Kipli Yassin
Sahibul Samahah Datu Haji Kipli Yassin D.J.B.S., J.S.M. | |
---|---|
Mufti Negeri Sarawak | |
Memegang jawatan Mac 2010 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kipli bin Yassin 3 November 1967 Selalang, Sarikei, Sarawak, Malaysia |
Alma mater | Universiti Malaya |
Kipli Yassin ialah seorang mufti di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Sarawak pada Mac 2010[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Kipli dilahirkan pada 3 November 1967 di Selalang, Sarikei, Sarawak. Beliau ialah anak jati Sarawak berketurunan Melanau. Beliau memiliki ijazah sarjana muda Usuluddin dari Universiti Malaya pada 1992, dan dan sarjana Usuluddin dalam bidang pemikiran dari universiti yang sama pada 2004. Selain itu,beliau juga mempunyai sijil dalamlatihan dan penilaian dari Australia dan sijil dalam kursus khas Islam di Kolej Muslim, London.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Sarawak pada Mac 2010[1] Sebagai mufti negeri, beliau juga menganggotai Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Beliau mengetuai bidang penyeragaman dan pengurusan fatwa untuk MKI.[3] Beliau turut menyertai pasukan penyelidikan dari Malaysia tentang vaksin di Cuba.[4]
Penulisan
[sunting | sunting sumber]Kipli telah menghasilkan beberapa siri terbitan antaranya Perpaduan Pemangkin Pembangunan Ummah, Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga, Nota Ramdan: Menggapai Taqwa Menapak Semula Fitrah, Indahnya Syawal, Bakti Anak-Anak Terhadap Ibubapa; dan Dato Sri Haji Abdul Kadir Hassan: Pemikiran dan Sumbangannya Dalam Perkembangan Islam Di Negeri Sarawak.[3][2]
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Johan Setia Mahkota (J.S.M) - 2017
- Sarawak
- Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) - Datu (2013)
- Pegawai Bintang Sarawak (PBS) - 2003
- Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) - 2000
Anugerah ketokohan
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Anugerah Perdana Tokoh Maulidurrasul 1446H/2024M[3]
- Sarawak
- Anugerah Maal Hijrah Negeri Sarawak, kategori Pendakwah - 2009
- Kumpulan Guthrie Berhad
- Anugerah Kepimpinan Cemerlang - 1992
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "6 PESANAN MUFTI SARAWAK BUAT PENUNTUT ILMU | Jejak Tarbiah". jejaktarbiah.com. 2022-04-18. Dicapai pada 2024-09-16.
- ^ a b "BIODATA PEMBENTANG SEMINAR ANTARABANGSA IMAM AS-SYAFI'I 2023".
- ^ a b c Bernama (2024-09-16). "Mufti Sarawak, Kipli Yassin penerima Anugerah Perdana". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-16.
- ^ ROSLAN, MOHD RIDZAUDDIN (2024-09-16). "Mufti Sarawak penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-09-17.