Pergi ke kandungan

Hutan Simpanan Bukit Timah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hutan Simpanan Bukit Timah
هوتن سيمڤنن بوکيت تيمه
Tinggalan kuari yang terdapat di Hutan Simpanan Bukit Timah
Hutan Simpanan Bukit Timah yang terletak di Singapura
Hutan Simpanan Bukit Timah
Lokasi di Singapura
JenisHutan simpan
Lokasi Singapura
Keluasan1.64 kilometer persegi (410 ekar)
Dibangunkan
1883 (1883)
Dikendalikan olehLembaga Taman Negara
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hutan Simpanan Bukit Timah (Inggeris: Bukit Timah Nature Reserve) merupakan kawasan simpanan semulajadi seluas 1.64 kilometer persegi (410 ekar) yang terletak di lereng Bukit Timah, di tengah-tengah negara Singapura. Hutan ini berada kira-kira 12 kilometer (7.5 bt) dari daerah perniagaan pusat, Downtown Core.

Walaupun hutan ini mempunyai ukuran yang kecil, ia dianggap salah satu kawasan semulajadi yang paling produktif. Alfred Russel Wallace, ahli alamiah British juga berfikiran sedemikian. Bersama-sama dengan Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, dua kawasan ini menempatkan 840 spesies tumbuhan berbunga dan 500 spesies haiwan.[1] Hari ini, ia adalah salah satu kawasan hutan hujan utama yang masih wujud di Singapura. Hutan simpanan ini secara rasminya diisytiharkan sebagai sebahagian daripada Taman Warisan ASEAN pada 18 Oktober 2011.[2][3]

  1. ^ "Bukit Timah Nature Reserve". Lembaga Taman Negara. Diarkibkan daripada yang asal (visitors' guide) pada 2013-04-07. Dicapai pada 19 Oktober 2011.
  2. ^ "Bukit Timah Nature Reserve declared ASEAN Heritage Park". Channel NewsAsia. 19 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-30. Dicapai pada 2015-12-21.
  3. ^ "President endorses ASEAN Heritage Park". AsiaOne. 19 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2015-12-21.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]