Budaya di Selangor
Penampilan
Disebabkan Selangor pada satu masa dahulu merupakan pusat pemerintahan Tanah Melayu, budaya di Selangor dipengaruhi oleh pelbagai kaum, seperti oleh orang Jawa, Banjar, Bugis, Johor, Melaka, Minangkabau, Kerinci, dan sebagainya.
Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) pernah bertapak di negeri Selangor dimana ia dibawa oleh para perantau Jawa. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Selangor.