2000
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2000. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2000 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2000 yang bermula pada hari Sabtu merupakan tahun lompat serta tahun terakhir dalam abad ke-20 bagi takwim Gregorius. Ia berlangsung dari 24 Ramadan 1420 hingga 4 Syawal 1421.
Dalam Takwim Cina, tahun ini ialah Tahun Naga dan dalam takwim astrologi barat, tahun ini tahun Leo, si Singa. Kebudayaan popular menganggap tahun ini sebagai tahun pertama abad ke-21 serta Milenium ke-3. Bagaimanapun dalam takwim Gregorius, penghormatan ini jatuh pada tahun 2001. Ini adalah kerana abad ke-1 bermula dengan tahun 1 (tiadanya tahun sifar), dan abad ke-1 (atau seratus tahun pertama Masihi) adalah dari 1 Januari 1 Masihi hingga 31 Disember 100 Masihi. Banyak orang tahu akan fakta ini tetapi masih memilih untuk merayakan tahun 2000 sebagai permulaan alaf hanya kerana ia kelihatan 'betul'. Pemilihan 1 Masihi kemungkinannya tujuh tahun lebih lewat daripada kelahiran tokoh Yesus Kristus, dan 1 Januari ialah pilihan yang dicatat secara bersejarahnya bagi Tahun Baru. Y2K berlalu tanpa sebarang masalah komputer yang teruk.
Tahun 2000 juga menandakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari:
- 3-10 Januari - Israel dan Syria mengadakan perundingan perdamaian yang tidak membawa pada sebarang keputusan.
- 8 Januari-Hari Raya Aidilfitri disambut sebanyak dua kali pada 2000.
- 4 Januari - Alan Greenspan dicalonkan untuk tempoh Pengerusi Bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang keempat.
- 5-8 Januari - Persidangan Kemuncak al-Qaeda 2000 yang disertai oleh banyak ahli al-Qaeda berpangkat tingkat (termasuk dua orang perampas Sistem Penerbangan Amerika 9/11) diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- 10 Januari - America Online mengumumkan perjanjian untuk membeli Time Warner pada harga AS$162 bilion. Ini merupakan percantuman korporat terbesar yang pernah berlaku.
- 11 Januari:
- Sayap bersenjata Barisan Penyelamat Islam mengakhiri perundingan dengan kerajaan untuk pengampunan dan bubar di Algeria.
- Kapal pukat tunda Solway Harvester tenggelam berhampiran Pulau Man.
- 14 Januari:
- Sebuah tribunal PBB menghukum 5 orang Croatia Bosnia pemenjaraan sehingga 25 tahun kerana membunuh melebihi 100 orang Muslim Bosnia di sebuah desa di Bosnia pada tahun 1993.
- Purata Perindustrian Dow Jones tutup pada 11,792.98, satu peringkat yang tidak pernah dicapai (puncak gelembung Dot-com).
- 16 Januari - Di Sacramento, California, sebuah trak komersil yang membawa susu cair dipandu masuk ke bangunan State Capitol, dan membunuh pemandunya.
- 20 Januari - Perayaan milenium tamat selepas berlangsung selama 20 hari.
- 24 Januari - Angkatan Tentera Tuhan, sekumpulan tentera awam militia Karen yang diketuai oleh anak kembar, Johnny dan Luther Htoo menahan 700 orang sebagai tebusan di sebuah hospital Thailand berhampiran dengan sempadan Myanmar.
- 30 Januari - Berhampiran pantai Côte d'Ivoire, Penerbangan 431 Sistem Penerbangan Kenya jatuh terhempas ke dalam Lautan Atlantik dan membunuh 169 orang.
- 31 Januari:
- Penerbangan 261 Sistem Penerbangan Alaska jatuh terhempas berdekatan pantai California ke dalam Lautan Pasifik dan membunuh 88 orang.
- Dr. Harold Shipman didapati bersalah kerana membunuh 15 orang pesakit antara 1995 dan 1998 dan dihukum penjara seumur hidup. Hakim perbicaraan menyarankan bahawa Shipman, 54, harus tidak dibebaskan dari penjara.
Februari
[sunting | sunting sumber]- 1 Februari - Pilihan Raya Umum 2000: Naib Presiden Al Gore memenangi pemilihan pendahuluan Demokratik New Hampshire, manakala George W. Bush memenangi pemilihan pendahuluan Republikan. Gary Bauer manarik diri daripada perlumbaan pada 4 Februari, diikuti oleh Steve Forbes pada 10 Februari.
- 2 Februari - Hari ini merupakan hari pertama sejak 28 Ogos 888 yang mana semua angka tarikh adalah genap.
- 4 Februari - Pemeras Jerman, Klaus-Peter Sabotta, dipenjarakan seumur hidup kerana mencuba membunuh dan memeras wang berhubung dengan sabotaj landasan kereta api Jerman.
- 6 Februari:
- Tarja Halonen dipilih sebagai presiden wanita Finland yang pertama.
- Hillary Clinton menyertai perlumbaan Senat New York.
- 7 Februari - Stipe Mesic dipilih sebagai presiden Croatia.
- 11 Februari - Sebuah letupan mencederakan berdozen-dozen orang tanpa pembunuhan di sebuah bank yang berhadapan dengan NYSE di Wall Street. Letupan ini merupakan letupan pertama dalam satu siri yang terdiri daripada 11 serangan pengganas (2/11/00 New York, 9/11/01 New York-DC, 5 dan 7/11/02 letupan New Delhi, serangan 4/11/03 yang mensasarkan orang-orang Jerman yang bercuti, 3/11/04 Madrid, Sepanyol, dan juga 7/7/05 di London).
- 11 Februari - Komik Peanuts asal yang terakhir diterbitkan, susulan kematian penciptanya, Charles Schulz.
- 14 Februari - Kapal angkasa lepas, NEAR Shoemaker, masuk orbit asteroid 433 Eros, dan menjadi kapal angkasa lepas pertama untuk mengelilingi sebuah asteroid.
- 17 Februari - Microsoft menerbitkan Windows 2000.
Mac
[sunting | sunting sumber]- 1 Mac - Perlembagaan Finland ditulis semula.
- 2 Mac - Hans Blix menjadi Pengerusi Eksekutif UNMOVIC.
- 7 Mac - George W. Bush dan Al Gore memenangi kokus dan pemilihan pendahuluan Republikan dan Demokratik di seluruh negara.
- 8 Mac - Pelanggaran tepi antara dua buah kereta api Metro Tokyo membunuh lima orang.
- 9 Mac - FBI menangkap Ely Sakhai, pembekal lukisan palsu yang disyaki, di Bandaraya New York.
- 10 Mac - Indeks Komposit NASDAQ mencapai indeks yang tertinggi sebanyak 5048. [1] Diarkibkan 2006-03-26 di Wayback Machine
- 18 Mac - Pilihan raya presiden Taiwan 2000: Chen Shui-bian dipilih sebagai Presiden Republik China (Taiwan).
- 19 Mac - Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, tiba di New Delhi untuk lawatan negara.
- 20 Mac - Jamil Abdullah Al-Amin (H. Rap Brown), bekas ahli kelompok Black Panther, ditangkap selepas suatu peristiwa tembak-menembak di Atlanta, Georgia yang mengorbankan seorang penolong syerif.
- 21 Mac:
- Paus John Paul II memulakan lawatan rasmi pertama ke Israel oleh seorang paus Roman Katolik.
- Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan bahawa kerajaan tidak berhak mengawal tembakau sebagai drug yang menagihkan, dan menolak inisiatif anti merokok utama pentadbiran Clinton.
- 26 Mac:
- Pilihan raya presiden di Rusia: Vladimir Putin dipilih menjadi Presiden.
- Kingdome Seattle diletup untuk memberi tempat kepada Padang Qwest.
- 28 Mac - Sebuah bas sekolah berlanggar dengan sebuah kereta api pengangkut CSX di Kaunti Murray, Georgia, dan membunuh 3 orang kanak-kanak.
- 30 Mac - Piala Amerika 2000 dikekalkan oleh Pasukan New Zealand dekat Auckland. Cabaran Prada 2000 kalah 0-5 dalam pertandingan "terbaik dalam 9 pusingan".
April
[sunting | sunting sumber]- 1 April - Keizo Obuchi, perdana menteri Jepun, dalam keadaan koma selepas menghidapi angin ahmar.
- 3 April - Amerika Syarikat lwn Microsoft: Microsoft diputuskan mencabuli undang-undang antitrust Amerika Syarikat dengan mengekalkan "ibu jari menindas" terhadap pesaing-pesaingnya.
- 5 April - Yoshiro Mori menggantikan Keizo Obuchi sebagai perdana menteri Jepun.
- 7 April - Kapal selam serang Trepang siap dikitar semula.
- 16 April - Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis mangkat selepas memerintah selama 55 tahun. Baginda merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia selepas kemangkatan Putera Franz Joseph II dari Liechtenstein.
- 17 April - Tuanku Syed Sirajuddin menjadi Raja Perlis.
- 22 April - Dalam sebuah serbuan sebelum subuh, egen-egen persekutuan merampas Elián González dari rumah saudaranya di Miami, Florida dan menerbangkannya ke ayah Cubanya di Washington, DC dan dengan itu, menamatkan salah satu daripada pertarungan-pertarungan jagaan yang diberi paling banyak publisiti dalam sejarah Amerika Syarikat.
- 25 April - Negeri Vermont meluluskan HB847 dan membenarkan perkahwinan sivil antara pasangan jantina sama di sisi undang-undang.
Mei
[sunting | sunting sumber]- 3 Mei:
- Satu kesebarisan yang jarang ditemui antara 7 jasad cakerawala (Matahari, Bulan, planet-planet Marikh - Musytari) terjadi pada bulan muda.
- Di San Antonio, Texas, perintis komputer Datapoint memfailkan kemuflisan di bawah Bab 11.
- 4 Mei - Cecacing ILOVEYOU muncul buat pertama kali dalam kotak-kotak e-mel di Hong Kong dan mengakibatkan kerosakan sebanyak AS$5.5 bilion di seluruh dunia pada tempoh kemunculannya. Takat kerosakan tersebut menyebabkannya merupakan cecacing yang paling teruk di seluruh dunia.
- 12 Mei - Galeri Tate Moden dibuka di London.
- 18 Mei - Boo.com jatuh di London selepas enam bulan, akibat kekurangan kewangan.
- 22 Mei - PHP 4.0 ditambahkan dengan Enjin Zend, sistem penghuraian tag hurai/laksana dua peringkat yang lebih maju.
- 25 Mei - Israel mengundurkan angkatan tentera IDF dari Lebanon selatan selepas 22 tahun.
- 28 Mei - Gunung berapi Cameroon meletup.
Jun
[sunting | sunting sumber]- 1 Jun - Gunung Etna meletup di pulau Sicily.
- 10 Jun - 2 Julai: Pertandingan bola sepak Euro 2000 di Belgium dan Belanda dimenangi oleh Perancis.
- 19 Jun - Los Angeles Lakers menewaskan Indiana Pacers 116-111 dalam permainan ke-6 untuk Pusingan Terakhir NBA 2000.
- 21 Jun - Seksyen 28, sebuah undang-undang yang menghalang penggalakan kehomoseksualan, dimansuhkan oleh Parlimen Scotland.
- 30 Jun - Dalam Perayaan Roskildel dekat Copenhagen, Denmark, 9 orang maut dan 26 tercedera semasa menonton persembahan kumpulan rock Pearl Jam.
Julai
[sunting | sunting sumber]- 2 Julai - Perancis menewaskan Itali 2-1 untuk memenangi Euro 2000 dengan satu gol keemasan.
- 2 Julai - Vicente Fox, calon Parti Tindakan Nasional (PAN) yang berhaluan kanan, dipilih sebagai Presiden Mexico.
- 10 Julai - Di Nigeria selatan, sebatang talian paip yang bocor meletup dan membunuh kira-kira 250 orang kampung yang sedang mencari-cari gasolin.
- 10 Julai - Bashar al-Assad disahkan sebagai ketua Syria dalam sebuah pungutan suara negara.
- 11 Julai-25 Julai - Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, dan ketua PLO, Yasser Arafat, bersidang di Camp David, tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan.
- 18 Julai - Alex Salmond meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Nasional Scotland.
- 18 Julai - Polis Sussex melancarkan siasatan pembunuhan selepas mayat seorang wanita yang ditemukan dekat Pulborough disahkan sebagai Sarah Payne yang dilaporkan hilang pada 1 Julai.
- 21 Julai-23 Julai - Negara-negara G-8 mengadakan Persidangan Kemuncak Tahunan Ke-26. Persoalan-persoalan termasuk AIDS, 'jurang digital', dan pengurangan kemiskinan dunia sehingga setengah menjelang 2015.
- 25 Julai - Sebuah Concorde dalam Penerbangan Perancis 4590 jatuh terhempas sebaik sahaja selepas naik terbang dari Paris, dan mengorbankan kesemua 109 orang di dalam pesawat serta 4 orang lagi di atas tanah.
- 30 Julai - Hugo Chávez, Presiden Venezuela, dipilih semula dengan 59% undi.
- 31 Julai-3 Ogos - Konvensyen Nasional Republikan di Philadelphia, Pennsylvania mencalonkan George W. Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat dan Dick Cheney sebagai Naib Presiden.
Ogos
[sunting | sunting sumber]- 1 Ogos - Operasi Santa Cruz mengumumkan penjualan Bahagian-bahagian Perisian Pelayan dan Perkhidmatannya, serta juga teknologi-teknologi UnixWare dan OpenServer, kepada Sistem Caldera, Inc.
- 8 Ogos - H.L. Hunley, kapal selam Negeri-negeri Gabungan Amerika, dinaikkan ke permukaan laut selepas 136 tahun di dasar lautan.
- 12 Ogos - Kapal selam Rusia K-141 Kursk tenggelam di Laut Barents, dan mengakibakan kematian kesemua 118 orang di dalamnya.
- 14 Ogos - Tsar Nicholas II dan banyak ahli keluarganya diisytiharkan sebagai santos-santos dan santa-santa oleh synod Gereja Ortodoks Rusia.
- 14 Ogos-17 Ogos - Konvensyen Nasional Demokratik di Los Angeles mencalonkan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, untuk jawatan Presiden, dan Senator Joe Lieberman untuk jawatan Naib Presiden.
- 27 Ogos - Menara Ostankino di Moscow terbakar dan mengorbankan 3 orang.
September
[sunting | sunting sumber]- 5 September - Tuvalu menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 6 September - Breanna Lynn Bartlett-Stewart, anak Scott Stewart dan Lisa Bartlett, dilahir mati di Paragould, Arkansas. Lahir mati Breanna Lynn terkenal sebagai lahir mati pertama yang diselesaikan melalui ujian Kleihauer-Betke.
- 6 September - Bofors, pengilang senjata pemilikan Sweden sepenuhnya yang terakhir, dijual kepada United Defense, pengilang senjata Amerika Syarikat.
- 6 September - Pemimpin-pemimpin dunia menyertai Persidangan Kemuncak Milenium di Ibu Pejabat PBB.
- 7 September-14 September - Bantahan bahan api UK berlaku dengan penapisan minyak disekat dan bekalan kepada rangkaian stesen-stesen minyak di negara diberhentikan.
- 8 September - Albania secara rasmi menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia.
- 14 September - Microsoft menerbitkan Windows Me.
- 15 September - Olimpik Musim Panas 2000 bermula di Sydney, Australia.
- 16 September - Georgiy Gongadze, wartawan Ukraine, dinampak hidup buat kali terakhir; hari ini diambil sebagai hari peringatan kematiannya.
- 16 September - Alberto Fujimori, presiden Peru, menyeru pilihan raya baru yang tidak akan diambil bahagian olehnya.
- 26 September - Bantahan-bantahan anti-globalisasi di Prague (kira-kira 15,000 orang pembantah) menjadi ganas semasa persidangan-persidangan kemuncak IMF dan Bank Dunia.
- 26 September - Ekspres Samina, sebuah feri Greece, tenggelam berhampiran pulau Paros; 80 daripada lebih 500 penumpang terkorban.
- 28 September - Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel, melawat Candi Mount, semasa dilindungi oleh beberapa ratus anggota polis Israel. Rusuhan Palestina tercetus dan mengakibatkan pemberontakan bersenjata yang sepenuh (dikenali sebagai Al-Aqsa Intifada oleh pesimpati-pesimpati, dan Perang Oslo oleh penentang-penentang).
- 29 September - Long Kesh, sebuah penjara diraja di Ireland Utara, ditutup.
Oktober
[sunting | sunting sumber]- 5 Oktober - Presiden Slobodan Milošević meletakkan jawatan selepas tunjuk-tunjuk perasaan yang meluas di seluruh Serbia serta penarikan balik sokongan Rusia.
- 6 Oktober - Kereta Mini yang terakhir dikeluarkan di Longbridge.
- 11 Oktober - 250 juta gelen tar batu arang kotor tumpah di Kaunti Martin, Kentucky. Kejadian ini dianggap sebagai satu bencana alam sekitar yang lebih teruk daripada tumpahan minyak Exxon Valdez.
- 12 Oktober - Di Aden, Yemen, USS Cole dirosakkan dengan teruk oleh dua buah pengebom membunuh diri yang meletakkan sebuah bot kecil yang mengandungi bahan letupan di sebelah pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat, dan membunuh 17 orang anak kapal serta mencederakan sekurang-kurang 39 orang lagi.
- 21 Oktober: Lima belas orang pemimpin Arab bertemu di Kaherah, Mesir untuk persidangan kemuncak mereka yang pertama dalam empat tahun; perwakilan Libya meninggalkan persidangan itu dengan marah apabila terdapat tanda-tanda bahawa persidangan itu tidak akan memutuskan pertalian dengan Israel.
- 22 Oktober - Akhbar Mainichi Shinbun mendedahkan Shinichi Fujimura, ahli arkeologi Jepun, sebagai penipu; ahli-ahli arkeologi Jepun telah mendasarkan karya-karya mereka kepada dapatannya.
- 23 Oktober - Madeleine Albright mengadakan perbincangan dengan Kim Jong Il, diktator Korea Utara.
- 26 Oktober - Pihak berkuasa Pakistan mengumumkan bahawa polisnya telah menemukan sebuah mumia kuno puteri Parsi di provinsi Balochistan. Iran, Pakistan, dan Taliban semua menuntut mumia itu sehingga Pakistan mengumumkan pada 17 April 2001 bahawa mumia itu adalah suatu pemalsuan.
- 31 Oktober - Penerbangan Singapura 006 berlanggar dengan pelengkapan pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai Shek dan mengakibatkan 83 orang terkorban.
November
[sunting | sunting sumber]- 3 November - Kebanjiran berlaku secara meluas di seluruh England dan Wales selepas hujan lebat mencurah-curah selama berhari-hari.
- 7 November - Pilihan raya presiden Amerika Syarikat, 2000: Pencabar Republikan, George W. Bush, menewaskan calon Demokrat, Naib Presiden Al Gore, tetapi keputusan terakhir tidak diketahui sehingga selepas lebih sebulan kerana undi-undi di Florida dipertikaikan.
- 7 November - Di London, sebuah geng penjenayah menyerang Kubah Milenium untuk mencuri berlian Bintang Milenium, tetapi ditangkap dalam perbuatan oleh pengawasan polis.
- 7 November - Hillary Rodham Clinton dipilih sebagai Senator, dan menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat untuk memenangi jawatan dalam kerajaan.
- 11 November - Bencana Kaprun, Austria: Sebuah kebakaran kereta kabel di dalam terowong Alp membunuh 155 orang pemain ski dan papan salji.
- 14 November - Netscape Navigator versi 6.0 dilancarkan selepas dua tahun pembangunan sumber terbuka untuk mencipta sebuah pelayar web yang stabil berdasarkan Mozilla.
- 15 November - Sebuah negara baru yang dikenali sebagai Jharkhand dibentuk dengan membahagikan kawasan Chhota Nagpur Selatan daripada Bihar di India.
- 16 November - Bill Clinton menjadi Presiden Amerika Syarikat penjawat kini yang melawat Vietnam.
- 17 November - Gelongsoran tanah yang membawa bencana di Log pod Mangartom, Slovenia, membunuh 7 orang dan mengakibatkan kerosakan sebanyak berjuta-juta SIT. Kejadian ini merupakan salah satu bencana yang paling teruk di Slovenia dalam seratus tahun.
- 17 November - Alberto Fujimori disingkirkan daripada jawatan presiden Peru.
- 27 November - Jean Chrétien dipilih semula sebagai Perdana Menteri Kanada ketika Parti Liberal menambah majoritinya di dalam Dewan Rakyat.
- 28 November - Oleksander Moroz, ahli politik Ukraine, mencetuskan Skandal Kaset ketika beliau menuduh Presiden Leonid Kuchma kerana terbabit dalam pembunuhan wartawan Georgiy Gongadze.
Disember
[sunting | sunting sumber]- 1 Disember - Vicente Fox menjadi Presiden Mexico.
- 1 Disember - Priyanka Chopra memenangi gelaran dalam Pertandingan Miss World di Kubah Milenium, London.
- 13 Disember - Bush lwn Gore: Mahkamah Agung Amerika Syarikat menghentikan penghitungan semula undi presiden di Florida dan memberikan, secara berkesan, negeri itu dan jawatan presiden kepada George W. Bush.
- 13 Disember - Texas 7, sekumpulan penjenayah, melarikan diri dari penjara di Kenedy, Texas, dan memulakan satu siri jenayah.
- 24 Disember - Texas 7 merompak sebuah kedai barangan sukan di Irving, Texas; pegawai polis Aubrey Hawkins ditembak mati.
- 28 Disember - Montgomery Ward, raksasa jualan runcit Amerika Syarikat, mengumumkan bahawa penutupannya selepas 128 tahun.
- 20 Disember - Pengeboman Hari Rizal: Satu siri pengeboman meletup di berbagai-bagai tempat di Metro Manila, Filipina dalam masa beberapa jam dan membunuh 22 orang serta mencederakan kira-kira 100 orang.
- 27 Disember - Hari Raya Aidilfitri disambut kali kedua selepas 8 Januari dalam Takwim Hijrah.
Tarikh tepat tidak pasti
[sunting | sunting sumber]- November - Krisis pelucutan senjata Iraq: Iraq menolak saranan terbaru pemeriksaan senjata oleh Majlis Keselamatan PBB.
- DVD-Audio (juga dikenali sebagai DVDA), sebuah format digital untuk memberikan kandungan audio hi-fi yang amat tinggi pada DVD, diperkenalkan buat pertama kali.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari - Cha Kwang, pemain bola sepak Korea Utara
- 25 Januari - Kim Hwi-hwang, pemain bola sepak Korea Utara
- 27 Januari - Aznie Azmi, pelakon dan penyanyi wanita Malaysia
- 12 Februari - Muhammad Afif Hasmizol, pemain badminton Malaysia
- 16 Februari - Faris Zaim, pemain badminton Malaysia
- 19 Februari - Kim Kyong-sok, pemain bola sepak Korea Utara
- 20 Februari - Nazirul Syazwan Abdul Rahman, pemain badminton Malaysia
- 26 Februari - Carmela van der Kruk, pelakon dan model Indonesia
- 7 Mac - Maizura, pelakon dan penyanyi wanita Indonesia
- 12 Mac - Ri Hyon-il, pemain bola sepak Korea Utara
- 15 Mac - Amy dan Emily Walton, seniwati Inggeris
- 27 Mac - Han Kyong-hun, pemain bola sepak Korea Utara
- 12 April - Kung Jin-song, pemain bola sepak Korea Utara
- 13 April - Ismail Izzani, penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia
- 14 April - Aldy Maldini, pelakon lelaki Indonesia
- 15 April - Kim Pom-hyok, pemain bola sepak Korea Utara
- 19 April - Jong Ryong-hun, pemain bola sepak Korea Utara
- 30 April - Kwon Nam-hyok, pemain bola sepak Korea Utara
- 30 April - Park Kwang-min, pemain bola sepak Korea Utara
- 6 Mei - Bagas Ran, penyanyi dan pelakon Indonesia
- 30 Mei - Sin Tae-song, pemain bola sepak Korea Utara
- 1 Jun - Gan Jing Jie, pemain badminton Malaysia
- 8 Jun - Wong Jun Po, pemain badminton Malaysia
- 13 Jun - Ideen Azman, pelakon lelaki Malaysia
- 17 Jun - Liom Yit Earn, pemain badminton Malaysia
- 4 Julai - Ri Hyok-sin, pemain bola sepak Korea Utara
- 13 Julai - Syifa Hadju, pelakon wanita Indonesia
- 17 Julai - Caitlin Halderman, pelakon, model, dan penyanyi Indonesia
- 22 Julai - Thomas Lee Jee Xiang, chef selebriti Malaysia
- 25 Ogos - Amanda Rawles, pelakon wanita Indonesia
- 6 September - Breanna Lynn Bartlett-Stewart, bayi perempuan lahir mati Amerika yang terkenal
- 6 September - Victoria Federica de Marichalar y de Borbón, cucu perempuan Raja Juan Carlos I dari Sepanyol
- 22 September - Jennis Chia Yee Goon, chef selebriti Malaysia
- 6 Oktober - Kim Chol-jin, pemain bola sepak Korea Utara
- 6 Oktober - Kye Tam, pemain bola sepak Korea Utara
- 13 Oktober - Ri Il-ju, pemain bola sepak Korea Utara
- 26 Oktober - Kim Chung-jin, pemain bola sepak Korea Utara
- 2 November - Dewa Dayana, pelakon lelaki Indonesia
- 3 Disember - Sin Kwang-sok, pemain bola sepak Korea Utara
- 5 Disember - Kah Kit Kan, pemain badminton Brunei Darussalam
- 6 Disember - Pablo Nicolás Urdangarín y de Borbón, cucu lelaki Raja Juan Carlos I dari Sepanyol
- 10 Disember - Loh Xin Yi, pemain badminton Malaysia
- 15 Disember - Steffi Zamora, pelakon wanita Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- Januari 2 - Patrick O'Brian, penulis Inggeris (lahir 1914)
- Januari 15 - Fran Ryan, seniwati Amerika Syarikat (lahir 1916)
- Januari 15 - Željko Ražnatović, gengster dan ketua separa tentera Serbia (lahir 1952)
- Januari 19 - Bettino Craxi, Perdana Menteri Itali (lahir 1934)
- Januari 19 - Hedy Lamarr, seniwati Austria (lahir 1914)
Februari
[sunting | sunting sumber]- Februari 7 - Big Pun, penyanyi rap Amerika Syarikat (lahir 1971)
- Februari 9 - Beau Jack, petinju Amerika Syarikat (lahir 1921)
- Februari 10 - Jim Varney, pelakon Amerika Syarikat yang terkenal untuk perwatakan Ernest P. Worrell (lahir 1949)
- Februari 11 - Roger Vadim, pengarah filem Perancis (lahir 1928)
- Februari 12 - Jalacy "Screamin' Jay" Hawkins, ahil muzik Amerika Syarikat (lahir 1929)
- Februari 12 - Tom Landry, jurulatih bola sepak Amerika Syarikat (lahir 1924)
- Februari 12 - Charles M. Schulz, pelukis kartun Amerika Syarikat (Peanuts) (lahir 1922)
- Februari 23 - Sir Stanley Matthews, pemain bola sepak Inggeris (lahir 1915)
Mac
[sunting | sunting sumber]- Mac 3 - Toni Ortelli, penggubah Itali dan pendaki Pergunungan Alp (lahir 1904)
April
[sunting | sunting sumber]- April 6 - Habib Bourguiba, Presiden Tunisia (lahir 1903)
- April 16 - Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, Malaysia (lahir 1920)
- April 25 - David Merrick, penerbit lakonan pentas Amerika Syarikat (lahir 1911)
- April 29 - Phạm Văn Ðồng, Perdana Menteri Vietnam (lahir 1906)
Mei
[sunting | sunting sumber]- Mei 11 - Paula Wessely, seniwati Austria (lahir 1907)
- Mei 12 - Adam Petty, pelumba kereta Amerika Syarikat (lahir 1980)
- Mei 14 - Keizo Obuchi, Perdana Menteri Jepun (lahir 1937)
- Mei 17 - Donald Coggan, Ketua Biskop Canterbury (lahir 1909)
- Mei 19 - Yevgeny Khrunov, angkasawan Rusia (lahir 1933)
- Mei 20 - Edward Bernds, pengarah filem Amerika Syarikat (lahir 1905)
- Mei 20 - Jean Pierre Rampal, pemain flut Perancis (lahir 1922)
- Mei 21 - Dame Barbara Cartland, penulis novel Inggeris (lahir 1901)
- Mei 21 - Sir John Gielgud, pelakon Inggeris (lahir 1904)
- Mei 21 - Mark R. Hughes, usahawan Amerika Syarikat dan pengasas Herbalife (lahir 1956)
- Mei 27 - Maurice Richard, pemain hoki Kanada (lahir 1921)
- Mei 31 - John Coolidge, anak lelaki Presiden Amerika Syarikat Calvin Coolidge (lahir 1906)
Jun
[sunting | sunting sumber]- Jun 10 - Hafez al-Assad, Presiden Syria (lahir 1930)
- Jun 14 - Robert Trent Jones, pereka bentuk balapan golf yang berasal dari England (lahir 1906)
- Jun 16 - Permaisuri Kōjun dari Jepun (lahir 1903)
- Jun 17 - Brian Statham, pemain kriket Inggeris (lahir 1930)
- Jun 18 - Nancy Macand, seniwati Amerika Syarikat yang berlakon dalam filem, The Sopranos (lahir 1928)
- Jun 21 - Alan Hovhaness, penggubah Amerika Syarikat (lahir 1911)
Julai
[sunting | sunting sumber]- Julai 1 - Walter Matthau, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1920)
- Julai 2 - Joey Dunlop, pelumba motosikal Ireland Utara (lahir 1952)
- Julai 7 - James C. Quayle, penerbit akhbar Amerika Syarikat (lahir 1921)
- Julai 7 - Kenny Irwin, pemandu NASCAR (lahir 1969)
- Julai 10 - Denis O'Conor Don, O'Conor Don
- Julai 11 - Robert Runcie, Ketua Biskop Canterbury (lahir 1921)
- Julai 14 - Meredith MacRae, seniwati Amerika Syarikat (lahir 1944)
- Julai 28 - Abraham Pais, ahli fizik Amerika Syarikat yang berasal dari Belanda (lahir 1918)
- Julai 29 - René Favaloro, ahli kardiologi Argentina yang mecipta teknik pembedahan pintasan koronari (lahir 1923)
Ogos
[sunting | sunting sumber]- Ogos 5 - Sir Alec Guinness, pelakon dan penulis Inggeris (lahir 1914)
- Ogos 5 - Otto Buchsbaum, penulis dan aktivis ekologi (lahir 1920)
- Ogos 6 - Sir Robin Day, penyiar politik Inggeris (lahir 1923)
- Ogos 9 - John Harsanyi, ahli ekonomi yang berasal dari Hungary, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1920)
- Ogos 12 - Loretta Young, seniwati Amerika Syarikat (lahir 1913)
- Ogos 21 - Daniel Lisulo, ahli politik Zambia (lahir 1930)
- Ogos 25 - Carl Barks, pelukis kartun Amerika Syarikat (lahir 1901)
September
[sunting | sunting sumber]- September 2 - Elvera Sanchez, penari Amerika Syarikat (lahir 1905)
- September 6 - Breanna Lynn Bartlett-Stewart, bayi perempuan lahir mati Amerika Syarikat yang terkenal (lahir 2000)
- September 16 - Georgiy Gongadze, wartawan Ukraine (lahir 1969)
- September 17 - Nicole Reinhart, pelumba basikal Amerika Syarikat (lahir 1976)
- September 19 - Anthony Robert Klitz, pelukis British (lahir 1917)
- September 20 - Gherman Titov, angkawasan Soviet (lahir 1935)
- September 23 - Aurelio Rodríguez, pemain Liga Besbol Utama Mexico (lahir 1947)
- September 25 - R. S. Thomas, pemuisi Wales (lahir 1913)
- September 26 - Carl Sigman, penulis lagu Amerika Syarikat (lahir 1909)
- September 28 - Pierre Trudeau, Perdana Menteri Kanada (lahir 1919)
Oktober
[sunting | sunting sumber]- Oktober 3 - Benjamin Orr, penyanyi bes the Cars (lahir 1947)
- Oktober 4 - Michael Smith, ahli kimia yang berasal dari England, pemenang Hadiah Nobel(lahir 1932)
- Oktober 9 - Patrick Anthony Porteous, penerima Victoria Cross Scotland (lahir 1918)
- Oktober 11 - Donald Dewar, Scottish politician (lahir 1937)
- Oktober 13 - Tony Roper, NASCAR Driver
- Oktober 15 - Konrad Emil Bloch, German-born biochemist, recipient of the Nobel Prize in Physiology or Medicine (lahir 1912)
- Oktober 21 - Reginald Kray, leading figure in organised crime in London, UK (lahir 1933).
- Oktober 22 - Rodney Anoa'i, American Wrestler known as Yokozuna (lahir 1966).
- Oktober 27 - Walter Berry, Bariton-bes Austria (lahir 1929)
- Oktober 30 - Steve Allen, pelakon lucu, penggubah, juruacara rancangan temu bual, dan penulis Amerika Syarikat (lahir 1921)
November
[sunting | sunting sumber]- November 6 - L. Sprague de Camp, penulis Amerika Syarikat (lahir 1907)
- November 7 - C Subramaniam, ahli politik India (lahir 1910)
- November 7 - Ingrid dari Sweden, permasuiri kepada Frederick IX of Denmark (lahir 1910)
- November 11 - Hugh Paddick, pelakon British (lahir 1915)
- November 22 - Sir Cyril Astley Clarke, pakar perubatan, ahli genetik dan entomologi, bekas Persatuan Kolej Pakar Perubatan Diraja (lahir 1907)
- November 27 - Damilola Taylor, mangsa pembunuhan (lahir 1989)
- November 28 - Liane Haid, seniwati Austria (lahir 1895)
- November 29 - Stanley Kiedrowski, mekanik radar Amerika Syarikat (lahir 1924)
Disember
[sunting | sunting sumber]- Disember 6 - Werner Klemperer, pelakon Jerman (lahir 1920)
- Disember 18 - Kirsty MacColl, penyanyi dan penulis lagu British (lahir 1959)
- Disember 23 - Noor Jehan, seniwati dan penyanyi Pakistan (lahir 1926)
- Disember 31 - Rabbi Binyamin Ze'ev Kahane, ketua peneroka Israel (lahir 1966)
Hadiah Nobel
[sunting | sunting sumber]- Fizik - Zhores Ivanovich Alferov, Herbert Kroemer, Jack Kilby
- Kimia - Alan J. Heeger, Alan MacDiarmid, Hideki Shirakawa
- Fisiologi atau Perubatan - Arvid Carlsson, Paul Greengard, Eric R. Kandel
- Kesusasteraan - Gao Xingjian
- Perdamaian - Kim Dae Jung
- Ekonomi - James Heckman, Daniel McFadden
2000 dalam fiksyen dan budaya popular
[sunting | sunting sumber]Permainan komputer dan video
[sunting | sunting sumber]- Perfect Dark (2000): Joanna Dark dilahirkan pada 18 Mac.
- The House of the Dead 2 (1998) berlatarkan tahun 2000.
Filem
[sunting | sunting sumber]- Fun with Dick and Jane (2005) berlatarkan tahun 2000.
Radio
[sunting | sunting sumber]- Not From Space (2003) berlatarkan tahun 2000.
Televisyen
[sunting | sunting sumber]- Lewat Malam dengan Conan O'Brien: Sketsa berulang-ulang "Pada Tahun 2000" meramalkan peristiwa-peristiwa pada masa hadapan "sehingga tahun 2000". Sketsa ini dimulakan sebelum 2000, tetapi masih ditayangkan pada 2006.
- Neon Genesis Evangelion: Kesan Kedua, peristiwa yang mengakibatkan pergolakan hebat, membunuh melebihi separuh jumlah penduduk di dunia pada 13 September.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 2000 |