Jalaluddin Hassan
Kelahiran | Jalaluddin bin Hassan 18 Februari 1954 |
---|---|
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 1984–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 8 |
Ibu | Puan Sri Datin Sahara Abdul Samad |
Bapa | Tan Sri Dato' Haji Hassan Azhari |
Saudara |
|
Dato' Jalaluddin bin Tan Sri Dato' Haji Hassan (lahir 18 Februari 1954) merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?, malah teg nama iaitu "Anda pasti" dan "Jawapan Muktamad" semasa menjadi hos rancangan ini menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J) yang membawa gelaran "Dato'" oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman sempena hari keputeraan baginda.[1]
Beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang menjadi seorang pengacara dan pelakon selama hampir 3 dekad melibatkan diri dalam indusri hiburan. Antaranya ialah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Jejak Perantau, Pelakon Drama Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 3 tahun, Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2003 melalui drama Tarantula dan pada tahun 2009 menerima Anugerah Seni Negara - (Seni Teater-Pelakon).[2] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1954 di Setapak, Kuala Lumpur (ketika itu di Selangor) dan merupakan anak ketiga Tan Sri Haji Hassan Azhari (1928–2018),[4] seorang sarjana agama yang mempunyai program khusus mengajar Al-Qur'an di Radio Televisyen Malaysia dari tahun 1960 hingga 2000.[5] Beliau merupakan adik kepada Tan Sri Musa Hassan,[6] bekas Ketua Polis Negara di Polis Diraja Malaysia, dan Dato' Fuad Hassan (1952-2014),[7][8][9][10] bekas ADUN Ulu Klang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Penerangan.[11] Beliau berketurunan Melayu Banjar.[12]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kerjaya lakonan Dato' Jalaluddin bermula pada 1990 menerusi telefilem Bukan Impian yang turut dibintangi oleh Rozie Rashid dan Mubarak Majid, ketika itu beliau berusia 36 tahun. Empat tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Husin dalam filem arahan Ahmad Fauzee Panggilan Pulau, pembikinan semula daripada filem 1954 dengan tajuk sama arahan S. Ramanathan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Setahun kemudian, Jalaluddin menjayakan peranan Hang Tuah dalam filem cereka sains XX Ray II arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 25 November 1995.
Jalaluddin merupakan antara salah seorang barisan pelakon drama lipur lara Idaman, bersama Deanna Yusoff, Norazah Aziz, Hamidah Wahab, Sean Ghazi, Dian P. Ramlee dan Kartina Aziz. Drama ini diiktiraf sebagai drama Melayu paling terpanjang di dunia, disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[13][14]
Antara 2000 dan 2002, Jalaluddin mengacarakan rancangan kuiz Who Wants to Be a Millionaire? versi Malaysia, yang bersiaran di ntv7.[15] Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[16]
Satu-satunya filem lakonan Jalaluddin pada 2006 ialah filem cereka sains komedi, Cicak-Man arahan Yusry KRU lakonan Saiful Apek yang ditayangkan pada 7 Disember 2006. Jalauddin memegang watak sebagai Ramlan, Presiden Metrofulus. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya, Cicakman 2 - Planet Hitam (2008).
Antara 2008 dan 2013, Jalaluddin memegang watak Supritenden Razif dalam siri drama polis trafik, Roda-Roda Kuala Lumpur terbitan Skop Productions yang disiarkan di TV2. Lima tahun kemudian, beliau memegang watak Dato’ Hashim, tokoh korporat berjaya yang juga bapa kepada Zack lakonan Syamsul Yusof dan Daniel lakonan Syafiq Yusof dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul.[17] Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Razak Ahmad, Kamal Adli, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee beraksi di pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[18][19]
Pada 2016, beliau menjayakan peranan King dalam filem aksi komedi, Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy lakonan kumpulan Zero.[20] Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Hassan, bapa kepada Aiman lakonan Syamsul Yusof dalam filem cereka sains, Desolasi arahan Syafiq Yusof, ditayangkan pada 8 Disember 2016.[21][22][23]
Kembali bekerja dengan Kabir Bhatia selepas kali terakhir muncul dalam filem Setem (2009), Jalaluddin membintangi filem biografi sejarah Pulang, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah; beliau memegang watak Omar pada usia 50an. Filem ini diilhamkan dari satu kisah benar peristiwa yang pernah berlaku pada 1940an, ia ditayangkan 26 Julai 2018.[24]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Dato' Jalaluddin berkahwin sebanyak 3 kali. Beliau berkahwin dengan Datin Hashimah Haji Aksan pada 1977 dan dikurniakan 8 anak dan 14 cucu, Datin Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pembedahan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).[25][26][27] Datuk Jalaluddin pernah berkahwin kali kedua bersama Ridani Ghani pada 2 Februari 1997, namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.
Pada 12 November 2017, selepas sekian lama berkenalan menerusi Facebook,[28] beliau mendirikan rumahtangga buat kali ketiga bersama wanita pilihannya Rapidah Abd Ghani dengan sekali lafaz.[29] Rapidah mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.[29][30][31][32]
Pada Oktober 2015, Jalaluddin menafikan mengenai berita bahawa beliau telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman media sosial. Dalam temuramah bersama Berita Harian Singapura, Jalaluddin berkata pada mulanya beliau tidak ambil pusing mengenai khabar angin itu.[33] Pada Oktober 2017, beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sesak nafas, Jalaluddin ketika itu baru sahaja menjayakan rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.[34]
Pada 2011, Datuk Jalaluddin tampil membuat penjelasan berhubung penyebaran berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, Tan Sri Musa Hassan. Berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan beliau dan keluarga terkejut besar dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang memalukan.[35][36]
Bapa beliau, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada 6 Oktober 2018 akibat kanser limfoma.[37] Datuk Jalaluddin mendedahkan keputusan untuk menceburi bidang seni pernah ditentang bapanya: “Arwah pernah tentang minat (dalam bidang seni). Tentangan daripada arwah adalah kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Namun, lama-kelamaan arwah merestui minat saya selepas melihat kesungguhan saya dalam bidang seni."[38]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1994 | Panggilan Pulau | Husin | Filem pertama |
1995 | Ringgit Kasorrga | Pak Teh | |
Jimi Asmara | Engku Sulaiman | ||
Awas | Prof. Rahman | ||
Sayang Salmah | Jabar | ||
XX Ray II | Hang Tuah | ||
Johnny Bikin Filem | Mastar | ||
1996 | Suratan Kasih | Encik Syukri | |
Cinta Metropolitan | Farouk | ||
Merah | Bapa Kasih | ||
1997 | Baginda | Cikgu Bakar | |
Gemilang | Razlan | ||
1998 | Iman Alone | Dato' Kamal Ikram | |
Silat Lagenda | Pensyarah (suara) | ||
1999 | Nafas Cinta | Datuk Rahim | |
2000 | Mimpi Moon | Dr. Mansoor | |
Senario Lagi | Pelakon drama | Pelakon undangan | |
Anaknya Sazali | Dr. Karim | ||
2001 | Spinning Gasing | Dirinya sendiri | |
Putih | Bendahara Sri Wak Raja (suara) | ||
2002 | Mendam Berahi | Datuk Azmi | |
Gerak Khas The Movie II | Raziman | ||
2003 | Iskandar | Tan Sri Hisham Al-Bakri | |
Diari Romeo | Johan | ||
Mr. Cinderella 2 | Dato' Penasihat | ||
2004 | Father | ||
Bicara Hati | Pak Rashid | ||
2005 | Maaria | ||
Pontianak Menjerit | Encik Salleh | ||
2006 | Cicak-Man | Presiden Ramlan (Presiden Metrofulus) | |
2007 | Jangan Pandang Belakang | Daim | Penampilan khas |
1957: Hati Malaya | Sultan Kedah | Pelakon undangan | |
2008 | I'm Not Single | Borhan | |
Cinta U-Turn | Datuk Jamal | ||
Akhirat | Pakcik | ||
Antoofighter: Amukan Drakulat! | Dirinya sendiri | Pelakon undangan | |
Susuk | Razman | Pelakon undangan | |
Cicakman 2: Planet Hitam | Presiden Ramlan (Presiden Metrofulus) | Pelakon undangan | |
2009 | Sifu & Tongga | Pengarah Hak Asasi Manusia | |
Rasukan Ablasa | Bapa Ashraf | Penampilan khas | |
Setem | Adnan Hassan | Pelakon undangan | |
2010 | Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! | Nik Mat | |
Magika | Murad | ||
Aku Tak Bodoh | Cikgu Anwar | ||
2011 | Tolong Awek Aku Pontianak | Encik Jamal | |
Raya Tak Jadi! | Haji Ehsan | ||
Apa Tengok Tengok? | Bapa Ahmad Daniel | ||
2012 | Hantu Gangster | Bang Nasir | |
Shh...Dia Datang | Mar | ||
2013 | Lemak Kampung Santan | Tan Sri Johari Al Bakri | |
Balada Pencinta | Bapa Aishah | ||
Cinderella | Datuk Mokhtar | ||
2014 | Aku Akan Muncul | ||
Bahaya Cinta | Bapa Iskandar | ||
CEO | Tan Sri | ||
2015 | Darah Panas | Bapa Syahana | |
Biasan | |||
2016 | Langit Cinta | Datuk Affendi | |
Lu Mafia Gua Gangster | King | ||
Temuan Takdir | ACP Hamdan | ||
Desolasi | Bapa Aiman | ||
2017 | Sindiket | Tuan Hassan | |
Aku Bukan Terrorist | Ayah Dayana | Penampilan khas | |
2018 | Pulang | Omar (50an) | |
Rise: Ini Kalilah | Lelaki Dalam Pesawat | Penampilan khas | |
3: AM | Bapa | ||
2019 | XX Ray III | Hang Tuah | |
Hero: Jangan Bikin Panas | Master Samiri | Pelakon undangan | |
2020 | Daulat | Malik | Penampilan khas |
Town Mall | Tok Megat | ||
2021 | Kerana Korona | Leman | |
Penunggang Agama | Dato' Hafsyam | ||
Sa Balik Baju | Prof. | Pelakon undangan | |
2022 | Jeritan Jin | Jaafar | |
Gila Gusti | Tiger Rajah | ||
Mistik 3 Logi Puaka | |||
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Dato Haji Muhammad | ||
Bintang Hatiku | |||
Juang | Ketua Polis | ||
Tilam Perca | Pak Man | ||
2023 | Escape | Mejar Dzulkarnain (suara) | |
Eva ‘Take Me As I Am’ | Hakim | ||
Imam | YDP Majlis Agama | ||
Sumpahan Syaitan | Branco | ||
Selalu Ada | Cikgu Salleh | Filem pendek | |
Syaitan Munafik | |||
2024 | Jiwa 8 Belas | Atok Li | |
Jangan Lupa Aku Cinta Padamu | |||
TBA | Perisik | Pra-produksi | |
Nur | Datuk Ayah Haji Mukhsin | Dalam perancangan |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1984 | Santan Berlada | TV1 | Sitkom, 2 episod | |
1989 | Kebangkitan | |||
1990 | Kelopak Bunga Putih | di samping Uji Rashid | ||
1991 | Layar Mutiara | |||
1995 | Hidayat | Hidayat | TV3 | |
1996 | Meniti Pelangi | TV2 | ||
1997 | Antara Dendam dan Ehsan | TV3 | ||
1998 | City of the Rich | TV2 | ||
Mak Mertuaku | Hazidi | TV3 | Pelakon undangan | |
Idaman (Musim 1) | Datuk Mansor | Astro Ria | ||
1999 | Romeo & Juliet | TV3 | ||
Kembara Bermusim | TV1 | |||
2000 | Spanar Jaya | Dirinya sendiri | NTV7 | Pelakon undangan |
2001–2008 | Astana Idaman | Dato’ Mansor | Astro Ria | |
2002 | Titis-Titis Bercantum | TV1 | ||
2003 | Jejak Perantau | |||
2004 | Mama Paparazzi | TV3 | ||
2005 | Rafflesia | TV2 | ||
2006 | Janji Diana | Murad | ||
Rafflesia 2 | ||||
Mya Zara | Tan Sri Affendi | TV3 | Pelakon undangan | |
2007 | Dinasti Bilut | Datuk Razwan | TV1 | |
Datin Diaries | TV3 | |||
Emil Emilda | Tan Sri Nik Baseera | Pelakon undangan | ||
2008 | Akukah Tanggang | Datuk Hisham | ||
Tangisan Bulan Madu | Tuan Amir | TV1 | ||
2009–2013 | Roda-Roda Kuala Lumpur | Supt. Razif | TV2 | |
2009 | Yusuff | Haji Yaakob | TV3 | |
Nur Kasih | Haji Hassan | |||
2010 | Nigina | Datuk Hambali | ||
Siong | Prof. Zahir | |||
Bila Musang Berjanggut | Albab Al-Masyhur | |||
Janji Kekasih | Haji Safuan | |||
Pasukan Gerakan Marin | ACP Mohammad Faiz Mohd Faizal | TV9 | ||
2011 | Gemilang | Talib | TV3 | |
Samson & Delaila | Tuan Kamal | |||
Dia Bukan Maryam | Ayah Shafik | TV9 | ||
Bidadari Dari Raudhah | TV1 | |||
Laila Manja | Datuk Razali | TV3 | ||
Cinta Elysa | Jazman | |||
2011–2012 | Makbul | Anuar | TV2 | |
2012 | Aishiteru | Dato' Ismail | TV9 | |
Mahabbah | Tan Sri Sabri | TV3 | ||
Tanah Kubur (Musim 3) | Kefli | Astro Oasis | Episod "Segulung Kain Kapan" | |
Saiful Nita | Tan Sri Sulaiman | TV3 | ||
Metro Skuad (Musim 2) | Malik | TV2 | Episod: "Kemelut" | |
2012–2013 | Evolusi KL Drift: The Series | Dato' Hashim | ||
2013 | Cinta Dan Wahyu | TV AlHijrah | Penampilan khas | |
Diandra | Dato' Fikri | TV3 | ||
Duri Di Hati | Dato' Hamid | |||
Janji Adam | Tuan Zaidi | |||
Terukir Di Bintang | Dato' Akhbar | |||
Ariana Rose | Dato' Wan Jusoh | |||
Super Game Boy | Masterminda | Astro Ceria | ||
Bukan Kerana Aku Tak Cinta | Tan Sri Idris | Astro Mustika HD | ||
2014 | Masihkah Ada Cinta | Dato' Imran | TV3 | |
Kifarah (Musim 1) | Bomoh | TV3 | Episod: "Duit" | |
Kusinero Cinta | Astro Mustika HD | |||
Setitis Kasih Darmia | Dato Roslan | TV9 | ||
Permainan Cinta | Hypp Sensasi | |||
2015 | Tabir Zulaikha | Datuk Aziz | TV3 | |
Ajaibnya Cinta | Datuk Shamsul | |||
Tanah Kubur (Musim 14) | Suffian | Astro Oasis | Episod: "Hamba Allah Atau Hamba Duit" | |
Embok Belum Terbakar | Ku Azhar | TV2 | ||
2015–2016 | Tuan Anas Mikael | Tun Akhiruddin | Astro Ria | |
2016 | Kasih Di Wajahmu | Cikgu Ishak | TV1 | |
Kias Ramadan | Bapak | TV3 | Episod: "Bapak Raya" | |
2017 | Isteri-Isteri Ayah | Abang Kamal | ||
2017–2018 | Syurga Yang Kedua | Daud | Astro Prima | |
Kekasih Paksa Rela | Dato' Azman | TV3 | ||
2018 | Nur | Datuk Ayah Haji Mukhsin | ||
Cinta Koko Coklat | Tan Sri Farish | NTV7 | Pelakon undangan | |
Shah & Zam | Dato Abai | TV3 | ||
Lelaki Kiriman Tuhan | Ayah Naira | Astro Oasis | Pelakon undangan | |
2019 | Nur 2 | Datuk Ayah Haji Mukhsin | TV3 | |
Sweet Dreams | Atok Hanapi | Astro Ria | ||
Lelakimu Yang Dulu | Haji Fuad | TV3 | ||
Gerak Khas (Musim 19) | Dato' Effendy | TV2 | Episod: "Pancaroba" | |
TQ Captain | Pak Din | Astro Ria | ||
2020 | Seindah Tujuh Warna Pelangi | Tok Ayah / Dato' Haji Deraman | TV3 | |
Jalan Sesat Ke Syurga | Zaqwan | Astro Prima | ||
Angkara Cinta | Tuan Saddam | |||
2021 | Melastik Ke Hatimu | Wan Asri | TV3 | |
Marry Me Senorita | Engku Aziz | Astro Ria | ||
Keluarga Baha Don (Musim 3) | Pengacara | Viu | Pelakon undangan | |
Hilangkah Janji Kita | Tan Sri Syed | Hypp Sensasi | ||
Langkah Terakhir | Hj. Shaari | TV Okey | ||
Diva Popular 2 | Awesome TV | |||
Kisah Cinta Kita | Datuk Ramzi | TV3 | ||
2022 | 3 Nota Cinta | Bahar | ||
Nusyuz Berkiblat Cinta | Haji Aris | Astro Ria | ||
Kerana Aku Isteri Bidaan | Dato' Arbain | TV3 | ||
Demi | Rahman | TV Okey | ||
Tiada Maaf Buatmu | Tan Sri Berahim | Astro Ria | ||
2023 | Special Force: Anarchy | Datuk Imran Hassan | Disney+ Hotstar | |
Imam Instant Ustazah Scammer | Pak Awang | Astro Ria | Pelakon undangan | |
Liar | Sulaiman Ibrahim | |||
Melastik Ke Hatimu 2 | Wan Asri | TV3 | ||
Entitled | Prime Video | |||
Hikayat Pak Belalang | Sultan | Astro Ceria | ||
2024 | Si Jantung Hati | Zul | Astro Ria | |
Mentua | Husin | TV3 | ||
TBA | Bunga Bunga Cinta | Haji Salleh | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1990 | Bukan Impian | Bahrin | TV1 | Telefilem pertama |
Bingong | Harun | VHS | ||
1994 | Pulau | Alang Seman | TV3 | |
Pengantin Popular | ||||
1995 | Diufuk Kasih | |||
Percintaan | TV1 | |||
1996 | Miang Tak Jadi | Abang Syukur | TV3 | |
1996 | Orang Gaji | |||
1997 | Bunga-Bunga Retak | di samping Uji Rashid | ||
1999 | Minah Meenachi | |||
2000 | Misteri Bulan Madu | Azman | VCD | |
Intan | TV3 | |||
2001 | Laman Maut | Pengacara | VCD | Pelakon undangan |
Neurose Dwi | Pakcik Omar | |||
2002 | Aku Kaya | Tuan Ramli | Pelakon undangan | |
Tesis | ||||
Tarantula | TV3 | |||
Pondok Buruk | Johan | Astro Ria | ||
2003 | Aisah Lima Puluh Sen | Perogol | Pelakon undangan | |
Pondok Buruk 2 | Johan | |||
Neon | DSP Kamal | VCD | Penampilan khas | |
Skuad Elit | ||||
Orang Kasar | Datuk Dahlan | di samping Uji Rashid sebagai Datin | ||
Airmata Ibu | ||||
Leman Nak Pergi Jerman | ||||
Rohaya Roy | ||||
Aduhai Esah | TV3 | |||
Diari Dewi | VCD | |||
Seputih Salju Sebening Kasih | ||||
2004 | Skandal Glamour | |||
Tanah Kubur | Datuk Zarul | Astro Ria | ||
2009 | Coklat Riben Biru | TV2 | Pelakon undangan | |
2010 | Taubat Nasuha | Hj Osman | TV3 | |
Cinta Akhbar | Tok Majid | TV9 | ||
2011 | Pusing Beraya | Pak Kassim | TV3 | |
2012 | Anak Pak Hussien | Hassan | TV1 | Penampilan khas |
Syawal Aidil & Fitri | TV AlHijrah | |||
2013 | Bulan Tiada Madu | Prof. Jalal | TV9 | |
2015 | Aku Benci Raya | Astro Ria | ||
Walau Siapa Pun Aku | Datuk Suffian | TV2 | ||
2016 | Dendam Marisa | Tuan Omar | TV3 | |
Makbul Sekertil Doa | Anuar | TV2 | ||
2017 | Azam Yang Terlampau | |||
Musafir Lalu | Ahmad | TV9 | ||
Kismet | TV3 | Penampilan khas | ||
Dosa Terlindung | Datuk Nadzri | |||
Sandal & Serban | Astro Oasis | |||
Siapa Tak Sayang Laki | TV2 | |||
2018 | Tok Samad | Tok Samad | TV9 | |
Genesis | Datuk Bakhtiar | TV3 | ||
2021 | Kembar Keliru | Datuk Shah | Awesome TV | |
2022 | Tanah Kubur: Fitnah Akhir Zaman | Pak Shuib | Astro Citra | |
Semua Tentang Kita | TV3 | |||
Sejenis Raya Senariounion | Astro Warna | |||
2023 | Quran Pondok Buruk | Johan | Astro Ria | |
2024 | Pinggan Retak Di Tapak Tangan | Pak Brahim |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2000–2002 | Who Wants to Be a Millionaire? | Pengacara | ntv7 | |
2002 | Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina | Pelakon | TV Pendidikan | |
2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 | Juri tetap | Astro Warna | |
2016 | Sepahtu Reunion Live | Kameo | Episod: "Lada Putih & Lada Hitam" | |
2017–2018 | Saga Atuk | Pengacara | TV2 | Bersama Adam Hilmy Azmyudin Raj & Heldi Ilyana |
2017 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Kameo | Astro Warna | Episod: "Menantu Raya" |
2018 | Nona | Tetamu undangan | TV3 | |
2019 | Azan | Pengacara | Astro Oasis | |
2022 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Kameo | Astro Warna | Episod: "Destinasi Bahagia" |
2022–2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Peserta | Sebagai Manggis | |
2023 | Travel Lawak: Projek Bapak-bapak | Dirinya sendiri | Bersama Ramli M. S., Roy Azman & Jatt | |
Mega Spontan | Peserta | |||
Travel Lawak: Projek Bapak-bapak (musim 2) | Dirinya sendiri | Bersama Ramli M. S., Roy Azman & Jatt | ||
2024 | Travel Lawak: Projek Bapak-bapak | Dirinya sendiri | Bersama Ramli M. S., Roy Azman & Jatt | |
The Chosen One (musim 2) | Juri jemputan | Astro Ceria | ||
Kilauan Emas (musim 6) | Juri jemputan | Astro Prima |
Siniar
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Studio Sembang | Dirinya sendiri | YouTube | Artis undangan; Episod: "Behind A Gentleman"; Dihoskan oleh Amelia Henderson |
2024 | Dols Podcast | Artis undangan; Dihoskan oleh Shuib, Mamat Sepah & Fizie Roslan |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk |
---|---|
2010 | Kita |
2013 | Asmara Songsang |
2022 | Teater Tanjong |
Iklan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2005 | Jasmin Super 5 | |
2008 | MayFirst | Menampilkan Dato' AC Mizal |
2016 | V'Asia TVC Platinium Drink 2016 | |
2020 | Watsons Beraya 2020 - Jauh Di Mata, Tetap Beraya | |
2024 | Iklan Merdeka Kinohimitsu 2024 - Sarjan |
Videografi
[sunting | sunting sumber]Muzik video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2015 | "Generasi Kami" (OST Super Gameboy) | Dato' Afdlin Shauki, Faizal Tahir, Juzzthin & Wafiy Ceria Popstar |
2016 | "Siapa Diriku" | Ayda Jebat |
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (2007)
Anugerah kesenian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1994-97 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994-97 | Pelakon TV Lelaki Popular | Menang |
1995 | Festival Filem Malaysia ke-12 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon |
2001 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 | Pengacara TV Lelaki Popular | Menang |
2003 | Anugerah Seri Angkasa 2003 | Pelakon Lelaki Terbaik | Menang |
Anugerah Skrin 2003 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Menang | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon | ||
2009 | Anugerah Seni Negara | Seni Teater-Pelakon | Menang |
2022 | Anugerah Seri Angkasa 2022 | Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ben Yuen Hui, Ng Si Hooi dan R. Aravinthan (4 Oktober 2016). "Jalaluddin still going strong 20 years on". The Star (Malaysia). Dicapai pada 22 Mei 2018.
- ^ Wawann Mohd (3 Oktober 2016). "Restu, nasihat keluarga jadi azimat Datuk Jalauddin". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
- ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia Diarkibkan 2018-10-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (6 Oktober 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
- ^ "Keluarga besar Jalaluddin Hassan". Utusan Malaysia. 23 Disember 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 9 October 2015.
- ^ "Kenangan-kenangan Musa dan Jalaluddin Hassan..." Agenda Daily. 9 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 9 October 2015.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (8 Disember 2014). ""Tiada Lagi Tempat Saya Mengadu" - Jalaluddin Hassan". mSTAR Online. Dicapai pada 9 October 2015.
- ^ "KP JASA, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Malaysiakini. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
- ^ "KP Jasa, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
- ^ "Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star Online. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
- ^ "Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star. 8 December 2014. Dicapai pada 9 February 2017.
Fuad’s siblings are former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan (the eldest), and Malaysian screen legend Datuk Jalaluddin Hassan (his younger brother). The trio were sons of prominent religious teacher, Tan Sri Hassan Azhari.
Cite has empty unknown parameter:|dead-url=
(bantuan) - ^ Hasan Zainuddin (28 October 2014). "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru" (dalam bahasa Indonesian). ANTARA News. Dicapai pada 9 October 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Idaman 156 episod di Astro". Utusan Malaysia. 23 Januari 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Kennneth Chaw (2 Julai 2015). "Idaman, a TV producer's dream soap opera". Star2.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Jalaluddin Hassan akui 'nakal' tapi tak pernah madukan isteri". The Malay Mail. 27 November 2016. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
- ^ Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT Diarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
- ^ "Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 19 April 2018.
- ^ Budiey (3 Mac 2016). "Filem LU MAFIA GUA GANGSTER Bukan Komedi Biasa". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2016.
- ^ Syanty Octavia Amry (7 Disember 2016). "Minda celaru mencari jawapan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-07. Dicapai pada 7 Januari 2017.
- ^ "Mind-boggling Desolasi takes local CGI films staggering new heights". New Straits Times. 9 Disember 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.
- ^ Budiey (29 November 2016). "Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Disember 2016.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
- ^ "Actor Jalaluddin Hassan's wife dies". The Malay Mail. 5 November 2016. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Mohd Aizat Shamsuddin (5 November 2016). "Isteri Jalaluddin Hassan meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Actor Jalaluddin Hassan’s wife dies after heart surgery complications Astro Awani (5 November 2016). Diperoleh pada 1 Januari 2017.
- ^ "Setahun membujang, Jalaluddin bakal nikah kenalan di Facebook". Astro Awani. 10 Oktober 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ a b Norhidayyu Zainal (12 November 2017). "Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kali ketiga". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Norhidayyu Zainal (14 November 2017). "Syukur ditemukan jodoh: Jalaluddin". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Aref Omar (10 November 2017). "(Showbiz) Wife-to-be to get massage of a lifetime from actor Jalaluddin Hassan". New Straits Times. Dicapai pada 31 Mei 2018.
- ^ Mohd Haikal Isa (14 November 2017). "Cinta kedua Jalaluddin Hassan". Kosmo!. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
- ^ "Pelakon Jalaluddin Hassan kecewa mengenai khabar angin beliau meninggal dunia". Berita Harian Singapura. 5 Oktober 2015. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (2 Oktober 2017). "(Showbiz) Actor Jalaluddin Hassan rushed to hospital following shortness of breath". New Straits Times. Dicapai pada 31 Mei 2018.
- ^ "Memalukan keluarga!". Sinar Harian. 4 Disember 2011. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ "Jalaluddin Hassan Minta Suami Syella Tampil Bersihkan Nama Abang". Rotikaya. 6 Disember 2011. Dicapai pada 18 Mac 2018.
- ^ Kemalia Othman (6 Oktober 2018). "Bapa Jalaluddin Hassan meninggal dunia". mSTAR Online. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
- ^ Khairul Azran Hussin (7 Oktober 2018). "Bapa pernah tentang minat saya: Jalaluddin". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1954
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Orang dari Selangor
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Penerima Darjah Dato' Paduka Tuanku Jaafar