Pergi ke kandungan

Raja mutlak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Monarki Mutlak)

Kerajaan mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul di mana seseorang penguasa yang raja atau ratu itu mempunyai kuasa penuh memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan iaitu Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah, di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.

Sejarah dan teori yang berkaitan

[sunting | sunting sumber]

Doktrin Hak Ketuhanan Raja

[sunting | sunting sumber]
Raja Louis XIV dari Perancis. Walaupun memerintah secara kuku besi selama lebih 70 tahun, ramai sejarawan menganggapnya sebagai monarki mutlak yang berjaya

Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals dalam kalangan golongan bangsawan[1]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VIII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katolik di Rom dan mereka mazhab yang baru iaitu Gereja England[2]. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen[3]. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.

Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja

[sunting | sunting sumber]

Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka[4]. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: ms 376][5]. Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan[6].

Era Despotisme pembaharuan

[sunting | sunting sumber]

Sewaktu Zaman Pembaharuan atau Rennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentuk enlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atau enlightened mampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendung feudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaan Napoleon[7]..

Senarai Negara Raja Berkuasa Mutlak

[sunting | sunting sumber]
Kerajaan Gambar Raja Sejak Tempoh Pewarisan Ruj
 Brunei Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien 4 Oktober 1967 57 tahun, 39 hari Warisan [8]
 Oman Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tariq Al Said 11 Januari 2020 4 tahun, 306 hari Warisan [9][10]
 Arab Saudi Penjaga Dua Kota Suci Raja Salman bin Abdul‘aziz 23 Januari 2015 9 tahun, 294 hari Warisan dan pemilihan [11]
 Eswatini Duli Yang Maha Mulia Raja Mswati III 25 April 1986 38 tahun, 201 hari Warisan dan pemilihan [12]
 Kota Vatikan Yang Suci Paus Franciscus 13 Mac 2013 11 tahun, 244 hari Pemilihan [13]

Di Emiriah Arab Bersatu, Jordan dan Maghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala di Liechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Putera Hans-Adam II.

Kerajaan Gambar Raja Sejak Tempoh Pewarisan Ruj
 Qatar Yang Amat Mulia Amir Tamim bin Hamad 25 Jun 2013 11 tahun, 140 hari Warisan

Status Qatar
sebagai raja berperlembagaan[14][15]
dipertikai.

[16]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Absolute monarchy". About,Inc.
  2. ^ "Tudor England: The Reformation". historylearningsite.co.uk.
  3. ^ "Divine Right of Kings". Encyclopædia Britannica.
  4. ^ "Teori Kontrak Sosial:Hobbes, Locke and Rousseau". Rizki Saputro.
  5. ^ "Teori Kontrak Sosial:Hobbes, Locke and Rousseau". Rizki Saputro.
  6. ^ "Absolute monarchy". About,Inc.
  7. ^ "Absolute monarchy". About,Inc.
  8. ^ Kerajaan Brunei. "Prime Minister". The Royal Ark. Pejabat Perdana Menteri. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2011. Dicapai pada 12 November 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Sultan Qaboos Centre for Islamic Culture. "About H.M the Sultan". Government of Oman, Diwan of the Royal Court. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2012. Dicapai pada 12 November 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Nyrop, Richard F (2008). Area Handbook for the Persian Gulf States. Wildside Press LLC. m/s. 341. ISBN 978-1-4344-6210-7.
  11. ^ "Saudi Arabia's King Abdullah dies". BBC News. 23 Januari 2015. Dicapai pada 23 Januari 2015.
  12. ^ Simelane, H.S. (2005), "Swaziland: Mswati III, Reign of", dalam Shillington, Kevin (penyunting), Encyclopedia of African history, 3, Fitzroy Dearborn, m/s. 1528–30, 9781579584559
  13. ^ "Argentina's Jorge Mario Bergoglio elected Pope". BBC News. Dicapai pada 13 March 2013.
  14. ^ BBC News, How democratic is the Middle East?, 9 September 2005.
  15. ^ United States Department of State Country Reports on Human Rights Practices for 2011: Qatar, 2011.
  16. ^ Government of Qatar. "H.H. The Amir's Biography". Diwan of the Amiri Court. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2011. Dicapai pada 12 November 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)