Freundel Stuart
Freundel Stuart | |
---|---|
Perdana Menteri Barbados | |
Menyandang jawatan 23 Oktober 2010 | |
Raja | Elizabeth II |
Gabenor Agung | Clifford Husbands |
Didahului oleh | David Thompson |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1951? Saint Philip, Barbados |
Parti politik | Parti Buruh Demokratik |
Tempat belajar | Universiti Hindia Barat |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Freundel Jerome Stuart (lahir c. 1951) merupakan Perdana Menteri Barbados yang ketujuh.[1][2] Beliau mengambil alih jawatan David Thompson yang meninggal dunia akibat barah pankreas pada 23 Oktober 2010.[3][4] Beliau merupakan ahli Parti Buruh Demokratik (DLP).
Biografi
[sunting | sunting sumber]Kehidupan dan kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Stewart lahir di Saint Philip, Barbados.[5] Beliau merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan yang mengkaji sosiologi di kampus Universiti Hindia Barat di Cave Hill Campus di Barbados.[6]
Beliau sendiri juga merupakan lepasan Universiti Hindia Barat yang memegang ijazah sains politik dan undang-undang.[6] Beliau merupakan seorang peguam yang berpraktikkan undang-undang jenayah dan korporat.[6]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Freundel Stuart merupakan seorang penyokong setia Parti Buruh Demokratik yang pernah berkhidmat sebagai Presiden parti. Beliau mewakili kawasan parlimen St. Michael South.
Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Stuart bertugas sebagai pemangku Perdana Menteri Barbados sejak Mei 2010 apabila David Thompson uzur akibat barah pankreas.[6] Thompson meninggal dunia akibat penyakit itu pada 23 Oktober 2010.[5] Para pemimpin Parti Buruh Demokratik mengadakan mesyuarat gempar di ibu pejabat parti di George Street, Bridgetown pada pagi hari pemergian Thompson, untuk melantik Stewart sebagai Perdana Menteri.[5]
Freundel Stewart mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Barbados yang ketujuh pada 23 Oktober 2010, di hadapan Gabenor Jeneral Clifford Husbands.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Staff writers (23 Oktober 2010). "Breaking News: Cabinet members to be re-confirmed this afternoon". The Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters:
|pmd=
dan|trans_title=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Staff writer (23 October 2010). "Stuart sworn in Prime Minister". Nation Newspaper (dalam bahasa English). Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters:
|pmd=
dan|trans_title=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal] - ^ Staff writer. "Urgent Barbados Death: Barbados Prime Minister David Thompson is dead" (dalam bahasa English). Caribbean News Agency (CANA). Dicapai pada 23 October 2010. Cite has empty unknown parameters:
|pmd=
dan|trans_title=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "New Barbados PM to be sworn in". RJR News. 23 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-26. Dicapai pada 23 October 2010.
- ^ a b c d "Barbados' Seventh PM". Trinidad & Tobago's Newsday. 2010-10-25. Dicapai pada 2010-10-25.
- ^ a b c d "Meet Barbados' New Prime Minister". CaribWorldNews. 2010-10-23. Dicapai pada 2010-10-25.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh David Thompson |
Perdana Menteri Barbados 2010–kini |
Pemegang jawatan kini |