Banjir Malaysia 2021–2022
Sebahagian daripada musim taufan Pasifik 2021 | |
Tarikh | 17 Disember 2021 – 19 Januari 2022 (1 bulan dan 3 hari) |
---|---|
Lokasi | Selangor (terutamanya Shah Alam, Klang, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Pahang dan Perak; Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Terengganu (terhad) |
Juga dikenali sebagai | Banjir Shah Alam |
Jenis | Banjir |
Penyebab | Hujan lebat akibat Lekukan Tropika 29W (14-17 Disember 2021) |
Hasil | |
Kematian | 54[3][4] |
Kecederaan | Tidak diketahui |
Hilang | 2[3] |
Harta benda rosak | RM20 bilion (tak rasmi)[5] |
Dipindahkan | ~71,000 pada kemuncak[6] |
Nota: Angka kematian mungkin bertambah akibat mangsa-mangsa yang hilang. |
Banjir Malaysia 2021–2022 merupakan kejadian banjir yang melanda kawasan Semenanjung Malaysia pada Disember 2021. Banjir ini berlaku susulan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia berikutan lalunya sebuah lekukan tropika (nama rasmi Lekukan Tropika 29W) yang merentasi semenanjung dari Laut Cina Selatan.[7] Di samping musim monsun serta kejadian air pasang, banjir mula terbit di beberapa negeri, secara ketaranya di kawasan Lembah Klang dan Pantai Timur.[8]
Banjir di Lembah Klang merupakan banjir yang paling ketara memandangkan Lembah Klang lazimnya tidak menerima masalah banjir akibat monsun seperti kawasan Pantai Timur.[9] Hal ini menyebabkan puluhan ribu orang awam terpaksa dipindahkan.[10] Setakat 21 Disember, sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dengan beberapa orang hilang. Sifat banjir ini yang tidak terjangka, terutamanya di Lembah Klang disifatkan sebagai antara banjir-banjir terburuk dalam sejarah Malaysia moden, dan digelarkan sebagai "banjir seratus tahun" oleh pihak kerajaan.[11] Banjir ini lazim dibandingkan dengan banjir Kuala Lumpur 1971 dan banjir Malaysia pada 2014.[12][13][14]
Banjir ini mencetuskan darurat kemanusiaan yang besar yang dipikul melalui kerjasama daripada pihak kerajaan dan orang awam. Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan yang dilihat sambilewa, berat sebelah dan narsisistik mendatangkan kritikan pelbagai pihak. Respons yang lambat dan huru-hara ini telah membuka ruang kepada berlakunya kegiatan jenayah seperti penjarahan kedai barangan. Sementara itu, golongan pakar mengutarakan kejadian ini sebagai suatu cuaca ekstrem akibat perubahan iklim dunia yang semakin menjadi-jadi.[15]
Fenomena cuaca
[sunting | sunting sumber]Banjir ini berlaku ketika tempoh angin monsun timur laut yang datang daripada pantai timur semenanjung. Pada masa yang sama, sebuah lekukan tropika terbentuk akibat sistem tekanan udara atmosfera yang rendah di Selat Melaka dan dinamakan secara rasmi sebagai Lekukan Tropika 29W.[16] Fenomena ini mula terbit pada 14 Disember di perairan Laut Cina Selatan dan tiba di Semenanjung melalui kawasan Kemaman dengan halaju angin berkekalan sekitar 47 kilometer sejam. Fenomena angin ini kemudiannya bergerak ke kawasan utara Lembah Klang sebelum mereda pada 17 Disember.[7] Walaupun begitu, ini menyebabkan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung pada 17 dan 18 Disember lalu mengakibatkan banjir yang luar biasa, termasuk di kawasan-kawasan yang tidak terjangka. Masalah ini diburukkan oleh fenomena air pasang di tempat-tempat seperti di Selangor.[17] Pada Ahad (19 Disember), pihak meteorologi telah menamatkan amaran hujan lebat di Semenanjung Malaysia ketika situasi cuaca beransur reda.[18]
Kejadian ini memecahkan rekod meteorologi di beberapa tempat. Stesen cuaca Sentul merakam jumlah taburan hujan harian 363 milimeter (14.3 in), bersamaan taburan hujan lazim selama sebulan. Rekod-rekod lain termasuk 273 milimeter (10.7 in) (Sungai Bonus Tun Abdul Razak), 258 milimeter (10.2 in) (Jinjang), dan 247 milimeter (9.7 in) (Gombak). Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sebagai wakil kerajaan negeri mengesahkan bahawa Selangor telah merekodkan taburan hujan sebanyak 380 milimeter (15 in), dua kali ganda rekod sebelumnya.[19]
-
Gerakan pembentukan Lekukan Tropika 29W.
-
Laluan lekukan tropika.
Persediaan
[sunting | sunting sumber]Sebelum banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menyediakan RM1.3 juta bagi menghulurkan bantuan.[20] Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mensasarkan 5,731 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menampung lebih 1.6 juta mangsa di seluruh negara untuk tujuan kecemasan.[21]
Pada 16 Disember, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jingga untuk semua daerah Kelantan dan Terengganu dan amaran kuning untuk Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang sehingga 17 Disember.[22] Pada hari yang sama, amaran banjir telah dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) kepada dua jajahan di Kelantan (Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Jeli).[23] NADMA menasihatkan pengaktifan jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah berikutan amaran itu.[24] MetMalaysia kemudiannya mengeluarkan amaran ambar untuk hujan berterusan di seluruh Lembah Klang. Amaran ini kemudiannya dinaikkan kepada amaran merah (tahap maksimum), dan diperluaskan ke negeri jiran, termasuk Pahang.[25] Empangan Klang Gates mengeluarkan 25 peratus takungannya secara berperingkat selepas paras air melebihi julat yang boleh diterima.[26] Menjelang 18 Disember, pusat operasi banjir telah diaktifkan di semua daerah di Kelantan.[27] Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air, mengeluarkan kenyataan darurat meminta persiapan segera di Kuala Lumpur daripada banjir selepas melanda empat sungai utama di seluruh bandar.[28] Terowong SMART telah diaktifkan di tengah-tengah kerpasan yang semakin meningkat, dan mencapai jumlah lencongan tertinggi rekod sebanyak kira-kira lima juta meter padu air banjir.[29]
Kakitangan dan penduduk pusat pemindahan yang dipindahkan telah disaring secara berkala untuk COVID-19 bagi mengelakkan wabak daripada menular.[30]
Tarikh | Masa | Jenis amaran | Kawasan |
---|---|---|---|
15 Disember | 13:30 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan) |
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar) | |||
17 Disember | 01:20 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kelantan, Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Kuantan) |
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar), Pahang (Lipis, Jerantut, Pekan) | ||
07:10 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Terengganu (Kemaman), Pahang (Kuantan) | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kelantan, Terengganu (semua daerah kecuali Kemaman), Pahang (Cameron Highlands, Jerantut, Pekan) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah, Penang, Perak, Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera) | ||
15:45 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kelantan, Terengganu | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kedah (Baling, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak, Pahang (semua daerah kecuali Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor) | ||
22:45 WPM | Perak (semua daerah kecuali Parit Buntar, Larut Matang dan Selama, Gerik), Kelantan, Terengganu, Pahang (semua daerah kecuali Rompin dan Pekan), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya | ||
18 Disember | 01:00 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Pahang (Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan) |
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perak (semua daerah kecuali Parit Buntar, Larut, Matang dan Selama, Gerik), Kelantan, Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Bera) | ||
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan | |||
12:00 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kelantan (Gua Musang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan) | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak | ||
Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan, Rompin), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka (Alor Gajah) | |||
14:00 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Selangor (semua daerah kecuali Sepang), Kuala Lumpur | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Perak (Hilir Perak, Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan), Selangor (Sepang), Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak (semua daerah kecuali Hilir Perak, Muallim), Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Raub, Temerloh, Bera, Pekan, Rompin), Negeri Sembilan (semua daerah kecuali Jelebu), Melaka (Alor Gajah) | ||
22:30 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Pahang (Jerantut, Bentong, Kuantan), Selangor (semua daerah kecuali Sepang), Kuala Lumpur | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Perak (Hilir Perak, Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Temerloh, Maran, Pekan), Selangor (Sepang), Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak (semua daerah kecuali Hilir Perak, Muallim), Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Bera, Rompin), Negeri Sembilan (semua daerah kecuali Jelebu), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat) | ||
19 Disember | 01:40 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan), Selangor (semua daerah kecuali Sepang), Kuala Lumpur |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kedah (Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Temerloh, Maran, Pekan), Selangor (Sepang), Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah (semua daerah kecuali Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Perak (Hulu Perak), Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Bera, Rompin), Negeri Sembilan (semua daerah kecuali Jelebu), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat) | ||
11:30 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim) | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kedah (Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah (semua daerah kecuali Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan, Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor) | ||
06:00 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan tidak dikeluarkan | Melibatkan semua wilayah dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 11:30 WPM.[32] | |
21 Disember | 06:45 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama) |
22:00 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan tidak dikeluarkan | Melibatkan semua wilayah dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 06:45 MST.[33] | |
Tiada amaran dikeluarkan antara 22 dan 23 Disember | |||
24 Disember (dikeluarkan pada 27 Disember) | 14:00 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan | Sabah (Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat) |
Tiada amaran dikeluarkan antara 25 dan 27 Disember | |||
28 Disember | 14:00 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan | Amaran dilanjutkan sehingga 2 Januari 2022; diperluaskan ke Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Mersing) |
29 Disember | 14:00 WPM | Amaran diperluaskan ke semua daerah di Kelantan dan Johor | |
30 Disember | 11:20 MST | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Kelantan (Jeli) |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Rompin), Johor | ||
Sabah (Ranau, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat) | |||
13:25 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Kelantan (Jeli), Terengganu (Kemaman), Pahang (Kuantan) | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun), Pahang (Jerantut, Maran, Pekan) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang), Pahang (semua daerah kecuali Kuantan, Jerantut, Maran, Pekan), Johor | ||
Sabah (Ranau, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat) | |||
15:50 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Kelantan (Jeli, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan) | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kelantan (semua daerah kecuali Jeli, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang), Pahang (Cameron Highland, Lipis, Temerloh, Bera, Rompin) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling), Perak (Hulu Perak), Pahang (Raub, Bentong), Johor | ||
Sabah (Ranau, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat) | |||
31 Disember | 04:45 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya | Kelantan (Jeli, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Mersing, Kota Tinggi) |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh, Bera), Johor (Segamat, Kluang) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling), Perak (Hulu Perak), Pahang (Raub, Bentong), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru) | ||
Sabah (Ranau, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat) | |||
12:30 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi) | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru) | ||
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan, Kudat) | |||
20:50 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan | Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi) | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Temerloh), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Bahru) | ||
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan, Kudat) | |||
22:35 WPM | Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Negeri Sembilan (Jempol), Johor (semua daerah kecuali Pontian, Kulai, Johor Bahru) | |
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Perak (semua daerah kecuali Kerian, Larut, Matang dan Selama, Gerik, Kuala Kangsar), Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Temerloh), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Tampin), Melaka, Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru) | ||
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan, Kudat) | |||
1 Januari | 02:30 WPM | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin), Melaka, Johor (semua daerah kecuali Pontian, Kulai, Johor Bahru) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Jemerloh), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor), Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru) | ||
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Sandakan, Beluran, Kudat) | |||
06:30 WPM | |||
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol, Tampin) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Negeri Sembilan (Rembau), Melaka, Johor (semua daerah kecuali Pontian, Kulai, Johor Bahru) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Temerloh), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson), Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru) | ||
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Sandakan, Beluran, Kudat) | |||
13:00 WPM | |||
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk | Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Negeri Sembilan (Rembau), Melaka, Johor (semua daerah Pontian, Kulai, Johor Bahru) | ||
Amaran Hujan Lebat Berterusan | Kelantan, Terengganu, Pahang (semua daerah kecuali Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh), Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Sandakan, Beluran, Kudat); amaran dilanjutkan sehingga 4 Januari | ||
Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson), Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru); amaran dilanjutkan sehingga 3 Januari |
Kejadian
[sunting | sunting sumber]Pantai Timur
[sunting | sunting sumber]Kelantan
[sunting | sunting sumber]Hujan lebat mula memperlihatkan bahaya dengan paras sungai-sungai utama Kelantan mula meningkat pada tahap bahaya menjelang 16 Disember.[34] Pada 17 Disember, banjir mula terbit di beberapa daerah Kelantan, dengan jumlah terpindah mencecah 3,000 orang pada 19 Disember.[35][36]
Terengganu
[sunting | sunting sumber]Hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa tempat di Terengganu, dengan beberapa ratus orang terpaksa dipindahkan.[37]
Pahang
[sunting | sunting sumber]Banjir di Pahang menyebabkan sekitar 5,000 orang dipindahkan setakat pagi 19 Disember.[38] Pada 17 Disember, Pahang mencatatkan korban banjir pertama akibat arus deras.[39] Satu kejadian banjir lumpur di Bentong pula menghanyut lalu mengorbankan lima nyawa.[40][41]
Lembah Klang
[sunting | sunting sumber]Kawasan Lembah Klang merupakan tempat yang terjejas dalam banjir ini terutamanya kawasan Klang, Shah Alam dan daerah Sepang.[42] Berikutan faktor-faktor di atas, hujan lebat yang berterusan melanda Lembah Klang sejak 17 Disember dan hari keesokannya dengan pihak meteorologi negara meletakkan tempoh amaran bahaya hujan buruk hingga 19 Disember.[43] Pada malam itu, sungai-sungai utama Lembah Klang mula melepasi paras bahaya.[44] Selain itu, kapasiti air Empangan Klang Gates juga meningkat pada tahap yang membimbangkan lalu menyebabkan pihak pengurus terpaksa melepaskan air lebihan secara berperingkat.[45] Terowong SMART juga diaktifkan untuk mengalir keluar air banjir di Kuala Lumpur dengan tahap keberkesanan yang baik sambil mencatat rekod tempoh pengaktifan lantas membolehkan kawasan Kuala Lumpur memperoleh dampak banjir minimum.[46] Tatkala hujan lebat telah berhenti pada 19 Disember, kebanyakan kawasan banjir di Lembah Klang mula surut secara perlahan-lahan, meskipun ada beberapa tempat yang dilihat kekal tidak surut.[47]
Menjelang 18 Disember, sekitar 4,000 orang terpaksa dipindahkan dengan puluhan pusat pemindahan sementara dibuka.[48] Pada 19 hari bulan, kematian pertama dari Selangor direkodkan di Shah Alam akibat lemas.[49] Angka itu kemudian bertambah kepada lebih 30 ribu orang pada 21 Disember.
Shah Alam
[sunting | sunting sumber]Kawasan perumahan Taman Sri Muda di Shah Alam menyaksikan 12 kematian, angka tertinggi dalam kalangan mana-mana tempat di negara. Kawasan tersebut banjir sepenuhnya dan menglami kerosakan ketara.[50] Sebuah rumah pangsa di Shah Alam mengalami pelemahan struktur berikutan banjir sehingga disahkan tidak lagi selamat didiami.[51]
Perak
[sunting | sunting sumber]Banjir di Perak pula menyebabkan beberapa ratus orang dipindahkan di daerah-daerah Hilir Perak dan Muallim.[52]
Negeri Sembilan dan Melaka
[sunting | sunting sumber]Di Negeri Sembilan, beberapa daerah terlibat dengan banjir kilat lalu menyebabkan beberapa orang ratus terpaksa dipindahkan.[53] Di Melaka pula, hampir 300 orang terpaksa dipindahkan akibat kemunculan banjir di beberapa tempat.[54]
Sabah
[sunting | sunting sumber]Banyak bahagian di Sabah memulakan pemindahan apabila hujan terus mencurah-curah di kawasan seperti Kudat (2 Januari 2022), jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kira-kira 1,161 orang (dari Kota Marudu, Kudat, Paitan, Beluran, Telupid dan Sandakan).[55]
Menurut laporan, Kota Belud, Tuaran dan Telupid dilanda hujan bertaburan.[56]
Kesan
[sunting | sunting sumber]Mangsa
[sunting | sunting sumber]Negeri | Korban | ||||
---|---|---|---|---|---|
Selangor | 25 | ||||
Pahang | 21 | ||||
Kelantan | 4 | ||||
Sabah | 3 | ||||
Negeri Sembilan | 1 | ||||
Jumlah | 54 | ||||
Hilang | 2 | ||||
Negeri | Ditempatkan | ||||
---|---|---|---|---|---|
Pahang | 33,353 | ||||
Selangor | 31,644 | ||||
Kelantan | 1,559 | ||||
Kuala Lumpur | 332 | ||||
Negeri Sembilan | 301 | ||||
Perak | 225 | ||||
Jumlah | 67,576 | ||||
Setakat akhir Disember, sekurang-kurangnya 48 orang maut dalam banjir ini di seluruh Semenanjung, dengan lima orang lagi hilang. Di samping itu, pada kemuncak bencana, sekitar 71 ribu orang dipindahkan di lapan buah negeri.
Kerosakan infrastruktur
[sunting | sunting sumber]Banjir ini mendatangkan kerosakan infrastruktur yang ketara di tempat-tempat terjejas, dengan anggaran awal kerugian oleh pihak pakar mencecah RM300 juta.[57] Banjir besar ini menyebabkan lebuh-lebuh raya di sekitar Lembah Klang terjejas menyebabkan terkandasnya orang awam di sekitar kawasan ini.[58] Laluan-laluan yang terpaksa ditutup termasuk Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, jalan-jalan negeri, dan jalan-jalan ke lapangan-lapangan terbang utama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Subang.[59][60] Di samping itu, laluan-laluan kereta api juga terpaksa ditutup akibat kesan-kesan seperti landasan dinaiki air serta pokok tumbang yang merosakkan infrastruktur pengangkutan rel.[61] Operasi Pelabuhan Klang selaku pelabuhan utama negara turut terjejas akibat halangan jalan keluar masuk, tetapi infrastruktur dan kontena di pelabuhan tidak terkesan.[62][63]
Bekalan elektrik juga terpaksa dipadamkan tempat-tempat tertentu di beberapa negeri bagi tujuan keselamatan;[64] terdapat laporan mengenai infrastruktur pengagihan elektrik yang musnah akibat ditenggelami air.[65] Infrastruktur air Selangor juga terganggu tatkala loji-loji rawatan air terpaksa ditutup akibat kualiti dan paras air yang berbahaya.[66]
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Para pengilang menjangka bahawa banjir ini telah memberi dampak buruk kepada sektor perkilangan akibat halangan jalan serta kerosakan kilang, dengan sektor-sektor terjejas termasuk sektor semikonduktor dan pergudangan.[67]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sistem pendidikan negara juga sedikit sebanyak terganggu akibat banjir ini. Institusi-institusi pendidikan tinggi negara memberikan cuti kecemasan bagi para pelajar untuk memberi ruang kepada pelajar yang untuk memfokuskan diri mereka terhadap masalah banjir.[68]
Cetusan kegiatan jenayah
[sunting | sunting sumber]Kes-kes penjarahan berlaku di kedai-kedai barangan pada 20 Disember, dan disahkan oleh pihak polis.[69] Susulan itu, mereka yang terlibat telah ditahan, dan pos-pos kawalan ditubuhkan untuk menjaga keamanan di tempat kejadian. Sementara itu, pengarah pengurusan kedai terlibat, Ameer Ali Mydin (Mydin) bertindak memaafkan para penjarah yang dikatakan bertindak "atas desakan dan kelaparan."[70]
Reaksi
[sunting | sunting sumber]Kerajaan persekutuan
[sunting | sunting sumber]Pada peringkat awal, kerajaan persekutuan memberi bantuan kecemasan sebanyak RM200 juta terhadap mangsa-mangsa banjir.[71] Bantuan ini termasuk RM1,000 kepada setiap ketua keluarga terjejas.[72] Tambahan pula, pihak kerajaan juga memberi kelonggaran kepada pihak mangsa seperti cuti kecemasan.[73]
Kerajaan negeri
[sunting | sunting sumber]Beberapa kerajaan negeri telah menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada kerajaan Selangor yang terjejas teruk.[74]
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Arab Saudi - Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein pada 26 Disember menyatakan bahawa menteri kabinet Turki bin Faisal Al Saud telah meluahkan hasrat untuk memberi bantuan kepada usaha kemanusiaan di Malaysia.[75]
- Emiriah Arab Bersatu - Pertubuhan Bulan Sabit Merah UAE telah menghantar bantuan sukarelawan dan barangan asas, serta perubatan. Kementerian Luar UAE turut mengucapkan takziah atas peristiwa berkenaan.[76]
- Iran - Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) telah menawarkan pasukan mencari dan menyelamat serta bantuan lain ke arah usaha bantuan untuk banjir baru-baru ini. Dalam surat kepada MRCS, Presiden IRCS, Dr. Pir Hossein Kolivand telah menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.[77]
- Korea Selatan - Perdana Menteri Korea Selatan Kim Boo-kyum mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.[78]
- Singapura - Pihak Persatuan Palang Merah Singapura telah memberi sumbangan kemanusiaan sebanyak AS$50,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk membantu menguruskan bantuan pascabanjir di samping bantuan kepada pihak Filipina susulan badai Taufan Rai yang melanda negara itu.[79]
- Brunei - Hassanal Bolkiah, sultan Brunei, merakamkan ucapan takziah pada 24 Disember 2021 kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia atas kejadian banjir di wilayah itu. Baginda juga membuat mesej yang sama kepada kerajaan Filipina mengenai kemusnahan akibat Taufan Rai di negara itu.[80]
Pertubuhan bukan kerajaan
[sunting | sunting sumber]- - KPE Tim Cook daripada Apple Inc telah menjanjikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir ini dan Taufan Rai pada jumlah yang tidak didedahkan.[81]
Media sosial
[sunting | sunting sumber]Dalam situasi banjir yang tak terjangka, terutamanya di kawasan Lembah Klang, media-media sosial telah menjadi platform utama pertukaran bantuan dan maklumat antara orang awam serta pihak mangsa.[82] Di media sosial, tanda pagar (tagar) yang bertindak sebagai platform pemberian bantuan diterbitkan seperti #DaruratBanjir dan lain-lain.[83]
Kritikan pengurusan
[sunting | sunting sumber]Pengurusan banjir ini oleh pihak kerajaan mendapat kritikan sesetengah pihak. Misalnya, sebuah laporan di Free Malaysia Today mengkritik kekurangan kesiapsiagaan oleh pihak kerajaan serta orang awam dalam menghadapi situasi-situasi yang tidak dijangka.[84] Sikap kerajaan yang tidak mengendahkan amaran-amaran pembentukan Lekukan Tropika 29W juga dipersoalkan.[85]
Sikap kerajaan yang dilihat mempergunakan bencana itu untuk mempromosikan diri dan kerajaan mereka turut dikecam.[86] Selain itu, kritikan juga diekspresikan kepada kerajaan persekutuan kerana tidak mengguna pakai sistem mesej pukal negara untuk mengutarakan maklumat-maklumat berkenaan banjir tersebut.[87] Satu tulisan di Sinar Harian berpendapat bahawa koordinasi bantuan kemanusiaan sesama rakyat menerusi media sosial adalah jauh lebih baik berbanding pengurusan oleh kerajaan.[88] Persepsi orang awam terhadap pengurusan oleh kerajaan juga dilihat negatif dengan muncul tagar-tagar antikerajaan di media sosial.[83] Slogan "rakyat jaga rakyat" yang awalnya terbit dalam peningkatan kemarahan terhadap pengurusan kerajaan terhadap pandemik COVID-19 negara juga kembali menular.[89]
Dengan persepsi negatif terhadap kerajaan yang memuncak, para penganalisis politik menjangka bahawa penerusan persepsi ini akan menjadi faktor utama penentu undian rakyat pilihan raya umum Malaysia ke-15.[90] Di samping itu, para peguam pendukung alam sekitar pula ingin menyaman kerajaan Selangor atas persepsi pengabaian terhadap alam sekitar serta pembangunan melampau.[91]
Hubungkait dengan perubahan iklim
[sunting | sunting sumber]Sebelum banjir, saintis dan organisasi termasuk Renard Siew, penasihat perubahan iklim kepada Pusat Tadbir Urus dan Kajian Politik,[92] dan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim[93] telah memberi amaran bahawa kejadian cuaca ekstrem akan menjadi lebih biasa akibat daripada perubahan iklim, termasuk hujan lebat. Dalam temu bual dengan Channel News Asia, Renard berkata akibat perubahan iklim, adalah lebih sukar bagi pakar klimatologi untuk meramalkan cuaca dengan tepat, dengan alasan monsun timur laut yang biasanya menyebabkan banjir di pantai timur Semenanjung Malaysia turut menjejaskan pantai barat. kali ini. Beliau juga tidak bersetuju dengan dakwaan kerajaan berhubung banjir 100 tahun itu, dengan menyebut bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banjir dahsyat yang disebabkan oleh perubahan iklim baru-baru ini berlaku di wilayah lain termasuk Eropah, China dan Amerika Syarikat. Kenyataan beliau kemudiannya disuarakan oleh pensyarah alam sekitar di Universiti Putra Malaysia, Haliza Abdul Rahman, di mana beliau menambah bahawa banjir ini dan banjir baru-baru ini di Turki akibat perubahan iklim. Beliau juga tidak bersetuju bahawa banjir itu dilabelkan sebagai "banjir 100 tahun", kerana peristiwa serupa juga boleh berlaku pada masa hadapan.[94] Bagi mengurangkan isu ini, selain daripada menambah baik sistem pemantauan cuaca, pakar dan aktivis telah menggesa tindakan diambil untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Ini termasuk mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan pengangkutan awam dan pengumpulan kereta sebagai alat pengangkutan, menamatkan penebangan hutan dan menggalakkan kerjasama global untuk menangani perubahan iklim..[94] Selain itu, ini boleh melibatkan kajian semula pembinaan infrastruktur yang akan terjejas oleh ribut, banjir dan kenaikan paras laut, dan pemberian bantuan antarabangsa untuk membantu negara menghadapi perubahan iklim.[95]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Banjir di Malaysia
- Siklon tropika di Malaysia
- Banjir Kuala Lumpur 1971
- Banjir Malaysia 2014–2015
- Banjir pantai timur Malaysia 2022
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Floods: 10 missing in Pahang, Selangor worst hit state". Bernama. 20 December 2021 – melalui www.astroawani.com.
- ^ Norzamira Che Noh (20 Disember 2021). "Kedai serbaneka di Taman Sri Muda dipecah masuk". Harian Metro. Dicapai pada 28 Disember 2021.
- ^ a b "Flood claims 54 lives so far, 2 unaccounted for". Bernama. 5 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2022. Dicapai pada 6 January 2022.
- ^ "Sabah Floods: Body of fisherman found, another man still missing". Bernama. 2 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2022. Dicapai pada 2 January 2022.
- ^ "Flood losses 'could amount to RM20 billion'". Free Malaysia Today (FMT). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2021. Dicapai pada 25 December 2021.
- ^ a b "Disaster Portal of the National Disaster Command Centre (NDCC)". Official website of the NDCC. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2021. Dicapai pada 20 December 2021.
- ^ a b "Malaysia - Tropical Depression TWENTYNINE (GDACS, JTWC, Met Malaysia, AHA Centre) (ECHO Daily Flash of 17 December 2021)". Reliefweb.int (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2021. Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ "Hujan berterusan sejak semalam, beberapa negeri dilanda banjir". Astro Awani. 18 Disember 2021. Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ "Banjir di Selangor luar jangka". Sinar Harian. 19 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Latiff, Rozana (19 Disember 2021). "Thousands displaced by floods in Malaysia". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Hassan, Hazlin. "Peninsular Malaysia hit by '1-in-100-year' rainfall, govt says amid severe flooding". The Straits Times.
- ^ France-Presse, Agence (19 Disember 2021). "Malaysia's worst flooding in years leaves 30,000 people displaced". the Guardian.
- ^ Latiff, Rozanna; Teo, Angie; Lee, Liz (20 Disember 2021). "Malaysian emergency services, volunteers rescue 21,000 from flooding". Reuters – melalui www.reuters.com.
- ^ "Floods in Malaysia displace more than 30,000 people". France 24. 19 December 2021.
- ^ Lim, Ida (22 Disember 2021). "Experts: Selangor floods show failure to prevent a repeat of Kelantan in 2014; Malaysia needs better warning systems". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2021.
- ^ Mohd Noor, Hafidzul Hilmi (18 Disember 2021). "MetMalaysia: Low tropical pressure with monsoon causing heavy rain in Peninsula [NSTTV]". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ Azli, Firdaus (18 Disember 2021). "Banjir di Selangor: Taburan hujan luar biasa, jumlah mangsa dijangka cecah 5,000 - MB". Astro Awani. Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ "MetMalaysia tamatkan amaran hujan berterusan". Astro Awani. 19 Disember 2021. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ "Record rainfall in Selangor passes 380mm mark, state government moves victims to relief centres". The Malay Mail. 18 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2021. Dicapai pada 27 December 2021.
- ^ Abdullah, Sharifah Mahsinah (18 December 2021). "Kelantan flood victims now at 1,084". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2021. Dicapai pada 24 December 2021.
- ^ Abdullah, Sharifah Mahsinah (19 December 2021). "Pindahkan mangsa, sediakan makanan, itu lebih utama - PM [METROTV]". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2021. Dicapai pada 25 Disember 2021.
- ^ "National Disaster Control Centre calls for states with risk of heavy rain to activate disaster management committees". Bernama. 16 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2021. Dicapai pada 24 Disember 2021 – melalui The Malay Mail.
- ^ "Flood warning issued for Kuala Krai, Jeli". The Malaysian Reserve. 16 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2021. Dicapai pada 25 December 2021.
- ^ "Activate Disaster Management Committees in states with risk of heavy rain". Bernama. 16 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2021. Dicapai pada 24 December 2021 – melalui The Sun Daily.
- ^ Ong, Justin (19 December 2021). "MetMalaysia: Rain red alert for Klang Valley extended, expanded to Pahang". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2021. Dicapai pada 19 December 2021.
- ^ Razali, Safeek Affendy; Parzi, Nasaruddin (19 December 2021). "Air empangan Klang Gate dilepaskan berperingkat". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2021. Dicapai pada 19 December 2021.
- ^ "Number of flood victims in Kelantan increasing". New Straits Times. 18 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2021. Dicapai pada 24 December 2021.
- ^ "Brace for floods, Kuala Lumpur". Free Malaysia Today. 19 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2021. Dicapai pada 18 December 2021.
- ^ "SMART tunnel diverted five million cubic metres of flood water, says environment sec-gen". Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2021. Dicapai pada 23 December 2021 – melalui The Malay Mail.
- ^ "Regular Covid-19 screening tests at Kelantan flood relief centres". New Straits Times. 22 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2021. Dicapai pada 24 December 2021.
- ^ "Halaman rasmi MetMalaysia". MetMalaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2021. Dicapai pada 27 Disember 2021.
- ^ "MetMalaysia lifts rain warning as flood waters start receding". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2021. Dicapai pada 27 Disember 2021.
- ^ "Perlis, Kedah, Penang and northern Perak lifted". MalayMail. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2021. Dicapai pada 27 Disember 2021.
- ^ "Paras air lima sungai di Kelantan tunjuk trend menaik". Harakahdaily. 16 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Razali, Hidayatidatu (19 Disember 2021). "Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,661 orang [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Abdullah, Yatimin (17 Disember 2021). "Banjir : 4 daerah di Kelantan mula dinaiki air". Kosmo!. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Yatim, Norhaspita (18 Disember 2021). "Mangsa banjir di Terengganu meningkat". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ Awang, Asrol (19 Disember 2021). "Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat". Berita Harian. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Operator kilang korban pertama banjir di Pahang". Harakahdaily. 17 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Floods: Body of drowned man found near Shah Alam apartment". Bernama (dalam bahasa Inggeris). 20 Disember 2021. Dicapai pada 23 Disember 2021 – melalui The Star.
- ^ "Three believed swept away by mud flood in Bentong". Malaysiakini. 19 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2022. Dicapai pada 2 January 2022.
- ^ "Klang, Sepang paling teruk terjejas banjir di Selangor". Malaysiakini. 18 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Ong, Justin (19 Disember 2021). "MetMalaysia: Rain red alert for Klang Valley extended, expanded to Pahang". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Brace for floods, Kuala Lumpur". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 19 Disember 2021. Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ Razali, Safeek Affendy; Parzi, Nasaruddin (19 Disember 2021). "Air empangan Klang Gate dilepaskan berperingkat". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Only minor floods in KL because of SMART tunnel, says official". Free Malaysia Today. 19 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "One month's rainfall in one day, a once in a century event". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 19 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Flood victims evacuated to relief centres in affected states continue to rise". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 19 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Selangor floods claim first victim". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 20 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Floods: Four more bodies found, 31 looters arrested in Taman Sri Muda". The Star (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Geraldine, Tong. "Shah Alam Indahria Apartment deemed unsafe after floods, residents evacuated". MalaysiaKini (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Tanzizi, Noor Hidayah (20 Disember 2021). "Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 242". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ Zulkifli, Syamilah (18 Disember 2021). "Lima daerah di Negeri Sembilan dilanda banjir kilat". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Abu Bakar, Nazri (18 Disember 2021). "Banjir di Melaka kian merisaukan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Floods: Evacuations in many parts of Sabah as rain continues to pour". The Star. The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2022. Dicapai pada 12 January 2022.
- ^ "Floods: Evacuations in many parts of Sabah as rain continues to pour". Head Topics. Head Topics. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2022. Dicapai pada 12 January 2022.
- ^ Hussin, Nurfarahin (20 Disember 2021). "Banjir: Negara rugi RM300 juta". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Shah Alam lumpuh, majoriti kawasan dinaiki air, jalan utama putus". Utusan Malaysia. 18 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Ismail, Mohamad Athir (19 Disember 2021). "Banjir: 50 jalan, laluan ditutup". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Ahmad, Haris Fadilah (19 Disember 2021). "Banjir dan tanah runtuh, beberapa laluan masih ditutup di Lebuhraya KL-Karak, LPT1". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Nasir, Aslinda (19 Disember 2021). "Perkhidmatan tren di beberapa kawasan dibatalkan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Banjir: Operasi Pelabuhan Klang terjejas". Berita Harian. 19 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Banjir: Kontena, kemudahan konvensional Westport tidak terjejas". Berita Harian. 20 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "390 kawasan di Selangor masih alami gangguan bekalan elektrik". Utusan Malaysia. 20 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ Leong, Adeline (19 Disember 2021). "[Watch] Shah Alam Electrical Substation Explodes Due To Flood". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ Leong, Adeline (19 Disember 2021). "Air Selangor Shutdowns 2 Water Treatment Plants Due To Flood". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Manufacturers fear heavy losses from floods". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 20 Disember 2021. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ Che Noh, Norzamira (19 Disember 2021). "UiTM umum cuti bencana 6 hari mulai esok". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Shah Alam police confirm Sri Muda convenience stores and supermarkets looted". MalayMail.
- ^ "MYDIN founder decides to forgive flood victims who looted his store out of desperation & hunger". WauPost.
- ^ "Kerajaan peruntuk RM200 juta tangani impak banjir". Sinar Harian. 19 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "PM umum cuti untuk mangsa banjir, bantuan 1,000 untuk isi rumah". Sinar Harian. 19 Disember 2021. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ Rohaniza Idris, Rohaniza; Md Zain, Ruwaida (19 Disember 2021). "'Cuti kecemasan untuk kakitangan awam, swasta mangsa banjir'". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ Abdul Rahman, Noorazura (21 Disember 2021). "Kedah umum sumbangan khas RM200,000 kepada Selangor". Berita Harian. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ "Saudi prince wants to help in flood efforts, says minister". Free Malaysia Today (FMT). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2021. Dicapai pada 28 Disember 2021.
- ^ Bernama (22 Disember 2021). "UAE ucap takziah, hulur bantuan buat mangsa banjir Malaysia". Kuala Lumpur: Berita Harian. Dicapai pada 25 Disember 2021.
- ^ "Malaysia floods: Iranian Red Crescent society ready to provide aid". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Disember 2021.
- ^ Bernama (24 Disember 2021). "Korea Selatan sedih banjir di Malaysia". Kuala Lumpur: Berita Harian. Dicapai pada 25 Disember 2021.
- ^ "Singapore Red Cross donates US$100,000 for flood, typhoon relief efforts in Malaysia, Philippines". Channel NewsAsia (CNA) (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Brunei sultan sends condolence messages to flood victims in Malaysia and Philippines". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2021. Dicapai pada 26 December 2021.
- ^ Noriega, Richa (2021-12-21). "Apple to contribute to post-Odette relief, recovery, rebuild in Philippines, Malaysia". GMA News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-22.
- ^ "Rakyat Malaysia berjiwa 'besar'". Berita Harian. 19 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ a b "Rakyat bersatu hati bantu mangsa banjir di Twitter". Kosmo!. 19 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Netizens plead for help while authorities are totally unprepared". Free Malaysia Today. 19 Disember 2021. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "Selangor floods: Surprise or failure?". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 20 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Faizal akur lepas Najib tegur majlis pelancaran sukarelawan banjir". Malaysiakini. 19 Disember 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ Isa, Mohd. Haikal (19 Disember 2021). "'Rakyat tak menang tangan bagi info, bantuan'". Kosmo!. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Mohd Khalid, Mohammad Khairil Ashrah (21 Disember 2021). "Antara koordinasi kerajaan dan koordinasi rakyat". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ "Berkumandang slogan rakyat jaga rakyat". Sinar Harian. 21 Disember 2021. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ Mahpar, Nora (21 Disember 2021). "Kemarahan rakyat terhadap kerajaan tangani isu banjir akan terpahat di kertas undi, kata penganalisis". Free Malaysia Today. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ "Peguam mahu tuntut di mahkamah, perangi musnah hutan punca banjir S'gor". Malaysiakini. 22 Disember 2021. Dicapai pada 23 Disember 2021.
- ^ Povera, Adib (2019-10-24). "Storms, floods to worsen in Malaysia, warns climate change expert". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2021. Dicapai pada 2021-12-22.
- ^ Mohtar, Jamari; Yeo, Amanda (2021-08-21). "Extreme Weather: Malaysia's Flood Woes To Worsen". The ASEAN Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2021. Dicapai pada 2021-12-22.
- ^ a b Yusof, Amir (2021-12-21). "Malaysia's 'once in 100 years' flood exposes reality of climate change, better disaster planning needed: Experts". Channel News Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2021. Dicapai pada 2021-12-22.
- ^ "Ignore impact from climate change at our peril, says green group". Free Malaysia Today. 2021-12-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2021. Dicapai pada 2021-12-22.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Lekukan Tropika 29W di Wikimedia Commons
- Kategori berkenaan Banjir Malaysia Disember 2021 di Wikimedia Commons
- Banjir di Malaysia
- Bencana 2021 di Malaysia
- 2021 di Kuala Lumpur
- Banjir 2021
- Bencana 2022 di Malaysia
- Perubahan iklim di Malaysia
- Bencana alam di Malaysia
- Banjir 2022
- Peristiwa di Selangor
- Peristiwa di Kuala Lumpur
- Peristiwa di Pahang
- Peristiwa di Perak
- Peristiwa di Negeri Sembilan
- Peristiwa di Melaka
- Peristiwa di Kelantan
- Peristiwa di Terengganu