Mejar (B.) Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Zulhasnan bin Rafique (lahir 20 September 1954) adalah seorang penggerak politik dan masyarakat; serta seorang ahli perniagaan yang berpengalaman di dalam pelbagai bidang. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1954, anak kedua dari enam beradik ini mengikuti pengajian sekolah di Sekolah Menengah Victoria Kuala Lumpur. Tan Sri Zulhasnan Rafique berkahwin dengan Puan Sri Siti Nooriah Ab Razak dan dikurniakan 3 cahaya mata.

Zulhasnan Rafique
PSM, (Malaysia); SUMW, (Wilayah Persekutuan);
SSAP, (Pahang); DGPN, (Pulau Pinang); DIMP, (Pahang); AMN, (Malaysia)
Pengerusi
Lembaga Disiplin
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Dalam jawatan
7 Februari 2020 – 30 September 2022
Didahului olehMohamed Apandi Ali
Digantikan olehMohd Hafarizam Harun
Duta Besar Malaysia
di Amerika Syarikat
Dalam jawatan
29 Disember 2016 – 30 April 2018
Didahului olehAwang Adek Hussin
Digantikan olehAzmil Mohd Zabidi
Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
Dalam jawatan
2005–2008
TimbalanAbu Seman Yusop
Didahului olehMohd Isa Haji Abdul Samad
Digantikan olehRaja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
Dalam jawatan
2004–2005
MenteriMohd Isa Haji Abdul Samad
Didahului olehAhmad Shah Hussein Tambakau
Digantikan olehAbu Seman Yusop
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Setiawangsa (P118)
Dalam jawatan
Januari 2004 – April 2013
Didahului olehKawasan baharu
Digantikan oleh Ahmad Fauzi Zahari
Kawasan pilihan rayaSetiawangsa (P118)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Wangsa Maju
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Kamal Mat Salih
Digantikan oleh Yew Teong Look
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehTengku Adnan Tengku Mansor
Digantikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa / Pengerusi Yayasan Amal Wangsa
Dalam jawatan
Januari 2003 – 2013
Digantikan olehJohari Abdul Ghani
Maklumat peribadi
Lahir (1954-09-20) 20 September 1954 (umur 70)
Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Datin Seri Utama Siti Nooriah binti Razak
Anak3
PekerjaanJuruterbang, Ahli Politik, Ahli Parlimen, Bekas Menteri
Anugerah awamJurulatih Penerbangan Terbaik
Piala Sekolah Penerbangan Pusat
Piala Jet Provost
Ahli Mangku Negara
Laman webUMNO Setiawangsa
Perkhidmatan tentera
Cabang/khidmatTentera Udara DiRaja Malaysia
Tahun khidmat12 tahun
PangkatMejar TUDM
Unit12 Skuadron TUDM
Perang/PertempuranOps Helang Malindo
Ops Kubay
Daoyai Musnah

Kehidupan Awal

sunting

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur dan Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum menyertai Sekolah Latihan Penerbangan TUDM, Alor Star, Kedah pada tahun 1973 di bawah skim perkhidmatan kontrak jangka pendek. Selepas Bersara Tan Sri Zulhasnan Rafique memasuki bidang perniagaan pada tahun 1986. Beliau kemudian memulakan kerjaya Politik pada Tahun 1999 dan dicalonkan oleh Barisan Nasional pada PRU 10 dan telah menang di Parlimen Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kerjaya

sunting

Sepanjang perkhidmatan bermula tahun 1973, beliau melakar banyak kecemerlangan dan yang paling cemerlang adalah apabila menjadi juruterbang Asia pertama memenangi gelaran Jurulatih Penerbangan Terbaik ketika mengikuti kursus jurulatih penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Diraja British, Leeming, United Kingdom pada tahun 1980.

Beliau memenangi Piala Sekolah Penerbangan Pusat (CFS) dan Piala Jet Provost (JP). Kejayaan itu membolehkan beliau dikurniakan pingat darjah kebesaran negara, Ahli Mangku Negara (A.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong pada usia 27 tahun.

Semasa berkhidmat dalam TUDM juga, beliau terlibat dalam beberapa operasi membanteras pengganas komunis antaranya Ops Helang Malindo, Ops Kubay dan Daoyai Musnah. Beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 1985 dengan pangkat Mejar.[1]

Zulhasnan kemudiannya menceburi perniagaan dalam industri petroleum, penerbangan, kejuruteraan awam, bangunan dan marin melalui usaha sama dengan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Politik

sunting

Kerjaya politik Tan Sri Zulhasnan Rafique bermula pada tahun 1999, apabila beliau telah dicalonkan oleh Barisan Nasional dan telah menang PRU-10 dan di pilih sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau juga telah di pilih semula pada tahun 2004 dan 2008 selaku Ahli Parlimen Setiawangsa, juga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tan Sri Zulhasnan Rafique turut memegang pelbagai portfolio di Parlimen termasuklah menjadi Setiausaha Agung Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Timbalan Pengerusi ASEAN Forum of Parliamentarians on People & Development (AFPPD), dan Timbalan Pengerusi Commonwealth of Parliamentary Association (CAP) cawangan Malaysia.

Tan Sri Zulhasnan Rafique turut dilantik untuk menganggotai barisan Jemaah menteri di dalam kabinet selama 5 tahun; sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan seterusnya Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2009). Beliau turut mengetuai delegasi Malaysia ke CPA Annual General Meeting di Fiji (2005); serta Mesyuarat Jawatankuasa Executive CPA di Cyprus (2007) dan Jersey (2008).

Sewaktu perkhidmatannya di dalam kabinet, Tan Sri Zulhasnan Rafique telah merangka semula struktur pentadbiran dan peranan Kementerian Wilayah Persekutuan. Antara aspek utama yang ditambahbaik dan ditingkatkan adalah peranan Kementerian selaku pemacu, pemandu dan enjin kepada pembangunan Wilayah Persekutuan dan pengujudan satu halatuju dan satu identiti bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Usaha ini telah dijayakan menerusi idealisme dan pendekatan merakyatkan Kementerian; di samping memperkenalkan Lagu “Maju dan Sejahtera” serta Bendera Wilayah Persekutuan dan pengurniaan pingat kebesaran Wilayah Persekutuan pada tahun 2007. Beliau juga telah membawa arus perubahan di dalam mengkhususkan agenda pembangunan di setiap Wilayah Persekutuan dari aspek ekonomi, pentadbiran dan kewangan demi kesejahteraan dan masa depan seluruh warga Wilayah Persekutuan.

Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Wilayah Persekutuan selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dari tahun 2006 hingga 2009. Pada pemilihan UMNO dalam tahun 2008, beliau telah dipilih menganggotai Majlis Tertinggi UMNO. Tan Sri Zulhasnan Rafique telah menjadi Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa sejak tahun 2004 hingga hari ini. Kepimpinan beliau dan pendekatan MERAKYATKAN PARLIMEN SETIAWANGSA menerusi penglibatan terus rakyat di peringkat akar umbi di dalam pelbagai aktiviti dan program telah memperkasa pembangunan kesejahteraan rakyat dan mengekalkan Parlimen Setiawangsa sebagai satu-satunya kawasan parlimen yang tidak pernah kalah di dalam pilihanraya umum sejak tahun 2004. Usaha ini dijayakan menerusi kerjasama erat UMNO dan rakan-rakan kongsi BN serta sokongan padu NGO-NGO di Setiawangsa temasuklah majlis-majlis permuafakaran yang ditubuhkan. Majlis-majlis ini berperanan untuk merancang dan menggerakkan aktiviti kemasyarakatan dan kerakyatan di peringkat akar umbi. Majlis-majlis permuafakatan ini telah ditambahbaik lagi menerusi penubuhan biro-biro tertentu di bawah Yayasan Amal Wangsa (YAW) pada awal tahun 2016.

Pengalaman meluas dan perkhidmatan cemerlangnya telah membawa kepada Tan Sri Zulhasnan Rafique dilantik oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Duta Besar Malaysia (bertaraf Menteri) ke Amerika Syarikat bermula 28 Disember 2016 dan perlantikan beliau telah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Muhammad ke-V.

Korporat dan Sosial

sunting

Dalam aktiviti korporat dan sosial, beliau merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Island & Peninsular Berhad.

Beliau juga merupakan Penaung Kompeni Askar Wataniah bagi kawasan parlimen Wangsa Maju. Selain dari itu beliau adalah Penaung Yayasan Amal Wangsa (YAW) yang mempunyai pelbagai persatuan penduduk, dan NGO bernaung di bawah yayasan ini. Pelbagai aktiviti seperti Kebajikan, Sukarelawan, Program Masyarakat dan lain-lain yang telah dijalankan oleh yayasan ini setiap tahun.

Pilihan raya Malaysia 2008

sunting

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Zulhasnan Rafique bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Setiawangsa, negeri Wilayah Persekutuan. Zulhasnan Bin Rafique telah menang dengan mendapat undi sebanyak 25489.

Calon lawan ialah Ibrahim Yaacob dari PKR yang mendapat 17,355 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 78%. Undi rosak sebanyak 918.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ex-pilot scales new heights as Federal Territories minister". TheStar Online. 2006-02-15. Dicapai pada 2010-01-30.

Pautan luar

sunting


Penyandang Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan
Februari, 2006 - 2009
Penyandang Kemudian
Tan Sri Isa Samad Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin