Kolej
Kolej atau maktab merupakan sejenis institusi pendidikan atau sebahagian daripada komponen tersebut. Kolej boleh menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang menganugerahkan ijazah, sebahagian daripada universiti berkolej atau institusi yang menyediakan pendidikan vokasional.
Nama "kolej" ini menyerap dari bahasa Latin collegium terbitan con- = "bersama" + leg- = "undang-undang" atau lego = "saya memilih" atau "aku membaca") yakni, sekelompok orang yang hidup bersama menurut peraturan tertentu. "Maktab" pula serapan bahasa Arab مَكْتَب maktab iaitu bentuk ism kata kerja كَتَبَ kataba (`alā) – daripada akar ك ت ب – yang bermaksud "menulis", ia sendiri dalam bahasa Arab bermaksud "meja" atau "pejabaf".[1]
Pentakrifan mengikut negara
[sunting | sunting sumber]Malaysia
[sunting | sunting sumber]"Kolej" difahamkan sebagai institusi yang diberikan kuasa atau wewenang mengurniakan ijazah jurusan atau bidang tertentu secara sendirinya berbanding dengan "universiti" yang diamanahkan sebagai badan memberikan kursus atau latihan pelbagai jurusan ilmu. Kolej-kolej unversiti diberi wewenang mentadbir berdasarkan beberapa akta undang-undang utama: Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Universiti Teknologi MARA 1976, Akta Pendidikan 1995, Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan 1996.[2]
Singapura
[sunting | sunting sumber]"Kolej Junior" (bahasa Inggeris: junior college ) didirikan sebagai badan yang memberikan pendidikan selama dua tahun terakhir dalam pendidikan peringat menengah Singapura berbanding "universiti" yang ditakrifkan sebagai institusi pendidikan tinggi memberikan ijazah sendiri dan "politeknik" yang diberikan wewenang mengurniakan diploma.
Indonesia
[sunting | sunting sumber]Institut "kolese" yang setaraf (serapan Belanda[3]) lazimnya digunakan untuk lembaga-lembaga pendidikan yang didirikan dan dikelolakan paderi-paderi Yesuit bertujuan mempersiapkan kecekapan intelektual dan mendekatkan diri dengan Tuhan, dengan demikian siap menjadi pemimpin keagamaan dan masyarakat.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 310. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ "Malaysia Higher Education System". Southeast Asian Ministers of Education Organisation - Regional Institute of Higher Education and Development. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2011. Dicapai pada 30 November 2010.
- ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "college (bestuurslichaam, met zeker gezag beklede vergadering)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)