Pergi ke kandungan

Plasma darah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Plasma darah ialah komponen cecair kuning pucat di dalam darah yang biasanya mengekalkan sel darah di dalam seluruh darah dalam ampaian. Cecair ini membentuk kira-kira 55% keseluruhan isi padu darah badan.[1] Cecair ini merupakan bahagian bendalir dalam pembuluh darah bagi bendalir luar sel (semua bendalir badan di luar sel). Cecair ini kebanyakannya merupakan air (sehingga 95% mengikut isi padu), dan mengandungi protein terlarut (6-8%) (i.e.—albumin, globulin, dan fibrinogen),[2] glukosa, faktor pembekuan, elektrolit (Na+, Ca2+, Mg2+, HCO3-, Cl-, etc.), hormon, dan karbon dioksida (plasma sebagai medium utama untuk pengangkutan produk kumuh). Plasma juga bertindak sebagai rizab protein badan manusia. Plasma memainkan peranan penting dalam kesan osmosis dalam pembuluh darah yang mengekalkan elektrolit dalam bentuk seimbang dan melindungi badan daripada jangkitan dan gangguan darah.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Dennis O'Neil (1999). "Blood Components". Palomar College. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-05. Dicapai pada 2014-04-22. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Universiti Tuskegee (29 Mei 2013). "Chapter 9 BLOOD". tuskegee.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-28. Dicapai pada 2014-04-22.
  3. ^ "Ways to Keep Your Blood Plasma Healthy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-01. Dicapai pada 10 November 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Darah