Nigina
Nigina | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Mazelan Manan |
Pengarah | Harris Kader |
Dibintangi oleh | Emelda Rosmila Rosyam Nor |
Lagu pembukaan | "Nigina" oleh Search |
Lagu penutup | "Nigina" oleh Search |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor Runika Yusof |
Sinematografi | Johardi Hassan |
Tempoh siaran | 25 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i SDTV |
Siaran asal | 6 Januari 2010 – 4 Mac 2010 |
Nigina ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Harris Kader, dibintangi oleh Emelda Rosmila dan Rosyam Nor. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 6 Januari 2010 hingga 4 Mac 2010 menggantikan Suraya.[1][2] Tajuk drama ini diambil daripada lagu nyanyian kumpulan Search yang bertajuk sama.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Nigina dan Iskandar mula bercinta semasa melanjutkan pelajaran di Australia. Iskandar berasa dirinya amat bertuah untuk berkawan dengan Nigina, anak kepada Datuk Hambali yang rendah diri. Iskandar mahu mengubah nasib keluarganya yang miskin.
Selepas tamat pengajian, Nigina mengesyorkan Iskandar sebagai Pengurus Projek kepada ayahnya di Warisan Sdn Bhd. Iskandar bercita-cita tinggi untuk mengahwini Nigina dan berharap dia akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelak. Dengan itu, Iskandar dapat mengukuhkan lagi kedudukannya di dunia korporat. Kehadiran Iskandar di Warisan Sdn Bhd menarik perhatian Sofea, anak kepada Datuk Suffian, rakan kongsi Warisan Sdn Bhd.
Prestasi Iskandar amat cemerlang dan mendapat kepujian Datuk Hambali dan Datuk Suffin. Natasha membawa usul projek untuk mengusahakan sebidang tanah di Capetown untuk pusat peranginan moden. Natasha berjaya mempengaruhi Datuk Hambali dan Iskandar untuk melabur dalam syarikatnya yang sebenarnya tidak wujud.
Pelaburan itu gagal dan Datuk Hambali kehilangan sahamnya di Warisan Sdn Bhd dan meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung. Nigina mula menjauhkan diri daripada Iskandar dan memulakan kehidupan baru bersama ibunya, Datin Salmie. Hubungan Nigina dan Iskandar menjadi dingin. Sofea merancang sesuatu. Iskandar berada dalam dilema selepas insiden kemalangan yang menyebabkan Sofea hilang ingatan. Datuk Suffian memaksa Iskandar untuk bertanggungjawab dengan mengahwini Sofea. Nigina sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan Sofea dan Iskandar.
Hidup Nigina musnah selepas kehilangan Iskandar dan haknya dalam syarikat. Selepas setahun, Nigina kembali untuk menuntut haknya dan berusaha membina semula empayar perniagaan ayahnya. Bagaimanakah kesudahan Nigina dengan Iskandar? Mampukah Nigina berjaya dalam dunia korporat yang penuh dengan pancaroba dan tipu muslihat?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Utama
[sunting | sunting sumber]- Emelda Rosmila sebagai Nigina
- Rosyam Nor sebagai Iskandar
Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Melissa Maureen sebagai Sofea
- Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Hambali
- Aida Radzwill sebagai Datin Salmie
- Salina Saibi sebagai Natasha
- Hafidzuddin Fazil sebagai Datuk Suffian
- Rosnah Johari sebagai Datin Nora
- Norlia Ghani sebagai Mak Kiah
- Hush Hung Shen sebagai Jason
- Coolan Khoo sebagai Datuk Robert
- Yus Waisar sebagai Azman
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Nigina bongkar perebutan kuasa dunia korporat". Utusan Malaysia. 7 Januari 2010. Dicapai pada 18 April 2013.
- ^ Sakini Mohd Said (2 November 2009). "Nigina bongkar perebutan kuasa dunia korporat". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2013.