Randang talua
Randang talua, rondang tolua atau rendang telur adalah masakan tradisional berbahan dasar telur yang berasal daripada Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia. Randang talua berbeza dari jenis rendang lainnya kerana bahan dasarnya masih sempurna di dalam kuah rendang.[1] Makanan ini sesuai dimakan begitu sahaja sebagai snek atau dimakan bersama nasi putih yang panas.
Kaedah yang pertama ialah telur digoncang bersama tepung gandum dan garam sehingga menjadi doh. Kemudian diratakan nipis dan dipotong kecil. Selepas itu, rempah rendang dan santan dimasak dengan api sederhana dengan memakai kayu api. Kaedah memasak dengan kayu api dapat menghasilkan aroma yang enak. Apabila santan berkurang dan mengeluarkan minyak, barulah potongan doh dimasukkan dan dikacau dengan api kecil selama 8 jam hingga kering.[2][3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Andam., Suri, Reno (2012). Rendang traveler: menyingkap bertuahnya rendang Minang. Terrant Ink. ISBN 9793750456. OCLC 808205065.
- ^ Maya Safira (18 April 2018). "Kriuk-kriuk Renyah Rendang Talua Payakumbuh Kini Mendunia". Food Detik (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 Disember 2020.
- ^ Mohamad Yoenus (1 Jun 2015). "Randang Talua Payakumbuh ala Si Kembar Vina dan Vani". Tribunnews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2 Disember 2020.