Pergi ke kandungan

Al-Mizan (kumpulan nasyid)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al-Mizan
Kulit album kumpulan Al-Mizan
Latar belakang
Berasal dariSingapura Singapura
GenreNasyid
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1970-an
Syarikat rakaman
WEA (kini Warner Music Malaysia)
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Al-Mizan merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia dan Singapura. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid Melayu.

Sejarah penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Al-Mizan telah ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Ustaz Haji Md Karim. Beliau juga bertanggungjawab menjadi pengasas kepada kumpulan nasyid Al Jawaher yang ditubuhkan pada tahun 1979.

Faridah M. Amin

[sunting | sunting sumber]

Semasa kali pertama muncul bersama kumpulan Al-Mizan pada tahun 1977, penyanyi utamanya, Faridah M. Amin masih di bangku sekolah.

Pada masa itu, dia juga tidak menganggap dirinya sebagai pendakwah sebaliknya sebagai seorang penyanyi biasa. Apatah lagi, minat utamanya lebih menjurus kepada lagu-lagu pop. Dia juga mengenakan pakaian moden pada masa itu. Malah, semasa mengadakan persembahan bersama kumpulan Al-Mizan, dia tidak menutup rambut keseluruhannya. Kritikan yang diterima kerana menyanyi lagu nasyid tanpa mengenakan tutup kepala membuatkan dia mendapat pengajaran. "Kerana menganggotai sebuah kumpulan nasyid, saya menyertai satu kem dakwah yang dianjurkan,” katanya. Daripada situ, dia mula terfikir untuk menutup kepala selaras dengan konsep lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan.

Namun, di kala penyanyi itu mula tergerak untuk melakukannya, niatnya terhalang untuk berubah serta merta kerana album pop daripadanya bakal dipasarkan. "Semasa saya muncul dengan album pop, hati saya mula tidak senang kerana perasaan dalaman ingin berubah," katanya. Namun, kerana tidak mahu menghampakan pihak syarikat rakaman, dia terpaksa melaluinya sehingga tempoh promosi tamat. Selepas itu, dia mula mengenakan tutup kepala dan muncul bersama kumpulan Al-Mizan menghasilkan beberapa buah album lagi. "Saya pernah dikritik kerana muncul dengan album pop kerana ada yang tidak menyenanginya," kata Faridah.

Bersama Al-Mizan, dia menghasilkan lima album serta sebuah EP yang memuatkan empat buah lagu sebagai pengenalan diri. Antara lagu popularnya ialah Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon, Bersyukur, Alhamdulillah, Demi Masa, Junjungan Mulia, Empat Dara, Solatullah dan banyak lagi.

Ditanya perkembangan terbarunya, kata Faridah, dia kini bekerja sepenuh masa di sebuah makmal di Singapura sejak 16 tahun lalu. Dia mula terfikir untuk bekerja tetap selepas kumpulan Al-Mizan mula mengurangkan aktiviti nyanyiannya. "Pada masa itu, tidak banyak yang saya perolehi hasil aktiviti seni," kata ibu kepada tiga anak itu lagi. Dia juga kembali aktif selepas album kompilasi memuatkan lagu-lagu Al-Mizan bersama Al-Jawaher dan Hidayah dipasarkan semula. Sambutan menggalakkan daripada peminat membuatkan dia mula berfikir untuk aktif semula di dalam bidang nyanyian. "Suami saya tidak melarang saya walaupun dia tidak menggalakkan," kata Faridah.[1]

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]

Faridah M. Amin

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang penglibatan mereka dalam dunia seni, kumpulan Al-Mizan telah merakamkan lima buah album serta sebuah EP yang memuatkan empat buah lagu sebagai pengenalan diri.

  • Junjungan Mulia


Faridah M. Amin iringan kumpulan Al-Mizan

Side One

1. Junjungan Mulia

2. Assyakirin

3. Mati Dan Siksaan Kubur

Side Two

1. Ciptaan Tuhan

2. Seruan Muazin

3. Insaf


Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon
Faridah M. Amin iringan kumpulan Al-Mizan

  • Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon
  • Pegangan Hidup


Panduan Hidup (1979)
Penerbit: WEA

  • Panduan Hidup


Lagu-lagu

[sunting | sunting sumber]
  • Alhamdulilah (الحمدللّه)
  • Bersyukur
  • Demi Masa
  • Doaku
  • Hidup Berusaha
  • Hidup Biar Beriman
  • Jasa Ibu Bapa
  • Muhammad Rasulullah (محمد رسول اللّه)
  • Pedoman
  • Seruan Suci
  • Solatullah (صلاة اللّه)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-11. Dicapai pada 2018-10-11.