Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Gotland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Gotland
Negara asalSweden
Trait
Tinggi Jantan 48–56 cm (19–22 in)
Betina 44–52 cm (17–20 in)
Bulu Berbulu pendek: padu, kasar, terletak rapat-rapat; dengan lapis bulu bawah atau lapis bulu bawah
Warna Perang kuning; putih di sisi bawah leher, pada hidung, pada dada, di hujung ekor, dan pada kaki
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Gotland[a] satu ialah baka anjing Sweden dari Gotland. Seperti anjing pemburu bau lain, ia merupakan anjing pengejar untuk pemburuan kelinci dan rubah. Anjing pemburu Gotland diiktiraf sebagai baka tersendiri oleh Svenska Kennelklubben (SKK) dan Nordic Kennel Union (NKU), tetapi bukan oleh FCI.[1]

Asal usul anjing pemburu Gotland tidak diketahui, tetapi pada awal abad ke-19 sudah terdapat anjing jenis anjing pemburu bau yang menyerupai anjing pemburu Gotland di Gotland.[1] Salah satu teori ialah bahawa ia diturunkan daripada anjing pemburu bau kuning yang diimport dari Jerman pada abad ke-18[1], lagi satu teori pula ialah bahawa ia mempunyai asal usul yang lebih jauh ke timur[1] dan diturunkan daripada anjing jenis Eropah Timur.[2]

Pada tahun 1920, anjing pemburu Gotland diiktiraf sebagai baka tersendiri oleh Svenska Kennelklubben (SKK) dan piawaian baka diasaskan. Pada tahun 1929, SKK berkeputusan untuk mengurangkan bilangan baka. Kemudian terdapat keputusan bahawa anjing pemburu Gotland patut dikira sebagai varian kuning-perang dan berekor panjang bagi anjing pemburu Småland. Pada tahun 1934, terdapat keputusan bahawa anjing pemburu Gotland patut dipindahkan ke dalam buku pembaka anjing pemburu Hamilton. Warna kuning kemudian dikira sebagai warna atipikal tetapi bukan sebagai kecacatan eksklusif. Ini bermakna bahawa anjing pemburu Gotland dapat didaftarkan sebagai anjing pemburu Hamilton, tetapi tanpa dapat memenangi hadiah dalam pameran anjing. Oleh itu, hampir semua anjing pemburu Gotland lenyap, namun pemburu di Gotland ingin memulihara anjing pemburu mereka. Semasa inventori pada tahun 1989, kira-kira dua puluh ekor anjing pemburu Gotland tidak berdaftar terdapat di pulau itu.

Pada tahun 1988, kelab baka dibentuk dan, pada tahun 1990, anjing pemburu Gotland telah diluluskan buat sementara sebagai baka sendiri untuk tempoh sepuluh tahun, iaitu tempoh percubaan yang dilanjutkan sehingga tahun 2004. Sejak tahun 1991, dengan pengecualian rehat singkat antara tahun 2007 dengan tahun 2009, anjing pemburu Gotland didaftarkan dalam SKK sebagai baka terpisah.[1]

Anjing pemburu Gotland ialah baka luar biasa dan oleh sebab bilangan anjing adalah rendah dan bilangan perinduk anak anjing yang lahir setiap tahun adalah sedikit, ia dianggap sebagai baka anjing terancam.[3][4][5]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ݢوتلند; Svensk: gotlandsstövare; bahasa Inggeris: Gotland hound
  • Renée Willes: All världens hundraser (Suec), Bromma, Sweden, 2003, ISBN 91-89090-79-9
  • Renée Willes: Sveriges hundraser (Suec), Svenska Kennelklubben (SKK)
  • Carl-Johan Adlercreutz: Hundar i världen (Suec), Västerås, Sweden, 2006, ISBN 91-534-2870-6
  • Carl-Reinhold von Essen (penyunting): Hundboken (Suec), Stockholm, Sweden, 1955–1956
  1. ^ a b c d e "Gotlandsstövare - rasstandard" (PDF) (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  2. ^ "Gotlandsstövare" (dalam bahasa Inggeris). Nordic Kennel Union. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  3. ^ "Gotlandsstövare" (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  4. ^ "Om rasen" (dalam bahasa Sweden). Gotlandsstövareföreningen. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2017. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  5. ^ Anders Lekander. "Gotlandsstövaren - en gotländsk hundras" (PDF) (dalam bahasa Sweden). Gotlandsstövareföreningen. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Mei 2021. Dicapai pada 31 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]