Eric Chia
Tan Sri Dato' Eric Chia Eng Hock (Cina: 谢英福) atau lazimnya dikenali sebagai Eric Chia merupakan jutawan di Malaysia dan merupakan bekas Pengerusi Perwaja Steel.
Pada bulan Jun 2007, Chia dibebaskan daripada tuduhan melakukan pecah amanah jenayah kerana menggelapkan wang syarikat Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd sebanyak RM76.4 juta pada 19 Februari 1994 sewaktu memegang jawatan Pengarah Urusan.
Eric Chia meninggal dunia pada pukul 9.00 pagi, 24 Jun 2008 di sebuah hospital di Sungai Petani selepas mengalami kesusahan bernafas.
Saman malu
[sunting | sunting sumber]Pada 13 Januari 2009,Hakim Datuk Abdul Wahab Patail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 April 2009 untuk sebutan semula kes saman malu bekas pengarah urusan Perwaja Terengganu Sdn Bhd mendiang Tan Sri Eric Chia terhadap setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Ini kerana Eric Chia telah meninggal dunia.
Ketika itu, Eric Chia membantah laporan polis di Balai Polis Sentul oleh Lim Guan Eng (48) bertajuk "First Report On Financial Malpractices, Abuse Of Power, Corruption And Fraud In Perwaja Terengganu Sdn Bhd (Perwaja). Laporan polis dibuat pada 11 April 1996 yang menggambarkan Eric Chia seorang perasuah dan tidak layak menjadi pengarah syarikat. Oleh itu reputasi Eric Chia terjejas dan memohon memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. . Plaintif (Eric Chia) diwakili peguam Jega Kumar manakala Karpal Singh bertindak bagi pihak defendan (Lim Guan Eng).[1]