Hamid Syahriari
Hujatul Islam[1] Syeikh Hamid Syahriari | |
---|---|
Setiausaha Agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Dilantik oleh | Ali Khamenei |
Didahului oleh | Muhsin Araki |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hamid Havali Syahriari 1963 (umur 60–61) Tehran, Iran |
Pendidikan | Seminari Qom |
Bidang pengkhususan | Ulama |
Hamid Havali Syahriari (Parsi: حمید حوالی شهریاری )[2] (Lahir: 1963, Tehran)[3][4] ialah seorang ulama Islam di Iran bermazhab Syiah Imam Dua Belas. Beliau telah dilantik sebagai setiausaha agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam pada 2018. Perlantikan beliau dilakukan dengan titah pemimpin agung Iran, Ali Khamenei bagi menggantikan Muhsin Araki.[5]
Hamid ialah bekas ketua Pusat Perangkaan dan Maklumat dalam sistem kehakiman Iran. Beliau juga ialah bekas ketua Pusat Penyelidikan Komputer Sains Islam. Beliau juga pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Ruang Siber Iran.[6]
Beliau pernah menghadiri Hauzah Ilmiah Qom pada 1981, dan menamatkan pengajian seminarinya dalam 6 tahun. Beliau juga sibuk mengajar pengajian seminari selain pendidikan beliau sendiri, dan juga belajar bahasa Arab dan Inggeris. Selepas habis pendidikan Hauzah, beliau menyertai kelas perguruan, dengan Sayid Kazim Al-Haeri dan Jawad Tabrizi selama sepuluh tahun dalam "Pengajian kepada Perundangan dan Prinsip Islam"[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "دبیرکل جدید مجمع تقریب مذاهب را بشناسید +عکس". مشرق نیوز (dalam bahasa Parsi). 2019-12-15. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ Knowing more about "Hamid Shahriari" tabnak.ir Retrieved 16 December 2019
- ^ Hamid Shariari hawzah.net Retrieved 15 December 2019
- ^ Hamid Shahriari -- the chosen ones of the book of the year (2007) ibna.ir Retrieved 15 December 2019
- ^ "حمید شهریاری دبیرکل مجمع تقریب مذاهب اسلامی شد". نسیم آنلاین (dalam bahasa Parsi). 2019-12-15. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ "دبیرکل جدید مجمع تقریب مذاهب را بشناسید + عکس - تسنیم". خبرگزاری تسنیم | Tasnim (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ Hujjat-al-Islam Hamid shahriari monazereh.ir Retrieved 15 December 2019