Pergi ke kandungan

Issam al-Daalis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Issam al-Daalis
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Susulan Kerajaan Palestin di Gaza
Menyandang jawatan
2021
PresidenMahmud Abbas
Didahului olehDr. Mohammed Awad
Maklumat peribadi
Lahir1966 (umur 57–58)
Kem pelarian Jabalia, Gaza Utara, Gaza
Parti politik Hamas

Issam Al-Daalis (Arab: عصام الدعاليس, rumi: Issam Al-Da'alis) ialah seorang ahli politik di Palestin. Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Susulan Kerajaan Palestin di Gaza yang dianggap sebagai Perdana Menteri di Gaza[1] sejak 2021.[2] Issam ialah ahli Biro Politik Hamas.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir pada 1966 di kem pelarian Jabalia, Gaza Utara. Beliau pernah bertugas sebagai penolong pengarah di Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA). Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat politik Perdana Menteri Ismail Haniyeh pada 2012-2014.[2]

  1. ^ "Hamas appoints new prime minister in Gaza". The Jerusalem Post | JPost.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-13. Dicapai pada 2023-10-26.
  2. ^ a b "رسميا.. الدعليس يتولى رئاسة متابعة العمل الحكومي في غزة". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2023-10-26.