Abang Bomba I Love You (novel)
Umum | |
---|---|
Pengarang | Mia Kiff |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Genre | Cinta, konflik, keluarga |
Penerbitan | |
Penerbit | GedeBook |
Tarikh penerbitan | 2015 |
Jenis media | Cetakan (kulit keras) |
Halaman | 564 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789673692958 |
Abang Bomba I Love You ialah sebuah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Mia Kiff dikeluarkan pada 2015 oleh GedeBook.[1][2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2016.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]“Kau membakar jiwa ini sehinggaku mengelupur kelecuran. Ia tak pernah sembuh biar arlogi masa kian berganjak. Ke seantero dunia kucuba berlari demi memujuk hati yang degil mencintaimu. Mungkin, masih kurang rasaku mencintai dirimu, berbanding dia.”—- Lily
“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.
Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.
Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?
Adaptasi
[sunting | sunting sumber]Televisyen
[sunting | sunting sumber]Abang Bomba I Love You dikeuarkan pada 2015 oleh GedeBook. Ia telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama pada 12 Septemer 2016 di Astro Ria, dibintangi oleh Hisyam Hamid dan Amira Othman.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mia Kiff (2015). Abang Bomba I Love You. GedeBook. ISBN 9789673692958.
- ^ Abang Bomba I Love You by Mia Kiff Goodreads. Dicapai pada 1 Februari 2017.
- ^ "Sinopsis Drama Abang Bomba I Love U". Ramenpedas.com. 29 April 2018. Dicapai pada 2 Mei 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Beli novel dalam talian Abang Bomba I Love You