Jepun
Japan | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: 君が代 ("Kimigayo") "Pemerintahan Baginda Diraja" | |||||
Menterai Negera: 大日本國璽 (Dai Nihon Kokuji) "Mohor Kebangsaan Jepun Besar" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Tokyo 35°41′N 139°46′E / 35.683°N 139.767°E | ||||
Bahasa rasmi | Jepun (de facto) | ||||
Demonim | Japanese | ||||
Kerajaan | Unitari (Raja berperlembagaan) | ||||
• Maharaja | Naruhito (徳仁) | ||||
Shigeru Ishiba (石破茂) | |||||
Dewan Kaunselor | |||||
Dewan Perwakilan | |||||
Pembentukan | |||||
29 November 1890 | |||||
3 Mei 1947 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 377,975 km2 (145,937 bt2)[1] (ke-62) | ||||
1.4[2] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 1 Mac 2024 | 123,970,000[3] (ke-11) | ||||
• Bancian Penduduk 2020 | 126,146,099[4] | ||||
330/km2 (854.7/sq mi) (ke-44) | |||||
KDNK (PPP) | 2024 | ||||
• Jumlah | ▲ $6.721 trilion[5] (ke-4) | ||||
▲ $54,184[5] (34th) | |||||
KDNK (nominal) | 2024 | ||||
• Jumlah | ▼ $4.110 trilion[5] (ke-4) | ||||
▼ $33,138[5] (ke-30) | |||||
Gini (2018) | 33.4[6] sederhana | ||||
HDI (2022) | ▼ 0.920[7] sangat tinggi · 24th | ||||
Mata wang | Yen Jepun (¥) | ||||
Zon waktu | UTC+09:00 (JST) | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +81 | ||||
DPT internet | .jp |
Jepun merupakan sebuah negara pulau di Asia Timur, terletak di Lautan Pasifik di luar pantai timur laut Asia. Ia bersempadan di barat dengan Laut Jepun dan memanjang dari Laut Okhotsk di utara ke Laut China Timur di selatan. Kepulauan Jepun terdiri daripada empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku, dan Kyushu dan ribuan pulau yang lebih kecil di Jepun, meliputi 377,975 kilometer persegi (145,937 bt2). Dengan populasi lebih daripada 125 juta pada tahun 2020, Jepun merupakan negara ke-11 paling ramai penduduk. Tokyo merupakan iobu negaranya dan bandar terbesar. Jepun dibahagikan kepada 47 wilayah pentadbiran dan 8 wilayah tradisional. Kira-kira tiga perempat daripada rupa muka bumi Jepun adalah bergunung-ganang dan berhutan lebat, menumpukan pertanian dan penduduk sangat bandar di sepanjang dataran pantai timurnya. Tokyo Raya merupakan kawasan metropolitan paling ramai penduduk di dunia, dengn lebih daripada 38 juta penduduk pada tahun 2016. Sebahagian daripada Lingkaran api Pasifik, pulau-pulau Jepun terdedah kepada kemusnahan gempa bumi dan tsunami.
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Nama "Jepun" ini meminjam sebutan Cina nama kerajaan tersebut ditulis dalam aksara Cina, 日本 sepertimana dicatat para pedagang Portugis di Melaka pada awal abad ke-16.[8] Nama dalam aksara ini berlainan mengikut sebutan bahasa mana yang dipilih:
- Japang, daripada sebutan bahasa Wu zeppen. Sebutan ini masih diterapkan dalam bahasa baku Indonesia sebagai Jepang.
- Japun (ejaan Jawi lama: جڤن) daripada sebutan bahasa Min Hokkien Ji̍t-pún, sebutan ini yang dipilih baku-baku lain termasuk baku Malaysia sebagai Jepun.
Nama「日本 」pula diberi sebutan nippon atau nihon: Nippon merupakan sebutan rasmi diterapkan termasuk dalam matawang, setem, dan pertandingan sukan antarabangsa[9] manakala sebutan Nihon yang mengikut sebutan zaman Edo[10] digunakan dalam urusan tidak rasmi seperti percakapan seharian. Ungkapan ini memberi maksud sama iaitu "punca matahari" atau ringkasnya "timur" dari kedudukan China, penamaan ini datang hasil perutusan wakil Maharaja Jepun ke Kerajaan Sui yang memerintah tanah besar ketika itu.
Sebelum Jepun menjalin hubungan dengan China, negara ini dikenali sebagai Yamato (大和 ).[11] Di China sewaktu zaman Tiga Kerajaan, Jepun dikenali sebagai negara Wa (倭 ) atau Wagoku (倭国 ).[12]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Prasejarah
[sunting | sunting sumber]Kajian arkeologi menunjukkan bahawa Jepun telah diduduki oleh manusia purba setidaknya 50,000 tahun yang lalu, pada zaman Paleolitik Akhir. Setelah melalui beberapa zaman air batu jutaan tahun lalu, Jepun beberapa kali terhubung dengan daratan Asia melalui jambatan darat (dengan Sakhalin di utara, dan mungkin sekali Kyushu di selatan), sehingga memungkinkan perpindahan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini merupakan wilayah Republik Rakyat China dan Korea. Zaman Paleolitik Jepun menghasilkan alat-alatan buatan batu-batan tergilap yang pertama di dunia, sekitar tahun 30000 SM.
Dengan berakhirnya zaman air batu terakhir dan datangnya zaman yang lebih panas, kebudayaan Jomon muncul sekitar 11000 SM, yang bercirikan gaya hidup pemburu-pengumpul separa sedentari zaman Mesolitik hingga Neolitik dan pembuatan hasil tembikar terawal di dunia. Dipercayai bahawa penduduk Jomon merupakan nenek moyang suku Proto-Jepun dan suku Ainu masa kini.
Dimulainya zaman Yayoi pada sekitar 300 SM menandakan kemunculan teknologi-teknologi baru seperti bercucuk tanam padi di sawah yang dilengkapi sistem pengairan dan teknik pembuatan perkakas daripada besi dan gangsa yang dibawa masuk oleh pendatang dari dari China atau Korea.
Dalam sejarah China, bangsa Jepun pertama kali disebut dalam catatan sejarah klasik, Buku Han yang ditulis tahun 111. Zaman Yayoi kemudian diganti oleh zaman Kofun sekitar tahun 250 M, yang terdiri daripada negeri-negeri yang dilengkapi kekuatan tenteranya. Menurut Catatan Tiga Kerajaan, negeri paling berjaya di kepulauan Jepun waktu itu ialah Yamataikoku.
Zaman Klasik
[sunting | sunting sumber]Dalam sejarah Jepun tertinggalnya catatan bertulis seawal abad ke-5 dan abad ke-6 Masihi, ketika unsur-unsur kebudayaan Cina seperti tulisan Cina, agama Buddha, dan dibawa masuk ke Jepun dari Kerajaan Baekje di Semenanjung Korea.
Perkembangan agama Buddha di Jepun dan seni ukir patung banyak dipengaruhi oleh agama Buddha dari China.[13] Walaupun pihak pemerintah yang menganut agama Shinto mula-mulanya menentang keras kedatangan agama Buddha, namun lama-kelamaan akhirnya memeluk dan memajukan agama Buddha di Jepun, sehingga menjadi agama yang ramai penganut di Jepun sejak zaman Asuka.[14]
Dalam Pembaharuan Taika yang dijalankan pada tahun 645, Jepun menyusun semula sistem pemerintahannya dengan mencontohi China, sekaligus membuka jalan untuk fahaman Konfusianisme Cina memperluaskan pengaruh di Jepun sehingga abad ke-19.
Zaman Nara pada abad ke-8 ditandai oleh pemusatan semula kuasa pemerintahan sebuah negeri Jepun, dengan terbinanya ibu kota dan istana maharaja di Heijo-kyo (kini Nara). Pada zaman Nara, Jepun secara terus-menerus mengamalkan pentadbiran kerajaan seperti China. Salah satu pencapaian terbesar sastera Jepun pada zaman Nara ialah lengkapnya buku sejarah Jepun yang disebut Kojiki (712) dan Nihon Shoki (720).[15]
Pada tahun 784, Maharaja Kammu memindahkan ibu kota ke Nagaoka-kyō, dan mentadbir di sana untuk 10 tahun sahaja. Selepas itu, ibu kota dipindahkan ke Heian-kyō (kini Kyoto). Pemindahan ibu kota ke Heian-kyō memulakan zaman Heian yang merupakan masa keemasan kebudayaan klasik asli Jepun, terutamanya dalam bidang kesenian, puisi dan kesasteraan Jepun. Hikayat Genji karya Murasaki Shikibu dan lirik lagu kebangsaan Jepun Kimi ga Yo berasal dari zaman Heian.[16]
Zaman Pertengahan
[sunting | sunting sumber]Zaman pertengahan di Jepun merupakan zaman feudalisme yang ditandai oleh perebutan kuasa antara golongan pemerintah yang terdiri dari padakesatria yang bergelar samurai. Pada tahun 1185,Minamoto no Yoritomo dijulang sebagai shogun atas jayanta beliau menghancurkan suku Taira yang menyaingi suku beliau lalu mengambil peranan sebagai pemimpin tentera yang berkongsi kekuasaan dengan Maharaja. Pemerintahan tentera yang didirikan Minamoto no Yoritomo disebut Keshogunan Kamakura kerana pusat pemerintahan berada di Kamakura (di selatan Yokohama masa kini). Setelah Yoritomo meninggal dunia, suku Hōjō membantu keshogunan sebagai shikken, iaitu bagaikan adipati kepada para syogun. Kesyogunan Kamakura berjaya menangkis serangan Mongol dari wilayah China yang ketika itu dijajah oleh kaum Mongol pada tahun 1274 dan 1281. Meskipun secara politik terbilang stabil, Keshogunan Kamakura akhirnya digulingkan oleh Maharaja Go-Daigo yang mengembalikan kuasa di tangan maharaja. Maharaja Go-Daigo akhirnya digulingkan oleh Ashikaga Takauji pada tahun 1336.[17] Keshogunan Ashikaga gagal membendung kekuatan penguasa tentera dan tuan tanah feudal (daimyo), maka terletusnya perang saudara pada tahun 1467 (Perang Ōnin) yang memulakan masa satu abad yang ditandakan oleh peperangan antara paksi yang disebut masa negeri-negeri saling berperang atau zaman Sengoku.[18]
Pada abad ke-16, para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang berarti kaum gasar dari selatan.
Oda Nobunaga menaklukkan daimyo-daimyo lain dengan memanfaatkan teknologi dan senjata api dari Eropah. Nobunaga hampir berjaya menyatukan Jepun sebelum dibunuh dalam Peristiwa Honnōji 1582. Toyotomi Hideyoshi menggantikan Nobunaga, lalu memainkan peranan sebagai penyatu Jepun pada tahun 1590. Hideyoshi berazam untuk menguasai Korea, dan dua kali cuba menyerang Korea, namun gagal setelah kalah dalam pertempuran melawan pasukan Korea yang dibantu kekuatan Dinasti Ming. Setelah Hideyoshi meninggal dunia, bala tenteranya berundur dari Semenanjung Korea pada tahun 1598.[19]
Sepeninggal Hideyoshi, putera Hideyoshi yang bernama Toyotomi Hideyori mewarisi kekuasaan sang ayah. Tokugawa Ieyasu memanfaatkan posisinya sebagai adipati bagi Hideyori untuk meraih sokongan politik dan tentera daripada daimyo-daimyo lain. Setelah mengalahkan puak-puak penyokong Hideyori dalam Pertempuran Sekigahara tahun 1600, Ieyasu diangkat sebagai shogun pada tahun 1603. Pemerintahan tentera yang didirikan oleh Ieyasu di Edo (kini Tokyo) dipanggil Keshogunan Tokugawa. Keshogunan Tokugawa curiga terhadap kegiatan mubaligh Katolik, oleh itu melarang segala hubungan dengan orang-orang Eropah. Hubungan perdagangan antarabangsa hanya terhad kepada pedagang Belanda di Pulau Dejima, Nagasaki. Pemerintah Tokugawa juga mengamalkan pelbagai dasar lain seperti undang-undang buke shohatto untuk mengendalikan daimyo di seluruh daerah. Pada tahun 1639, Keshogunan Tokugawa mula menguatkuasakan dasar sakoku ("negara tertutup") yang berlangsung selama dua setengah abad yang disebut zaman Edo. Walaupun pada zaman pemencilan, orang Jepun masih dapat mempelajari ilmu dari Dunia Barat. Di Jepun, ilmu daripada buku-buku Barat dipanggil rangaku (ilmu Belanda) ihsan hubungan orang Jepun dengan penduduk berbangsa Belanda di Dejima, Nagasaki. Pada zaman Edo, orang Jepun juga mula mengkaji negara Jepun lalu memberi istilah kokugaku kepada kajian negara Jepun.[20]
Zaman Moden
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Mac 1854, ketibaan Komodor Matthew Perry dan "Kapal Hitam" Angkatan Laut Amerika Syarikat memaksa Jepun untuk membuka diri terhadap Dunia Barat melalui Persetujuan Kanagawa. Persetujuan-persetujuan selanjutnya dengan negara-negara Barat pada masa Bakumatsu menimbulkan krisis ekonomi dan politik di Jepun. Golongan samurai menganggap Keshogunan Tokugawa semakin goyah, lalu memberontak sehingga tercetusnya Perang Boshin dari tahun 1867 hingga 1868. Setelah Keshogunan Tokugawa digulingkan, kekuasaan dikembalikan ke tangan maharaja (Pemulihan Meiji) dan sistem domain dimansuhkan. Semasa Pemulihan Meiji, Jepun mengamalkan sistem politik, undang-undang, dan ketenteraan dari Dunia Barat. Kabinet Jepun menubuhkan Dewan Penasihat Maharaja, menyusun Perlembagaan Meiji, dan membentuk Parlimen Diraja. Pemulihan Meiji mengubah Empayar Jepun menjadi negara industri moden dan sekaligus memperkuat tentera secukup-cukupnya sehingga menimbulkan konflik ketenteraan ketika berusaha memperluas liputan wilayahnya di Asia. Setelah mengalahkan China dalam Perang China-Jepun Pertama dan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun, Jepun menguasai Taiwan, separuh Sakhalin, dan Korea.[21]
Pada awal abad ke-20, Jepun mengalami "pendemokrasian Taisho" yang dibayangkan oleh kebangkitan perluasan wilayah dan penguatan tentera Jepun. Semasa Perang Dunia I, Jepun berada di pihak Sekutu yang memenangi seluruh peperangan, sehingga Jepun dapat memperluas pengaruh dan wilayah kekuasaan. Jepun terus menjalankan politik ekspansionis dengan menduduki Manchuria pada tahun 1931. Dua tahun kemudian, Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa-Bangsa setelah menyambut kecaman antarabangsa mengenai pendudukan Manchuria. Pada tahun 1936, Jepun menandatangani Pakatan Anti-Comintern dengan Jerman Nazi, lalu bergabung bersama Jerman dan Itali untuk membentuk Paksi pada tahun 1941[22]
Pada tahun 1937, serangan Jepun terhadap Manchuria mencetuskan Perang China-Jepun Kedua (1937-1945) yang menyebabakan Jepun dikenakan sekatan minyak oleh Amerika Syarikat[23] Pada 7 Desember 1941, Jepun menyerang pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, dan menyatakan perang terhadap Amerika Syarikat, British, dan Belanda. Serangan Pearl Harbor mengheret AS ke kancah Perang Dunia Kedua. Setelah kempen tentera yang berlarutan di Lautan Pasifik, Jepun banyak kehilangan wilayah-wilayah yang dikuasainya sejak awal peperangan. Amerika Syarikat melakukan pengeboman strategis terhadap Tokyo, Osaka dan kota-kota besar yang lain. Setelah AS menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun akhirnya menyerah kalah tanpa syarat kepada pihak berikat pada 15 Ogos 1945 (Hari Kemenangan atas Jepun).[24]
Peperangan banyak membawa penderitaan bagi rakyat Jepun dan juga di wilayah-wilayah jajahan Jepun. Berjuta-juta orang terkorban di negara-negara Asia yang diduduki oleh Jepun yang melaung-laungkan slogan Kemakmuran Bersama Asia. Hampir semua industri dan infrastruktur di Jepun hancur akibat perang. Pihak Sekutu melakukan repatriasi besar-besaran etnik Jepun dari negara-negara Asia yang pernah diduduki Jepun.[25] Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh yang diselenggarakan oleh pihak Sekutu mulai 3 Mei 1946 berakhir dengan dijatuhkannya hukuman bagi sejumlah pemimpin Jepun yang terbukti bersalah melakukan kezaliman perang.
Pada tahun 1947, Jepun menerima Perlembagaan yang baru, yang mana Jepun ditetapkan sebagai negara yang menganut fahaman pasifisme lalu mengamalkan demokrasi liberal. Pendudukan AS terhadap Jepun secara rasmi berakhir pada tahun 1952 dengan menandatangani Perjanjian San Francisco.[26] Walaupun demikian, pasukan AS tetap mempertahankan pangkalan-pangkalan penting di Jepun, khususnya di Okinawa. Perserikatan Bangsa-Bangsa secara secara rasmi menerima Jepun sebagai anggota pada tahun 1956.
Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, dan menempatkan Jepun sebagai kekuatan ekonomi terbesar nombor dua di dunia, dengan pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar lebih kurang 10% setahun selama empat dekad. Kepesatan pertumbuhan ekonomi Jepun berakhir pada awal tahun 1990-an setelah pecahnya gelembung ekonominya.[27]
Politik
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Jepun mengamalkan sistem negara raja berperlembagaan yang amat mengehadkan kuasa Maharaja Jepun. Sebagai ketua negara istiadat, kedudukan Maharaja Jepun diatur dalam perlembagaan sebagai "lambang kenegaraan dan penyatu rakyat". Kuasa pemerintah terletak di tangan Perdana Menteri Jepun dan anggota terpilih Parlimen Jepun, sementara kedaulatan sepenuhnya berada di tangan rakyat Jepun.[28]
Parlimen Jepun merupakan parlimen dwidewan yang terbentuk berasaskan sistem England. Parlimen Jepun terdiri daripada sebuah Dewan Perwakilan dan sebuah Dewan Kaunselor. Dewan Perwakilan Jepun terdiri daripada 480 ahli yang diundi secara langsung oleh rakyat sekali dalam empat tahun atau setelah majlis rendah dibubarkan. Dewan Kaunselor Jepun pula terdiri daripada 242 ahli yang memiliki masa jabatan 6 tahun, dan juga diundi secara langsung oleh rakyat. Warganegara Jepun berusia 20 tahun ke atas berhak mengundi.[29]
Perdana Menteri Jepun ialah ketua kerajaan yang dilantik melalui undian daripada kalangan ahli-ahli Parlimen.[30] Apabila Dewan Perwakilan dan Dewan Kaunselor masing-masing memiliki calon perdana menteri, maka calon daripada Dewan Perwakilan yang diutamakan. Pada praktiknya, perdana menteri berasal daripada parti majoriti di parlimen. Menteri-menteri kabinet dilantik oleh Perdana Menteri. Maharaja Jepun melantik Perdana Menteri berdasarkan keputusan Parlimen Jepun, dan memberi perkenan atas pelantikan menteri-menteri kabinet.[31] Perdana Menteri memerlukan sokongan dan kepercayaan daripada anggota Dewan Perwakilan untuk mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Kerabat diraja
[sunting | sunting sumber]Maharaja Akihito ialah Maharaja Jepun masa kini yang naik takhta sebagai maharaja ke-125 setelah ayahandanya, Maharaja Hirohito mangkat pada 7 Januari 1989. Upacara pertabalan Maharaja Akihito dilangsungkan pada 12 November 1990.[32] Putera Raja Naruhito, beristerikan Puteri Raja Masako yang berasal daripada golongan rakyat jelata, dan dikurniakan seorang puteri bernama Aiko (Puteri Toshi). Adinda kepada Naruhito, iaitu Putera Akishino, turut mempermaisurikan seorang rakyat biasa yang bernama Kiko Kawashima, lalu dikurniakan dua orang puteri (Puteri Mako dan Puteri Kako), serta seorang putera bernama Putera Hisahito.
Hubungan luar negara dan tentera
[sunting | sunting sumber]Jepun memiliki hubungan ekonomi dan ketenteraan yang erat dengan Amerika Syarikat, serta mengamalkan dasar luar negara berteraskan pakatan keamanan Amerika Syarikat - Jepun.[33] Sejak diterima menjadi anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 1956, Jepun telah sepuluh kali menjadi anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB, termasuk pada tahun 2009-2010.[34] Jepun ialah salah sebuah negara G4 yang sedang mengusulkan perluasan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.[35] Sebagai negara anggota G8, APEC, ASEAN Plus 3, dan peserta Persidangan Kemuncak Asia Timur, Jepun banyak bergiat dalam hubungan antarabangsa dan mengeratkan persahabatan Jepun dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Pakatan pertahanan dengan Australia ditandatangani pada Mac 2007,[36] dan dengan India pada Oktober 2008.[37] Pada tahun 2007, Jepun ialah negara penyumbang Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) kelima terbesar di dunia.[38] Negara penerima bantuan ODA terbesar daripada Jepun ialah Indonesia, dengan jumlah bantuan melebihi AS$29.5 juta dari tahun 1960 hingga 2006.[39]
Jepun bertikai dengan Rusia mengenai Kepulauan Kuril[40] dan dengan Korea Selatan mengenai Batu Liancourt[41]. Pentadbiran Jepun di Kepulauan Senkaku turut dicabar oleh Republik Rakyat China dan Taiwan.[42]
Perkara 9 Perlembagaan Jepun menyatakan bahawa Jepun menolak peperangan dan penggunaan kekuatan angkatan bersenjata untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. Pasal 9 Ayat 2 melarang Jepun daripada memiliki angkatan tentera bersenjata dan melibatkan diri dalam peperangan.[43][44] Sebaliknya, Jepun memiliki sebuah Pasukan Pertahanan Diri yang terletak di bawah pengawasan Kementerian Pertahanan, dan terdiri daripada Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF), Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun (JMSDF), dan Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun (JASDF). Pada tahun 1991, kapal penyapu ranjau Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun turut membersihkan periuk api laut di Teluk Parsi (berhampiran pantai Kuwait) bersama kapal penyapu ranjau dari lapan buah negara lain.[45][46] Atas permintaan Kerajaan Sementara PBB di Kemboja (1992-1993), Jepun menghantar khidmat pemerhati gencatan senjata, pemantau pilihanraya, polisi sipil, dan sokongan logistik seperti pembaikpulihan jalan dan jambatan.[47] Di Iraq, pasukan bukan tempur Jepun membantu dalam misi kemanusiaan dan kegiatan pembinaan semula prasarana sejak Desember 2003 hingga Februari 2009.[48][49][50]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Jepun memiliki lebih daripada 3.000 pulau yang terletak di pesisir Lautan Pasifik di timur benua Asia. Istilah Kepulauan Jepun merujuk kepada empat pulau besar, dari utara ke selatan, Hokkaido, Honshu, Shikoku, dan Kyushu, serta Kepulauan Ryukyu yang berada di selatan Kyushu. Sekitar 70% hingga 80% daripada wilayah Jepun terdiri daripada kawasan pergunungan yang berhutan-hutan,[51][52] oleh itu sesuai untuk kegiatan pertanian, industri, serta penempatan kediaman. Daerah yang curam berbahaya untuk dihuni kerana risiko tanah runtuh akibat gempa bumi, keadaan tanah yang tidak kukuh, dan hujan lebat. Oleh sebab itu, kebanyakan kawasan penempatan tertumpu pada kawasan pesisir pantai. Jepun ialah salah sebuah negara yang terpadat penduduknya di dunia.[53]
Jepun sering mengalami gempa bumi yang lemah atau sederhana dan adakalanya letusan gunung berapi sering kerana terletak di atas Lingkaran Api Pasifik di pertemuan tiga plat tektonik. Gempa bumi yang kuat pula boleh menyebabkan tsunami. Setiap abad, di Jepun terjadinya beberapa kali tsunami.[54] Kejadian gempa bumi terbesar yang terjadi sehingga kini di Jepun berlaku di perlautan pantai timur berdekatan Sendai yang menyebabkan tsunami pada tahun 2011. Keadaan geografi menyebabkan Jepun memiliki banyak sumber mata air panas, dan sebahagian besarnya telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.[55]
Jepun berada di kawasan beriklim sederhana dengan bermusim empat. Walaupun demikian, terdapat perbezaan iklim yang ketara di antara bahagian utara dan bahagian selatan Jepun.[56] Pada musim dingin, kawasan utara Jepun seperti Hokkaido dihujani salji, manakala di selatan pula beriklim subtropika. Iklimnya juga dipengaruhi tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua Asia ke Lautan Pasifik pada musim dingin, dan sebaliknya pada musim panas.
Iklim Jepun terbagi atas enam zon iklim:
- Hokkaido: Kawasan paling utara beriklim sedang dengan musim dingin yang panjang dan membekukan, serta musim panas yang sejuk. Kerpasannya tidak besar, namun salji banyak turun ketika musim dingin.
- Laut Jepun: Di pantai barat Pulau Honshu, tiupan angin dari barat laut membawa salji yang sangat lebat. Pada musim panas, kawasan ini lebih sejuk dibandingkan kawasan Pasifik. Walaupun demikian, suhu di kawasan ini adakalanya dapat menjadi sangat tinggi akibat fenomena angin fohn.
- Tanah Tinggi Pusat: Wilayah ini beriklim pedalaman dengan perbezaan suhu purata antara musim panas dan musim dingin yang amat ketara. Perbezaan suhu antara waktu malam dan siang juga agak ketara.
- Laut Pedalaman Seto: Barisan pegunungan di kawasan Chugoku dan Shikoku menghalangi jalur tiupan angin musim, sehingga kawasan ini sepanjang tahun beriklim sedang.
- Lautan Pasifik: Kawasan pesisiran pantai timur Jepun mengalami musim dingin yang sangat dingin, namun tidak banyak turun salji. Sebaliknya, musim panas menjadi begitu lembap akibat tiupan angin musim dari tenggara.
- Kepulauan Ryukyu: Kepulauan di barat daya Jepun termasuk Kepulauan Ryukyu beriklim subtropika, panas sewaktu musim dingin dan suhu yang tinggi sepanjang musim panas. Kerpasan sangat tinggi, terutama selama musim hujan, di samping sering mengalami ribut taufan.
Suhu tertinggi yang pernah tercatat di Jepun ialah 40.9 °C (105.6 °F) pada 16 Ogos 2007.[57]
Musim hujan bermula lebih awal di Okinawa, lebih kurang mulai awal bulan Mei. Garis depan musim hujan bergerak ke utara, sehingga hampir mencapai Hokkaido. Di sebahagian besar wilayah Honshu, musim hujan bermula pada tengah bulan Jun selama enam minggu. Taufan sering terjadi sepanjang bulan September dan Oktober, disebabkan tekanan tropika di khatulistiwa yang bergerak dari barat daya ke timur laut, oleh itu sering membawa hujan yang sangat lebat.[56]
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]- Rencana utama: Wilayah di Jepun
Jepun dibahagikan kepada 10 kawasan lingkungan dan 47 buah wilayah yang ditadbir bebas daripada kuasa kerajaan pusat. Sila klik pada wilayah yang terdapat di peta untuk maklumat lanjut.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Sejak zaman Meiji (1868-1912), Jepun mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas dan kapitalis yang berasaskan ekonomi England dan Amerika Syarikat. Sistem pendidikan Barat diterapkan di Jepun, dan terdapat ribuan rakyat Jepun yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan Eropah. Lebih daripada 3,000 orang Eropah dan Amerika dibawa masuk sebagai tenaga pengajar di Jepun.[58] Pada awal zaman Meiji, pihak kerajaan menyediakan landasan kereta api dan jalan raya, serta memulakan pembaharuan dasar pemilikan tanah, di samping mendirikan kilang dan pelabuhan untuk dijual kepada pemilik swasta dengan harga yang murah. Sesetengah golongan usahawan yang lahir pada zaman Meiji berkembang menjadi zaibatsu, dan ada di kalangannya yang masih berniaga sehingga masa kini.[58]
Pertumbuhan ekonomi benar dari 1960-an hingga 1980-an bergelar "keajaiban ekonomi Jepun", iaitu purata 10% pada tahun 1960-an, 5% pada tahun 1970-an, dan 4% pada tahun 1980-an.[58] Dekad 1980-an merupakan zaman keemasan eksport barangan automotif dan barang elektronik ke Eropah dan Amerika Syarikat sehingga terjadi lebihan imbangan perdagangan yang mengakibatkan konflik perdagangan. Setelah ditandatanganinya Perjanjian Plaza 1985, dolar AS mengalami penyusutan nilai berbanding yen. Pada Februari 1987, kadar diskaun rasmi diturunkan hingga 2.5% agar hasil perkilangan Jepun kembali berdaya saing setelah terjadinya kemerosotan jumlah eksport akibat pengukuhan nilai yen. Akibatnya, terjadi surplus kecairan dan penciptaan wang berlebihan. Spekulasi menyebabkan harga saham dan harta tanah terus meningkat, sehingga menimbulkan gelembung harga aset. Harga tanah menjadi begitu tinggi akibat wujudnya ramai yang menyangka bahawa harga tanah tidak akan jatuh.[27] Ekonomi gelembung Jepun jatuh pada awal tahun 1990-an berikutan pengetatan dasar kewangan oleh Bank Jepun pada tahun 1989, serta kenaikan kadar diskaun rasmi menjadi 6%.[27] Pada tahun 1990, pihak kerajaan mengeluarkan sistem cukai pembelian tanah baru, dan pihak bank diminta untuk mengehadkan pembiayaan aset harta. Indeks Purata Nikkei dan harga tanah menyusut pada Disember 1989 dan musim luruh 1990.[27] Pertumbuhan ekonomi terbantut pada 1990-an, sehingga hanya mencapai angka purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.7% akibat pelaburan modal yang tidak cekap di samping fenomena gelembung harga aset pada 1980-an. Institusi kewangan menanggung masalah pinjaman kerana telah mengeluarkan pinjaman wang dengan jaminan tanah atau saham. Usaha kerajaan mengembalikan pertumbuhan ekonomi hanya sedikit berhasil, kemudian terhambat oleh kelesuan ekonomi global pada tahun 2000.[59]
Jepun merupakan ekonomi negara ketiga terbesar di dunia mengekori Amerika Syarikat dan China, dari segi KDNK nominal (sekitar US$5 trilion) mahupun pariti kuasa beli.[60][61] Kegiatan industri terbesar Jepun terletak dalam sektor perbankan, insurans, hartanah, peruncitan, pengangkutan, telekomunikasi, dan pembinaan.[62] Jepun memiliki industri berteknologi tinggi dalam bidang automotif, elektronik, permesinan, keluli dan logam bukan besi, perkapalan, kimia, tekstil, dan pemprosesan makanan.[59] Sebesar tiga perempat daripada produk domestik bruto Jepun berasal daripada sektor jasa.
Sehingga tahun 2001, jumlah tenaga kerja Jepun mencapai 67 juta orang.[63] Kadar pengangguran di Jepun sekitar 4%. Pada tahun 2007, Jepun menjadi negara ke-19 yang paling produktif tenaga kerjanya.[64] Menurut Indeks Big Mac, tenaga kerja di Jepun menikmati kadar gaji sejam yang tertinggi di dunia. Toyota Motor, Mitsubishi UFJ Financial, Nintendo, NTT DoCoMo, Nippon Telegraph & Telephone, Canon, Matsushita Electric Industrial, Honda, Mitsubishi Corporation, dan Sumitomo Mitsui Financial merupakan sepuluh syarikat Jepun terbesar pada tahun 2008.[65] Sejumlah 326 syarikat Jepun tersenarai dalam Forbes Global 2000 atau 16.3% daripada 2,000 syarikat awam terbesar di dunia (mengikut data tahun 2006).[66] Bursa Saham Tokyo memiliki jumlah permodalan pasaran kedua terbesar di dunia. Indeks daripada 225 saham syarikat besar yang diperdagangkan di Bursa Saham Tokyo dipanggil Nikkei 225.[67]
Dalam Indeks Kemudahan Berniaga, Jepun menduduki tangga ke-12, oleh itu menjadi salah sebuah negara maju dengan birokrasi paling sederhana. Kapitalisme ala Jepun menampakkan beberapa ciri-ciri istimewa. Keiretsu ialah sekelompok perusahaan yang dianggotai oleh syarikat-syarikat yang saling menjalin kerjasama perniagaan dan pemilikan saham. Rundingan gaji (shuntō) serta pembaikan keadaan tempat kerja antara pihak pengurusan dan kesatuan sekerka dilakukan setiap awal musim semi. Budaya perniagaan Jepun mengamalkan konsep-konsep tempatan, seperti Sistem Nenkō, nemawashi, salaryman, dan office lady. Perusahaan di Jepun mengamalkan kenaikan pangkat berdasarkan kekananan dan jaminan pekerjaan seumur hidup.[68][69] Kejatuhan ekonomi gelembung disusuli kemuflisan dan pembuangan kerja besar-besaran menyebabkan amalan jaminan pekerjaan seumur hidup semakin diabaikan.[70][71] Perusahaan Jepun dikenali kerana kaedah pengurusan seperti The Toyota Way. Aktivisme pemegang saham amat jarang kelihatan.[72] Dalam Indeks Kebebasan Ekonomi, Jepun merupakan negara kelima paling besar laissez-faire di kalangan 41 negara Asia Pasifik.[73]
Jumlah eksport Jepun pada tahun 2005 ialah AS$4,210 per kapita. Pasaran eksport terbesar Jepun tahun 2006 ialah Amerika Syarikat 22,8%, Kesatuan Eropah 14,5%, China 14,3%, Korea Selatan 7,8%, Taiwan 6,8%, dan Hong Kong 5,6%. Keluaran eksport utama Jepun termasuk alat pengangkutan, kenderaan bermotor, elektronik, mesin-mesin elektrik, dan bahan kimia.[59] Negara sumber import terbesar bagi Jepun pada tahun 2006 ialah China 20,5%, AS 12,0%, Kesatuan Eropah 10,3%, Arab Saudi 6,4%, Emiriah Arab Bersatu 5,5%, Australia 4,8%, Korea Selatan 4,7%, dan Indonesia 4,2%. Import utama Jepun merupakan jentera dan peralatan, minyak, bahan makanan, tekstil, dan bahan mentah untuk perindustrian.[59]
Jepun ialah negara pengimport hasil laut terbesar di dunia (bernilai AS$ 14 juta).[74] Jepun berada di tangga ke-6 selepas China, Peru, Amerika Syarikat, Indonesia, dan Chile, dengan jumlah hasil tangkapan ikan yang merosot sejak tahun 1996.[75][76]
Pertanian merupakan sektor ekonomi utama Jepun hingga beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua. Menurut kaji selidik bancian tahun 1950, lebih kurang 50% tenaga kerja berada di bidang pertanian. Sepanjang "zaman keajaiban ekonomi Jepun", peratusan tenaga kerja dalam bidang pertanian terus merosot hingga kira-kira 4.1% pada tahun 2008.[77] Pada Februari 2007 terdapat 1,813,000 keluarga pertanian komersil, namun di antaranya hanya kurang daripada 21.2% atau 387,000 keluarga merupakan usahawan pertanian.[78] Sebahagian besar tenaga kerja pertanian sudah lanjut usia, sementara bilangan tenaga kerja berusia muda dalam bidang pertanian agak berkurangan.[79][80]
Sains dan teknologi
[sunting | sunting sumber]Jepun adalah negara utama dalam penyelidikan saintifik, terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan sains semula jadi dan kejuruteraan. Negara ini berada di peringkat kedua di antara negara-negara yang paling inovatif di dalam Index Inovasi Bloomberg.[81][82] Lebih kurang 700,000 pengkaji berkongsi US$130 billion belanjawan penyelidikan dan pembangunan.[83]Jumlah yang di belanjakan dalam [[penyelidikan dan pembangunan] bersamaan dengan KDNK ialah ketiga tertinggi di dunia.[84] Negara ini adalah kuasa utama dunia dalam penyelidikan asas, serta melahirkan ramai tokoh-tokoh Hadiah Nobel untuk bidang fizik, kimia dan perubatan[85] dan tiga pemenang Pingat Fields.[86]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Bangsa
[sunting | sunting sumber]Bilangan penduduk Jepun dianggarkan sekitar 127,614 juta orang (perangkaan 1 Februari 2009).[87] Masyarakat Jepun adalah homogen dari segi etnik, budaya dan bahasa, dengan bilangan pekerja asing yang sedikit. Di kalangan penduduk minoriti yang kecil di Jepun, terdapat orang Korea Zainichi,[88] Cina Zainichi, orang Filipina, Brazil[89] dan Peru.[90] Pada 2003, terdapat 136,000 warga negara barat yang menjadi ekspatriat di Jepun.[91]
Kewarganegaraan Jepun diberikan kepada bayi yang dilahirkan daripada ayah atau ibu berkewarganegaraan Jepun, ayah berkewarganegaraan Jepun yang meninggal sebelum kelahirannya, atau bayi yang lahir di Jepun dengan ayah/ibu yang tidak diketahui/tidak memiliki kewarganegaraan.[92] Suku kaum yang paling dominan ialah penduduk asli yang bergelar orang Yamato dan kelompok minoriti utama yang terdiri daripada penduduk asli Ainu[93] dan Ryukyu, ditambah kelompok minoriti sosial yang dipanggil burakumin.[94]
Pada tahun 2006, kadar jangka hayat di Jepun ialah 81.25 tahun, iaitu antara yang tertinggi di dunia.[95] Namun usia purata penduduk Jepun semakin meningkat kesan ledakan kelahiran pascaperang diikuti penurunan kadar kelahiran. Pada tahun 2004, sekitar 19.5% daripada populasi Jepun sudah berusia atas 65 tahun.[96]
Perubahan dalam struktur demografi menimbulkan beberapa masalah sosial, terutamanya kecenderungan menurunnya bilangan tenaga kerja dan meningkatnya perbelanjaan kebajikan sosial seperti pencen. Masalah lain termasuk semakin ramai golongan muda yang memilih untuk tidak berkahwin atau mendirikan rumah tangga ketika mencapai usia dewasa.[97] Bilangan penduduk Jepun dikhuatiri akan merosot menjadi 100 juta pada tahun 2050, dan 64 juta pada tahun 2100.[96] Pakar demografi dan jabatan kerajaan kini berbincang mengenai cara menangani masalah penurunan jumlah penduduk.[97] Imigrasi dan insentif wang untuk kelahiran bayi sering kali diusulkan sebagai penyelesaian masalah penduduk Jepun yang semakin menua.[98][99]
Ked. | Wilayah | Pop. | Ked. | Wilayah | Pop. | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tokyo Yokohama |
1 | Tokyo | Tokyo | 8,949,447 | 11 | Hiroshima | Hiroshima | 1,174,209 | Osaka Nagoya |
2 | Yokohama | Kanagawa | 3,689,603 | 12 | Sendai | Miyagi | 1,045,903 | ||
3 | Osaka | Osaka | 2,666,371 | 13 | Kitakyūshū | Fukuoka | 977,288 | ||
4 | Nagoya | Aichi | 2,263,907 | 14 | Chiba | Chiba | 962,130 | ||
5 | Sapporo | Hokkaidō | 1,914,434 | 15 | Sakai | Osaka | 842,134 | ||
6 | Kobe | Hyōgo | 1,544,873 | 16 | Niigata | Niigata | 812,192 | ||
7 | Kyōto | Kyōto | 1,474,473 | 17 | Hamamatsu | Shizuoka | 800,912 | ||
8 | Fukuoka | Fukuoka | 1,463,826 | 18 | Kumamoto | Kumamoto | 734,294 | ||
9 | Kawasaki | Kanagawa | 1,425,678 | 19 | Sagamihara | Kanagawa | 717,561 | ||
10 | Saitama | Saitama | 1,222,910 | 20 | Shizuoka | Shizuoka | 716,328 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Perangkaan tertinggi jumlah penganut agama Buddha dan Shinto sekaligus ialah 84-96% yang menunjukkan betapa besarnya jumlah penganut sinkretisme daripada kedua-dua agama tersebut.[29][101] Walaupun demikian, perkiraan tersebut hanya berdasarkan jumlah warga yang didapati ada hubungan dengan pihak kuil, dan bukan jumlah penduduk yang sungguh-sungguh menganut kedua-dua agama tersebut.[102] Professor Robert Kisala (dari Universiti Nanzan) menganggarkan hanya 30% daripada penduduk Jepun yang mengaku menganut suatu agama.[102]
Fahaman Taoisme dan Konfusianisme dari China juga mempengaruhi kepercayaan dan tradisi Jepun. Agama di Jepun cenderung bersifat sinkretisme dengan melahirkan berbagai-bagai tradisi, seperti orang tua membawa anak-anak ke upacara Shinto, pelajar sekolah berhajat kelulusan ujian di kuil Shinto, perkahwinan ala Barat di gereja Kristian, dan penyemadian mayat mengikut laras agama Buddha. Penduduk beragama Kristian hanya berjumlah 2,595,397 atau 2.04% seluruh penduduk Jepun.[103] Kebanyakan orang Jepun mengambil sikap tidak peduli terhadap agama dan melihat agama sebagai budaya dan tradisi semata-mata. Apabila ditanya mengenai agama, mereka akan mengatakan bahawa mereka beragama Buddha hanya kerana nenek moyang mereka menganut suatu mazhab agama Buddha. Selain itu, di Jepun sejak pertengahan abad ke-19 lahirnya pelbagai mazhab agama baru (Shinshūkyō) seperti Tenrikyo dan Aum Shinrikyo.
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Lebih daripada 99% penduduk Jepun bertutur dalam bahasa Jepun sebagai bahasa ibunda.[87] Bahasa Jepun ialah bahasa aglutinatif yang bercirikan kata hormat yang mencerminkan unsur hierarki sosial dalam masyarakat Jepun. Pemilihan kata kerja dan kosa kata mencerminkan taraf penutur dan pendengar. Menurut kamus bahasa Jepun iaitu Shinsen-kokugojiten, kosa kata daripada bahasa Cina berjumlah sekitar 49.1% daripada seluruh kosa kata Jepun, manakala kata-kata asli Jepun hanya 33.8% dan kata pinjaman bahasa lain pula sekitar 8.8%.[104] Bahasa Jepun menggunakan tulisan kanji, hiragana, dan katakana. Jepun juga mempunyai sistem perumian mereka yang tersendiri yang diambil daripada tulisan Rumi yang dikenali sebagai Romaji. Nombor-nombor Arab turut digunakan. Bahasa Ryukyu yang juga tergolong dalam keluarga bahasa Japonik ditutur oleh penduduk Okinawa, tetapi tidak banyak diwarisi dalam kalangan muda-mudinya.[105] Bahasa Ainu kian pupus dengan hanya beberapa orang penutur asli yang sudah lanjut usia di Hokkaido.[106] Para pelajar sekolah kerajaan dan swasta di Jepun hanya diwajibkan mempelajari bahasa Jepun dan bahasa Inggeris.[107]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Pendidikan rendah dan menengah, serta pendidikan tinggi diperkenalkan di Jepun pada tahun 1872 hasil usaha Pemulihan Meiji.[108] Sejak tahun 1947, rancangan pendidikan di Jepun mewajibkan setiap warganegara bersekolah selama 9 tahun di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah (dari usia 6 hingga 15 tahun). Dalam kalangan penduduk berusia 15 tahun ke atas, kadar celik huruf mencapai 99% secara sama rata antara lelaki dan wanita (2002).[109]
Hampir semua pelajar sekolah berjaya ke sekolah menengah tinggi dan menurut Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Ilmu Pengetahuan dan Teknologi Jepun (MEXT), lebih kurang 75.9% lepasan sekolah menengah tinggi pada tahun 2005 melanjutkan pelajaran ke universiti, akademi, politeknik, atau insititusi pendidikan tinggi seumpamanya.[110] Pendidikan di Jepun amat kompetitif,[111] khususnya dalam ujian kemasukan perguruan tinggi. Universiti Tokyo dan Universiti Keio merupakan dua universiti terunggul di Jepun.[112] Mengikut carta kedudukan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa yang disusun oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), tahap pengetahuan dan kemahiran remaja Jepun berusia 15 tahun berada di tangga keenam terbaik di dunia.[113]
Kebudayaan
[sunting | sunting sumber]Budaya Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Pada mulanya China dan Korea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya Yayoi sekitar 300 SM. Gabungan tradisi budaya Yunani dan India, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak abad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan agama Buddha mazhab Mahayana. Sejak abad ke-16, pengaruh Eropah menonjol, disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia II.
Jepun turut mengembangkan budaya yang asli dan unik, dalam seni (ikebana, origami, ukiyo-e), kraftangan (anak patung, tembikar, persembahan (boneka bunraku, tarian tradisional, kabuki, noh, raku-go), dan tradisi (permainan Jepun, onsen, sento, majlis teh, kebun Jepun), serta makanan Jepun yang unik sekali.
Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar. Anime, manga, fesyen perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negara Asia yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetus trend baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.
Baru-baru ini Jepun mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai: ahli sukan. Populariti pemain besbol Jepun di Amerika Syarikat meningkatkan kesedaran warga negara Barat tersebut terhadap segalanya mengenai Jepun.
Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan Jepun menumpu kepada peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan sashimi pada musim panas, manakala ramen panas dan shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 令和元年全国都道府県市区町村別面積調 (10月1日時点) [Reiwa 1 nationwide area survey by prefectures and municipalities (as of October 1)] (dalam bahasa Jepun). Geospatial Information Authority of Japan. December 26, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada April 15, 2020.
- ^ "Surface water and surface water change". OECD. Diarkibkan daripada yang asal pada March 24, 2021. Dicapai pada October 11, 2020.
- ^ "Population estimates by age (five-year groups) and sex". Statistics Bureau of Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2018. Dicapai pada February 20, 2024.
- ^ "2020 Population Census: population by sex, age (single years), month of birth and all nationality or Japanese". Statistics Bureau of Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2024. Dicapai pada July 7, 2024.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2024 edition (Japan)". International Monetary Fund. April 16, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2024. Dicapai pada April 16, 2024.
- ^ "Inequality – Income inequality". OECD. Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2022. Dicapai pada July 25, 2021.
- ^ "Human Development Report 2023/2024" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 13 March 2024. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2024. Dicapai pada 13 March 2024.
- ^ Lach, Donald (2010). Asia in the Making of Europe. I. University of Chicago Press. m/s. 157.
- ^ Schreiber, Mark (November 26, 2019). "You say 'Nihon,' I say 'Nippon,' or let's call the whole thing 'Japan'?". The Japan Times.
- ^ Carr, Michael (March 1992). "Wa Wa Lexicography". International Journal of Lexicography. 5 (1): 1–31. doi:10.1093/ijl/5.1.1.
- ^ Teach Yourself Japanese Message Board
- ^ Joan, R. Piggott (1997). The emergence of Japanese kingship. Stanford University Press. m/s. 143–144. ISBN 0-804-72832-1.
- ^ Delmer M. Brown (ed.), penyunting (1993). The Cambridge History of Japan. Cambridge University Press. m/s. 140–149.CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ William Gerald Beasley (1999). The Japanese Experience: A Short History of Japan. University of California Press. m/s. 42. ISBN 0520225600. Dicapai pada 2007-03-27.
- ^ Conrad Totman (2002). A History of Japan. Blackwell. m/s. 64–79. ISBN 978-1405123594.
- ^ Conrad Totman (2002). A History of Japan. Blackwell. m/s. 122–123. ISBN 978-1405123594.
- ^ George Sansom (1961). A History of Japan: 1334–1615. Stanford. m/s. 42. ISBN 0-8047-0525-9.
- ^ George Sansom (1961). A History of Japan: 1334–1615. Stanford. m/s. 217. ISBN 0-8047-0525-9.
- ^ Stephen Turnbull (2002). Samurai Invasion: Japan's Korean War. Cassel. m/s. 227. ISBN 978-0304359486.
- ^ Hooker, Richard (1999-07-14). "Japan Glossary; Kokugaku". Washington State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-28. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ Jesse Arnold. "Japan: The Making of a World Superpower (Imperial Japan)". vt.edu/users/jearnol2. Dicapai pada 2007-03-27.
- ^ Kelley L. Ross. "The Pearl Harbor Strike Force". friesian.com. Dicapai pada 2007-03-27.
- ^ Roland H. Worth, Jr. (1995). No Choice But War: the United States Embargo Against Japan and the Eruption of War in the Pacific. McFarland. ISBN 0-7864-0141-9.
- ^ "Japanese Instrument of Surrender". educationworld.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-31. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ When Empire Comes Home : Repatriation and Reintegration in Postwar Japan by Lori Watt, Harvard University Press
- ^ Joseph Coleman (2006-03-06). "'52 coup plot bid to rearm Japan: CIA". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-17. Dicapai pada 2007-04-03.
- ^ a b c d Kobayashi, Kayo (2005). 日本の経済: Japanese Economy, The. IBC Publishing. ISBN 4-8968-4147-6. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "The Constitution of Japan". House of Councillors of the National Diet of Japan. 1946-11-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-17. Dicapai pada 2007-03-10.
- ^ a b "World Factbook; Japan". CIA. 2007-03-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-28. Dicapai pada 2007-03-27.
- ^ http://www.houko.com/00/01/S21/000.HTM#s5 Perlembagaan Jepun Pasal 5, Kabinet (第5章 内閣)
- ^ http://www.houko.com/00/01/S21/000.HTM#s1 Perlembagaan Jepun Bab 1 Pasal 6, Maharaja (第1章 天皇)
- ^ http://www.kunaicho.go.jp/02/d02-01.html Tennō kōgō ryōheika no goryakureki (天皇皇后両陛下のご略歴). Diakses pada 7 Maret 2009
- ^ Michael Green. "Japan Is Back: Why Tokyo's New Assertiveness Is Good for Washington". Real Clear Politics. Dicapai pada 2009-03-08.
- ^ "Japan: non-permanent member of the Security Council". United Nations. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ Nile Gardiner, Ph.D. and Brett D. Schaefer. "U.N. Security Council Expansion Is Not in the U.S. Interest". Heritage Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-18. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ Japan-Australia Joint Declaration on Security Cooperation
- ^ Joint Declaration on Security Cooperation between Japan and India
- ^ "Debt Relief is down: Other ODA rises slightly". Organisation for Economic Co-Operation and Development. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "Sejarah Bantuan ODA Jepang di Indonesia". Situs Bantuan ODA Jepang di Indonesia. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "Japan's island row with Russia". BBC News. 2006-08-16. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "Seoul and Tokyo hold island talks". BBC News. 2006-04-20. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "The Basic View on the Sovereignty over the Senkaku Islands". Kementerian Luar Negeri Jepun. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "The Constitution of Japan". Dicapai pada 2009-03-12.
- ^ Kosechi, Soseki. "Mengkaji Kembali Revisi Perlembagaan Jepun". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-12. Dicapai pada 2009-03-12.
- ^ "Section 3. Japan's Response to the Post-Gulf Crisis Problems". Diplomatic Bluebook 1991: Japan's Diplomatic Activities. Kementerian Luar Negeri Jepun. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "航空自衛隊イラク復興支援派遣撤収業務隊による撤収業務の終結に関する命令の発出について". Kementerian Pertahanan. 2009-02-10. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "Japan's Participation in UN Peacekeeping Operations: International Peace Cooperation Assignment in Cambodia". Secretariat of the International Peace Cooperation Headquarters, Cabinet Office. 2009-02-10. Dicapai pada 2009-03-10.[pautan mati kekal]
- ^ "Prime Minister Encourages Japan Air Self-Defense Force (JASDF) to be Dispatched to Iraq". Kantor Perdana Menteri Jepun. 2003-12-24. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "航空自衛隊イラク復興支援派遣撤収業務隊による撤収業務の終結に関する命令の発出について". Kementerian Pertahanan. 2009-02-10. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ "2009年2月16日付防衛省人事発令" (PDF). Kementerian Pertahanan. 2009-02-16. Dicapai pada 2009-03-10.
- ^ ""Japan"". Microsoft Encarta Online Encyclopedia. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-01. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ "Japan Information—Page 1". WorldInfoZone.com. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ "World Population Prospects". UN Department of Economic and Social Affairs. Dicapai pada 2007-03-27.
- ^ "Tectonics and Volcanoes of Japan". Oregon State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-04. Dicapai pada 2007-03-27.
- ^ "Attractions: Hot Springs". JNTO. Dicapai pada 2007-04-01.
- ^ a b "Essential Info: Climate". JNTO. Dicapai pada 2007-04-01.
- ^ "Gifu Prefecture sees highest temperature ever recorded in Japan - 40.9". Japan News Review Society. 2007-08-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-18. Dicapai pada 2007-08-16.
- ^ a b c "Japan: Patterns of Development". country-data.com. Januari 1994. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ a b c d "World Factbook; Japan—Economy". CIA. 2006-12-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-28. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ "World Economic Outlook Database; country comparisons". IMF. 6 Oktober 2010. Dicapai pada 5 Januari 2011.
- ^ "World Factbook: Country Comparison :: GDP (purchasing power parity)". CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 16 Januari 2011.
- ^ er 6 Manufacturing and Construction, Statistical Handbook of Japan, Ministry of Internal Affairs and Communications
- ^ http://www.prcdc.org/summaries/japan/japan.html
- ^ Groningen Growth and Development Centre (GGDC)
- ^ Japan 500 2008, Financial Times Dicapai pada 8 Mac 2009]
- ^ [http://www.forbes.com/lists/2006/18/06f2000_The-Forbes-2000_Rank.html The Forbes 2000
- ^ Market data. Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine New York Stock Exchange (2006-01-31). Diakses pada 2007-08-11.
- ^ "Japan's Economy: Free at last". The Economist. 2006-07-20. Dicapai pada 2007-03-29.
- ^ "The State and Change in the "Lifetime Employment" in Japan: From the End of War Through 1995". Research Institute of Economy, Trade and Industry (RIETI). November 2004. Dicapai pada 2007-03-29.
- ^ Sonobe, Jun. "Life-time Employment (終身雇用)". exBuzzWords. Dicapai pada 2007-03-28.
- ^ The Economist: Going hybrid
- ^ Activist shareholders swarm in Japan, The Economist
- ^ Japan, Index of Economic Freedom
- ^ "The State of World Fisheries and Aquaculture 2006" (PDF). FAO Fisheries and Aquaculture Department FAO. 2007. ISBN 978-92-5-105568-7. Dicapai pada 2009-03-02.
- ^ "Yearbooks of Fishery Statistics: World fisheries production, by capture and aquaculture, by country (2006)" (PDF). Fisheries and Aquaculture Department FAO. Januari 2006. Dicapai pada 2009-03-08.
- ^ The World Almanac and book of facts 2008. World Almanac Books. 2008. m/s. 94. ISBN 1-60057-072-0. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "Employed person by occupation and sex (労働力調査 長期時系列データ 職業別就業者数)". Statistics Bureau, Director General for Policy Planning (Statistical Standards) 総務省統計局. Dicapai pada 2009-03-09.
- ^ Zaidan Hōjin Yano Tsuneta Kinenkai, 財団法人矢野恒太記念会 (2008). m/s. 134 Tabel 13-6 dan catatan kaki. "Takrifan keluarga petani komersil (hambai nōka) ialah keluarga dengan luas tanah lebih dari 3,000 m² atau pendapatan kasar lebih daripada \500,000 per tahun; takrifan keluarga petani pengusaha (shugyō nōka) ialah keluarga yang berpenghasilan utama dari pertanian, dan memiliki kepala keluarga berumur di bawah 65 tahun yang bekerja di lahan pertanian lebih dari 60 hari per tahun."
- ^ Zaidan Hōjin Yano Tsuneta Kinenkai 財団法人矢野恒太記念会 (2008) m/s. 136 Tabel 13-8. Report of Survey on Movement of Agriculture Structure.
- ^ Pada tahun 1990, keluarga petani komersil yang memiliki ketua keluarga berusia lebih 65 tahun mencapai 19.5%. Angka ini bertambah menjadi 32.4% pada tahun 2007. "Main Indicators Relating to Agriculture, Forestry and Fisheries (農林水 産業関連主要指標(1)土地と人口 Land and population)". Kementerian Pertanian, Kehutanan dan Perikanan Jepun (MAFF). Dicapai pada 2009-03-09.
- ^ "The Bloomberg Innovation Index". Bloomberg.
- ^ David Shamah (4 Februari 2015). "Bloomberg: Israel Is World's 5th Most Innovative Country, Ahead Of US, UK". No Camels. Dicapai pada 29 Oktober 2016.
- ^ McDonald, Joe (4 Disember 2006). "China to spend $136 billion on R&D". BusinessWeek.
- ^ "Invest in Israel – Where Breakthroughs Happen" (PDF). Investment Promotion Center. Industry, Trade and Labor Ministry. 4 Disember 2011. m/s. 17. Dicapai pada 17 Oktober 2012.
- ^ "Japanese Nobel Laureates". Kyoto University. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-09. Dicapai pada 7 November 2009.
- ^ "Japanese Fields Medalists". Kyoto University. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2010. Dicapai pada 7 November 2009.
- ^ a b "人口推計月報". Biro Statistik Jepun. Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-21. Dicapai pada 2009-08-08.
- ^ Japan-born Koreans live in limbo. The New York Times. 2 April 2005.
- ^ An Enclave of Brazilians Is Testing Insular Japan. The New York Times. 1 November 2008.
- ^ 'Home' is where the heartbreak is for Japanese-Peruvians Diarkibkan 2010-01-06 di Wayback Machine. Asia Times. 16 Oktober 1999.
- ^ Registered Foreigners in Japan by Nationality Diarkibkan 2005-08-24 di Wayback Machine. Stat.go.jp.
- ^ "国籍Q&A". 民事局. Dicapai pada 2009-08-08.
- ^ Fogarty, Philippa (2008-06-06). "Recognition at last for Japan's Ainu". BBC News. BBC. Dicapai pada 2008-06-07.
- ^ The Invisible Race Diarkibkan 2012-12-16 di Wayback Machine. Time. 8 Januari 1973.
- ^ "The World Factbook: Rank order—Life expectancy at birth". CIA. 2006-12-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-29. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ a b "Statistical Handbook of Japan: Chapter 2—Population". Japan Ministry of Internal Affairs and Communications. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ a b Ogawa, Naohiro."Demographic Trends and Their Implications for Japan's Future" The Ministry of Foreign Affairs of Japan. Transkrip wawancara pada 7 Mac 1997. Dicapai pada 14 Mei 2006.
- ^ Hidenori Sakanaka (2005-10-05). "Japan Immigration Policy Institute: Director's message". Japan Immigration Policy Institute. Dicapai pada 2007-01-05.
- ^ French, Howard."Insular Japan Needs, but Resists, Immigration". "The New York Times" (2003-07-24). Diakses pada 2007-02-21.
- ^ Ministry of Internal Affairs and Communications
- ^ Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor (2006-09-15). "International Religious Freedom Report 2006". U.S. Department of State. Dicapai pada 2007-12-04.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b Kisala, Robert (2005). Robert Wargo (penyunting). The Logic Of Nothingness: A Study of Nishida Kitarō. University of Hawaii Press. m/s. 3–4. ISBN 0824822846.
- ^ "Religious Juridical Persons and Administration of Religious Affairs, [[Agency for Cultural Affairs]" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-09-09. Dicapai pada 2010-01-14.
- ^ Shinsen-kokugojiten (新選国語辞典), Kyōsuke Kindaichi, Shogakukan, 2001, ISBN 4-09-501407-5
- ^ 言語学大辞典セレクション:日本列島の言語 (Selection from the Encyclopædia of Linguistics: The Languages of the Japanese Archipelago). "琉球列島の言語" (The Languages of the Ryukyu Islands). 三省堂 1997
- ^ "15 families keep ancient language alive in Japan". UN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-06. Dicapai pada 2007-03-27.
- ^ Lucien Ellington (2005-09-01). "Japan Digest: Japanese Education". Indiana University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-27. Dicapai pada 2006-04-27.
- ^ Lucien Ellington (2003-12-01). "Beyond the Rhetoric: Essential Questions About Japanese Education". Foreign Policy Research Institute. Dicapai pada 2007-04-01.
- ^ "CIA World Factbook: Literacy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-28. Dicapai pada 2010-01-13.
- ^ "School Education" (PDF). MEXT. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-01-02. Dicapai pada 2007-03-10.
- ^ Kate Rossmanith (2007-02-05). "Rethinking Japanese education". The University of Sydney. Dicapai pada 2007-04-01.
- ^ "The World University Rankings". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-04. Dicapai pada 2010-01-14.
- ^ OECD’s PISA survey shows some countries making significant gains in learning outcomes, OECD, 04/12/2007. Range of rank on the PISA 2006 science scale
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rasmi
[sunting | sunting sumber]- Kantei.go.jp - Laman rasmi Perdana Menteri dan Kabinet
- Sangi-in.go.jp - Laman rasmi Dewan Pertuanan
- Shugi-in.go.jp - Laman rasmi Dewan Rakyat
- Courts.go.jp Diarkibkan 2003-11-19 di Wayback Machine - Laman rasmi Mahkamah Tinggi Jepun
- Kunaicho.go.jp - Laman rasmi Keluarga Diraja Jepun
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Jepun. |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Jepun. |
{{#switch:||Kategori=