Pergi ke kandungan

d'Masiv

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
D'MASIV
Juga dikenali sebagai
Massive[1] (2002-2006)
Berasal dariJakarta, Indonesia
Genre
Tahun aktif2002-kini
Syarikat rakaman
Musica Studio's
Laman sesawang
instagram.com/dmasivbandofficial
AhliRian Ekky Pradipta (Rian)
Dwiki Aditya Marsall (Kiki)
Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (Rai)
Nurul Damar Ramadhan (Rama)
Wahyu Piadji (Why)
Vegry Harindah Husain (Eghay)

d'Masiv merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Indonesia yang bertapak di Jakarta. Anggotanya terdiri daripada enam orang iaitu Rian Ekky Pradipta (vokal), Dwiki Aditya Marsall (gitaris), Nurul Damar Ramadan (gitaris), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass), Wahyu Piadji (drum) dan Vegry Harindah Husain (Keyboard). Nama d'Masiv kebelakangan ini disamakan dengan kumpulan-kumpulan terkenal Indonesia seperti Ungu, Nidji, atau Peterpan akibat lagu-lagu mereka yang terkenal.[1]

d'Masiv pertama kali dibentuk pada 3 Mac tahun 2003. Nama d'Masiv sendiri berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu, "massive" sebagai harapan agar boleh meraih hasil sebaik mungkin dalam arena muzik nasional.[5] Nama mereka terkenal setelah berhasil memenangi pertandingan muzik, A Mild Live Wanted pada tahun 2007. d'Masiv akhirnya menghasilkan album pertama mereka berjudul "Perubahan" pada tahun 2008 dengan lagu "Cinta Ini Membunuhku" sebagai lagu andalannya.[1] Lagu ini sangat terkenal sehingga melonjakkan nama mereka di kancah muzik Indonesia. Pada akhir tahun 2008, d'Masiv membuat wadah perkumpulan bagi para penggemarnya dengan nama Masiver.[6]

Pada tahun 2009, d'Masiv menghasilkan album mini (AM) baharu yang mengandungi dua buah lagu bertajuk "Mohon Ampun Aku" serta "Jangan Menyerah". Menurut Rian, penyanyi d'Masiv, proses pembuatan album mini ini sangat singkat dan dihasilkan untuk menghadapi bulan Ramadan tahun 1430 hijrah yang jatuh pada akhir bulan Ogos 2009.[7]

Album Studio

[sunting | sunting sumber]

Album keagamaan

[sunting | sunting sumber]
  • D'MASIV with RAEF (2016)

Album himpunan

[sunting | sunting sumber]
  • A Mild Live Wanted (2007)
  • Indahnya Bulan Suci (2011)
  • Jazz Project (2013)
  • SATU (album himpunan Iwan Fals bersama Noah, Nidji, Geisha & d'Masiv) (2015)
  • Kami Mengenang Rinto Harahap (2015)
  • Hits Terbaik D'Masiv (2016)
  • Demi Masa (2019)
  • Puspa Ragam Karya Guruh Sukarno Putra (2020)
  • Live Accoustic Abbey Road (2020)
  • Electric Version Abbey Road (2020)
  • Tak Bisa Hidup Tanpamu (2007)
  • Masih Bisa (2013)
  • Taman SurgaMu (2017)
  • DOA duet bersama Shakira Jasmine (2019)
  • Kala Sang Surya Tenggelam (2020)
  • Bersama Kita Kuat (2020)
  • Waktu Yang Menjawab (2021)
  • Kau Yang Tak Pernah Tahu duet bersama Fariz RM (2021)

Pencapaian lagu

[sunting | sunting sumber]
Single Top 25 Hits 99rs Ardan Swara Teknika FM
Cinta Ini Membunuhku 1 1 1 1
Di antara Kalian 1 1 1 1
Merindukanmu 1 1 1 1
Aku Percaya Kamu 1
Diam Tanpa Kata 1
Jangan Menyerah 1 - - 1
Rindu Setengah Mati 1 - - 1
Sudahi Perih Ini 1 - - -
Apa Salahku 1 - - -
Jangan Pergi 1 - - -
Natural 1 - - -
Pergilah Kasih 1 - - -
Esok Kan Bahagia 1 - - -

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]
Sampul album d'Masiv (atas) yang dituduh menciplak sampul album Aerosmith (bawah).

d'Masiv pernah dikatakan menciplak karya muzik kumpulan lain. Kebolehpercayaan Anugerah Musik Indonesia Ke-12 tahun 2009 pun meragui untuk menyenaraikan nama kumpulan ini sebagai salah satu pencalonan peraih penghargaan "Artis Pendatang Baru Terbaik". Ahli Dewan Pengarah AMI Seno M. Hardjo pernah menuduh D’Masiv sebagai pencuri.

Beberapa dari lagu yang dituduh diciplak tersebut di antaranya adalah lagu bertajuk Dilema yang dianggap meniru hampir semua bahagian dari lagu Soldier’s Poem yang dibawakan kumpulan terkenal Inggeris, Muse. Lagu Dan Kamu dianggap menciplak Head Over Heels (In This Life) milik kumpulan Switchfoot yang berasal dari San Diego, Amerika Syrikat. Lagu Switchfoot lainnya yang bertajuk Awakening juga dianggap meniru pemulaan dan ketukan ritmanya dalam lagu Diam Tanpa Kata. Pemulaan lagu Luka Ku sendiri dianggap sangat menyerupai dengan lagu Drive-nya Incubus, sementara pengenalan lagu Cinta Sampai di Sini dianggap sama dengan pengenalan lagu Into The Sun milik kumpulan Lifehouse dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Semua lagu itu terdapat dalam album utama d'Masiv yang berjudul Perubahan.[8][9]

Tidak hanya lagu-lagu mereka yang dikatakan menciplak hasil karya orang lain, malah sampul album pertama d'Masiv yang bertajuk "Perubahan" juga dituduh meniru salah satu sampul album dari kumpulan Aerosmith (gambar di sebelah kanan).[10]

D’Masiv sendiri menolak semua tuduhan bahawa mereka adalah kumpulan plagiat yang hanya boleh menciplak lagu pemuzik lain. Dalam sidang akhbar di Hard Rock Cafe, Jakarta pada 1 April 2009, vokalis Rian mengaku dia dan ahli kumpulannya hanya mendapat inspirasi dari lagu-lagu dari pemuzik antarabangsa seperti Muse, Switchfoot, dan Incubus.[8][9][11]

  • Nokia XPress Music (2010)

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Double Platinum RBT Awards, Album : Perubahan
  • Multi Platinum RBT Awards, Album : Special Edition
  • Video Klip Terdahsyat, Dahsyatnya Awards 2010 - d'Masiv, Jangan Menyerah
  • Lagu Terbaik, AMI Awards 2010 - d'Masiv, Jangan Menyerah
  • Group Band Terbaik, AMI Awards 2010
  • Karya Produksi Terbaik Terbaik, AMI Awads 2010 - d'Masiv, Jangan Menyerah
  1. ^ a b c d Nataprawira, Pramedya (Disember 13, 2016). "D'MASIV: Memutar Waktu demi Wujudkan Karya Terbaru". Rolling Stone Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2018. Dicapai pada Januari 6, 2018.
  2. ^ "Sepak Terjang Band Pop Rock Papan Atas Indonesia, D'MASIV!". Nada Promotama (dalam bahasa Indonesia). Mei 23, 2017. Dicapai pada Januari 6, 2018.
  3. ^ Sepaya, Natanael (November 18, 2017). "D'Masiv Siap Rekaman Bersama Salah Satu Diva Indonesia!". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada Januari 7, 2018.
  4. ^ "Ingin Pecahkan Rekor MURI, D'Masiv Konser di 50 Kota dalam Sehari". Waspada.co.id (dalam bahasa Indonesia). November 16, 2016. Dicapai pada January 7, 2018.
  5. ^ "D'Masiv Profile". Laman web rasmi (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada January 7, 2018.
  6. ^ "D'Masiv Profile". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 8, 2010. Dicapai pada Julai 31, 2009.
  7. ^ Yanuar, Elang Riki (Julai 15, 2009). "D'Masiv Luncurkan Mini Album Jelang Ramadhan". Okezone (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada Julai 31, 2009.
  8. ^ a b Mempertanyakan Kreativitas[pautan mati kekal], Kompas, 3 Mei 2009
  9. ^ a b 'Jangan Menyerah' d'Masiv Jiplak Lagu Muse? Okezone. Diakses pada 31-8-2009.
  10. ^ d'Masiv Plagiat?[pautan mati kekal] Oktavita. Diakses pada 31-8-2009.
  11. ^ Album Baru, d'Masiv Tak Takut Dicap Plagiat Okezone. Diakses pada 31 Ogos 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]