My Sweet Lavender
My Sweet Lavender | |
---|---|
Genre | Drama Keluarga |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Rindu Yang Terluka" oleh Profile Band |
Lagu penutup | "Rindu Yang Terluka" oleh Profile Band |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Jaspal S. Korotana |
Penyunting |
|
Lokasi |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 2 Jun 2017 – 24 Jun 2017 |
My Sweet Lavender ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Adi Putra, Zara Zya dan Aeril Zafrel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 2 Jun 2017 hingga 24 Jun 2017 menggantikan Sumpah Ibu.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal. Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini.
Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya.
Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya.
Dua minggu berlalu dan Laila sedar, dia disahkan hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah reaksi Laila?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Zara Zya sebagai Laila
- Aeril Zafrel sebagai Danish
- Adi Putra sebagai Amirullah
Pelakon pembantu utama
[sunting | sunting sumber]- Nadia Brian sebagai Sara
- Ramona Zamzam sebagai Zai
- Haliza Misbun sebagai Kalsom
- Alis Mariya sebagai Aishah
- Airil Azimi sebagai Muhammad
- Erry Putra sebagai Latif
- Ijoy Azhari sebagai Kamal
- Amanda Misbun sebagai Nora
- Zila Bakarin sebagai Datin Salmah
- Mahmud Ali Bashah sebagai Dato’ Azman
- Z. Zamri sebagai Rashid
- Mubarak Majid sebagai Tok Penghulu
- Ako Mustapha sebagai Fairuz
- A. Galak sebagai Pak Lan
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Aishah Atan sebagai Kak Jah
- Zarynn Min sebagai Gayah
- Siti Chubby sebagai isteri Tajuddin
- Amir Nafis sebagai Johari
- Taib Zamannuri sebagai Rosli
- Idzham Ismail sebagai Tom
- Azhar Amir sebagai bos Zai
- Afifah Nasir sebagai Lynn
- Fana Azman sebagai Amy
- Zalfa Zin sebagai PA Datuk
- Nor Amisah Abdullah sebagai Mak Cik Bibah
- Afzan A. Rahman sebagai Rahim
- Mahsuri MJ sebagai Tajuddin
- Rahim Kidol sebagai Tok Imam
- Khaty Azian sebagai Datin Roxy
- Aman Nassim sebagai BF Gayah
- Zulkifli Mohd Salleh sebagai Pak Atan
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Rindu Yang Terluka" - Profile Band
- "Menahan Rindu" - Wany Hasrita
- "Segalanya"- Haqiem Rusli
- "Tergantung Sepi" - Haqiem Rusli
- "Belenggu" - Syed Shamim
- "Suka Denganmu" - Farah Farhanah
- "Sampai Jannah" - Farah Farhanah
- "Bukan Aku" - Tasha Manshahar
- "Cinta Apa Adanya" - Tasha Manshahar
- "Iya Iya" - Eleena Harris
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 | Aktor Pilihan | Adi Putra | Tercalon | [3] |
Aktres Pilihan | Zara Zya | Tercalon | |||
Antagonis Pilihan | Nadia Brian | Tercalon | |||
Pengarah Pilihan | Azmi Hatta & Bahri Uma | Tercalon | |||
Skrip Pilihan | Amin Shakib | Tercalon | |||
Lagu Pilhan | Rindu Yang Terluka - Profile Band | Tercalon | |||
Pasangan Pilihan | Adi Putra & Zara Zya | Tercalon | |||
Drama Pilihan | My Sweet Lavender | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama My Sweet Lavender (TV9) My Infotaip (1 Jun 2017). Dicapai pada 1 Jun 2017.
- ^ My Sweet Lavender (2017): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 14 November 2018.
- ^ Kuasa pilih pemenang Anugerah DFKL 2018 di tangan peminat Utusan Borneo (6 Februari 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.