Pergi ke kandungan

Gracy Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gracy Singh
Kelahiran (1980-07-20) 20 Julai 1980 (umur 44)[1]
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penari
Tahun aktif1997–kini

Gracy Singh (lahir 20 Julai 1980)[1] ialah seorang pelakon wanita India. Beliau terkenal dengan peranannya dalam filem Lagaan: Once Upon a Time in India dan Munna Bhai M.B.B.S..[2] Singh juga ialah penari Bharatnatyam dan Odissi.[3][4]

Dilahirkan di Delhi, India,[1] Singh memulakan kerjayanya bersama kumpulan tarian "The Planets".[3] Watak lakonan pertamanya ialah Amanat. Beliau seterusnya berlakon bersama Aamir Khan dalam filem drama sukan epik arahan Ashutosh Gowariker Lagaan: Once Upon a Time in India, di mana beliau memegang watak gadis kampung. Beliau dicalonkan di Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik,[5] dan memenangi Anugerah Skrin untuk Pendatang Baharu Harapan – Wanita.[6]

Singh muncul dalam beberapa filem Hindi dan Telugu termasuk Munna Bhai M.B.B.S.[7] dan Santosham. Beliau juga berlakon dalam filem Punjabi seperti Lakh Pardesi Hoye[8] dan filem Malayalam Loudspeaker arahan Jayaraj.[9]

Pada tahun 2015, Singh kembali beraksi di TV, memegang watak Dewa Santoshi dalam Santoshi Maa di &TV.[10][11]

  1. ^ a b c d "Gracy Singh". Indiatimes.com. Dicapai pada 2016-08-26. Gracy is actually from Punjab, but born in Delhi on July 20, 1980.
  2. ^ Jha, Sumit (9 July 2016). "Gracy Singh: TV has a wider reach than cinema now". The Times of India. Dicapai pada 2016-08-26.
  3. ^ a b Bhayani, Viral. "Gracy Singh performs". Deccan Chronicle. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2016. Dicapai pada 26 Ogos 2016.
  4. ^ "Gracy's Foot Forward". Indian Express. 31 March 2001. Dicapai pada 22 August 2011.
  5. ^ "Gracy Singh Awards". One India. Dicapai pada 31 January 2013.
  6. ^ "'Lagaan', 'DCH' sweep Screen awards - Nation". The Tribune. Chandigarh, India. United News of India. 20 January 2002. Dicapai pada 2016-08-26.
  7. ^ Shrivastava, Vipra (26 November 2015). "Lagaan actress Gracy Singh back on TV after 13 years". India Today. Dicapai pada 2016-08-26.
  8. ^ Mathur, Siddhartha (14 December 2009). "Here's Gracy!". The Indian Express. Dicapai pada 2016-08-26.
  9. ^ "Gracy Singh in Loud Speaker". Sify. Dicapai pada 2016-08-26 – melalui Moviebuzz.
  10. ^ Maheshwri, Neha (23 November 2015). "Gracy Singh repeats her 'Lagaan' look on TV". The Times of India. Dicapai pada 2016-08-26.
  11. ^ Santoshi Maa

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]