Pergi ke kandungan

Aku Isterinya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aku Isterinya
Poster Aku Bukan Mistress ditayangkan di Slot Akasia TV3
GenreDrama
Cinta
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Izzue Islam
Anzalna Nasir
Lagu pembukaanSebuah Maksud - 6ixth Sense
Lagu penutupPelarian - Sakura Band dan Adi Priyo
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28
Penerbitan
PenerbitZaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaran1 jam (60 minit)
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Julung kali ditayangkan di
Malaysia Malaysia
Siaran asal2 April 2014 – 20 Mei 2014
StatusBersiaran hari Isnin - Khamis
Jam 7:00pm-8:00pm
Kronologi
MengikutiJika Itu Takdirku
Diikuti olehKerana Terpaksa Aku Relakan

Aku Isterinya ialah sebuah drama Melayu yang diadaptasi daripada novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana. Ia ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula 2 April 2014 hingga 20 Mei 2014.

Ia diterajui oleh Izzue Islam dan Anzalna Nasir sebagai pelakon utamanya.

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Barisan Pelakon

[sunting | sunting sumber]

Lagu Tema

[sunting | sunting sumber]
No.TajukArtisMasa
1."Sebuah Maksud - (Opening Song)"6ixth Sense3:58
2."Pelarian - (End credit song)"Sakura Band feat. Adi 6ixth Sense4:12
Jumlah masa: 8:11


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang
Sebelumnya Aku Isterinya Berikutnya
Jika Itu Takdirku Kerana Terpaksa Aku Relakan