Pergi ke kandungan

Ian Blelloch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ian William Blelloch
Residen British Perak
Dalam jawatan
1951–1956
Didahului olehJames Innes Miller
Digantikan olehTugas dimansuhkan
Maklumat peribadi
Lahir(1901-08-02)2 Ogos 1901
Mati25 Mac 1982(1982-03-25) (umur 80)

Dato’ Ian William Blelloch CMG (2 Ogos 1901 – 25 Mac 1982) merupakan pentadbir jajahan British di Tanah Melayu.[1]

Blelloch mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Dunfermline dan Universiti Edinburgh. Beliau merupakan kadet Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1926), Pegawai Daerah Kerian (Kelas III), Pegawai Daerah Raub (1932) (Kelas IV), Pemangku Penasihat British untuk Terengganu dan Penasihat British untuk Perak terakhir (1951–1956). Gaji bulanan beliau sebagai Penasihat untuk perak ialah M$1500.[2]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Blelloch telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian Perak pada tahun 1953.[1] Beliau dilantik CMG pada tahun 1955,[3] Pegawai Order of St John pada tahun 1957,[4] dan Commander of that Order pada tahun 1964.[5] Beliau telah dilantik Dato’ oleh Sultan Perak pada tahun 1956.[1]

Jawatan politik
Didahului oleh
James Innes Miller
Penasihat British Perak
1951 – 1956
Diikuti oleh:
'jawatan dimansuhkan'
  1. ^ a b c BLELLOCH, Ian William, Who Was Who, A & C Black, 1920–2016 (online edition, Oxford University Press, 2014)
  2. ^ https://books.google.com/books?id=fVMQAAAAIAAJ&q=i.w.+blelloch&dq=i.w.+blelloch&pgis=1
  3. ^ "No. 40497". The London Gazette (Supplement). 3 June 1955. m/s. 3261.
  4. ^ "No. 40972". The London Gazette. 8 January 1957. m/s. 230.
  5. ^ "No. 43367". The London Gazette. 26 Jun 1964. m/s. 5541.