi 1980 | Populasi 1990 | Populasi 2000 | Populasi 2010 | Populasi 2020 |
Alor Setar / Kota Setar | 279,567 | 322,354 | 354,433 | 366,787 | 417,800 |
Kawasan Perindustrian
suntingAlor Setar juga merupakan pusat perindustrian di Kedah walaupun dimonopoli oleh Sungai Petani dan Kulim:
- Kawasan Perindustrian Mergong
- Kawasan Perindustrian Mergong 2
- Kawasan Perindustrian Mergong Barrage
- Kawasan Perusahaan Tandop Baru
- Taman Perindustrian Ringan
- Taman Perindustrian Kristal
- Taman Perindustrian 2010 (Bandar Baru Mergong)
- Taman Perindustrian Tandop Utama
- Taman Perindustrian Kristal 2 (dalam pembinaan)
Naik Taraf Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) ke Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
suntingMajlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) secara rasmi dinaiktaraf sebagai bandar raya ke sembilan di negara ini dan bergelar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
Surat Perisytiharan Naik Taraf Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dipersembahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Sultan Kedah pada Istiadat Penyerahan Watikah Bandaraya Alor Setar, di Istana Anak Bukit.
Sultan Kedah kemudian berkenan menyerahkan watikah tersebut kepada Menteri Besar waktu itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. Berangkat sama menyaksikan majlis penuh bermakna itu ialah Che Puan Haminah Hamidun, Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, kerabat-kerabat diraja, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lokman Hakim Md Jassah, anggota-anggota Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
Surat perisytiharan itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Negara pada 19 November 2003. Istiadat dimulakan dengan pengkisahan Bandar Alor Star tulisan tokoh sejarah negeri Kedah, Datuk Wan Shamsudin Wan Mohd Yusof yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Baling, Zahari Ismail.
Alor Setar yang diasaskan kira-kira 268 tahun lalu (1735) oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II, iaitu Sutan Kedah yang ke-19 (1710-1778).[18]
Baik Pulih Bandaraya
suntingSejak tahun 2008, pelbagai infrastruktur dibandar ini telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri, iaitu menghidupkan semula bandar ini yang pernah dianggap bandar mati kerana tiada kemajuan ekonomi dan infrastruktur yang baik. Begitu banyak perubahan dengan banyak kawasan perumahan yang muncul di Langgar, Tandop, Alor Mengkudu, Kuala Kedah, Kuala Sungai dan Mergong sekaligus mengubah lanskap bandaraya Alor Setar. Perumahan dibangunkan oleh pihak swasta dan GLC melalui perancangan teliti serta kelulusan oleh kerajaan negeri. Apabila wujudnya perumahan, sekaligus mewujudkan premis-premis perniagaan yang akan menjana ekonomi negeri.
Pusat Bandaraya Alor Setar kini berubah wajah. Bangunan serbanika yang usang di Stesyen Bas Baru dirobohkan dan dibangunkan UKIR Mall yang tersergam gagah. Ia projek Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Di belakangnya dibina medan selera yang baru dan cantik. Di sisi UKIR Mall yang dahulunya menjadi bangunan usang tinggalan sebuah syarikat bas, kini dibangunkan sebagai gerai-gerai makanan ala ‘one stop center’. Berpuluh peniaga Melayu boleh mencari rezeki. Kini bandaraya lebih ceria dengan wujudnya bazaar larut malam di perkarangan stadium dan bazaar sinar malam di perkarangan Pekan Rabu. Hampir semua yang terbabit dengan perniagaan ialah golongan Bumiputera.
Di sepanjang jalan utama pusat bandar, Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membina tembok penghadang. Di samping mencantikkan pemandangan ia mengurangkan ancaman keselamatan terhadap pejalan kaki. Bulatan Jalan Kota dibangunkan semula. Jika anda melalui Jalan Stadium atau Jalan Tun Razak, terdapat bulatan yang dibina mempunyai kalimah Allah dan juga Al-Quran yang sangat cantik.
Pelan Pembangunan
suntingKerajaan negeri kini sedang merancang suatu perancangan iaitu apabila ada pelancong datang ke Alor Setar, mereka akan dibawa ke Gunung Keriang iaitu ke Muzium Padi dan menyediakan restoran masakan Kedah seperti masakan yang berasaskan ikan keli, haruan, sepat dan lain-lain lagi.
Selesai lawatan di muzium tersebut, mereka terus dibawa ke sungai berhampiran muzium dan menaiki bot untuk ke Ampang Jajar dan masa yang diambil adalah kira-kira satu jam. Ianya dipanggil “Cruise Sungai Kedah”. Pakej ini boleh menjadi sumber pendapatan rakyat.
Kerajaan Negeri mencadangkan agar diperbaiki apa yang ada supaya orang ramai dapat menikmati alam semula jadi dan kera-kera di Pulau Pinang dibawa ke kawasan laluan bot tersebut agar orang yang menaiki bot tersebut dapat melihat kera-kera tersebut di tepi sungai.
Dari sana barulah datang ke Pekan Rabu. Di sini pelancong boleh membeli apa yang diperlukan seperti dodol, bahulu, karas dan akhirnya semua orang mai ke sini. Inilah perancangan kerajaan negeri dan kini UPEN sedang membuat kertas kerja.
Sebelum ini masa untuk membeli-belah di Pekan Rabu adalah terhad, tetapi kini pengunjung yang datang ke Alor Setar tidak perlu lagi bimbang kerana pada waktu malam mereka boleh membeli-belah di bazar ini.
Selepas itu, mereka boleh tidur di hotel yang ada di sekitanya. Inilah diantara kemudahan-kemudahan yang akan sediakan kepada rakyat.
Menteri Besar, Azizan berharap agar usahawan-usahawan kecil yang berniaga di Pekan Rabu mengambil kesempatan ada ini dan menjaga kebersihan serta amanah. Peniaga-peniaga mestilah menunjukkan adab yang sopan seperti senyum kepada pembeli kerana senyum itu adalah sedekah dan ia dapat menarik ramai pelanggan.
Usahawan-usahawan yang berniaga di dalam kompleks Pekan Rabu juga perlu ambil kesempatan untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka sehingga ke sebelah malam bagi merancakkan lagi aktiviti Bazar Sinar Sejahtera ini.
Dalam tahun akan datang, Jalan Tunku Ibrahim ini akan di buat seperti di Kuala Lumpur, iaitu akan tutup jalan pada waktu malam, maka orang ramai tidak lagi perlu bersusah payah untuk mencari parkir kerana jalan ini sudah ditutup.
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 Buka Peluang Ekonomi
Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang menggariskan empat teras utama, diyakini mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi pada pelabur dalam dan luar negara.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengumumkan draf Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar bagi lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk rakyat sekali gus mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar-bandar besar.
Menerusi draf ini, peluang perniagaan daripada projek berimpak tinggi seperti Terminal Ikan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Kedah, memperluaskan kawasan perniagaan sedia ada, membaik pulih bangunan perniagaan usang dan terbiar dan meningkatkan aktiviti pertanian.
Teras pertama draf itu ialah menjadikan kawasan MBAS iaitu Bandaraya Alor Setar dan Pokok Sena berkembang maju dengan penyediaan peluang perniagaan dan pelaburan dari projek-projek yang dicadangkan manakala teras kedua menjadikan kawasan MBAS terutama Alor Setar sebagai bandar yang berdaya tahan dan berdaya pintar.
Teras ketiga ialah penyediaan sistem infrastruktur dan utiliti yang komprehensif dan efisien dan keempat menjadikan kawasan MBAS sebagai Bandar Warisan Dalam Taman
Kerajaan negeri sentiasa membuka ruang, peluang dan sokongan kepada mana-mana syarikat atau individu untuk turut serta memajukan projek yang dicadangkan dalam draf itu. Cadangkan dan bantahan boleh dibuat melalui pejabat MBAS mengikut saluran yang betul.
Penyediaan Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 (pengantian) ialah selaras dengan peruntukan Seksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di mana pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan tempatan.
Penyediaannya dibuat berpandukan kepada Manual Rancangan Tempatan Edisi 2013 dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008.
Alor Setar & Pengurusan Awam
suntingPenguatkuasaan CCTV
suntingCCTV dikuatkuasakan di Alor Setar pada pertengahan tahun 2010.
- Simpang Hospital Lama
- Simpang ke Tesco Mergong
- Simpang ke Perniagaan Sultan Abdul Hamid
- Simpang ke Pekan Rabu dan Star Walk
- Simpang ke Pekan Simpang Kuala
- Simpang ke Hospital Sultanah Bahiyah
- Simpang ke Jalan Gangsa
- Simpang keluar Tol Utara
- Simpang keluar Tol Selatan
- Simpang I-City-Jalan Putra-Lebuhraya Darul Aman
- Simpang Jalan Stadium
- Simpang Taman Rakyat, Mergong
- Laluan masuk ke Alor Setar Mall
Penambahan Parking Kereta
suntingMajlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini dalam proses menaik taraf tempat meletak kenderaan terutama di kawasan bandar dan tumpuan ramai berikutan masalah orang ramai yang mengalami kesulitan setiap kali mahu parkir kenderaan di kawasan pusat bandar.
Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Zamzama Mohd berkata, masalah itu akan dapat diatasi setelah bangunan parkir bertingkat siap sepenuhnya kelak. “Kita sedang merancang untuk menambah bilangan petak meletak kenderaan dengan menaik taraf parkir bertingkat di kompleks MBAS,” ujarnya.
Zamzama memberitahu, buat masa ini, hanya paras bawah hingga tingkat enam yang boleh digunakan bagi menempatkan lebih 100 kenderaan. Setelah proses penyelenggaraan dan menaik taraf selesai kelak, ia dijangka dapat menyediakan 300 petak tempat meletak kenderaan.
“Saya berpendapat setelah beroperasi kelak, ia mampu menampung jumlah kenderaan dan masalah tidak cukup parkir akan selesai,” katanya. Beliau menjelaskan, kerja-kerja untuk memulakan projek berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh tiga bulan akan datang selepas tawaran tender dibuka kepada kontraktor yang layak.
“Ini alternatif terbaik dalam jangka pendek untuk mengatasi masalah parkir kerana pusat bandar ketiadaan kawasan lapang untuk dibangunkan kawasan parkir,” tambahnya. Bagi perancangan jangka panjang, katanya, MBAS kini dalam proses memohon kelulusan tanah kuarters lama polis di Jalan Kolam Air bagi dibangunkan sebagai kawasan meletak kenderaan.
“Kita baru sahaja buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan sehingga kini masih menunggu jawapan sama ada diluluskan atau sebaliknya,” jelasnya. Menurutnya, MBAS kini turut memperluaskan penggunaan parkir berkupon dan antara kawasan yang telah dikenal pasti ialah Simpang Kuala, Jalan Pegawai, Kompleks Taman Perindustrian Kristal, Kompleks Perniagaan Shahab Perdana dan Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan.[19]
Tempat-tempat Menarik
sunting- Balai Besar Negeri Kedah
- Balai Nobat negeri Kedah
- Balai Seni Negeri Kedah
- Muzium Negeri Kedah
- Muzium Di Raja Kedah
- Galeri Sultan Abdul Halim
- Mini I-City
- Kota Kuala Kedah
- Pusat Sains Negara Wilayah Utara
- Muzium Padi (Kedah)
- Menara Alor Setar
- Balai Seni Negeri Kedah
- Pekan Rabu
- Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohammad
- Rumah Merdeka (Memorial Tunku Abdul Rahman)
- Permandangan jelapang padi
- Box Park Alor Setar
- Medan Seni Alor Setar
Ekonomi
suntingSebagai salah satu daripada lima buah bandar yang utama di Kedah (selain daripada Sungai Petani, Kulim, Jitra dan Langkawi), Alor Setar juga ialah pusat perindustrian yang penting di negeri Kedah. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi.
Pusat beli-belah yang banyak di Alor Setar memenuhi keperluan pelancong asing mahupun tempatan yang melawat bandar raya ini untuk membeli-belah atau berhibur. Hasilnya, pemandangan aktiviti beli-belah di Alor Setar adalah sangat pesat bagi sebuah bandar raya yang mempunyai saiz sedemikian. Kawasan beli-belah utama terletak di pusat bandar raya, manakala sebilangan pusat beli-belah besar terletak di pinggir bandar raya.
Kawasan perindustrian berat dan ringan ialah Mergong Barrage, Mergong 1 & 2, Tandop dan Perindustrian Ringan Kristal, serta Taman Perindustrian 2010 yang terletaknya di kawasan pinggir bandar.
Alor Setar menikmati hubungan ekonomi yang rapat dengan Pulau Pinang. Ramai penduduk di Alor Setar bekerja ulang-alik di Pulau Pinang berikutan kadar gaji disana yang lebih tinggi daripada di Kedah dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Kedah.
Kemudahan Perbankan
suntingAlor Setar mempunyai banyak cawangan bank-bank utama bagi penduduk tempatan mahupun luar.
- AgroBank
- Maybank
- Bank Rakyat
- Tabung Haji
- Ambank
- EON Bank Bhd
- Hong Leong Bank
- AmIslamic
- Public Bank Bhd
- Affin Bank Bhd
- CIMB Bank Bhd
- RHB Bank Bhd
- Bank Simpanan Nasional
- Alliance Bank
- Standard Chartered
- Bank Islam Malaysia Bhd
- Bank Kerjasama Rakyat
- HSBC Bank Malaysia
Peruncitan Besar
suntingDi sekitar kawasan Bandaraya Alor Setar, terdapat banyak pusat membeli-belah utama seperti Billion Supermarket, City Plaza, Plaza Sentosa, Aman Central Mall, Mydin Mall, Plaza MBAS, Alor Setar Mall, Star Parade dan Ukir Mall. Di kawasan Bandaraya Alor Setar juga terdapat 2 buah pasar raya besar Lotus's seperti Lotus's Mergong dan Lotus's Stargate. Dahulunya terdapat pasar raya besar Giant iaitu Giant Albukhary dan AEON BiG Alor Setar yang terletak di Jalan Gangsa, tetapi ia telah ditutup.
Star Parade
- Merupakan pusat beli-belah yang terbesar pertama di Alor Setar pada masa dahulu. Pusat beli-belah ini terletak di antara Jalan Sultan Badlishah dengan Jalan Teluk Wanjah yang dikelilingi oleh Menara Peladang, Wisma PKNK, Pejabat Risda Negeri Kedah dan Perkeso Kedah di pusat bandaraya. Pusat membeli-belah ini mempunyai 5 tingkat ini turut menempatkan Kedai Buku Popular yang terbesar di bandaraya ini. Ia dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Selain itu, terdapat rangkaian beli belah Pacific disini.
- Merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar di bandaraya ini. Alor Setar Mall terdapat jaringan Pacific serta menawarkan pelbagai kedai makan seperti Georgetown White Coffee, Uno Cafe, KFC dan sebagainya. Terdapat juga sebuah panggung wayang yang terbesar di Alor Setar iaitu MBO Cinemas. Untuk ke sana mesti melalui Lebuhraya Sultanah Bahiyah yang dulu atau lebih dikenali sebagai Jalan Lencongan Barat dan memasuki ke Persimpangan Desa Seraya. Ia dibuka dari 10.30 pagi hingga 11.00 malam.
- City Plaza pada umumnya ialah pusat beli-belah pertama di Alor Setar. Disebabkan terletak di tengah-tengah pusat bandar, ketiadaan ruang meletak kereta menjadi punca orang ramai jarang mengunjungi pusat ini. Walau bagaimanapun terdapat banyak kedai-kedai baju berjenama di dalam pusat ini serta sebuah restoran McDonald's dan kini mendapat sambutan semula sejak City Point digantikan dengan Urban Transformation Center yang menempatkan ejen kerajaan dan swasta.
- Terletak di pusat bandar Alor Setar, Pekan Rabu menampilkan suatu yang berbeza kerana pusat ini menyediakan kedai-kedai yang menjual barangan umum seperti dodol, kerepek, barang perhiasan dan juga lain-lain lagi.
Mydin Mall Alor Mengkudu
- Baru sahaja siap dibina pada tahun 2012 yang terletak di Jalan Alor Mengkudu ini menarik ramai pengunjung kerana satu-satunya pusat beli-belah di kelilingi oleh kampung dan taman perumahan. Ramai yang tidak percaya apabila terdapat sebuah pusat beli-belah di situ terutamanya penduduk sekeliling. Alor Mengkudu menghubungkan Alor Tajar, Simpang Kuala dan Jalan Tanjung Bendahara serta Jalan Datuk Kumbar dan jika anda datang ke sana, anda akan melihat pemandangan sawah padi terbentang luas.
Ukir Mall
- Terletak di Jalan Sultan Badlishah berhampiran dengan Star Parade dan Kompleks Peruda. Bangunan ini baru siap dibina pada tahun 2012. Mempunyai sebuah restoran kopitiam yang diniagakan oleh peniaga melayu dan terdapat sebuah dewan berhawa dingin untuk apa jua majlis keramaian.
Sentosa Mall
- Terletak di Jalan Putra menghubungkan pusat bandar dan Mergong ini, Plaza Sentosa menawarkan anda pusat yang penuh dengan jualan teknologi intelek dan gajet seperti penjualan komputer dan telefon bimbit terbesar di Negeri Kedah.
Lotus's Mergong
- Terletak di Bandar Baru Mergong atau juga dikenali sebagai Starcity yang dibina pada tahun 2008 ini, ialah salah sebuah pusat beli-belah di Alor Setar pada ketika itu. Sebelum ini dikenali sebagai Tesco.
Lotus's Stargate
- Baru siap dibina pada tahun 2010, Stargate ialah sebuah bandar baru di sini menampilkan sebuah pasar raya terkemuka iaitu Tesco, namun pusat ini jarang dikunjungi pengunjung kerana kedudukan yang agak tidak strategik tetapi senang untuk membeli-belah di sini kerana tidak terlalu sesak. Salah satu faktor lain ialah berdekatan dengan pusat beli-belah terbesar kedua di Alor Setar iaitu Alor Setar Mall. Ia juga terletak berhampiran persimpangan Alor Setar Selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ia kini diambilalih oleh Lotus's
Souq Al-Bukhary
- Juga dikenali sebagai Giant Albukhary ini terletak di Jalan Langgar off Jalan Tun Razak. Souq Al-Bukhary ini bersebelahan dengan Masjid Al-Bukhary yang tersergam indah. Kini setwlah penutupan Giant, TF Value mengambil alih tempat sebagai tenant disitu
- Aman Central menjadi mercu tanda baru (siap dibina Oktober 2015) bagi Bandaraya Alor Setar kerana ia menjadi pusat beli-belah terbesar di bandaraya ini mengalahkan pusat beli-belah yang dahulu dan telah menjadi pusat beli-belah terbesar di Negeri Kedah amnya. Dengan 8 tingkat pusat beli belah, 2 basement dan 2 tingkat tempat letak kereta di aras 5 dan 6 dapat memberi keselesaan kepada pelanggan di Alor Setar sendiri dan kawasan sekitar. Aman Central Mall juga dikelilingi oleh Amansuri Residence dan terdapat jalan pejalan kaki iaitu Aman Walk menjadikan Aman Central sebagai destinasi utama beli belah.[20][21]
Star Village
- Terletak di pusat komersial di persimpangan Jalan Tambang Badak dan Jalan Gangsa, Pusat Membeli-Belah ini akan memberi banyak pilihan membeli-belah kepada penduduk Alor Setar dan sekitar. Dahulunya merupakan tapak AEON BiG dibuka pada 5 Disember 2014 dan ditutup pada Jun 2020. Tapak ini akan dibuka semula dengan altenatif lain sebagai Star Village pada tahun 2022.
Pelancongan
suntingMercu Tanda Moden dan Bersejarah
suntingMasjid Zahir
- Banguan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin dan terletak di antara Jalan Sultan Muhammad Jiwa dengan Lebuhraya Darulaman.
Masjid AL-Bukhary
- Ia terletak di persimpangan Jalan Langgar dengan Jalan Tun Abdul Razak. Masjid ini mempunyai ciri-ciri masjid moden salah satu di Malaysia.
Masjid Al-Gufron
- Ia terletak di persimpangan Jalan Teratai - Persiaran Sultan Abdul Hamid.
Masjid India
- Ia terletak di Jalan Penjara Lama.
Dataran Merdeka (Dataran Masjid Zahir)
- Ia terletak tengah-tengah pusat bandaraya ini.
Dataran Tunku Ibrahim
- Dataran ini terletak dihadapan Pekan Rabu, yang merupakan kawasan sesak diwaktu puncak.
Bangunan Sultan Abdul Halim
- Ia terletak di pusat bandaraya. Bangunan ini digunakan sebagai Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah.
Galeri Seni Negeri Kedah
- Ia terletak di Jalan Sultan Muhammad Jiwa (kira-kira 700m timur utara dari Hotel Royale). Bangunan yang berwarna putih mempunyai setingkat yang dibina sebelum merdeka mempamerkan kebanyakkannya lukisan Malaysia yang moden.
Taman Rekreasi Hutan Rimba
- Ia terletak di Jalan Tunku Bendahara dan juga terletak kira-kira 5 km dari pusat bandaraya ini). Disitu terdapat taman permainan bagi kanak-kanak dan dikelilingi oleh pokok-pokok besar.
Taman Jubli Emas
- Ia dibina pada tahun 2008 bersempena 50 pemerintahan Sultan Abdul Halim. Pelbagai kemudahan sukan dan infrastuktur dibina untuk menampung penduduk Alor Setar yang semakin bertambah dan dibuka setiap hari pada pukul 7 pagi. Disini juga terdapat pancutan air berirama pada waktu malam pada hari-hari tertentu sahaja.
Taman Persisiran Juragan
- Taman Persisiran Juragan merupakan taman rekreasi yang kedua terbesar di bandaraya ini yang menghadap Sungai Kedah. Ia terletak berhampiran dengan MADA Kedah-Perlis. Kawasan ini juga terletak kira-kira 7 km dari pusat bandaraya.
Ujana Peremba (Taman Rekreasi Peremba)
- Ia terletak di Jalan Kilang Tebu. Taman ini merupakan taman rekreasi yang diubahsuai mengikut peredaran masa di ALOR SETAR.
Alor Setar Street Art (Medan Seni Alor Setar)
- Ia merupakan tarikan pelancong baharu di Pusat Bandaraya Alor Setar.
Tempat yang Menarik
sunting- Muzium Negeri Alor Setar
- Kota Marina
- Muzium Kuala Kedah
- Muzium Padi
- Stadium Alor Setar
- Stadium Mini Sultan Abdul Halim
- Menara Alor Setar
- Taman Jubli Emas Suka Menanti
- Taman Jubli Perak ( Taman Rimba )
- Dataran I-City
- River Cruise Kedah (Menyusuri Sugai Kedah dan Sungai Anak Bukit) [Akan dibuka pada pertengahan 2015]
- Gunung Keriang
- Gua Gunung Keriang
- Rumah Merdeka
- Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad
- Box Park Alor Setar
- Medan Seni Alor Setar (Alor Setar Street Art)
Pengangkutan
suntingPerhubungan Jalan Luar
sunting- Lebuhraya
- Lebuhraya Utara Selatan
- Terminal Bas
- Terminal Bersepadu AS Sentral
- Stesen Kereta Api
- Stesen Kereta Api Alor Setar
- Stesen Kereta Api Anak Bukit
- Lapangan Terbang
- Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
- Terminal Feri
- Terminal Feri Kuala Kedah
Lebuh Raya Utama
suntingSistem lebuh raya yang sistematik ialah satu anugerah kepada orang awam khususnya pengguna lebuh raya yang mahukan perjalanan ke destinasi pilihan dengan selesa.
- Lebuhraya Utara Selatan (menghubungkan Alor Setar dengan Thailand di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia, mempunyai tiga susur keluar iaitu Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan dan Kepala Batas)
- Lebuhraya Sultan Abdul Halim (menghubungkan Bandar Alor Setar dengan Bandar Sungai Petani dan Bandar Butterworth)
- Lebuhraya Sultanah Bahiyah (menghubungkan susur keluar tol utara sehingga ke susur keluar tol selatan)
- Lebuhraya Darulaman (menghubungkan utara bandar di lapangan terbang sehingga ke pusat bandar).
- Jalanraya Alor Setar - Pokok Sena - Kuala Nerang (menghubungkan pusat bandar dengan Bandar Pokok Sena sehingga ke Bandar Kuala Nerang
- Jalanraya Alor Setar - Kangar (menghubungkan pusat bandar sehingga ke Bandar Kangar)
- Jalanraya Alor Setar - Yan (menghubungkan barat bandar sehingga ke Daerah Yan).
Terminal Bas Shahab Perdana
suntingAlor Setar mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu di Lebuhraya Sultanah Sambungan (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja.
Stesen Kereta Api Tanah Melayu
suntingKeretapi Berkembar Eletrik (Ipoh - Padang Besar) telah siap dalam pembinaan di bandaraya Alor Setar. Kini, perkhidmatan kereta api elektrik ini sedia digunakan dengan mempunyai dua buah stesen hentian iaitu di Jalan Stesen dan di Anak Bukit. Landasan berkapasiti dua landasan ini menghubungkan utara semenanjung di Padang Besar sehingga ke Kuala Lumpur seterusnya ke Johor Bahru. Terdapat dua hentian di Alor Setar iaitu
- Stesen Kereta Api Anak Bukit
- Stesen Kereta Api Alor Setar
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
suntingAlor Setar mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di Lebuhraya Darul Aman (dulu Jalan Anak Bukit),Kepala Batas, Alor Setar, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia, AirAsia dan Firefly, masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur. Dahulu, lapangan terbang ini juga merupakan terminal bagi Ked-Air, sebuah rangkaian penerbangan Kedah-Kuala Lumpur, tetapi sudah memberhentikan operasinya pada 2006.
Terminal Feri Kuala Kedah
suntingAlor Setar juga mempunyai perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi untuk pergi dan balik. Harga tiket semasa tahun 2012 ialah RM23 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak atau pelajar sekolah. Jarak terminal feri dengan pusat bandar lebih kurang 12 km sahaja.
Jalan Raya Alternatif
suntingAlor Setar mempunyai rangkaian jalan raya dan persiaran yang agak luas dan selesa.
- Persiaran Sultan Abdul Hamid
- Persiaran Bandar Baru Mergong
- Persiaran Bandar Stargate
- Jalan Kuala Kedah
- Jalan Suka Menanti
- Jalan Tun Razak
- Jalan Alor Mengkudu
- Jalan Teluk Wanjah
- Jalan Tambang Badak
- Jalan Tanjung Bendahara
- Jalan Sultan Badlishah
- Jalan Jelai Alor Tajar
- Jalan Titi Haji Idris
- Jalan Datuk Kumbar
- Jalan Hutan Kampong
- Jalan Kuala Kangkong
- Jalan Tok Keling
- Jalan Stadium
- Jalan Sultanah
- Jalan Langgar
- Jalan Putra
- Jalan Gangsa
- Jalan Istana Kuning
- Jalan Sultan Muhammad Jiwa
- Jalan Seberang Perak
- Jalan Putih (Jalan Utama Taman Rakyat)
- Jalan Kilang Tebu (Jalan Ismail Hashim)
- Jalan Utama Kilang Tebu
Kesesakan Lalu Lintas
suntingPertambahan penduduk di Alor Setar telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan di sekitar bandaraya Alor Setar pada waktu puncak antaranya ialah:
- Jalan Langgar
- Jalan Telok Wan Jah
- Jalan Tambang Badak
- Jalan Kuala Kedah
- Jalan Alor Mengkudu
- Jalan Suka Menanti
- Jalan Alor Setar - Kangar (Kawasan Kuala Sungai)
- Jalan Ismail Hashim (Jalan Kilang Tebu)
- Lebuhraya Sultanah Bahiyah
- Lebuhraya Sultan Abdul Halim
- Lebuhraya Darulaman
Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang tahun 2010, Bandar Muadzam Shah Anak Bukit akan menjadi Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu bagi negeri Kedah. Kini, Bandar Muadzam Shah Anak Bukit mempunyai beberapa infrastruktur utama antaranya ialah Balai Polis Anak Bukit, Bangunan Mahkamah Syariah yang menempatakan Pejabat Mufti Negeri Kedah, Wisma Hasil yang menempatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Wisma Persekutuan yang menempatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bangunan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, Stesen Kereta Api Anak Bukit juga telah siap dibina di sini.
Infrastuktur dan pembangunan
suntingMasjid
sunting- Masjid Zahir - Masjid Negeri (Jalan Sultan Muhammad Jiwa)
- Masjid Aman (Jalan Lencongan Barat)
- Masjid Darul Salam - Tambak Bunga (Jalan Kuala Kedah)
- Masjid El-Ghufran (Persiaran Sultan Abdul Hamid)
- Masjid Al-Aziz Tanjung Bendahara (Jalan Tanjung Bendahara)
- Masjid Telok Chengai (Jalan Kuala Kedah)
- Masjid Ehsan (Jalan Bunga Raya)
- Masjid Kampung Berjaya (Jalan Kampung Berjaya)
- Masjid Al-Irfan (Jalan Langgar)
- Masjid Al-Bukhary (Jalan Langgar)
- Masjid Sultanah Bahiyah (Jalan Sultanah)
- Masjid Alor Merah (Jalan Alor Merah)
- Masjid Pantai Johor (Jalan Pantai Johor)
- Masjid Al-Rahmah (Lebuhraya Sultanah Bahiyah)
- Masjid Tandop (Jalan Tandop)
- Masjid Tunku Abdul Rahman Putra (Jalan Kuala Kedah)
- Masjid Tunku Abdul Malik (Alor Tajar)
- Masjid Taman Rakyat (Jalan Taman Rakyat)
- Masjid Taman Bersatu (Jalan Utama Taman Bersatu)
Medan Selera & Taman Rekreasi
sunting- Medan Selera Mergong
- Medan Selera Merdeka
- Medan Selera Peremba
- Medan Selera Alor Merah
- Medan Selera Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar
- Medan Selera Tanjung Bendahara
- Taman Persisiran Tanjung Chali
- Taman Jubli Perak
- Taman Jubli Emas
- Rekreasi Medan Peremba
- Rekreasi Medan Merdeka
- Rekreasi Gunung Keriang
Pasar
suntingAlor Setar mempunyai sebuah pasar besar di Alor Setar di Lebuhraya Sultanah Bahiyah iaitu Pasar Besar Alor Setar, dan pasar-pasar lain :
- Pasar Seberang Jalan Putra
- Pasar Kuala Kedah
- Pasar Simpang Kuala
- Pasar Telok Wanjah
- Pasar Taman Berjaya
- Pasar Kampung Berjaya
Belia dan Sukan
suntingAlor Setar merupakan sebuah bandaraya yang lengkap dengan kemudahan sukan. Antara kemudahan sukan di Alor Setar ialah:
- Stadium Darul Aman
- Stadium Sultan Abdul Halim
- Dewan Badminton Alor Setar
- Kompleks Belia Dan Sukan
- Kompleks Akuatik Alor Setar
- Kompleks Muadzam Shah - Kompleks Hijau Kuning
- Stadium Mini Peremba
- Kolam Renang MBAS
Pusat Pengajian Tinggi
sunting- Kolej Universiti Insaniah (KUIN, lebih dikenali sebagai INSANIAH)
- Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar
- Kolej Tentera Udara Kepala Batas (Royal Air Force College)
- Universiti Antarabangsa Albukhary (Albukhary International University (AIU)
- Kolej Pertanian Malaysia Alor Setar [22]
- Universiti Tun Abdul Razak (kini sebagai UmTech Alor Setar)
- Open University Malaysia (Universiti Terbuka Malaysia)
- Institut Islam Negeri Kedah
- Institut Kemahiran MARA
- Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar
- Kolej Jururawat Alor Setar
Senarai Sekolah
sunting- Kolej Sultan Abdul Hamid
- Maktab Mahmud Alor Setar
- Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium
- Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael
- Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perak
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong
Hospital dan Klinik
sunting- Hospital Sultanah Bahiyah, terbesar di Alor Setar dan Kedah amnya.
- Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar (dahulunya Hospital Alor Setar.
- Pusat Darah Wilayah Utara, Hospital Alor Setar.
- Klinik 1 Malaysia Mergong Barrage
- Klinik 1 Malaysia Kuala Kedah
- Klinik 1 Malaysia UTC Kedah
- Klinik Kesihatan Jalan Putra
- Klinik Kesihatan Simpang Kuala
- Klinik Kesihatan Kuala Kedah
- Klinik Kesihatan Jalan Langgar
- Kedah Medical Centre
- Putra Medical Centre
- Aurelius Hospital
Kemudahan Awam
suntingPihak Berkuasa Tempatan
- Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Kolam Air
Daerah dan Tanah
- Majlis Daerah dan Tanah Kota Setar, Jalan Suka Menanti
Pengangkutan
- Jabatan Pengangkutan Jalan UTC Alor Setar, Jalan Air Kolam
- Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah, Jalan Suka Menanti
Pejabat Rangkaian Televisyen
- Pejabat Media Prima
Pos Malaysia
- Ibu Pejabat Pos Malaysia Kedah, Jalan Stadium
- Pejabat Pos Malaysia Alor Setar, Jalan Raja
- Pos Malaysia Alor Setar, Jalan Tunku Ibrahim
- Pos Malaysia Alot Setar dalam Tesco Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
- Pos Malaysia Kampung Berjaya, Jalan Tunku Abdul Rahman
- Pos Malaysia Anak Bukit, Lebuhraya Darulaman
Pejabat Kesihatan
- Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Lebuhraya Darul Aman
- Pejabat Kesihatan Negeri Kedah, Lebuhraya Darul Aman
- Pejabat Kesihatan Negeri Kedah 2, Jalan Kuala Kedah
Pejabat Pelajaran
- Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
- Pejabat Pelajaran Negeri Kedah,Jalan Stadium
Jabatan Agama Islam
- Majlis Agama Islam Negeri Kedah
- Jabatan Agama Islam Kedah, Jalan Tunku Ibrahim
- Yayasan Islam Negeri Kedah, Jalan Teluk Wanjah
- Pejabat Agama Islam Alor Setar, Jalan Tunku Ibrahim
Polis DiRaja Malaysia
- Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah,Jalan Stadium
- Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Jalan Raja
- Ibu Pejabat Polis Trafik Alor Setar, Jalan Raja
- Balai Polis Kuala Kedah, Jalan Kuala Kedah
- Balai Polis Anak Bukit, Bandar Muadzam Shah
- Balai Polis Kepala Batas, Lebuhraya Darulaman
- Balai Polis Alor Janggus, Jalan Alor Setar - Kangar
Kementerian Pelancongan
- Jabatan Kementerian Pelancongan Malaysia, Jalan Raja
- Jabatan Penerangan Pelancongan Negeri Kedah, Jalan Raja
- Pejabat Penerangan Pelancongan Alor Setar, Jalan Sultan Muhammad Jiwa
Jabatan Kementerian Dalam Negeri
- Majlis Belia Dan Sukan, Jalan Stadium
- Taman Budaya (Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Malaysia), Lebuhraya Darulaman
- Pejabat RISDA Negeri Kedah, Jalan Teluk Wanjah
- Perkeso Negeri Kedah, Jalan Teluk Wanjah
- Menara Zakat, Jalan Teluk Wanjah
- Telekom Malaysia Negeri Kedah, Jalan Kolam Air
- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Jalan Tunku Ibrahim
- Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri Kedah, Jalan Kolam Air
- Jabatan Imegresen Malaysia, Anak Bukit, Lebuhraya Darulaman
- Wisma Darul Aman, Lebuhraya Darulaman
- Arkib Negara Malaysia Kedah/Perlis, Lebuhraya Darulaman
- Lembaga Hasil Dalam Negeri, Wisma Persekutuan, Lebuhraya Darulaman
- Jabatan Pendaftaran Negara, Wisma Kementerian Dalam Negeri, Lebuhraya Darulaman
- Kompleks SPRM Kedah, Jalan Suka Menanti
- Menara Telekom Nasional Berhad, Jalan Sultan Badlishah
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Jalan Suka Menanti
- Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jalan Suka Menanti
- Jabatan Kimia, Jalan Suka Menanti
- Pejabat Koridor Utara, Lebuhraya Darulaman
- Jabatan Kerja Raya, Bakar Bata, Lebuhraya Darulaman
- Jabatan Kerja Raya, Jalan Seberang Perak
- Pusat Pertahanan Awam Negeri Kedah, Lebuhraya Darulaman
- Pejabat Pertahanan Awan Negeri Kedah, Lebuhraya Darulaman
- Kompleks Pentadbiran Bandar Muadzam Shah, Lebuhraya Darulaman
- Stesen Meteorlogi Alor Setar, Lebuhraya Darulaman
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Peladang, Jalan Sultan Badlishah
- Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Jalan Sultan Badlishah
- Jabatan Perhutanan Negeri Kedah,Jalan Sultan Badlishah
- Jabatan Kerja Raya Kota Setar, Jalan Sultan Badlishah
- Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jalan Sultan Badlishah
- Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jalan Sultan Badlishah
- Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Jalan Kuala Kedah
- Jabatan Mufti Negeri Kedah, Jalan Sultan Badlishah
- Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah, Jalan Stadium
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Jalan Teluk Wanjah
- Bangunan Alor Setar, Jalan Sultan Badlishah
- Stesen Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
- Telekom Malaysia, Jalan Kolam Air
- Tenaga Nasional Berhad, Jalan Telok Wanjah
- Kompleks Mahkamah Alor Setar,Jalan Suka Menanti
- Mahkamah Syariah Alor Setar, Bandar Muadzam Shah
- Kastam Diraja Malaysia, Persiaran Sultan Abdul Hamid
- Ibu Pejabat Syarikat Air Darul Aman (SADA) , Jalan Sultan Badlishah
- Jabatan Warisan Negara Zon Utara, Wisma Persekutuan Anak Bukit, Lebuhraya Darulaman.
Kompleks Beli-belah Dan Pasaraya
sunting- Aman Central Mall (Parkson)
- Star Parade (Pacific Hypermarket)
- Alor Setar Mall (Pacific Hypermarket)
- Souq Al-Bukhary(Kini SOUQ MALL) (TF Value)
- Mydin Alor Mengkudu
- Lotuss Mergong
- Lotuss Stargate
- City Plaza
- Pekan Rabu
- Sentosa Plaza
- Ukir Mall
- Pasar Besar Alor Setar (Billion Supermarket)
- Star Avenue Alor Setar (rebuild)
- C-Mart Alor Setar
- Ampang Business Centre (C-Mart)
Hotel dan Resort
sunting- Hotel Seri Malaysia
- Star City Hotel
- Hotel Grand Crystal
- Hotel Regency
- Hotel Samila
- Sentosa Regency Hotel
- Miramar Hotel
- Hotel Tandop
- Hotel T
- Hotel Lencong Barat
- JP Hotel
- Hotel Anggerik
- Hotel T++
- Fuller Hotel Alor Setar
- Hotel Royale Signature
- Leverage Business Hotel Bandar Baru Mergong
- Leverage Business Hotel Kuala Kedah
- Grand Alora Hotel
- RAIA Hotel & Convention Centre
- Keriang Hill Resort (Baru Dibuka)
- Tune Hotel Alor Setar ( Akan Datang )
Restoran Makanan & Minuman
sunting- Marrybrown - Giant Al-Bukhary, Ampang Business Centre dan Star Parade.
- Kentucky Fried Chicken - Jalan Stadium, Jalan Putra, Alor Setar Mall, Pekan Simpang Kuala, Jalan Limbong Kapal, Caltex Alor Mengkudu, Tesco Mergong, Aman Central, Shahab Perdana, Jalan Yan dan Simpang Empat.
- Pizza Hut - Jalan Limbong Kapal, Jalan Putra dan Tesco Mergong, PHD Persiaran Sultan Abdul Hamid dan PHD Kompleks Sultanah Sambungan
- Secret Recipe - Bandar Baru Mergong dan City Plaza.
- McDonald's - City Plaza, McDonald's Drive Thru Alor Mengkudu, McDonald's Drive Thru Jalan Sultanah dan Aman Central.
- Sushi King - Alor Setar Mall dan Aman Central.
- Domino Pizza - Persiaran Sultan Abdul Hamid & Jalan Putra
- Seoul Garden - Aman Central
- Subway - Alor Setar Mall, C-Mart Alor Setar.
- Kenny Rogers Roasters - Jalan Putra, Alor Setar Mall dan Aman Central.
- Starbucks Coffee - Aman Central, Alor Setar Airport dan Starbucks Drive Thru Alor Mengkudu.
- The Chicken Rice Shop - Aeon Big Alor Setar dan Aman Central
- Nando's - Aman Central
- Johnny's Restaurant - Aman Central
- Boat Noodle - Jalan Putra dan Aman Central
- Chicken Texas - Aman Central dan Drive Thru Kompleks Hijau Kuning
Pusat Fesyen
sunting- Padini Concept Store - Aman Central
- Brands Outlet - Aman Central
- YFS Concept Store - Aman Central
- Factory Outlet Store - Alor Setar Mall dan Aman Central
- Uniqlo - Aman Central
- H&M - Aman Central
- Body Glove - City Plaza, Star Parade dan Aman Central
- Hi Style - Aman Central dan Alor Setar Mall
- DRUM - Aman Central
Projek Dalam Pembinaan
sunting- Projek pembangunan bersepadu tebusguna tanah Aman Laut
- Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) kini dikenali sebagai Pembangunan Perikanan Agro Bersepadu Kedah (KIFD)
- Projek pembangunan Jalan Lencongan Timur (dari Jalan Tun Razak ke Jalan Datul Kumbar)
- Projek pembangunan pangsapuri perkhidmatan 24 tingkat G Residence
- Projek pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) pangsapuri perkhidmatan 21 tingkat D Aman Residence
Pembangunan Akan Datang
sunting- Projek pembangunan bercampur The Tenz
- Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA) Taman Bistari
- Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA) Bandar Baru Mergong
- Projek pembangunan pusat membeli-belah berkonsepkan 'community mall' Alor Mengkudu Exchange
- Projek pembangunan bercampur Crest Quay yang menempatkan pusat membeli-belah, hotel, kondominium dan 'waterfront'.
Rujukan
sunting- ^ Damrong Rachanuphap S.Ph.Ch.B.Th.K.Ph. (29 Mei 1935). "สาส์นสมเด็จ". Perpustakaan Digital Vajirayana (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 18 April 2022. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "Key Summary Statistics For Local Authority Areas, Malaysia 2020" (PDF). Department of Statistics, Malaysia (PDF). Dicapai pada 19 April 2012. Check
|archive-url=
value (bantuan) - ^ Fact Sheets on the Federation of Malaya (dalam bahasa Inggeris). 1957.
- ^ Atiyah, Jeremy (2002). Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). Rough Guides. ISBN 978-1-85828-893-2.
- ^ Populasi Alor Setar[pautan mati kekal]
- ^ "MBAS Dijangka Ambil Alih Pentadbiran Pulau Payar Dari MDL Nov Ini, 16 September 2005. htm MBAS Ambil Alih Pulau Payar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-29. Dicapai pada 2012-10-04.
- ^ Alor Star kembali ke Alor Setar. Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 15 Januari 2009.
- ^ Latar Belakang[pautan mati kekal]
- ^ "Jadual 3.1 : Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2020.htm Populasi Negeri Kedah" (PDF) (PDF). Dicapai pada 2012-10-07. Check
|archive-url=
value (bantuan) - ^ "salinan arkib" (PDF) (PDF). Dicapai pada 2012-09-27. Check
|archive-url=
value (bantuan) - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-10. Dicapai pada 2012-09-11.
- ^ http://mynewshub.my/2011/09/27/alor-setar-bandar-selamat/
- ^ http://www.investasiapacific.com/Awards.htm
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_07.htm
- ^ https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM-DOSM-KEDAH-1.2020-Siri-79.pdf
- ^ a b "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-02-05. Dicapai pada 2012-09-27.
- ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
- ^ Naik taraf bandaraya. 28 Nov, Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 15 Januari 2009.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-24. Dicapai pada 2013-02-10.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-04. Dicapai pada 2012-04-17.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-01. Dicapai pada 2013-01-01.
- ^ "Kolej Pertanian Malaysia, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-21. Dicapai pada 2012-06-07.