Pemberontakan Shimabara
Pemberontakan Shimabara (島原の乱 , Shimabara no ran) berlaku dari 17 Disember 1637 sehingga 15 April 1638 di Pertuanan Shimabara, Keshogunan Tokugawa, Jepun. Ia merupakan tindak balas rakyat petani di kawasan itu hasil pelaksanaan dasar atau cermatan daimyō kawasan tersebut, Matsukura Shigemasa, yang memaksa pemungutan cukai tinggi untuk pembinaan istana baru keluarganya serta mengharamkan ajaran Kristian.
Sekelompok gabungan rōnin dan petani yang menganut agama Kristian mazhab Katolik pimpinan Amakusa Shirō segera memberontak menentang Matsukura Katsuie, daimyō baharu yang meneruskan dasar pemerintahan ayahnya. Pihak Tokugawa mengirimkan sebanyak 125,000 orang askar dengan sokongan Empayar Belanda (yang bermazhab Protestan) di mana kedua-dua pihak ini bertempur sengit di pekarangan Istana Hara, Minamishimabara. Para pemberontak ditewaskan, dan Shirō serta sebanyak 37,000 orang penyokonh dihukum penggal manakala para pedagang Portugis yang disyaki membantu mereka (semata-mata kerana mazhab gereja mereka) dibuang dari Jepun. Katsuie turut dihukum mati akibat kegagalannya memerintah dan mengelak keadaan tersebut daripada berlaku.
Pemberontakan ini merupakan konflik terbesar dilakukan orang ramai sewaktu zaman Edo, lagi-lagi pada zaman pemerintahan keshogunan Tokugawa yang diketahui aman serata kepulauan Jepun pada ketika itu.[1]
Rujukan
- ^ Borton, Hugh. Japan's Modern Century. New York: The Ronald Press Company. m/s. 18.