Pergi ke kandungan

Ketam cili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketam cili
Sepinggan ketam cili siap dimasak
JenisMakanan laut
Tempat asalSingapura
Kawasan/rantauSingapura
Masakan berkaitanmasakan Singapura
Dicipta olehCher Yam Tian
Bahan utamaKetam
Keragaman/variasiKetam lada hitam
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketam cili[1] (bahasa Inggeris: chilli crab, Cina ringkas: 辣椒蟹pinyin: làjiāoxiè) ialah sejenis hidangan yang terkenal di Singapura. Hidangan ini dibuat dengan menggoreng kilas ketam sepenuhnya dengan cengkerang ia sekali sebelum ia dimasak dalam suatu kuah campuran sos tomato, sos cili dan rempah ratus lain[2] serta ditambah telur sebagai bahan pemekat. Ketam lumpur (Scylla serrata) adalah jenis ketam yang paling biasa digunakan untuk hidangan ini, namun ketam jenis lain masih boleh digunakan juga dalam resipi tanpa perubahan pada rasa.[2]

Hidangan ini mempunyai rasa manis berlauk tersendiri yang serasi dengan isi ketam yang ranggup lembut.

Pada tahun 1956, Cher Yam Tian menciptakan sajian ini atas permintaan suaminya, Lim Choo Ngee, seorang polis dan nelayan sambilan yang mahu berubah selera sekali-sekala dari ketam kukus.[3] Cher memasak ketam dengan kuah tomato sahaja sebelum menambahkan cili ke dalamnya; resipi ini menurut Cher dibuat secara spontan menggunakan bahan ramuan sedia ada pada ketika itu yang sebelum ini menggunakan cili giling segar.[4]

Atas cadangan suaminya yang menggemari sajian ini, Cher mula berniaga sajian ketam tersebut dari sebuah kereta sorong. Perniagaan yang berjaya menjual hidangan ini mendorong penubuhan sebuah restoran terkenal, Palm Beach Seafood di sepanjang Upper East Coast Road.[4]

Resipi ini dikembangkan lanjut oleh seorang tukang masak, Hooi Kok Wai, yang menambahkan telur sebagai pemekat serta sambal belacan.[3]

  1. ^ nama lazim dipakai dalam media bahasa Melayu di Singapura - contohnya: Nur Dhuha Esoof (29 Julai 2018). "Pelbagai juadah pancing selera". Berita Harian. Gerai menjual makanan laut menawarkan pelbagai pilihan daripada udang goreng Nestum ke siakap kukus dan ketam cili...
  2. ^ a b "Chilli Crab". YourSingapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-14. Dicapai pada April 15, 2013.
  3. ^ a b Yong, Nicholas (18 Feb 2023). "Chilli crab: The woman behind Singapore's beloved dish". BBC News. Dicapai pada 21 Feb 2023.
  4. ^ a b "40 good years dishing up chilli crabs". The Straits Times. 23 June 1996. m/s. 5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 2013-04-15.