Pergi ke kandungan

Musim sejuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Di kebanyakan tempat di dunia, musim sejuk dikaitkan dengan salji dan ais.

Musim sejuk, musim dingin atau musim salji (bahasa Inggeris: Winter) ialah salah satu daripada empat musim yang wujud di zon beriklim sederhana. Ia merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan paling rendah suhunya[1] dengan cuaca sejuk menurunkan salji dan air batu terutamanya di kawasan-kawasan berlatitud atau beraltitud lebih tinggi.

Keadaan peredaran Bumi yang mencondong pada satu sisi menyebabkan musim sejuk berlaku secara berasingan pada dua tempoh berbeza. Musim sejuk di Hemisfera Utara umumnya dikira bermula dari solstis pada antara 20-22 haribulan Disember hingga ekuinoks pada 19-21 Mac;[1][2] musim sama di Hemisfera Selatan pula dikira dari 1 Jun hingga 31 Ogos.[3][4] Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami pada bulan Januari di belah utara dan bulan Julai di belah selatan. Perkiraan meteorologi lebih menetapkan hari solstis sebagai tempoh pertengahan musim ini[5][6] maka bermula dan tamat lebih awal dari yang ditetapkan, tetapi kurang dirasakan kerana sifat suhu cuaca yang menurun secara beransur.

  1. ^ a b Mohd Faizal Aziz (Jun 2009). "Sains dan pergantian musim". Estidotmy. Utusan Malaysia. m/s. 14-15.
  2. ^ "Meteorological Versus Astronomical Seasons". National Centers for Environmental Information (NCEI) (dalam bahasa Inggeris). 22 September 2016. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  3. ^ Meteorological Glossary Diarkibkan 7 Mac 2009 di Wayback Machine. Retrieved 21 June 2009 from Australian Bureau of Meteorology
  4. ^ Deguara, Brittney (27 Mei 2019). "When does winter officially start in New Zealand?". Stuff. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  5. ^ Ball, Sir Robert S (1900). Elements of Astronomy. London: The MacMillan Company. m/s. 52. ISBN 978-1-4400-5323-8.
  6. ^ Heck, Andre (2006). Organizations and strategies in Astronomy Volume 7. Springer. m/s. 14. ISBN 978-1-4020-5300-9.