Perdagangan bebas
Perdagangan bebas ialah sistem dasar perdagangan yang membenarkan para pedagang bertindak dan berurusniaga tanpa campur tangan kerajaan. Mengikut hukum faedah berbanding, dasar sebegini membenarkan rakan dagang saling berlaba daripada perdagangan barangan dan perkhidmatan.
Mengikut dasar perdagangan bebas, harga mencerminkan permintaan dan penawaran sebenar, dan satu-satunya penentu peruntukan sumber. Perdagangan bebas berbeza dari bentuk-bentuk dasar perdagangan yang lain yang mana peruntukan barangan dan perkhidmatan antara negara-negara berdagang ditentukan oleh harga tetapan pihak berkuasa yang tidak semestinya mencerminkan ciri-ciri permintaan dan penawaran sebenar. Harga tetapan ini merupakan hasil dasar perdagangan pelindung yang mana kerajaan campur tangan dalam pasaran dengan mengenakan penyelarasan harga dan sekatan bekalan. Campur tangan kerajaan sebegini boleh meningkatakan atau mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar.
Antara bentuk campur tangan termasuk subsidi, cukai dan tarif, halangan bukan tarif seperti perundangan kawalan dan kuota, dan juga perjanjian perdagangan terurus antara kerajaan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Tengah (CAFTA) (itupun namanya tidak serupa dengan fungsinya) dan apa juga bentuk campur tangan kerajaan dalam pasaran yang menyebabkan harga tetapan.
Kebanyakan negara mengamalkan dasar perdagangan yang bersifat perlindungan, baik longgar mahuoun ketat.[1] Sejenis dasar sentiasa berlindung yang diamalkan oleh sesetengah negara adalah berbentuk subsidi pertanian, yang mana negara-negara berkenaan cuba melindungi industri pertanian masing-masing dari saingan luar negara dengan menetapkan harga rendah untuk hasil pertaniannya.[2]
Perjanjian perdagangan bebas merupakan unsur terpenting dalam kesatuan kastam dan kawasan perdagangan bebas. Butiran-butiran dan perbezaan antara perjanjian-perjanjian ini dikupas dalam rencana masing-masing.
Ciri-ciri perdagangan bebas
[sunting | sunting sumber]- Perdagangan barangan tanpa cukai (termasuk tarif) atau sekatan perdagangan yang lain (seperti kuota import atau subsidi untuk pengeluar)
- Perdagangan perkhidmatan tanpa cukai atau sekatan perdagangan yang lain
- Ketiadaan dasar-dasar "pemutar belit perdagangan" (seperti cukai, subsidi, peraturan atau undang-undang) yang memberikan kelebihan kepada sebilangan kecil firma, isirumah, atay faktor-faktor pengeluaran
- Capaian bebas kepada pasaran
- Capaian bebas kepada maklumat pasaran
- Ketakupayaan firma-firma memutarbelitkan pasaran melalui kuasa monopoli atau oligopoli berian kerajaan
- Pergerakan bebas buruh antara dan dalam negara
- Pergerakan bebas modal antara dan dalam negara
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-09. Dicapai pada 2010-01-06.
- ^ http://www.wto.org/english/thewto_e/whatis_e/tif_e/org6_e.htm
- Fair trade certification overview (2004). TransFair USA. 18 Feb 2007.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- www.freedomtotrade.org Freedom to Trade Coalition
- Freetrade.org, Center for Trade Policy Studies, Cato Institute
- The Expected Benefits of Trade Liberalization for World Income and Development: Opening the "Black Box" of Global Trade Modeling by Antoine Bouët (2008)
- Foundation for Economic Education (FEE), one of the oldest free-market organizations in the United States.
- Freedom to Trade: Refuting the New Protectionism edited by Edward L. Hudgins (online version of the book)
- About.com's Pros & Cons of Free Trade Agreements
- Embracing the Challenge of Free Trade: Competing and Prospering in a Global Economy Diarkibkan 2008-09-19 di Wayback Machine speech by Federal Reserve chairman Ben Bernanke
- Stop Calling It “Free Trade!” Diarkibkan 2006-09-07 di Wayback Machine
- BBC News - The argument for free trade
- Guardian Unlimited - Food & Trade - Hunger in a world of plenty
- Free Trade as Ideology Diarkibkan 2007-08-30 di Wayback Machine, by Edward Luttwak, 1 Ogos 2001
- Why developing countries should liberalise trade Diarkibkan 2006-10-01 di Wayback Machine
- Worried about a Recession? Don’t Blame Free Trade
- An article on free trade issues involving Canada and the United States from The Canadian Encyclopedia Diarkibkan 2008-04-21 di Wayback Machine
- For German-speaking visitors: see also Der Freihandelskrieg by Gerd Zeitler.
- David Sirota, NEW REPORT: How Free Trade & Deregulation Are Making Us Less Safe, Huffington Post, 30 Oktober 2007.