Pergi ke kandungan

Malaysia di Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia di
Sukan Olimpik Musim Panas 2016
Kod IOCMAS
NOCMajlis Olimpik Malaysia
Laman sesawangwww.olympic.org.my (dalam bahasa Inggeris)
di Rio de Janeiro
Peserta32 dalam 10 sukan
Pembawa bendera Lee Chong Wei[1] (badminton)
Pingat
Kedudukan ke-60
Emas
0
Perak
4
Gangsa
1
Jumlah
5
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas (keseluruhan)
Penampilan lain yang berkaitan
 Borneo Utara (1956)

Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 5 hingga 21 Ogos 2016. Edisi ini merupakan penyertaan ke-15 Malaysia dalam Sukan Olimpik. Malaysia diwakili oleh pasukan terdiri daripada 32 orang atlet yang bertanding dalam 10 acara sukan.

Malaysia telah berjaya merangkul pingat pertama iaitu pingat perak dalam acara terjun platform 10 meter seirama wanita melalui pasangan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, lantas menjadi pasangan pertama memenangi pingat dalam acara terjun.Azizulhasni Awang pula berjaya merangkul pingat gangsa melalui acara keirin, menjadikannya pingat pertama disumbangkan melalui acara berbasikal selain badminton dan terjun.

Malaysia juga berjaya mengumpul lebih dari dua pingat dalam satu edisi apabila memungut pingat ketiga iaitu pingat perak oleh pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying melalui acara badminton beregu campuran. Pasangan beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya merangkul pingat ke-4 bagi kontinjen Malaysia iaitu pingat perak. Lee Chong Wei pula meraih pingat ke-5 bagi Malaysia iaitu pingat perak, buat kali ketiga sejak edisi 2008.

Kontinjen Malaysia akhirnya berjaya melakar sejarah apabila berjaya merangkul bilangan pingat tertinggi iaitu sebanyak lima pingat secara keseluruhan. Sebelum ini, bilangan pingat tertinggi yang diraih Malaysia dalam satu temasya hanya sebanyak dua pingat iaitu pada tahun 1996 dan 2012.

Pemenang pingat

[sunting | sunting sumber]
Pingat Nama Sukan Acara Tarikh
 Perak Cheong Jun Hoong
Pandelela Rinong
Terjun 10 meter platform segerak wanita 9 Ogos
 Gangsa Azizulhasni Awang Lumba basikal Keirin lelaki 16 Ogos
 Perak Chan Peng Soon
Goh Liu Ying
Badminton Beregu campuran 17 Ogos
 Perak Goh V Shem
Tan Wee Kiong
Badminton Beregu lelaki 19 Ogos
 Perak Lee Chong Wei Badminton Perseorangan lelaki 20 Ogos
Pingat ikut acara
Acara 1 Tempat kedua, pemegang pingat perak Tempat ketiga, pemenang pingat gangsa Jumlah
Terjun 0 1 0 1
Lumba Basikal 0 0 1 1
Badminton 0 3 0 3
Jumlah 0 4 1 5

Berikut adalah senarai bilangan peserta dalam temasya tersebut.

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Angkat berat 1 0 1
Badminton 4 4 8
Golf 2 2 4
Lumba basikal 1 1 2
Lumba layar 1 1 2
Memanah 3 0 3
Menembak 1 0 1
Olahraga 1 1 2
Renang 1 2 3
Terjun 2 4 6
Jumlah 17 15 32

Dua orang atlet Malaysia telah mencapai piawai kelayakan bagi acara berikut (masimum 3 atlet dalam setiap acara):[2]

Lelaki
Acara padang
Atlet Acara Awalan Akhir
Jarak Posisi Jarak Posisi
Nauraj Singh Randhawa Lompat tinggi 2.26 18 Tidak beraksi
Wanita
Trek & jalan raya
Atlet Acara Pusingan awal Suku akhir Separuh alhir Akhir
Masa Ked Masa Ked Masa Ked Masa Ked
Zaidatul Husniah Zulkifli 100 m 12.12 3 q 12.62 8 Tidak beraksi

Tiga pemanah Malaysia layak recurve individu dan pasukan lelaki dengan memperolehi salah satu daripada tiga tempat Olimpik boleh diperolehi daripada 2015 Asian Archery Championships di Bangkok, Thailand serta Kejohanan Dunia Memanah 2016.[3][4]

Atlet Acara Kedudukan pusingan Pusingan 64 Pusingan 32 Pusingan 16 Suku akhir Separuh akhir Akhir / PG
Mata Seed Opposition
Mata
Opposition
Mata
Opposition
Mata
Opposition
Mata
Opposition
Mata
Opposition
Mata
Ked
Haziq Kamaruddin Individu lelaki 645 50  Garrett (USA)
K 0–6
Tidak mara
Khairul Anuar Mohamad 665 22  Pila (COL)
M 6–0
 Floto (GER)
K 4–6
Tidak mara
Mohd Akmal Nor Hasrin 635 55  Rodríguez (ESP)
K 0–6
Tidak mara
Haziq Kamaruddin
Khairul Anuar Mohamad
Mohd Akmal Nor Hasrin
Pasukan lelaki 1945 12  Perancis (FRA)
K 2-6
Tidak mara

Badminton

[sunting | sunting sumber]

Malaysia mendapat kelayakan sejumlah lapan pemain badminton dalam acara berikut mengikut Kedudukan Kelayakan Olimpik BWF pada 5 Mei 2016.[5]

Lelaki
Atlet Acara Peringkat Kumpulan Suku Akhir Separuh Akhir Akhir /Tempat Ketiga
Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Kedudukan Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Ked
Lee Chong Wei Perseorangan  Opti (SUR)
W (21–2, 21–3)
 Wong (SIN)
W (21–18, 21–8)
1 Q  Chou (TPE)
W (21–9, 21–15)
 Lin Dan (CHN)
W (15-21, 21–11, 22-20)
 Chen Long (CHN)
L (18 - 21, 18 - 21)
Tempat kedua, pemegang pingat perak
Goh V Shem
Tan Wee Kiong
Beregu  Fuchs /
Schöttler (GER)
W (21–14, 21–17)
 Chew /
Pongnairat (USA)
0W (21–12, 21–10)
 Fu Hf /
Zhang N (CHN)
0W (16-21, 21–15, 21–18)
1 Q  Lee Y-d /
Yoo Y-s (KOR)
W (17-21, 21-18, 21-19)
 Chai B /
Hong W (CHN)
0W (21-18, 12-21, 21-17)
 Fu Hf /
Zhang N (CHN)
0L (21-16, 11-21, 21-23)
Tempat kedua, pemegang pingat perak
Wanita
Atlet Acara Peringkat Kumpulan Suku Akhir Separuh Akhir Akhir /Tempat Ketiga
Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Kedudukan Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Ked
Tee Jing Yi Perseorangan  Gavnholt (CZE)
W (22-20, 21–15)
 Yamaguchi (JPN)
L (18–21, 5–21)
2 NQ tidak beraksi
Vivian Hoo Kah Mun
Woon Khe Wei
Beregu  Olver /
Smith (GBR)
0W (21–17, 24–22)
 Poon L Y /
Tse Y S (HKG)
0W (21–15, 21–13)
 Maheswari /
Polii (INA)
L (19-21, 19-21)
2 Q  Matsutomo /
Takahashi (JPN)
L (16–21, 21–18, 9–21)
Tidak beraksi
Campuran
Atlet Acara Kumpulan Suku Akhir Separuh Akhir Akhir /Tempat Ketiga
Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Kedudukan Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Lawan /
Mata
Ked
Chan Peng Soon
Goh Liu Ying
Beregu  Issara /
Amitrapai (THA)
0W (21–13, 21–19)
 Middleton /
Choo (AUS)
0W (21–17, 21–15)
 Ahmad /
Natsir (INA)
0L (15-21, 11-21)
2 Q  Mateusiak /
Zięba (POL)
W (21–17, 21–10)
 Xu C /
Ma J (CHN)
W (21–12, 21–19)
 Ahmad /
Natsir (INA)
0L (14-21, 12-21)
Tempat kedua, pemegang pingat perak

Lumba basikal

[sunting | sunting sumber]

Malaysia mempunyai dua pelumba basikal melayakan diri dalam acara trek melalui 2014–2016 UCI Olympic Track Rankings.

Sprint
Atlet Acara Kelayakan Pusingan 1 Repechage 1 Pusingan 2 Repechage 2 Suku akhir Separuh akhir Akhir
Masa
Halaju (km/j)
Ked Oposisi
Masa
Halaju (km/j)
Oposisi
Masa
Halaju (km/j)
Oposisi
Masa
Halaju (km/j)
Oposisi
Masa
Halaju (km/j)
Oposisi
Masa
Halaju (km/j)
Oposisi
Masa
Halaju (km/j)
Oposisi
Masa
Halaju (km/j)
Ked
Fatehah Mustapa Wanita sprint 11.207
64.245
21 Tidak beraksi
Keirin
Atlet Acara Pusingan 1 Repechage Pusingan 2 Akhir
Ked Ked Ked Ked
Azizulhasni Awang Lelaki keirin 5 1 3 Tempat ketiga, pemenang pingat gangsa

Penerjun Malaysia layak masuk dalam acara individu dan seirama di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 melalui 2015 World Aquatics Championships dan Piala Dunia Terjun FINA 2016.[6][7] Dua lagi penerjun telah melayakkan diri melalui 2015 Asian Diving Cup.[8][9]

Lelaki
Atlet Acara Awalan Separuh akhir Akhir
Mata Ked Mata Ked Mata Ked
Ahmad Amsyar Azman 3 m papan anjal 341.70 29 Tidak mara
Ooi Tze Liang 10 m platform 379.50 22 Tidak mara
Wanita
Atlet Acara Awalan Separuh akhir Akhir
Mata Ked Mata Ked Mata Ked
Cheong Jun Hoong 3 m papan anjal 282.25 21 Tidak mara
Ng Yan Yee 299.05 17 Q 324.75 5 Q 306.60 10
Pandelela Rinong 10 m platform 332.45 6 Q 336.95 6 Q 330.45 11
Nur Dhabitah Sabri 325.85 8 Q 307.65 11 Q 338.00 9
Cheong Jun Hoong
Nur Dhabitah Sabri
3 m papan anjal seirama 293.40 5
Cheong Jun Hoong
Pandelela Rinong
10 m platform seirama 344.34 Tempat kedua, pemegang pingat perak
Atlet Acara Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 4 Jumlah
Mata Mata Mata Mata Mata Par Ked
Danny Chia Lelaki 73 70 70 71 288 +4 48
Gavin Green 73 74 72 68 287 +3 47
Michelle Koh Wanita 79 71 76 82 308 +24 58
Kelly Tan 78 70 76 73 297 +13 51

Lumba layar

[sunting | sunting sumber]

Pelayar Malaysia layak masuk acara lumba layar bagi kategori berikut melalui Kejohanan Dunia dan Kejohanan Asia Lumba layar.[10]

Lelaki
Atlet Acara Race Mata Ked akhir
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 M*
Khairulnizam Mohd Afendy Laser 38 33 40 33 20 21 DNF 37 31 28 EL 281 35
Wanita
Atlet Acara Race Mata Ked akhir
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 M*
Nur Shazrin Mohd Latif Laser Radial 26 33 34 30 33 35 31 26 29 33 EL 274 33

M = Acara pingat; EL = Tersingkir – tidak layak masuk acara pingat

Penembak Malaysia telah memperolehi satu tempat kelayakan dalam acara lelaki pistol dengan mendapat keputusan 2015 ISSF World Cup siri terbaik dan Kejohanan Asia Menembak.[11]

Lelaki
Atlet Acara Kelayakan Akhir
Mata Ked Mata Ked
Johnathan Wong 10 m pistol 574 28 Tidak beraksi
50 m pistol 535 37 Tidak beraksi

Perenang Malaysia layak memgambil tempat dalam acara yang berikut (masimum 2 perenang dalam setiap acara di Masa Kelayakan Olimpik (OQT),serta 1 di Olympic Selection Time (OST)):[12][13]

Lelaki
Atlet Acara Awalan Separuh akhir Akhir
Masa Ked Masa Ked Masa Ked
Welson Sim 200 m gaya bebas 1:47.67 26 Tidak beraksi
400 m gaya bebas 3:51:57 34 Tidak beraksi
1500 m gaya bebas 15:32.63 39 Tidak beraksi
Wanita
Atlet Acara Awalan Separuh akhir Akhir
Masa Ked Masa Ked Masa Ked
Heidi Gan 10 km maraton 1:59:07.9 21
Phee Jinq En 100 m gaya kuak dada 1:10.22 33 Tidak beraksi

Angkat berat

[sunting | sunting sumber]

Malaysia mendapat satu kuota kelayakan melalui tujuh negara terbaik Kejohanan Asia Angkat berat 2016.[14]

Atlet Acara Snatch Clean & Jerk Jumlah Ked
Keputusan Ked Keputusan Ked
Mohd Hafifi Mansor Lelaki -69 kg 140 13 176 11 316 13
  1. ^ "Chong Wei dinamakan sebagai pembawa bendera untuk kontingen Malaysia di Rio Olimpik". New Straits Times. Dicapai pada 2 June 2016.
  2. ^ "Nauraj pecah rekod dan layak ke Olimpik".
  3. ^ "Khairul Anuar secures Olympic archery ticket for Malaysia". New Straits Times. World Archery Federation. November 8, 2015. Dicapai pada November 8, 2015.
  4. ^ "6 teams claim Rio 2016 berths at final world qualifier". World Archery Federation. 16 June 2016. Dicapai pada 16 June 2016.
  5. ^ Sukumar, Dev (5 May 2016). "Provisional List of Olympic Qualifiers Published". Badminton World Federation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-08. Dicapai pada 5 May 2016.
  6. ^ Lim, Teik Huat. "Pandelela dives her way to Rio Olympics". Malaysia: The Star. Dicapai pada 29 July 2015.
  7. ^ Lim, Teik Huat. "Wendy in for 3m springboard final, and Rio Olympics!". Malaysia: The Star. Dicapai pada 1 August 2015.
  8. ^ "Tze Liang redeems himself with second Olympic spot (updated)". Malaysia: The Star. 6 September 2015. Dicapai pada 7 September 2015.
  9. ^ "Perfect day for Dhabitah to earn Olympic ticket (updated)". Malaysia: The Star. 6 September 2015. Dicapai pada 7 September 2015.
  10. ^ "Men's And Women's RS:X Rio 2016 Olympic Places Picked Up At Santander 2014". ISAF. Dicapai pada 18 September 2014.
  11. ^ "Quota places by Nation and Name". ISSF. 23 June 2014. Dicapai pada 8 September 2014.
  12. ^ "Swimming World Rankings". FINA. Dicapai pada 14 March 2015.
  13. ^ "Rio 2016 – FINA Swimming Qualification System" (PDF). Rio 2016. FINA. Dicapai pada 23 January 2015.
  14. ^ Ishak, Fadhli (30 April 2016). "Malaysian weightlifting team notches Olympic qualification in Tashkent". New Straits Times. Dicapai pada 30 April 2016.