Pergi ke kandungan

Bahagian Sandakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian Sandakan
Lokasi Bahagian Sandakan di Sabah
Lokasi Bahagian Sandakan di Sabah
NegaraMalaysia
NegeriSabah
Pusat pentadbiranBandar Sandakan
Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Sandakan
Majlis Daerah Kinabatangan
Majlis Daerah Beluran
Majlis Daerah Tongod
Majlis Daerah Telupid
Keluasan
 • Jumlah28,205 km2 (10,890 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah702,207
 • Kepadatan25/km2 (64/batu persegi)

Bahagian Sandakan adalah salah satu bahagian pentadbiran di Sabah. Bahagian Sandakan juga merupakan Bahagian yang terbesar di antara lima bahagian yang terdapat di Negeri Sabah. Bandar utama di dalam bahagian ini ialah Sandakan, Beluran, Kota Kinabatangan, Telupid dan Tongod

Bahagian Sandakan Bersempadan dengan kesemua lima bahagian di Sabah seperti Bahagian Tawau di sebelah Selatan, Bahagian Pedalaman di Barat Daya, Bahagian Pantai Barat di Barat dan Bahagian Kudat di sebelah Utaranya.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Antara kaum yang telah lama menetap di Bandar Sandakan adalah masyarakat Suluk, Bajau Simunul, Cina, Melayu Brunei, Orang Sungai, Kadazan Dusun dan beberapa suku kaum yang lain.

Antara Daerah yang terletak di Bahagian Sandakan ialah

  1. Daerah Sandakan
  2. Daerah Beluran
  3. Daerah Kinabatangan
  4. Daerah Paitan
  5. Daerah Tongod
  6. Daerah Telupid
  7. Daerah Kecil Sukau

Tempat Menarik

[sunting | sunting sumber]
  • Taman Pulau Penyu, Sandakan
  • Pulau Berhala, Sandakan
  • Sepilok Orangutan, Sandakan
  • Gua Gomantong, Sandakan
  • Sungai Kinabatangan, Kinabatangan
  • Gua Batu Tulug, Kinabatangan
  • Pulau Lankayan, Beluran
  • Maliau Basin, Tongod
  • Kanyon Imbak, Tongod
  • Air Terjun Tawai, Telupid

Ahli Parlimen (Dewan Rakyat)

[sunting | sunting sumber]
Parliamen Ahli Parliamen Parti
P183 Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee PN (BERSATU)
P184 Libaran Tuan Suhaimi Nasir BN (UMNO)
P185 Batu Sapi Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan GRS (PGRS)
P186 Sandakan Puan Vivian Wong Shir Yee PH (DAP)
P187 Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin BN (UMNO)