Pergi ke kandungan

Kalimantan Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalimantan Barat
Provinsi
Provinsi Kalimantan Barat
Jata Kalimantan Barat
Cogan kata: Akçaya (Sanskrit)
Tidak mudah musnah
Kedudukan Kalimantan Barat di Indonesia
Kedudukan Kalimantan Barat di Indonesia
OpenStreetMap
Map
Koordinat: 0°0′N 110°30′E / 0.000°N 110.500°E / 0.000; 110.500Koordinat: 0°0′N 110°30′E / 0.000°N 110.500°E / 0.000; 110.500
Negara Indonesia
Ibu provinsi
dan bandar terbesar
Pontianak
Ditubuhkan1 Januari 1957
Pentadbiran
 • BadanPemerintah Provinsi Kalimantan Barat
 • GabenorHarisson Azroi (pemangku)
 • Timbalan GabenorKosong
Keluasan
 • Jumlah147,037.04 km2 (56,771.32 batu persegi)
 • PemeringkatanKedua di Indonesia
Aras tertinggi1,659 m (5,443 ft)
Penduduk
 (anggaran pertengahan 2023)[1]
 • Jumlah5,623,328
 • PemeringkatanKe-15 di Indonesia
 • Kepadatan38/km2 (99/batu persegi)
Demografi
 • Kumpulan etnik34.93% Dayak
33.84% Melayu
9.74% Jawa
8.17% Cina
6.27% Madura
3.13% Bugis
3.91% other[2]
 • Agama (2021)60.07% Islam
22.16% Katolik
11.58% Protestant
5.85% Buddha
0.26% Konfusianisme
0.05% Hinduisme
 • BahasaIndonesia (rasmi), Bukar Sadong, Hakka, Iban, Kendayan, Jangkang, Melayu Pontianak, Melayu Sambas, Teochew, dll.
Zon waktuUTC+7 (Waktu Indonesia Barat)
Kod ISO 3166ID-KB
GDP (nominal)2022
 - Total[3]Rp 255.8 trillion (17th)
US$ 17.2 billion
Int$ 53.8 billion (PPP)
 - Per capita[4]Rp 46.2 million (24th)
US$ 3,109
Int$ 9,701 (PPP)
 - Growth[5] 5.07%
HDI 0.694 (30th) – medium
Laman sesawangkalbarprov.go.id

Kalimantan Barat ialah sebuah provinsi di Indonesia. Ia adalah satu daripada lima provinsi Indonesia yang terdapat di Kalimantan, bahagian Indonesia bagi pulau Borneo. Ibu kota dan bandar terbesarnya ialah Pontianak. Ia bersempadan dengan Kalimantan Timur dan Kalimantan Tengah di timur, Sarawak, negeri di Malaysia di utara, Selat Karimata di barat dan Laut Jawa di selatan. Provinsi ini mempunyai kawasan seluas 147,037 km2, dan mempunyai penduduk seramai 4,395,983 mengikut Bancian 2010[7] dan 5,414,390 mengikut Bancian 2020;[6] anggaran rasmi setakat pertengahan 2023 ialah 5,623,328 (merangkumi 2,887,209 lelaki dan 2,736,119 perempuan).[1] Kumpulan etnik termasuklah Dayak, Melayu, Cina, Jawa, Bugis, dan Madura. Sempadan Kalimantan Barat secara kasar dikesan dengan banjaran gunung yang dikelilingi kawasan tadahan air Sungai Kapuas, yang mengairi sebahagian besar provinsi ini.

Kalimantan Barat termasuk salah satu kawasan yang mendapat jolokan wilayah "Seribu Sungai". Jolokan ini selaras dengan keadaan geografi yang mempunyai ratusan sungai besar dan kecil yang di antaranya boleh dan sering dilayari. Beberapa sungai besar hingga sekarang masih menjadi nadi utama pengangkutan kawasan pedalaman, walaupun prasarana jalan darat telah dapat menjangkau sebahagian besar wilayah.

  1. ^ a b Badan Pusat Statistik, Jakarta, 28 February 2024, Provinsi Kalimantan Barat Dalam Angka 2024 (Katalog-BPS 1102001.61)
  2. ^ Ananta, Aris; Arifin, Evi Nurvidya; Hasbullah, M Sairi; Handayani, Nur Budi; Pramono, Agus (2015). Demography of Indonesia's Ethnicity. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 108. ISBN 978-981-4519-87-8.
  3. ^ Badan Pusat Statistik (2023). "Produk Domestik Regional Bruto (Milyar Rupiah), 2020-2022" (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Badan Pusat Statistik.
  4. ^ Badan Pusat Statistik (2023). "Produk Domestik Regional Bruto Per Kapita (Ribu Rupiah), 2020-2022" (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Badan Pusat Statistik.
  5. ^ Badan Pembangunan Nasional (2023). "Capaian Indikator Utama Pembangunan" (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Badan Pembangunan Nasional.
  6. ^ a b Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
  7. ^ Biro Pusat Statistik, Jakarta, 2011.