Pergi ke kandungan

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°49′17″N 103°21′10″E / 3.82148°N 103.35276°E / 3.82148; 103.35276

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan
مكتب رنده ساءين س مارا كوانتن
Alamat
Alor Akar
Jalan Tok Sira
Kuantan, 25320, Pahang
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Kuantan
MRSMKU
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMac 1974
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Mohd Zaki bin Abd Rashid
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Ikhwan bin Khalil
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Rahmad bin Ahmad
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Rasmalenza binti Mohd Rashid
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganExcellence By Design
Nama alumniKUATAGH (ANSARA Kuantan)
Laman sesawang
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: July 2024

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan (singkatan: MRSM Kuantan) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kuantan, Pahang. MRSM Kuantan menerima lebih 750 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

MRSM Kuantan merupakan MRSM yang ke-3 tertua dan terkecil di Malaysia dengan keluasan 17 ekar.

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kuantan (ANSARA Kuantan) yang juga dikenali sebagai Kuatagh telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan keahlian seramai 235 orang.

Penubuhan maktab

[sunting | sunting sumber]

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan telah memulakan sesi pengajian pada Mac 1974 dengan pelajar seramai 142 orang sahaja. Pelajar-pelajar perintis ini telah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate Education (LCE) pada tahun 1976 dengan mencapai kejayaan 100% kelulusan. MRSM Kuantan telah dirasmikan pada 3 Julai 1978 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mua'dzam Shah.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Akademik dan Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Maktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan staf. Antaranya adalah

  • Dewan Ilmu (kapasiti melebihi 750 pelajar)
  • Dewan Zahudi
  • Dewan Merdeka
  • Bilik Kaunseling
  • Bilik Kokurikulum
  • Reading Room
  • War Room
  • Pusat Sumber Pelajaran
  • Blok Akademik

Penginapan

[sunting | sunting sumber]

Penginapan yang selesa dan lengkap disediakan bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan para pelajar sepanjang berada di sini.

  • Enam blok asrama
  • Kediaman guru
  • Dewan Selera
  • Surau (kapasiti 800 pelajar)
  • Koperasi (runcit, dobi)

Sukan dan Rekreasi

[sunting | sunting sumber]

Maktab ini dilengkapi dengan kemudahan sukan dan rekreasi yang menyokong perkembangan fizikal dan mental pelajar.

  • Padang bola / Ragbi / Hoki
  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Tenis
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Bola Jaring
  • Gelanggang Bola Tampar

Bukan akademik

[sunting | sunting sumber]

Beberapa pelajar MRSM Kuantan telah berjaya mencipta sebuah produk inovatif yang dinamakan Portable Visualiser, alat bantu mengajar digital yang dirancang untuk memudahkan tugas pengajaran bagi para guru. Produk ini, bersaiz kompak seumpama storan USB dan dilengkapi dengan pencapaian Internet, dijual di bawah jenama MyEzee. Produk ini telah memenangi Anugerah Khas Juri dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (KPKKS) 2015.

Pada tahun 2016, pelajar MRSM Kuantan, Noor Dalilah Jefri Ahmad, telah merangkul gelaran juara dalam pertandingan mengeja Spell It Right yang dianjurkan oleh RHB-New Straits Times pada tahun 2016 bagi kategori sekolah menengah.[1]

Pada 22 hingga 25 Julai 2016, MRSM Kuantan menjadi tuan rumah Festival Muzik MRSM Se-Malaysia kali ke-5. Kumpulan Gamelan MRSM Kuantan berjaya merangkul Anugerah Kostum Terbaik serta tempat kedua dalam kategori Gamelan, dengan persembahan lagu Lambang Sari dan Turun Gambang, serta Rasaku Rasamu.

Pada 7 hingga 10 Jun 2024, MRSM Kuantan telah menghantar dua pasukan debat, satu bagi kategori Bahasa Melayu dan satu bagi kategori Bahasa Inggeris untuk menyertai Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri. Kedua-dua pasukan telah meraih tempat ketiga daripada 57 pasukan MRSM dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

Lagu rasmi

[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


http://kuantan.mrsm.edu.my/

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]