Kelpie Australia
Nama lain | Kelpie barb | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Farmer dog | ||||||||||||||||||||
Negara asal | Australia | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Kelpie Australia[a] atau hanya kelpie[b] ialah anjing gembala biri-biri Australia yang berkemampuan dalam pengumpulan haiwan ternakan dan penggiringan dengan sedikit panduan atau tanpa panduan langsung. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana dan terdapat dengan pelbagai warna. Kelpie telah dieksport ke seluruh dunia dan digunakan untuk mengumpulkan haiwan ternakan, terutamanya biri-biri, lembu, dan kambing.
Baka ini telah terpisah kepada dua keragaman tersendiri: Kelpie Pertunjukan (atau Bangku) dan Kelpie Pekerja.[1] Kelpie Pertunjukan terlihat dalam pertunjukan anjing pengakuran di sesetengah negara dan terpilih untuk penampilan berbanding dengan naluri kerja sementara Kelpie Pekerja dibiakbakakan untuk kebolehan kerjanya.
Sejarah
Leluhur bagi kebanyakan kelpie merupakan anjing British yang dikenali secara longgar sebagai collie (kadang-kadang dieja colley). Anjing ini kebanyakannya merupakan anjing hitam, atau perang sangat gelap – maka dinamai collie yang mempunyai akar sama dengan coal ("batu arang").[2][3] Baka-baka collie rasmi tidak terbentuk sehingga kira-kira 10 atau 15 tahun selepas kelpie diasaskan sebagai baka[4] dan collie sempadan beriktiraf pertama tidak dibawa ke Australia sehingga selepas Persekutuan pada tahun 1901.[5] Sesetengah collie diimport ke Australia untuk kerja ternakan pada awal abad ke-19 dan dibiakbakakan dengan jenis-jenis anjing lain – biasanya dengan mata untuk bekerja dengan biri-biri tanpa pengawasan langsung.
Untuk sebahagian besar abad ke-20 dan awal abad ke-21, kelpie didakwa berasal sebahagiannya daripada dingo.[6] Pada tahun 2019, ada laporan meluas[7][8][9] bahawa sebuah kajian genom yang dijalankan oleh para penyelidik dari Universiti Sydney menunjukkan bahawa kelpie tidak mempunyai keleluhuran dingo[10] walaupun ini masih tidak pasti. Claire Wade, pengarang bersama bagi kertas kajian itu, berkata bahawa beliau tidak pernah mencadangkan "tiada darah dingo dalam baka kelpie" seperti yang dilaporkan oleh pihak media.[11] Wade menjelaskan:
Gen-gen yang dikaji dalam analisis kami dipilih secara spesifik kerana aspek kelpie itulah (telinga dan perang kemerah-merahan/warna krim) yang menyebabkan kebanyakan orang biasa mengandaikan hubungan antara kelpie dengan dingo. Bukti kajian kami membuktikan secara konklusif bahawa, sekurang-kurangnya untuk ciri-ciri tersebut, tiada bukti untuk hubungan yang ditemukan.[11]
Anjing pertama yang dikenali sebagai kelpie ialah seekor anak anjing betina hitam dan sawo matang dengan telinga terkelepai yang dibeli oleh Jack Gleeson kira-kira pada tahun 1872[12] daripada perinduk yang lahir di Warrock Station dekat dengan Casterton yang dimiliki oleh George Robertson, seorang warga Scotland.[13] Anjing ini dinamai sempena kelpie, iaitu semangat air pengubah bentuk dalam mitologi daripada cerita rakyat Celt.[14] Pada tahun-tahun kemudian, ia dirujuk sebagai "(Gleeson's) Kelpie" untuk membezakannya daripada "(King's) Kelpie", anak betinanya.
"Kelpie" kedua ialah "(King's) Kelpie", seekor lagi anjing betina hitam dan sawo matang daripada "Kelpie" oleh "Caesar", seekor anak anjing daripada dua ekor anjing gembala yang diimport dari Scotland. "(King's) Kelpie" terikat untuk Ujian Forbes berprestij pada tahun 1879,[15] dan susur galur ini tidak lama kemudian dirujuk dengan popular sebagai "anak-anak Kelpie", atau hanya kelpie. King bersaudara menyertai seorang lagi pembiak baka, McLeod, untuk membentuk perkongsian pembiakbakaan anjing yang anjingnya mendominasi ujian semasa tempoh tahun 1900 hingga tahun 1920.[12]
Seekor kelpie awal, Sally, dikawankan dengan Moss, seekor collie licin, dan ia menghasilkan seekor anak anjing hitam yang dinamai Barb sempena The Barb, seekor kuda hitam yang telah memenangi Melbourne Cup pada tahun 1866. Hasilnya, kelpie hitam dikenali sebagai kelpie Barb atau barb.[16]
Terdapat sebilangan kelpie yang bernama Red Cloud. Yang pertama dan paling masyhur ialah Red Cloud milik John Quinn pada awal abad ke-20. Pada tahun 1960-an, seekor lagi Red Cloud menjadi cukup terkenal di Australia Barat. Ini memulakan tradisi di Australia Barat untuk memanggil semua kelpie merah atau merah dan sawo matang, terutamanya yang berdada putih, kelpie Red Cloud.[17] Spesimen terkenal lain termasuk Gunner dan Red Dog (sekitar 1971 – 21 November 1979), seekor kacukan kelpie yang menjadi subjek bagi sebuah filem, Red Dog, yang dikeluarkan pada tahun 2011.
Kelpie telah dieksport ke banyak negara termasuk Argentina, Kanada, Itali, Korea, New Caledonia, New Zealand, Sweden, United Kingdom, dan Amerika Syarikat untuk pelbagai usaha.[16]
Menjelang tahun 1990, kelpie telah dilatih sebagai anjing penghidu dengan kadar kejayaan bagus. Di Sweden, ia telah digunakan secara meluas untuk kerja penjejakan dan penyelamatan.[16]
Penampilan
Kelpie ialah anjing berlapis bulu lembut, bersaiz sederhana, biasanya dengan telinga mencucuk dan penampilan atletik. Warna lapis bulunya termasuk hitam, hitam dan sawo matang, merah, merah dan sawo matang, biru, biru dan sawo matang, perang kekuning-kuningan, perang kekuning-kuningan dan sawo matang, krim, hitam dan biru, dan putih dan emas. Kelpie pada umumnya berukuran seberat 14–20 kg (31–44 lb) dan setinggi 41–51 cm (16–20 in) pada paras kelasa. Ia dapat mencapai berat maksimum 25–27 kg (55–60 lb).[18]
Piawaian baka
Robert Kaleski menerbitkan piawaian pertama untuk kelpie pada tahun 1904. Piawaian itu diterima oleh pembiak baka terkemuka pada masa itu dan diterima pakai oleh Kennel Club of New South Wales.[19] Piawaian baka kontemporari berbeza-beza bergantung pada sama ada pejabat pendaftaran adalah untuk kelpie pekerja atau kelpie pertunjukan. Ada kemungkinan bahawa seseekor anjing diniatkan untuk kerja dan pertunjukan, tetapi pilihan untuk pertandingan dalam pertunjukan pengakuran mungkin terbatas bergantung pada keleluhuran dan pendapat kelab kenel atau kelab baka yang terlibat.
Di Australia, terdapat dua buah pejabat pendaftaran berasingan untuk kelpie. Working Kelpie ("kelpie pekerja") didaftarkan dengan Working Kelpie Council (WKC)[20] dan/atau Australian Sheepdog Workers Association.[21] WKC menggalakkan pembiakbakaan untuk kebolehan kerja dan mengizinkan lingkungan luas bagi warna lapis bulu. Show Kelpie ("kelpie pertunjukan") didaftarkan dengan Australian National Kennel Council yang menggalakkan pembiakbakaan untuk penampilan tertentu dan membatasi warna yang boleh diterima. Piawaian luas yang diizinkan oleh WKC bermakna bahawa banyak Working Kelpie tidak memenuhi piawaian untuk penunjukan.
Di Amerika Syarikat, kelpie tidak diiktiraf sebagai baka oleh American Kennel Club (AKC).[22] Walau bagaimanapun, United Kennel Club dan Canadian Kennel Club mengiktiraf kelpie dan mengizinkannya untuk bertanding dalam acara rasmi.[23][24] Setakat tahun 2015, kelpie Australia telah diterima oleh AKC sebagai Anjing Gembala yang diizinkan untuk bertanding dalam Ujian Penggembalaan Biri-biri yang diperakui oleh AKC.[25]
Kelpie pekerja
Kelpie pekerja hadir dengan tiga jenis lapis bulu: pendek, licin, dan kasar. Lapis bulu dapat terdiri daripada hampir semua warna daripada hitam hingga perang kekuning-kuningan muda atau krim. Sesetengah kelpie mempunyai takik putih pada dada dan sedikit anjing mempunyai titik putih. Kelpie kadang-kadang mempunyai lapis bulu ganda yang gugur pada musim bunga dalam iklim sederhana. Agouti[26] bukan sesuatu yang luar biasa dan dapat kelihatan seperti lapis bulu ganda.
Kelpie pekerja berbeza-beza dari segi saiz dalam julat 19–25 in (48–64 cm) dan 28–60 lb (13–27 kg).
Kelpie pekerja dapat menjadi pekerja murah dan cekap yang dapat menjimatkan kos tenaga peladang dan penternak ketika mengumpulkan ternakan.[27][c] Kelpie pekerja bagus ialah anjing gembala yang menghalang ternakan daripada menjauhi stockman.[12] Naluri semula jadi ini adalah penting apabila mengumpulkan ternakan di desa gaung terpencil. Di sana, anjing bagus bergerak dengan senyap mendahului stockman dan menyekat ternakan (biasanya lembu) sehingga penunggangnya muncul.[29] Kelpie mempunyai naluri semula jadi untuk pengurusan ternakan. Ia mengusahakan biri-biri, lembu, kambing, babi, ayam itik, dan ternakan bela jinak lain. Langkah khas kelpie ialah melompat ke atas belakang biri-biri dan berjalan melintasi bahagian atas biri-biri untuk sampai ke seberang dan menyuaraikan kesesakan. Kelpie bertanding dan dipamerkan dalam ujian kerja ternakan, daripada halaman atau arena hingga padang terbuka besar untuk bekerja dengan biri-biri, kambing, lembu, atau itik.[16]
Kelpie pertunjukan
Kelpie yang dibiakbakakan di bawah pendaftaran ANKC didaftarkan untuk pertunjukan (Daftar Utama) hanya dengan warna-warna berikut: Hitam, Coklat, Merah, Biru Berasap, Perang Kekuning-kuningan, Hitam dan Sawo Matang, dan Merah dan Sawo Matang. Ia mempunyai lapis bulu ganda dan telinga mencucuk. Warna-warna lain dapat didaftarkan sebagai anjing peliharaan dan anjing sukan (Daftar Terhad): Biru dan Sawo matang, Perang Kekuning-kuningan dan Sawo Matang, dan Kuning/Krim. Kelpie pertama kali dipamerkan pada awal abad ke-20 dalam Sydney Royal Easter Show.[16] Kelpie "pertunjukan" ANKC kini semakin menjadi sangat popular di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai haiwan peliharaan keluarga, anjing teman, teman larian, dan anjing sukan kerana kebolehlatihan, sifat baik, dan penjagaan mudah, dan terdapat di seluruh dunia.[perlu rujukan]
Perangai
Kelpie pertunjukan pada umumnya cemerlang dalam ujian ketangkasan dan mungkin ditunjukkan dalam pengakuran di Australia.[perlu rujukan]
Kelpie ialah anjing cerdas dan mudah dilatih yang menjadikannya berkelakuan baik dan haiwan peliharaan baik, terutamanya dengan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia memerlukan banyak senaman fizikal dan rangsangan mental. Jika tidak, ia dapat menjadi bosan dan seterusnya mengganggu dengan sentiasa menyalak atau menggali atau dengan mengunyah objek. Kelpie pekerja kerap diperihalkan sebagai "kaki mabuk kerja", dengan dorongan kuat untuk menggembala.[30]
Kesihatan
Kelpie ialah baka tahan lasak dengan sedikit masalah kesihatan, tetapi ia terdedah kepada gangguan yang umum pada semua baka, seperti kriptorkidisme, displasia pinggul, abiotrofi serebelum, dan kehelan tempurung lutut. Penyelidikan sedang dijalankan untuk mencari penanda genetik untuk abiotrofi serebelum pada baka ini.
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12 tahun berdasarkan sampel 49 kematian untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[31]
Kelpie Australia
Seekor kelpie yang dimiliki oleh seorang penternak tenusu Victoria, Maggie, dianggap sebagai anjing tertua di dunia pada masa kematiannya.[32]
Warna bulu pertunjukan
-
Kelpie hitam
-
Kelpie coklat
-
Kelpie merah
-
Kelpie hitam dan sawo matang
-
Kelpie merah dan sawo matang
-
Kelpie biru asap
-
Kelpie perang kekuning-kuningan
Lihat juga
- Anjing gembala Australia
- Anjing lembu Australia
- Anjing lembu berekor kontot Australia
- Koolie
- Kumpulan Pekerja (anjing)
- Penternakan biri-biri
- Senarai baka anjing
Catatan
- ^ Jawi: کيلڤي اءوستراليا ; bahasa Inggeris: Australian kelpie
- ^ Jawi: کيلڤي , Sebutan bahasa Melayu: [kɛlpi]; bahasa Inggeris: kelpie
- ^ Harga rekod yang dibayar untuk seekor kelpie setakat tahun 2021 ialah A$32,500.[28]
Rujukan
- ^ "Australian Working Kelpie" [Kelpie Pekerja Australia]. Burke's Backyard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ "coal". Online Etymology Dictionary (dalam bahasa Inggeris) – melalui etymonline.com.
- ^ "collie". Online Etymology Dictionary (dalam bahasa Inggeris) – melalui etymonline.com.
- ^ "beginnings" [permulaan] (dalam bahasa Inggeris). Petsburgh. 13 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2008 – melalui geocities.com.
- ^ "early" [awal] (dalam bahasa Inggeris). Petsburgh. 9 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2007 – melalui geocities.com.
- ^ "The mysterious origins of the Australian kelpie" [Asal usul bermisteri bagi kelpie Australia]. abc.net.au (dalam bahasa Inggeris). 9 April 2016.
- ^ "Strewth! Turns out your kelpie is not a dingo" [Strewth! Rupa-rupanya kelpie anda bukan dingo]. Universiti Sydney (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ "All kelpie: Study finds no dingo DNA in iconic working dog breed" [Segalanya kelpie: Kajian tidak temukan DNA dingo pada baka anjing pekerja ikonik]. www.abc.net.au (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2019. Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ "Australian kelpies are not related to dingoes, but why owners wanted them to be? - Technology OrgTechnology Org" [Kelpie Australia tidak berkaitan dengan dingo, tetapi mengapa pemilik mahukan itu? - Technology OrgTechnology Org] (dalam bahasa Inggeris). 1 Jun 2019. Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ Chew, Tracy; Willet, Cali E.; Haase, Bianca; Wade, Claire Margaret (3 Mei 2019). "Genomic Characterization of External Morphology Traits in Kelpies Does Not Support Common Ancestry with the Australian Dingo" [Pencirian Genomik bagi Trait-trait Morfologi Luaran pada Kelpie Tidak Menyokong Keleluhuran Bersama dengan Dingo Australia]. Genes (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 10 (5): 337. doi:10.3390/genes10050337. ISSN 2073-4425. PMC 6563003. PMID 31058880. S2CID 145821076.
- ^ a b "Dingo Involvement in the Kelpie" [Penglibatan Dingo pada Kelpie]. Majlis Kelpie Pekerja Australia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2024. Italic or bold markup not allowed in:
|website=
(bantuan) - ^ a b c Parsons, Anthony D. (1986). The Working Kelpie: The Origins and Breeding of a Dinkum Australian [Kelpie Pekerja: Asal Usul dan Pembiakbakaan Anjing Australia Sejati] (dalam bahasa Inggeris). Melbourne, Victoria, Australia: Nelson. ISBN 9780170067621. OCLC 15050629.
- ^ "The Victor Trumpers of sheep dog trials" (dalam bahasa Inggeris). 1 Julai 2011. Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ The Kelpie Foundation & John D Jack Gleeson (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 30 Disember 2006 di Wayback Machine
- ^ Historical Sheepdog Trials (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 29 September 2006 di Wayback Machine
- ^ a b c d e Sloane, Steve (1990). Australian Kelpies [Kelpie Australia] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866228664. OCLC 22859083.
- ^ "Australian Kelpie" [Kelpie Australia]. HeyDogs.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2009. Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ "Kelpie" [Kelpie]. Funk & Wagnalls New World Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). World Almanac Education Group. 2002.
- ^ Walsh, G. P. (1983). "Kaleski, Robert Lucian (1877–1961)". Australian Dictionary of Biography [Kamus Biografi Australia] (dalam bahasa Inggeris). 9. Pusat Biografi Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Australia. Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ Majlis Kelpie Pekerja (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 22 Mac 2004 di Wayback Machine
- ^ "ASDWA – Australian Sheep Dog Workers' Association -" (dalam bahasa Inggeris). Australian Sheep Dog Workers' Association.
- ^ "Dog Breeds – Types Of Dogs" [Baka Anjing – Jenis Anjing]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
- ^ "Australian Kelpie" [Kelpie Australia] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2015. Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ "CKC Breed Standards" [Piawaian Baka CKC] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2013.
- ^ "Working Kelpie" [Kelpie Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
- ^ Parmer, Ida. "Basic Coat Color Genetics" [Genetik Warna Bulu Asasi] (dalam bahasa Inggeris). hnrworkingkelpies.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2021. Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ "Learning to train your four-legged workers" [Belajar untuk melatih pekerja berkaki empat anda]. Farming Ahead (dalam bahasa Inggeris). Februari 1997.
- ^ Sim, Terry (16 Jun 2021). "Hoover's $35,200 price sets world record at Casterton auction" [Harga $35,200 Hoover tetapkan rekod dunia pada lelongan Casterton]. Sheep Central (dalam bahasa Inggeris). Nascon Media. Dicapai pada 31 Januari 2024.
- ^ Messner, Andrew (2006). Green Gully: Oxley Wild Rivers National Park: Historical Report [Green Gully: Taman Negara Oxley Wild Rivers: Laporan Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Sydney, New South Wales, Australia: Jabatan Alam Sekitar dan Pemuliharaan New South Wales. OCLC 682532915.
- ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (Mac 1990). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866228992. OCLC 636211094.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Hosford, Paul (20 April 2016). "The 'world's oldest dog' has died aged 30" ['Anjing tertua di dunia' telah mati pada usia 30 tahun]. The Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2024.
MAGGIE THE KELPIE, thought to be the world’s oldest dog, has died aged 30....The former holder of the title was an Australian cattle dog named Bluey who lived to 29 and died in 1939.
Bacaan lanjut
- Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kelpie Australia |
- Majlis Kelpie Pekerja (dalam bahasa Inggeris)
- Pejabat Pendaftaran Kelpie Australia Amerika Utara (dalam bahasa Inggeris)
- Genetik warna bulu kelpie (dalam bahasa Inggeris)