Diktator Rom
Topik-topik Kerajaan Rom | |
---|---|
Kemaharajaan Rom | |
Republik Rom | |
Empayar Rom | |
Prinsipat | Dominat |
Empayar Barat | Empayar Timur |
Penghulu biasa (magistratus ordinarius) | |
|
|
Penghulu luar biasa (magistratus extrordinarius) | |
Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat | |
Politik dan undang-undang: | |
Diktator (bahasa Latin untuk "orang yang menetapkan arahan") ialah satu jawatan politik yang merupakan satu pembaharuan undang-undang Republik Rom. "Diktator" — dikenali secara rasmi sebagai Magister Populi ("Penguasa Rakyat"), Praetor Maximus ("Praetor Agung"), atau Magister Peditum ("Penguasa Infantri") — berkedudukan "luar biasa" (magistratus extraordinarius), serta penjawat tertinggi dalam tertib taraf (Praetor Maximus). Beliau dibantu oleh 24 orang liktor.
Fungsi diktator adalah untuk melaksanakan tugas-tugas yang melewati kuasa mana-mana satu majistret biasa. Senat Rom meluluskan senatus consultum yang memberikan kuasa kepada konsul-konsul untuk mencalonkan seorang diktator yang merupakan kekecualian tunggal terhadap prinsip-prinsip kekolejan (pemegang berbilang untuk jawatan yang sama) dan tanggungjawab (bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk kesemua tindakan semasa memegang jawatan) dalam undang-undang Rom. Hanya satu diktator boleh dilantik pada mana-mana satu masa atas apa-apa alasan, dan diktator tidak perlu bertanggungjawab di sisi undang-undang kepada tindakannya semasa memegang jawatan.