Heckler & Koch MP7
Heckler & Koch MP7 | |
---|---|
Jenis | Personal defense weapon |
Tempat asal | Jerman |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Tentera Darat Jerman, Polis Ministry of Defense British, polis Ireland, Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia, Polis Korea Selatan |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Heckler & Koch |
Dihasilkan | 2001– |
Spesifikasi | |
Berat |
|
Panjang |
|
Panjang laras | 180 mm (7.1 in) |
Kartrij | 4.6 x 30 mm |
Aksi | Sistem Gas, Bolt Berputar |
Kadar tembakan | |
Jarak tembakan efektif | 200 m |
Sistem suapan | 20 atau 40 butir dalam kelopak |
Heckler & Koch MP7 merupakan sepucuk senjata yang diklasifikasikan sebagai senjata perlindungan peribadi atau dipanggil Personal Defense Weapon yang dikeluarkan secara komersil pada tahun 2001 oleh Heckler & Koch.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum ini, negara-negara Barat mempunyai sistem kaliber utama bagi persenjataan yang sedia ada ialah 9 mm. Pada awalnya, ia dianggap efektif sehinggalah sejak akhir-akhir ini dengan pembangunan pesat teknologi sistem kalis peluru serta plat seramik perlindungan, kemampuan sistem senjata yang menggunakan peluru 9 mm ini sudah tidak lagi efektif dan gagal menembusi baju kalis peluru yang dipakai oleh pihak musuh. Ini boleh dibuktikan apabila anggota-anggota bekas pakatan negara WARSAW dan Russia melengkapkan anggota pasukannnya dengan sistem pakaian kalis peluru. Kesatuan Eropah (EU) dan NATO menganggap penggunaan pakaian perlindungan ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan.
Atas perkara inilah, negara-negara Eropah dan NATO bercadang untuk menghasilkan satu sistem peluru berpiawaian tinggi yang mampu menembusi pakaian perlindungan. Salah satu contoh piawaian ini dinamakan CRISAT atau Collaboration Research Into Small Arms Technology. Sistem ini berkemampuan menembusi sistem pertahanan CRISAT tersebut, iaitu mempunyai ketebalan 1.6 mm plat Titanium dan 20 lapisan fabrik Kevlar dibelakang plat tersebut pada jarak minima 50 meter.
Sebelum ini, sistem persenjataan yang menggunakan sistem tersebut adalah senjata submesingan FN P90 buatan Fabrique Nationale, syarikat persenjataan dari negara Belgium yang juga pengeluar utama pistol Browning HP, mesingan FN MAG dan FN Minimi. FN P90 menggunakan sistem peluru 5.7 x 28 mm yang mana kelopaknya berbentuk kotak memanjang yang dipasangkan pada bahagian atas senjata.
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]MP7 diperkenalkan oleh HK dengan menggunakan sistem peluru terbarunya yang mampu menembusi plat logam sepertimana P90 iaitu 4.6 x 30 mm. Peluru ini dibangunkan bersama Royal Ordnance, Radway Green dari United Kingdom. Berbeza dengan FN P90, MP7 ini menggunakan sistem yang sama dengan senjata submesingan yang lain iaitu mempunyai sifat pistol mesin atau machinepistol yang dihasilkan oleh beberapa syarikat persenjataan dari negara-negara luar. Selain itu, kelopaknya dipasangkan dibahagian dalam penggenggam tangan atau pistol grip, mempunyai udi teleskopik dan juga mempunyai pemegang yang dipasang pada bahagian bawah laras yang boleh dilipatkan kehadapan sekiranya tidak diperlukan.
Pada bahagian atas laras mempunyai sistem landasan Picatinny yang boleh dikembarkan dengan perbagai alatan sokongan, malahan sistem landasan juga turut dipasang pada bahagian tepi pengadang tangan dikiri dan kanan senjata tersebut. Terdapat dua jenis pejera yang dibekalkan pada senjata iaitu pejera berskala yang boleh diubahsuai bagi tembakan jarak jauh yang tepat dan pejera jarak dekat untuk tembakan pantas dan diwaktu gelap. Sistem pejera bersekunder ini dilengkapi dengan titik bercahaya, satu pada pejera hadapan dan satu lagi dibahagian pejera belakang. Muncung laras mempunyai sistem pengedap percikan bunga api dan juga bertindak sebagai sambungan kepada alat pelenyap bunyi.
Pengoperasian kunci kawalan keseluruhan persenjataan ini amat kreatif dengan kesemua sistem kekunci seperti pencekah, pelepas bolt, pembuka kelopak dan kunci selamat boleh digunakan dengan kedua-dua belah tangan. Ini membolehkan pengendali boleh menyelaraskan senjata ini dengan pantas dan mudah. Misalnya, pencekah MP7 ini digunakan sama seperti versi Colt M16 dibahagian belakang senjata. Terdapat dua jenis kelopak yang boleh digunakan pada senjata ini iaitu kelopak berkapasiti 20 hingga 40 butir peluru. Bahagian kerangka senjata ini diperbuat daripada bahan polimer dengan keluli yang menjadikannya ringan dan mudah dibawa kemana-mana.
Kitaran mekanikal senjata MP7 ini berfungsi sama dengan raifal tempur HK G36, tetapi ia berskala kecil. Penggunaan peluru 4.6 x 30 mm yang menghasilkan sistem anjalan yang minima menjadikan senjata ini mudah dikawal walaupun dengan secara semburan automatik tanpa sebarang lonjakan laras yang maksima seolah-olah sama dengan menggunakan senjata yang berkaliber .22 yang digunakan dalam sukan menembak.
Ciri-ciri keselamatan yang baik turut disediakan pada MP7 ini bagi mengurang atau menghalang dari sebarang berlakunya tembakan secara tidak sengaja sekiranya jatuh dari tempat tinggi mahupun permukaan keras.
Peralatan Tambahan atau Aksesori
[sunting | sunting sumber]Sepertimana sistem persenjataan yang lain, MP7 turut dipasangkan dengan pelbagai jenis peralatan tambahan dan aksesori bagi mengikut kehendak operasi yang bakal dilakukan. MP7 turut dibekalkan dengan sistem pejera optik jenis Henzsoldt Z-Point yang dikembarkan pada bahagian atas senjata.
Sistem pelenyap bunyi juga turut dilengkapkan pada bahagian muncung laras senjata ini bagi membolehkan pengguna mampu menjalankan operasi secara senyap.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]-
MP7A1 dengan bidikan dot merah reflex Zeiss RSA dan modul pancaran laser LLM01.
-
MP7A1.
-
Pegawai Polis MOD dilapangan bersama MP7-SF dalam pakaian CBRN.
-
MP7A1 dengan penyenyap, kelopak tambahan, dan pembidik reflex Elcan.
-
Penyelam Tentera Laut DiRaja Malaysian PASKAL bersedia di Kuala Lumpur bersama MP7A1.
- Pihak Bundeswehr (Tentera Darat Jerman) mula menggunakan MP7 jumlah yang tinggi, selepas digunakan oleh pasukan tentera elit Jerman iaitu unit Kommando Spezialkräfte (KSK). Tentera Jerman turut menggunakan senjata ini di Afghanistan semasa rondaan di Kabul. MP7 ini merupakan projek masa hadapan bagi unit infantri Jerman.
- Pada tahun 2005, MP7 menjadi senjata utama bagi pasukan polis Ministry of Defence dari Britain sebagai pilihan utama pasukan mereka. Memandangkan senjata ini amat ringan dan mampu menghasilkan tembakan yang amat tepat dalam jarak dekat, adalah menjadi penyebab pasukan ini memilih senjata tersebut.
- MP7 juga turut menjadi senjata utama bagi pasukan pengaman PBB selain G36K, MP5, senapang patah Benelli dan Glock 19.
- MP7 juga digunakan oleh unit elit polis Republik Korea Selatan iaitu Special Weapon Attack Team (KNP SWAT) dan Coast Guard Sea Special Assault Team (SSAT) bagi pengoperasian unitnya selain MP5, UMP, USP, P7M13.
- MP7 dikatakan mampu menggantikan submesingan buatan Israel iaitu jenis Uzi bagi penggunaan polis Ireland khasnya pasukan elit Emergency Response Unit.
- Pada tahun 2007, Polis Diraja Malaysia telah menempah senjata MP7 ini bagi kegunaan pasukan elitnya iaitu Pasukan Gerakan Khas dan kini unit tersebut telah menggunakannya bagi mempertingkatkan sistem submesingan yang sedia ada selain MP5 dan UMP 9mm.
Sila lihat
[sunting | sunting sumber]Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Heckler & Koch MP7. |
- (Inggeris)HK Defense: MP7 product page Diarkibkan 2007-03-07 di Wayback Machine
- (Inggeris)HK MP7 dalam ruangan HKPRO Diarkibkan 2008-06-06 di Wayback Machine
- (Inggeris)Persenjataan moden - HK MP7
- (Inggeris)Gallery MP7 (Bahasa Cina)
Senarai senjata api | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain. |