Pergi ke kandungan

Hizbul Muslimin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hizbul Muslimin
PemimpinUstaz Abu Bakar al-Baqir
Ditubuhkan17 Mac 1948
Dibubarkan18 Jun 1948
Digantikan olehPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kemudian digantikan oleh Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Ibu pejabatGunung Semanggol, Perak
Sayap beliaSyabāb Hizb al-Muslimīn[1]
IdeologiIslamisme
Penggabungan antarabangsaMajlis Syura Muslimin Indonesia[2]

Hizbul Muslimin ('Hamim') atau Parti Orang Muslimin Malaya (Muslim People's Party of Malaya), merupakan parti Islam yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Hizbul Muslimin juga parti Islam pertama di Tanah Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan British.[3]

Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 1947, persidangan Islam se-Malaysia (Pan-Malayan Islamic conference) yang pertama telah diadakan di Madrasah Ma'ahad al-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggol, Perak. Perhimpunan yang ditaja oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dianjurkan untuk membincangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim. Ianya bertujuan membawa gerakan-gerakan dan pemikir-pemikir Islam yang lebih aktif secara politik dan progresif di dalam negeri untuk duduk bersama-sama. Hasilnya MATA, Majlis Agama Tertinggi Malaya (Supreme Religious Council) Malaya telah tertubuh.

MATA mula menganjurkan perhimpunan dan kegiatan politik bagi aktivis Melayu-Muslim untuk berkumpul dan berbincang rancangan untuk masa depan dan keperluan untuk mengerahkan masyarakat umum. Majlis itu juga menganjurkan satu persidangan pada 13–16 Mac 1948 yang membincangkan isu tempatan dan antarabangsa yang berkenaan dengan masyarakat umum. Peserta-peserta persidangan merasakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO tidak melakukan apa yang memadai untuk mengemukakan isu mustahak secara umum dan puak konservatif-nationalis juga tidak memainkan peranan yang cukup untuk kepentingan Melayu-Muslim. Perwakilan UMNO di dalam MATA tidak berpuas-hati dengan nada perbincangan pihak Islamis, yang dirasai terlalu berunsur revolusi dan militan. Perwakilan UMNO telah melaporkan pendapat dan pemerhatian mereka pimpinan mereka menyebabkan pemimpin UMNO Dato' Onn Jaafar mula mengeluarkan amaran mengenai "ancaman bahaya dari gunung", yang merujuk kepada Gunung Semanggol, lokasi pergerakan MATA.

Sejurusnya Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948 dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir selepas persidangan kedua MATA yang mengisytiharkan supaya MATA diatur-semula sebagai satu parti politik Islam. Dengan penubuhan Hizbul Muslimin, kesemua aktiviti politik telah dipindahkan kepada pertubuhan politik baru itu. MATA pula berperanan sebagai biro hal-ehwal agama parti itu. Walau bagaimanapun, parti politik Islam yang pertama di Malaya ditakdirkan untuk tidak bertahan lama apabila ianya diharamkan oleh kerajaan British dengan dakwaan bahawa Hizbul Muslimin menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Ordinan Darurat 1948 yang diluluskan menyebabkan Hizbul Muslimin diharamkan dan dianggap bahaya.

Pembubaran dan selepasnya

[sunting | sunting sumber]

Ramai anggota Hizbul Muslimin melepaskan diri mereka dari tindakan British dengan menyertai UMNO. Apabila puak ulamak di dalam UMNO berpecah keluar daripada parti itu, mereka menubuhkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association)[4], dengan singkatan PAS. Pada masa itu, perlembagaan persatuan membenarkan keahlian bertindih di dalam PAS dan UMNO yang menjadikan ramai ahli kedua-dua pertubuhan menganggap diri mereka juga ahli pertubuhan yang lain. Akhirnya, peruntukan keahlian bertindih di dalam perlembagaan parti dibatalkan dan PAS mula muncul sebagai entiti yang tersendiri.[5] Demi kepentingan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, persatuan itu didaftar-semula sengan nama baru sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP). Nama itu ditukar sekali lagi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa era presiden Asri Muda pad 1970s.[6]

Dalam budaya masyhur

[sunting | sunting sumber]

Nama Hizbul Muslimin digunakan sebagai salah sebuah parti politik dalam filem Daulat terbitan Lacuna Pictures[7]. Ia dipimpin oleh Ustaz Saiful yang dibintangi oleh Amar Asyraf.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ulama dan Perjuangan Politik: Peranan Masyumi Terhadap Penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu, 1947-1948
  2. ^ Ulama dan Perjuangan Politik: Peranan Masyumi Terhadap Penubuhan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu, 1947-1948
  3. ^ Sejarah Perjuangan PAS 1951-1970
  4. ^ Farish Noor (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951 - 2003), Vol. I, p. 72. MSRI
  5. ^ Farish Noor, ibid
  6. ^ Farish Noor, ibid, p. 87
  7. ^ Aiman Hakim (8 April 2020). "Hizbul Muslimin – Parti Islam Pertama Tanah Melayu". The Patriots. Dicapai pada 14 Mei 2022.