Pergi ke kandungan

Kipli Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Sahibul Samahah Datu Haji

Kipli Yassin

D.J.B.S., J.S.M.
Mufti Negeri Sarawak
Memegang jawatan
Mac 2010
Butiran peribadi
LahirKipli bin Yassin
(1967-11-03) 3 November 1967 (umur 56)
Selalang, Sarikei, Sarawak, Malaysia
Alma materUniversiti Malaya

Kipli Yassin ialah seorang mufti di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Sarawak pada Mac 2010[1]

Latar belakang

Kipli dilahirkan pada 3 November 1967 di Selalang, Sarikei, Sarawak. Beliau ialah anak jati Sarawak berketurunan Melanau. Beliau memiliki ijazah sarjana muda Usuluddin dari Universiti Malaya pada 1992, dan dan sarjana Usuluddin dalam bidang pemikiran dari universiti yang sama pada 2004. Selain itu,beliau juga mempunyai sijil dalamlatihan dan penilaian dari Australia dan sijil dalam kursus khas Islam di Kolej Muslim, London.[2]

Kerjaya

Beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Sarawak pada Mac 2010[1] Sebagai mufti negeri, beliau juga menganggotai Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Beliau mengetuai bidang penyeragaman dan pengurusan fatwa untuk MKI.[3] Beliau turut menyertai pasukan penyelidikan dari Malaysia tentang vaksin di Cuba.[4]

Penulisan

Kipli telah menghasilkan beberapa siri terbitan antaranya Perpaduan Pemangkin Pembangunan Ummah, Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga, Nota Ramdan: Menggapai Taqwa Menapak Semula Fitrah, Indahnya Syawal, Bakti Anak-Anak Terhadap Ibubapa; dan Dato Sri Haji Abdul Kadir Hassan: Pemikiran dan Sumbangannya Dalam Perkembangan Islam Di Negeri Sarawak.[3][2]

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

  •  Malaysia
    • Johan Setia Mahkota (J.S.M) - 2017
  •  Sarawak
    • Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) - Datu (2013)
    • Pegawai Bintang Sarawak (PBS) - 2003
    • Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) - 2000

Anugerah ketokohan

  •  Malaysia
    • Anugerah Perdana Tokoh Maulidurrasul 1446H/2024M[3]
  •  Sarawak
    • Anugerah Maal Hijrah Negeri Sarawak, kategori Pendakwah - 2009
  • Kumpulan Guthrie Berhad
    • Anugerah Kepimpinan Cemerlang - 1992

Rujukan

  1. ^ a b "6 PESANAN MUFTI SARAWAK BUAT PENUNTUT ILMU | Jejak Tarbiah". jejaktarbiah.com. 2022-04-18. Dicapai pada 2024-09-16.
  2. ^ a b "BIODATA PEMBENTANG SEMINAR ANTARABANGSA IMAM AS-SYAFI'I 2023".
  3. ^ a b c Bernama (2024-09-16). "Mufti Sarawak, Kipli Yassin penerima Anugerah Perdana". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-16.
  4. ^ ROSLAN, MOHD RIDZAUDDIN (2024-09-16). "Mufti Sarawak penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-09-17.