Adi Putra bin Abdul Ghani
Adi Putra bin Abdul Ghani | |
---|---|
Kelahiran | |
Pusat pendidikan | Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak (berhenti belajar) |
Terkenal kerana | Pengajaran matematik melalui algebra dan trigonometri |
Pasangan | Siti Sarah Zulkarnain (k. 2023) |
Ibu bapa |
|
Adi Putra Abdul Ghani (lahir 27 Januari 1999)[1] merupakan seorang kanak-kanak prodigi Malaysia.[2] Beliau terkenal dengan kemahiran dan penyelesaiannya dalam pengajaran matematik menerusi algebra dan trigonometri.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri dan darab antara 5 hingga 6 digit. Anak kepada Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias, Adi Putra dinamakan sempena nama kepada guru silat pahlawan-pahlawan dalam sejarah melayu pada zaman Hang Tuah. Kepintaran beliau dikesan oleh keluarganya sejak Adi berusia empat tahun, ini kerana apabila beliau berjaya menyelesaikan masalah matematik abang sulungnya, Amirul Izuan.[3]
Beliau pernah belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak pada tahun 2006 sebelum berhenti belajar selepas empat bulan[4] kerana mendakwa sistem pendidikan sedia ada dikatakan tidak sesuai dengannya.[5][6] Beliau memberi perumpamaan dirinya bagai "kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil" kerana memikirkan tidak sesuai baginya "[dibuat] macam budak darjah satu".[1] Kemudian, beliau mengikuti pembelajaran selama dua tahun di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) namun tidak mendapat sijil sah pengajian peringkat A-level atas faktor umurnya ketika itu.[6]
Pada tahun 2011, beliau melancarkan buku pertamanya yang bertajuk Seni Matematik Islam sempena Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011.[7] Beliau telah memulakan sebuah seminar matematik sendiri yang diberi nama "Adimatik" di bawah kelolaan syarikatnya, Adimatik Genius Solutions.[8][9]
Adi Putra pernah menghasilkan produk makanan tambahan di bawah jenamanya sendiri, Adi-Q yang bantu memulihkan tekanan yang dihadapinya pada ketika itu. Ia pernah mencetuskan kontroversi apabila dirampas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana didapati mengandungi steroid.[10]
Beliau pernah menerima tajaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Tenaga Nasional bagi menampung pembelajarannya di peringkat A-level di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).[11]
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Adi Putra Abdul Ghani (2 Mei 2011). Seni Matematik Islam: Generasi Genius. Selangor: Adi Putra Genius Matematika. ISBN 9789671039106. OCLC 822493064.CS1 maint: date and year (link)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Zamri Rambli (27 Januari 2008). "Keistimewaan lain Adi Putra". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Hasbullah Awang Chik (25 Mei 2015). "The forgotten child genius" [Budak genius yang dilupakan]. The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 November 2015.
- ^ Freddie Aziz Jasbindar (29 Disember 2018). "Adi Putra, Genius Matematik Dari Bagan Serai". Orang Perak. Dicapai pada 29 Disember 2018.
- ^ Lim, Jason (22 Februari 2019). "The universal language of numbers" [Angka, bahasa melangkaui sempadan]. the Sun daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 November 2019.
- ^ "Adi Putra pilih Sekolah Islam Antarabangsa". Utusan Malaysia. 26 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018 – melalui Utusan Online.
- ^ a b Ariffuddin Ishak (4 Mac 2015). "Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ "Buku 'Seni Matematik Islam' Adi Putra Dilancar". mSTAR Online. BERNAMA. 2 Mei 2011. Dicapai pada 17 November 2019.
- ^ Muhammad Shamsul Abd Ghani (6 Februari 2017). "Adi Putra jawab kehilangannya". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Nurul Hidayah Abdullah (4 Julai 2017). "Adi Putra bimbing pelajar minat matematik". Kosmo! Online. Foto oleh Suriya Bonma. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Ariffuddin Ishak (5 Mac 2015). "Susah jadi Adi Putra". mSTAR Online. Dicapai pada 17 November 2015.
- ^ Ariffuddin Ishak (6 Mac 2015). "Adi Putra kecewa dianaktirikan". mSTAR Online. Dicapai pada 17 November 2015.