Pergi ke kandungan

Kanta Serigala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kanta Serigala
PengarahHussein Abu Hassan
PenulisHussein Abu Hassan
Dilla Hussein
Lakon layarHussein Abu Hassan
Dihasilkan olehPansha
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehRassul Hj. Salim
Muzik olehZulkifli Hj. Mohd Nadzar
Diedarkan olehBerjaya Film Productions
Tarikh tayangan
1991
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Kanta Serigala merupakan sebuah filem aksi Malaysia pada tahun 1991 dan diterbitkan dalam bentuk filem warna arahan Hussein Abu Hassan.

Filem ini mula ditayangkan pada 1991 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Faizal Hussein, Didie Alias dan Rosyam Nor.

Zairul merupakan seorang penderita masalah mental. Dia mempunyai seorang adik perempuan yang amat dikasihinya bernama Shakira. Shakira berkeinginan untuk menjadi seorang penyanyi terkenal dan berpengaruh seperti Dania. Namun hajatnya untuk menjadi penghibur tersohor tanahair telah musnah apabila Omar dan Rahim yang menyamar sebagai kakitangan syarikat rakaman telah memperdayakan Shakira, memperkosa dan kemudian membunuhnya. Zarul, kini diambang tekanan jiwa yang tidak terkawal lagi berazam untuk menuntut bela keatas kematian satu-satunya adik perempuan kesayangannya. Beliau membunuh kedua-dua lelaki tersebut apabila keadilan gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa atas sebab kekurangan bukti. Setelah dia diberkas polis, Zarul kemudianya disumbat kedalam hospital sakit jiwa berdasarkan penilaian mental beliau.

Setelah sekian lama hidup gelandangan dengan bertemankan ular-ular berbisa seperti ular tedung, Zarul kini menyasarkan dendamnya pada seorang lagi yang dia percaya bertanggungjawab keatas kematian adiknya, iatu Dania. Dania merupakan seorang penyanyi rock terkenal sememangnya hidup mewah, namun dia sendiri mengalami masalah dalam hubungan cinta dengan Imran yang seringkali sibuk dengan pekerjaan, sekaligus membuatkan Dania rasa terabai dan kurang kasih sayang. Ketika Dania sedang menginap di sebuah hotel, di cuba menghubungi Imran, tetapi kehadiran seorang wanita yang tidak dikenali dihotel tempat Imran menginap mengeruhkan lagi keadaan apabila wanita tersebut menjawab panggilan Dania. Walaupun pada hakikatnya, Imran langsung tidak mempunyai apa - apa hubungan sekalipun dengan tetamu yang tak diundang itu. Kecewa, Dania meninggalkan hotel tersebut untuk pergi ke Jalan Hang Tuah. Tiba - tiba dua orang lelaki datang dan cuba menarik Dania kedalam kenderaan mereka. Kebetulan Zarul yang sedari mula telah memerhati gerak geri Dania datang ke lokasi kejadian, memukul lelaki - lelaki berkenaan hingga mereka terus beredar. Peluang ini digunakan oleh Zarul untuk memperdaya Dania yang kemudianya telah menawarkan dirinya untuk menghantar Dania ke destinasinya. Sebaik sahaja mereka tiba disebuah jalan yang agak lengang, Zarul memberhentikan kenderaanya dan menekup mulut Dania dengan sehelai tuala yang dibasahi klorofom. Dania kini telah diculik dan dia berada dalam genggaman Zarul.

Gusar, Imran dan Pengurus Dania melaporkan kehilangan Dania pada pihak polis. Beberapa orang peminat setia Dania telah tampil memberikan keterangan mengenai kali terakhir mereka melihat Dania. Berdasarkan keterangan saksi tersebut, semua petunjuk menjurus kepada Zarul. Lebih malang lagi, ketidakstabilan mental Zarul telah menyebabkan dia membunuh seorang anggota polis yang cuba menahan kenderaanya. Ini menyebabkan dia menjadi orang buruan dan penjenayah yang paling dikehendaki lagi berbahaya. Diketuai oleh ASP Hussin, pihak polis telah menguatkuasakan sekatan jalan raya serta pencarian besar - besaran bagi mengesan suspek dan mangsa penculikan. Dalam pada itu, Zarul mula menceritakan kisah sebenar kepada Dania. Kebenaran yang memilukan membuat Dania turut berasa simpati keatas Zarul dan adiknya Shakira kerana walaupun dia seorang yang kurang siuman, tapi kasih dan sayangnya pada Shakira melebihi kasih sayang Imran pada Dania. Dania cuba memujuk Zarul untuk menyerah tetapi tidak dihiraukan. Dia juga berjanji untuk tidak mendakwa Zarul dengan apa pertuduhan sekalipun atas dasar simpati.

Dania akhirnya berjaya melarikan diri dari pondok ditengah hutan. Zarul meredah hujan lebat untuk cuba mengesan Dania akan tetapi Imran dan ASP Hussin telah datang menyelamatkan keadaan. Setelah terjadinya pergelutan sengit antara Imran dan Zarul, ASP Hussin melepaskan satu das tembakan yang menembusi rusuk Zarul, menyebabkan dia gagal untuk menikam Imran dengan pisaunya. Terkejut, Dania menghampiri Zarul yang sedang berhadapan dengan sakaratul maut. Dania mengenggam tangan Zarul buat kali terakhir, sambil berkata bahawa dia tetap merindui adiknya, Shakira. Dia kemudianya menghembuskan nafas terakhir dihadapan Dania, membawa kasih sayangnya yang kini bersemadi dengan kematiannya.

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Di Tabir Suria" - (Dilla Hussein / Hattan / Azida N.S.)
  • "Kanta Serigala" - (Hattan/Loloq)
  • "Mentari Jingga" - (Dilla Hussein / Zulkifli Hj. Md. Nadzar)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]