Pergi ke kandungan

Setelah Cinta Itu Pergi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Setelah Cinta Itu Pergi
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh East Diani
Ditulis olehNovel:
East Diani
Drama:
PGRS Team
Rozie Rashid
Zakinah Ab Zarith
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Simpan Sedikit Rindu" oleh Joe & Asmidar
Lagu penutup"Simpan Sedikit Rindu" oleh Joe & Asmidar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifAdam Ariez
Wan Zarra Rania
Wan Larra Armani
PenerbitWan Zamri Wan Abdul Kadir
Wan Nursyafiqa (bersama)
Fouziah Abd Rahim (bersama)
Juliana Mazlan (bersama)
PenyuntingZaidi Malik
Selamat Yusof
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Picture
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Januari 2019 – 25 Februari 2019
Kronologi
MengikutiJika Masih Ada Rindu
Diikuti olehCinta Tanpa Henti

Setelah Cinta Itu Pergi ialah sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2019 arahan Heykal Hanifah, dibintangi oleh Nina Iskandar[1] dan Fahrin Ahmad membawa watak sebagai sepasang suami isteri, Marina dan Ikram. Diadaptasi dari novel 2014 bertajuk sama karya East Diani,[2] siri ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3[3] dari 17 Januari 2019 hingga 25 Februari 2019 menggantikan Jika Masih Ada Rindu.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Perkahwinan Ikram ( Fahrin Ahmad ) dan Marina ( Nina Iskandar) bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran ( Julia Farhana ) Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. 

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

Pelakon dan watak

[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Nina Iskandar lelah berendam air mata". Kosmo!. 21 November 2018.
  2. ^ "Setelah Cinta Itu Pergi - Love Novel Publishing". Lovenovel Publication.
  3. ^ Drama Setelah Cinta Itu Pergi mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.
  4. ^ Setelah Cinta Itu Pergi (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 Mei 2019.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Setelah Cinta Itu Pergi Berikutnya
Jika Masih Ada Rindu Cinta Tanpa Henti