Pergi ke kandungan

Guadalup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Guadalup
273.01 ± 0.14 – 259.51 ± 0.21 Ma
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Nama yang diratifikasi1996
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDKP konodon Jinogondolella nanginkensis
Sempadan bawah GSSPNgarai Stratotip, Pergunungan Guadalupe, Texas, AS
31°52′36″N 104°52′36″W / 31.8767°N 104.8768°W / 31.8767; -104.8768
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2001[1]
Takrif sempadan atasDKP konodon Clarkina postbitteri postbitteri
Sempadan atas GSSPKeratan Penglaitan, Laibin, Guangxi, China
23°41′43″N 109°19′16″E / 23.6953°N 109.3211°E / 23.6953; 109.3211
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2004[2]

Guadalup ialah nama untuk siri/epok kedua pada tempoh Perm. Epok Guadalup didahului oleh EpokCisural dan diikuti oleh Epok Leping. Ia dinamakan sempena Pergunungan Guadalupe yang terletak di negeri New Mexico dan negeri Texas, dan tarikh yang dipastikan antara 272.95 ± 0.5 – 259.1 ± 0.4 Mya.[3][4] Siri ini menyaksikan kemunculan terapsida, peristiwa kepupusan kecil yang dipanggil Kepupusan Olson dan kepupusan besar-besaran yang ketara dipanggil peristiwa kepupusan penghujung Kapitan. Epok Guadalup sebelum ini dikenali sebagai epok Perm Tengah.

Kepelbagaian biologi

[sunting | sunting sumber]

Terapsida menjadi haiwan darat yang dominan pada epok Guadalup, menggantikan pelikosaur . Therapsida berkembang daripada kumpulan pelikosaur yang dipanggil sfenakodonta.[5][6] Terapsida terdiri daripada empat klad utama: dinosefalia, anomodon herbivor, biarmosukia maging, dan teriodonta yang kebanyakannya maging. [6] Selepas berlakunya letusan singkat kepelbagaian evolusi, dinosefalia pupus pada penghujung epok Guadalup.[6]

Titanophoneus, pemangsa teratas dalam rantai makanan pada epok Guadalup

Kepupusan besar-besaran berlaku 273 juta tahun dahulu di pada awal epok Guadalup sebelum peristiwa kepupusan Perm-Trias yang lebih besar.[7] Kepupusan ini pada asalnya dipanggil Lompang Olson kerana ia pada mulanya dianggap sebagai masalah dalam pemeliharaan fosil. Sejak tahun 1990-an ia telah dinamakan semula sebagai Kepupusan Olson. Peristiwa kepupusan ini berlaku berhampiran permulaan zaman dan membawa kepada tempoh lanjutan kepelbagaian spesies yang rendah apabila dua per tiga daripada hidupan vertebrata darat pupus di seluruh dunia.[8] Kepelbagaian spesies global meningkat secara mendadak pada penghujungnya mungkin akibat pengisian semula taksa baharu, tetapi jatuh semula apabila peristiwa penghujung Guadalup menyebabkan penurunan kepelbagaian spesies dalam peringkat Wuchiaping.[7]

Tiada sebab yang dipersetujui untuk Kepupusan Olson. Perubahan iklim mungkin merupakan punca. Persekitaran yang melampau telah diperhatikan di Kansas sewaktu tempoh Perm yang terhasil akibat gabungan iklim panas dan perairan berasid yang bertepatan dengan Kepupusan Olson.[9] Sama ada perubahan iklim ini adalah hasil daripada proses semula jadi Bumi atau diburukkan lagi oleh peristiwa lain tidak diketahui.

Iklimnya menyerupai iklim di kebanyakan kawasan Asia Tengah pada hari ini. Pangea ialah sebuah adibenua dan mempunyai musim panas kering yang sangat panas dan musim sejuk yang teramat sejuk. Pada masa ini di khatulistiwa terdapat padang pasir yang mencapai 74 darjah Celsius.[10] Pantainya adalah tropika dan mempunyai monsun.[11]

Dua per tiga pertama epok itu adalah penerusan iklim sederhana dan tropika. Iklim mula menjadi kering dan pembentukan arang batu pada epok sebelumnya mula berhenti. Perubahan iklim juga menyediakan persekitaran baharu untuk tetrapoda, reptilia, ikan, tumbuhan dan invertebrata baharu.[11]

Pada satu per tiga terakhir epok ini, suhu mula menurun dan banyak terumbu karang mati. Tambahan pula, peningkatan aktiviti gunung berapi membawa pengurangan oksigen, kesan rumah hijau dan kepupusan besar-besaran.[11]

Subbahagian

[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga peringkat dalam epok Guadalup, iaitu Roadian, Wordian, dan Kapitanian.

Pembahagian lain

[sunting | sunting sumber]

Subbahagian yang kadangkala digunakan ialah,

  • Kazanian atau Maokovian (di Eropah) [270.6 ± 0.7 – 260.4 ± 0.7 Mya] [12]
  • Brakstonian (di New Zealand) [270.6 ± 0.7 – 260.4 ± 0.7 Mya]
  1. ^ "GSSP for Roadian Stage". International Commission on Stratigraphy. Dicapai pada 13 December 2020.
  2. ^ Jin, Yugan; Shen, Shuzhong; Henderson, Charles; Wang, Xiangdong; Wang, Wei; Wang, Yue; Cao, Changqun; Shang, Qinghua (December 2006). "The Global Stratotype Section and Point (GSSP) for the boundary between the Capitanian and Wuchiapingian Stage (Permian)" (PDF). Episodes. 29 (4): 253–262. doi:10.18814/epiiugs/2006/v29i4/003. Dicapai pada 13 December 2020.
  3. ^ "Linked Data - Object Viewer". vocabs.ardc.edu.au. Dicapai pada 9 January 2022.
  4. ^ Gradstein, Felix M.; Ogg, James G.; Smith, Alan G. (2004). A Geologic Time Scale 2004. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-78673-7.
  5. ^ "Synapsid Classification & Apomorphies". tolweb.org.
  6. ^ a b c Huttenlocker, Adam. K.; Rega, Elizabeth (2012). "Chapter 4. The Paleobiology and Bone Microstructure of Pelycosauriangrade Synapsids". Dalam Chinsamy-Turan, Anusuya (penyunting). Forerunners of Mammals: Radiation, Histology, Biology. Indiana University Press. m/s. 90–119. ISBN 978-0253005335.
  7. ^ a b Sahney, S.; Benton, M.J. (2008). "Recovery from the most profound mass extinction of all time". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 275 (1636): 759–65. doi:10.1098/rspb.2007.1370. PMC 2596898. PMID 18198148.
  8. ^ Bond, David; Hilton, Jason (2010). "The Middle Permian (Capitanian) mass extinction on land and in the oceans". Earth-Science Reviews. 102 (1): 100–116. Bibcode:2010ESRv..102..100B. doi:10.1016/j.earscirev.2010.07.004.
  9. ^ Zambito, J.J. IV.; Benison, K.C (2013). "Extreme high temperatures and paleoclimate trends recorded in Permian ephemeral lake halite". Geology. 41 (5): 587–590. Bibcode:2013Geo....41..587Z. doi:10.1130/G34078.1.
  10. ^ https://www.sciencenews.org/article/kansas-was-unbearably-hot-270-million-years-ago
  11. ^ a b c "The Guadalupian Epoch". Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Paleos" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ "GeoWhen Database - Kazanian". www.stratigraphy.org.