Mohd Ghazali Abdullah
Al Allamah Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah DPMP (Perak); AMN, PPT | |
---|---|
Imam Besar Masjid Negara pertama | |
Dalam jawatan 1965–1970 | |
Digantikan oleh | Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Mohd Salleh bin Hassan Farid |
Mufti Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 1977–1981 | |
Didahului oleh | Sahibus Samahah Dato' Haji Abu Hassan bin Abdul Majid |
Digantikan oleh | Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Abdul Malek bin Haji Nordin |
Mufti Kerajaan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 1968–1973 | |
Didahului oleh | Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Yusof bin Sahabuddin |
Digantikan oleh | Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Md. Salleh bin Hassan Farid |
Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 1951–1953 | |
Yang Dipertua Agung | Ahmad Fuad Hassan |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Digantikan oleh | Mansor Hassan JP |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Ghazali bin Abdullah 30 Jun 1915 Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Perak |
Mati | 13 Jun 1981 Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak | (umur 65)
Pasangan | Datin Hajah Zainab Mohd Salleh |
Anak |
|
Pekerjaan | Ulama |
Al Allamah Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah (30 Jun 1915 – 13 Jun 1981) adalah merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara yang pertama dan dilantik dari tahun 1965 hingga tahun 1970 lalu.[1]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Perak pada 30 Jun 1915 kepada pasangan Haji Abdullah bin Kanda Rasul dengan Hajah Zubaidah binti Kanda Abdul Rahman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bota Kanan. Beliau dikurniakan dengan 7 orang anak. Salah seorang daripada anak beliau ialah Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali yang merupakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dari Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 2008 hingga meninggal dunia pada tahun 2011 lalu.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Kerajaan Negeri Perak sebelum dilantik sebagai Imam Besar Masjid Negara yang pertama dari tahun 1965 hingga tahun 1970 lalu.[3] Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1968 hingga tahun 1973 lalu.[4] Selepas itu, pada tahun 1977, beliau telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1981 lalu.[5]
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Beliau telah meninggal dunia pada 13 Jun 1981 di Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak.