Jata Kazakhstan
Jata Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстан елтаңбасы , Qazaqstan eltañbasy ) merupakan lambang negara Kazakhstan yang diguna pada 4 Jun 1992, selepas perpisahan dari Kesatuan Rusia. Pereka jata ini adalah Zhandarbek Malibekov dan Shot-Aman Ualikhanov.
Elemen
[sunting | sunting sumber]Perisai bulat yang membentuk jata negara ini merupakan simbol kehidupan dan keabadian yang bernilai terutama di kalangan orang nomad di Steppe.
Bulatan dan silang di dalam jata ini, iaitu shanyrak , silang yang memberi sokongan yang terdapat di atas khemah yurt. Ini melambangkan kestabilan pembangunan dan keamanan negara yang datang dari rakyat. Garisan-garisan mengambarkan sinar matahari yang menembusi dari shanyrak menerangi khemah.
Dua kuda bersayap di kiri dan kanan perisai, merupakan kuda mitos tulpar, iaitu kuda terbang dalam mitologi di kalangan orang Turk, yang membawa maksud keberanian sejak zaman dahulu kala. Sayap kuda ini membawa maksud impian berabad-abad lamanya penduduk Kazakhstan yang berbilang bangsa dalam membina sebuah negara yang kukuh dan makmur. Mereka mewakili pemikiran tulen dan aspirasi pembangunan yang kuat dan tidak ada putus asa. Berkas bijirin yang terdapat di dalam sayap kuda membawa maksud kerja keras rakyat Kazakhstan dan hasil kekayaan negara. Tanduk kuda memberitahu ia digunakan dalam upacara istiadat nomad serta hiasan atas puncak tiang bendera sebelum perjuangan mereka. Imej-imej rahmat syurga melambangkan kesuburan bumi dan nasib tentera. Oleh itu, kuda bersayap dan bertanduk ini adalah imej tipologi penting dan mempunyai akar umbi yang mendalam dalam semantik dan sejarah.
Bintang lima, melambangkan bagaimana sikap dan tangan terbuka rakyat Kazakhstan untuk menerima bentuk perkongsian dan kerjasama dengan mana-mana negara dari 5 benua di dunia. Bintang ini juga mewakili aspirasi rakyat kepada cahaya kebenaran dan mengejar perkara yang mulia dan abadi secara berterusan.
Warna emas yang digunakan sebagai simbol kekayaan, keadilan dan kemurahan hati. Warna biru langit melambangkan langit yang tenang, aman dan damai.
Tulisan ҚA3AҚCTAH, iaitu Kazakhstan.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Lambang Republik Kazakhstan (Inggeris)