Laluan Persekutuan Malaysia 68
Laluan Persekutuan 68 | |
---|---|
Jalan Gombak | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 59.8 km (37.2 mi) |
Wujud | 1915[1]–kini |
Simpang utama | |
Hujung barat | Setapak, Kuala Lumpur |
Jalan Genting Klang-Pahang Jalan Kampung Bandar Dalam B22 Jalan Batu Caves AH141 Lebuhraya Karak Jalan Genting Sempah-Genting Highlands C7 Jalan Janda Baik Jalan Sambung Kuala Lumpur/Karak-Bentong Laluan Persekutuan 8 | |
Hujung timur | Ketari berhampiran Bentong, Pahang |
Lokasi | |
Destinasi utama | Gombak Genting Sempah Janda Baik Bukit Tinggi |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Laluan Persekutuan 68 ialah sebatang laluan persekutuan yang menghubungkan Gombak di Selangor hingga ke Kampung Ketari di Bentong, Pahang [2]. Di Selangor, laluan ini dinamakan sebagai Jalan Gombak manakala di Pahang dinamakan sebagai Jalan Kuala Lumpur [2]. Jalan ini dikenali dengan nama-nama lain seperti:
- Jalan Bentong Lama
- Jalan Genting Sempah-Genting Highlands
- Jalan Lama Bentong-Gombak / Jalan Lama Gombak-Bentong
- Jalan Lama Bentong-KL / Jalan Lama KL-Bentong
- Jalan Pahang Lama [3]
Sebelum wujudnya Lebuhraya Karak E8/FT2, jalan ini asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2; namun, disebabkan selekohnya yang tajam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri-ciri keselamatan, sebuah lebuh raya pengganti iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 (kini Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2) dibina, menyebabkan jalan ini diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.
Latar belakang laluan
[sunting | sunting sumber]Jalan Gombak bermula di Persimpangan Setapak, di mana ia dihubungkan dengan Jalan Pahang FT2 dan Jalan Genting Klang. Namun, Jalan Gombak masih merupakan sebahagian jajaran FT2 sehingga ke simpang Kampung Bandar Dalam, di mana laluan FT2 dilencongkan ke Jalan Kampung Bandar Dalam FT2 sementara kod laluan Jalan Gombak bertukar kepada FT68.[4][5][6]
Jajaran dari permulaannya di Persimpangan Setapak sehingga Persimpangan Batu 8 merupakan jalan raya kembar dengan had laju 60 km/j. Selepas Persimpangan Batu 8, jalan FT68 menjadi jalan raya tunggal tetapi mengekalkan had laju 60 km/j berikutan keadaan jalan yang lebih sempit. Selepas Kampung Sungai Rumput, Jalan Gombak FT68 menjadi semakin berkelok-kelok, menyebabkan had lajunya diturunkan kepada 50 km/j.[5] Pada kedudukan tersebut, Jalan Gombak FT68 mula mendaki Banjaran Titiwangsa sehingga sempadan negeri Selangor-Pahang di mana ia dihubungkan dengan Jalan Genting Sempah-Genting Highlands dan bertindih dengannya sehingga ke Bulatan Genting Sempah yang menghubungkan jalan FT68 dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2.[4][5]
Dari Genting Sempah, Jalan Gombak FT68 menuruni Banjaran Titiwangsa, melalui pekan Bukit Tinggi di sepanjang laluannya. 7 km sebelum jalan berakhir, jalan FT68 dihubungkan ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2 buat kali terakhir melalui sebatang jalan cabang pendek sepanjang 400 m. Jalan Gombak FT68 berakhir di Persimpangan Ketari berhampiran Bentong, di mana ia dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 8.[5][4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jalan Gombak FT68 asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2. Ia dibina pada tahun 1915.[1] Namun, jalan raya ini terkenal kerana selekohnya yang sangat tajam, gaungnya yang dalam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri keselamatan, menjadikan jalan raya ini sangat berbahaya. Maka, pada tahun 1970an, sebuah laluan pengganti bagi jajaran Jalan Gombak yang sempit dan berselekoh tajam dari Kuala Lumpur ke Karak dibina. Jajaran pengganti ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2, yang menampitkan Terowong Genting Sempah sepanjang 914.4 m. Lebuh raya tol sepanjang 75.2 km tersebut dibina dengan kos RM136.4 juta dan dibuka kepada lalu lintas pada 7 Januari 1978.[7] Hasilnya, Jalan Gombak lama diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 kemudian dinaik taraf menjadi lebuh raya capaian terkawal penuh pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya 4 tahun kemudian.[8] Namun, tidak seperti projek Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban E37/E2 yang mana jajaran lama Jalan Persekutuan 1 dari Kuala Lumpur sehingga Seremban dipulihkan semula sebagai sebahagian daripada peojek tersebut, tiada sebarang usaha pemulihan dilakukan terhadap Jalan Gombak FT68 semasa kerja-kerja naik taraf Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2. Hasilnya, sangat sedikit pengguna jalan raya yang sanggup menggunakan jalan FT68 kerana keadaannya yang sangat berbahaya, walaupun ketika Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2 mengalami kesesakan teruk semasa musim perayaan.[5]
Prasarana dan Tarikan
[sunting | sunting sumber]Antara prasarana dan tarikan yang terletak di sepanjang laluan ini ialah:
Rumah Pak Ali
[sunting | sunting sumber]Rumah Pak Ali terletak di Batu 6. Tarikannya ialah binaan rumah kayu tanpa paku. Namun tarikan ini telah musnah dalam kebakaran.
Pusat Rekreasi Alang Sedayu
[sunting | sunting sumber]Pusat Rekreasi Alang Sedayu terletak di Batu 12¾. Pusat rekreasi ini menjadi laluan pejalan kaki ke air terjun Sungai Pisang yang terletak di seberang Lebuhraya Karak .
Hospital Orang Asli Gombak
[sunting | sunting sumber]Hospital Orang Asli Gombak terletak di Km 24 [3].
Malaysia In Miniature Land (Mimaland)
[sunting | sunting sumber]Taman rekreasi Mimaland telah ditutup.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 16. ISBN 978-967-5399-17-6.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b "Jalan Gombak - Google Maps". Dicapai pada 2 November 2012.
- ^ a b "~*My St0rY*~: Hospital Orang Asli Gombak Visit". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-27. Dicapai pada 2 November 2012.
- ^ a b c Inventori Rangkaian Jalan Utama Persekutuan Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2009. ISBN 978-983-44278-2-5.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b c d e "Jalan Gombak FT68". Blog Jalan Raya Malaysia. 10 August 2014. Dicapai pada 10 August 2014.
- ^ Statistik Jalan (Edisi 2013). Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2013. m/s. 16-64. ISSN 1985-9619.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "Perasmian Terowong dan Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 1978-01-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "Lebuh raya: Kempunankah rakyat pantai timur?". Utusan Malaysia. 1998-04-13. Dicapai pada 2014-09-14.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.