Manickam Letchuman
Dato' Manickam Letchuman | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Portfolio | Sumber Manusia, Peladangan dan Kampung Baru |
Menteri Besar | Mohamad Hasan |
Didahului oleh | Mogan Velayatham (Sumber Manusia dan Peladangan) |
Digantikan oleh | Arul Kumar Jambunathan (Sumber Manusia dan Peladangan) Teo Kok Seong (Kampung Baru) |
Kawasan pilihan raya | Jeram Padang |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Jeram Padang | |
Dalam jawatan 2013–2023 | |
Didahului oleh | Mogan Velayatham |
Digantikan oleh | Mohd Zaidy Abdul Kadir |
Majoriti |
|
Maklumat peribadi | |
Lahir | 30 November 1959 |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (2024-kini) Kongres India Malaysia (1979-2023) |
Pasangan | Datin Vimala Vyapury Muniandy |
Pekerjaan | Ahli politik |
Manickam a/l Letchuman ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bagi DUN Jeram Padang dari 2013 hingga 2023. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 2013 hingga 2018.
Di peringkat parti politik, beliau merupakan Ketua MIC Bahagian Jempol dan menjadi Pengerusi MIC Negeri pada 2015-2018.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 30 November 1959. Beliau mendapat pendidikan awal di SJK Tamil Ladang Blue Valley, Cameron Highlands (1966-1971) dan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (1972-1973). Kemudian beliau mendapat pendidikan tertinggi lulusan Sarjana Pendidikan (M.A) Sains Sosial (2004-2005) di Universiti Malaya (UM) selepas menamatkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Bahasa Melayu (1986-1987) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera bahasa Melayu dan bahasa Tamil (1982-1985) di universiti sama.[perlu rujukan]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau berkhidmat dalam dunia pendidikan bermula April 1987 hingga Mei 2013. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, Bahau kemudian menjadi guru penolong kanan kokurikulum di SMK Pasoh 2 (Felda) Simpang Pertang Jelebu (Januari 2003-Nov 2005) dan SMK Datuk Mansor Bahau (Ogos 2006–Mei 2013).[perlu rujukan]
Politik
[sunting | sunting sumber]Manickam menyertai MIC melalui cawangan Jenjarom, Kuala Langat, pada 1979. Sejak itu, beliau memberikan khidmatnya kepada masyarakat India melalui MIC. Pada Oktober 2023, beliau telah meletakkan semua jawatannya dalam MIC dan keluar parti.[1] Beliau menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) pada Julai 2024.[2]
Manickam pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bagi DUN Jeram Padang dari 2013 hingga 2023 mewakili Barisan Nasional. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 2013 hingga 2018 dengan mempengerusikan Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Bertindak Perladangan, Sumber Manusia Dan Kampung Baru Negeri Sembilan.[3]
Pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Nama | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N07 Jeram Padang | Manickam Letchuman (MIC) | 5,690 | 63.68% | Kumar Thuraisingham (PKR) | 2,999 | 33.57% | 9,185 | 2,691 | 81.20% | ||
Zailani Zakaria (IND) | 201 | 2.25% | ||||||||||
Mazavan Raman Nair (IND) | 45 | 0.50% | ||||||||||
2018 | Manickam Letchuman (MIC) | 3,702 | 39.26% | Surash Sreenivasan (IND) | 2,640 | 28.00% | 9,844 | 1,062 | 79.80% | |||
S Musliadi Sabtu (PH-PKR) | 2,302 | 24.41% | ||||||||||
Mohd Fairuz Mohd Isa (PAS) | 785 | 8.33% |
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Manickam mendirikan rumah tangga dengan Vimala Vyapury Muniandy yang juga merupakan seorang pendidik.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Manickam letak semua jawatan dalam MIC". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-02.
- ^ ASSAN, NORAFIDAH (2024-08-01). "Bekas pengerusi MIC Negeri Sembilan sertai Pas". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-08-02.
- ^ "Exco Negeri Sembilan Diberi Tempoh Sebulan Isytihar Harta - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2013-05-22. Dicapai pada 2024-08-02.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 25 January 2010. Percentage figures are calculated based on total turnout.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "CARIAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN / BINTANG / PINGAT TAHUN 1981 - 2010". ipingat.ns.gov.my.
- ^ "CARIAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN / BINTANG / PINGAT TAHUN 2011 - SEMASA". ipingat.ns.gov.my.